"Rizalman Manap mana?" tanya cikgu Roshitah.
"Rizalman Manap ada kat kelas 3A8 cikgu...." ujar Shamsul Muslimin, ketua kelas yang komited.
"Dia buat apa kat sana? Tak tau ke sekarang ada kelas.."
"Maaf cikgu.saya lambat."Jawab Rizalman Manap masuk kekelas dengan tercungap-cungap. Di tangannya ada teddy bear besar berwarna pink. Diheretnya teddy bear itu ke bawah meja.
"Kenapa awak bawak teddy bear tu ke sekolah?"
"Ini bukan saya punya cikgu. Ini Maria kelas 3A8 punya. Dia bawak teddy bear ke sekolah. Jadi saya pun rampaslah. Tengok ni.." Rizalman menunjukkan name tag dia yang tertera Pengawas. Ye, dia memang suka berbangga dengan jawatan itu.
Kerja rutin harian Rizalman sebagai pengawas yang berwawasan tinggi sangat mudah. Rampas apa sahaja barang terlarang yang di bawa pelajar lain. Tapi beza antara dia dan pengawas lain, barang rampasan beliau tak diberi pada Ketua Pengawas mahupun cikgu disiplin, Encik Suhaimi Bin Kamus. Ye, ramai yang terperanjat dengan nama cikgu disiplin itu. Ramai juga yang dilempang Cikgu Suhaimi Bin Kamus kerana membahan, "Haha...ayah cikgu ni orang ke buku? Hahaha!". Malah, ada juga murid yang dilempang walaupun bertanya dengan jujur penuh tak bersalah, "Cikgu, boleh pinjam kamus tak?"
Oh balik pada cerita tadi, ayah Rizalman Manap ada sebuah kedai cenderamata. Jadi, semua barang rampasan Rizalman Manap akan dihantar ke kedai ayahnya untuk dijual semula. Rizalman Manap akan menerima komisen dari hasil jualan barang tersebut. Dan itulah yang memberi perangsang untuk Rizalman untuk terus merampas.
Kelas Sejarah sedang berjalan. Hasan Nawawi terkebil-kebil memandang keluar tingkap. Dia lihat burung-burung berterbangang dengan bebas. Dia mengeluh,
"Alangkah untungnya kalau aku jadi burung tu. Hidup bebas, terbang sana sini dan hidup harmoni, makmur dan sejahtera tak ada masalah."
Tiba-tiba burung-burung tadi dilastik murid tingkatan satu. Jatuh dan mati.
"Oh, ok....." ujar Hasan Nawawi.
Dia memandang Rizalman Manap disebelah. Rizalman Manap mempunyai mata seekor helang. Liar mencari sekeliling mana tahu kalau ada pelajar bawa buku Gempak, Utopia, Mangga atau apa-apa saja barang terlarang. Pelajar lain ramai yang tidur sambil menongkat dagu. Hasan Nawawi mengeluh bosan,
"Apa guna belajar Sejarah. Benda yang lepas tu biarlah lepas..."
Tiba tiba Hasan Nawawi terasa sesuatu bergetar dari begnya. Dia mulai panik kerana menyangkakakan berlaku gempa bumi. Tapi dia tahu kalau gempa bumi berlaku, mustahil Shuaib Mustaqim dibelakangnya boleh selamba meneguk air sirap dalam botol pepsi.
Hasan Nawawi perlahan-lahan membuka poket begnya. Dia rasakan getaran itu semakin kuat. Hasan Nawawi menyelak buku text Kemahiran Hidup. Dia terlihat sesuatu yang memberi dia satu memori. Oh, baru Hasan Nawawi teringat. Itu handphone Nokia 3310 yang baru dibeli semalam. Harga masa ni sama harga dengan Sony Experia sekarang. Hasan Nawawi tersenyum. Dia mengambil handphone itu dan mematikan alarm yang rancak bergetar.
"Nasib baik aku guna silent mode..." ujar Hasan Nawawi lega.
Dia meletak semula handphone itu kedalam beg. Matanya mula memandang hadapan ke papan hitam. Kemudian matanya beralih ke sebelahnya. Dia nampak sesuatu yang agak merisaukan sehingga membuatkan Hasan Nawawi hampir menangis.
Rizalman Manap sedang memandang tepat kearah begnya sambil tersenyum lebar.
8 comments:
habislah kena rampas hnset dia.
HAAHAHHAHAHAHAHAH
en suhaimi b. kamus
HAHAHAHAHA
semut sengal: eh mana kau tau kena rampas. pandai2 je sambung cerita. haha
nama tu keluar secara spontan dari kepala otak aku. haha
bapak cikgu ni orang ke buku?
hahahaha
klaka siyot..
nama2 yg terlintas tu kelakarlah haha
ai aku tulis punya panjang kau gelakkan nama je? indah tau nama tu? haha
kahkahkahhkahh~~~ byk sgt y buat aku ketawa... adedeh.. xble jadi nie.. nampaknya aku kena slalu usha blog nie.... cepatla buat sambungannya. xsabar nie..hahah
Post a Comment