Showing posts with label cabaran harus disahut. Show all posts
Showing posts with label cabaran harus disahut. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Roti perisa oren dan keburukannya

Tadi petang aku singgah si sebuah kedai bakery atau dalam bahasa Melayunya, kedai roti. Setelah fikir empat lima kali, aku bersepakat dengan perut aku untuk beli roti potong yang banyak tu so that boleh dibuat breakfast and makanan emergency.

Balik rumah, aku found out yang roti tu berperisa oren. Ini sangat nightmare sebab aku anti betul roti perisa oren. Rasa yang semacam, merosakkan keharmonian rasa roti and selalu buat aku rasa tak sedap perut.

So, sebagai pedoman kali ini aku bagi fakta tentang bahayanya roti perisa oren. Dasyat tak dasyat.



  1. Roti perisa oren sebenarnya adalah hasil experiment yang gagal, lalu jadilah roti mutan berwarna oren yang rasa macam setan.
  2. Roti perisa oren adalah bahan utama yang terkandung dalam bom atom.
  3. Roti perisa oren yang direndam dalam air suling tak akan hilang rasa dan warnanya. Melainkan jik dicelup dalam thinner atau turpentine.
  4. Rahsia kejayaan Hitler suatu masa dahulu adalah memberi musuhnya makan roti perisan oren sorang sekeping.
  5. Mengikut kajian, jika roti perisa oren diletakkan di kutub utara, aisberg akan terus mencair dan pemanasan global berlaku dengan mendadak.
  6. Jika roti perisa oren dicampak kelautan pasifik, ikan jerung akan melompat kedalam bot nelayan kerana ketakutan.
  7. Roti perisa oren jika dijatuhkan dari bumbung bangunan tingkat lapan belas, nescaya keesokan harinya lif bangunan itu akan rosak.
  8. Seekor kambing yang termakan roti perisa oren akan mengalami gangguan mental dan cirit birit selama lapan minggu sebelum mati dilanggar lori.
  9. Sekeping roti perisa oren sudah cukup untuk membuatkan pokok balak tumbang serta merta.
  10.  Di Uganda Selatan, lapan ratus ribu manusia berdemonstrasi kerana membantah kewujudan roti perisa oren.
  11. Satu filem Hollywood bertajuk Orange Bread telah diban seluruh dunia.
  12. Justin Bieber mengamalkan makan roti perisa oren setiap pagi untuk memastikan wajahnya sentiasa ayu.
  13. Roti perisa oren pernah dibawa ke bulan dan ditinggalkan disana. Kini, roti perisa oren itu dipercayai telah bertukar menjadi boxer.
  14. Roti perisa oren jika diletakkan didalam piring Astro, dipercayai semua channel akan hilang termasuk dengan TV sekali.
  15. Perayaan roti perisa Oren dirayakan oleh puak Red Indian setiap tahun monyet.
  16. Jika anda menaiki kapal terbang di USA dan anda memesan makanan roti perisa oren, anda akan ditolak keluar dari kapal terbang oleh pramugari yang cantik.



Terpulang pada kamu semua mahu percaya atau tidak,





Senjata merbahaya.




   

Saturday, April 28, 2012

Dari meja ketua editor


@elmyzakry berkata barangsiapa yang melawat blog mangkuk tingkat dan follow dan komen dan maki dan sebarkan pada kerabat keluarga yang lain dia akan belanja lokcing di kuala perlis. 


aku ada dengar dengar macam dia cakap macam tu, atau dia nak cakap macam tu.  


Thursday, April 19, 2012

Tahik Tak Selalu Berwarna Coklat Muda


Bismillah



16 tahun tak buat entri kat sini.

Ahh.. Baru 16 tahun. Banyak masa lagi. Umur aku pun baru 15 tahun.

Eh..?



*   *   *   *   *   *


Sebulan dua ni dah banyak match Man.U yang aku dah terlepas. Al-maklum duduk hostel kan.
Mana ada tv kat bilik. Nak tengok live streaming pun buat sakit jiwa je asek tersekat-sekat.
Tolong jangan bagi idea suruh tengok bola guna radio kalau taknak mati tercekik radio.

Sebenarnya aku bukan nak cakap pasal bola.


Sebenarnya aku tak ada benda nak dicakap pun. So, apa kata kita buat bahasa isyarat.
Macam permainan regu tu. Dan kau teka apa aku cuba katakan.

Baik aku start buat bahasa isyarat sekarang ok!



  .  .  .  .  .


  .  .  .  .  .




Nampak tak..?

Aku buat sekali lagi. Teka tau!


  .  .  .  .  .



Dapat teka tak??




  .  .  .  .  .




Huh..?



Ahh... Buang masa je buat aktiviti berskala genius macamni dengan korang.
IQ korang tak mencapai tahap normal sekalipun.


Dah la. Malas nak layan,

Dan..oh ya. Abaikan tajuk entri ni. Aku tau ia terlalu extreme untuk korang.




Babai.





*** owh hai MALIN (NAH KAUU..NAK SANGAT CAPSLOCK KANN),
      hai Sudin. (Saya double. Double cheese burger.)
      Percayalah.. Korang akan menyesal join kami. Ahahahahahaahhahahah!!!!!!



Sunday, January 1, 2012

Aqiim cabar aku lukis sendiri? Nah hambik...

Ini lukisan Amirul Aqiim menunjukkan semua author Mangkuk Tingkat Berhayun. 



Aku dan Niki tak berpuas hati dengan lukisan ni sebab kami nampak tak realistik. Tak cukup cool, tak ekstrem dan tak cukup megah untuk ditunjukkan pada anak cucu nanti. Lukisan dia tak sama dengan muka kami sebenar. Oleh itu, Aqiim mencabar aku lukis sendiri kalau tak puas hati. 


Aku seorang lelaki keturunan Hang Tuah dan saudara rapat Hang Li Po, yang pantang dicabar. So, ini dia lukisan aku:









Sama tak? Sama tak? Sape kata tak sama dia gila. Haha

  
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...