Showing posts with label nasihat untuk adik-adik. Show all posts
Showing posts with label nasihat untuk adik-adik. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Roti perisa oren dan keburukannya

Tadi petang aku singgah si sebuah kedai bakery atau dalam bahasa Melayunya, kedai roti. Setelah fikir empat lima kali, aku bersepakat dengan perut aku untuk beli roti potong yang banyak tu so that boleh dibuat breakfast and makanan emergency.

Balik rumah, aku found out yang roti tu berperisa oren. Ini sangat nightmare sebab aku anti betul roti perisa oren. Rasa yang semacam, merosakkan keharmonian rasa roti and selalu buat aku rasa tak sedap perut.

So, sebagai pedoman kali ini aku bagi fakta tentang bahayanya roti perisa oren. Dasyat tak dasyat.



  1. Roti perisa oren sebenarnya adalah hasil experiment yang gagal, lalu jadilah roti mutan berwarna oren yang rasa macam setan.
  2. Roti perisa oren adalah bahan utama yang terkandung dalam bom atom.
  3. Roti perisa oren yang direndam dalam air suling tak akan hilang rasa dan warnanya. Melainkan jik dicelup dalam thinner atau turpentine.
  4. Rahsia kejayaan Hitler suatu masa dahulu adalah memberi musuhnya makan roti perisan oren sorang sekeping.
  5. Mengikut kajian, jika roti perisa oren diletakkan di kutub utara, aisberg akan terus mencair dan pemanasan global berlaku dengan mendadak.
  6. Jika roti perisa oren dicampak kelautan pasifik, ikan jerung akan melompat kedalam bot nelayan kerana ketakutan.
  7. Roti perisa oren jika dijatuhkan dari bumbung bangunan tingkat lapan belas, nescaya keesokan harinya lif bangunan itu akan rosak.
  8. Seekor kambing yang termakan roti perisa oren akan mengalami gangguan mental dan cirit birit selama lapan minggu sebelum mati dilanggar lori.
  9. Sekeping roti perisa oren sudah cukup untuk membuatkan pokok balak tumbang serta merta.
  10.  Di Uganda Selatan, lapan ratus ribu manusia berdemonstrasi kerana membantah kewujudan roti perisa oren.
  11. Satu filem Hollywood bertajuk Orange Bread telah diban seluruh dunia.
  12. Justin Bieber mengamalkan makan roti perisa oren setiap pagi untuk memastikan wajahnya sentiasa ayu.
  13. Roti perisa oren pernah dibawa ke bulan dan ditinggalkan disana. Kini, roti perisa oren itu dipercayai telah bertukar menjadi boxer.
  14. Roti perisa oren jika diletakkan didalam piring Astro, dipercayai semua channel akan hilang termasuk dengan TV sekali.
  15. Perayaan roti perisa Oren dirayakan oleh puak Red Indian setiap tahun monyet.
  16. Jika anda menaiki kapal terbang di USA dan anda memesan makanan roti perisa oren, anda akan ditolak keluar dari kapal terbang oleh pramugari yang cantik.



Terpulang pada kamu semua mahu percaya atau tidak,





Senjata merbahaya.




   

Tuesday, January 31, 2012

Nota untuk model murahan facebook

Korang ada facebook? Orang kata 60% orang dalam dunia ni ada facebook. Ok cukup sekadar itu sebagai pendahuluan.


Seriously aku tak boleh tahan kesabaran kalau ada budak-budak perempuan kat facebook, yang umurnya belum lepas untuk beli rokok kat 7/11 ambik gambar posing-posing perasan model. You know, muka control masam, mata pandang tajam kat kamera, badan diliuk-liukkan, tangan kiri pegang kepala sebelah tangan lagi cekak pinggang, baju ketat, and then badan kasi nampak apa yang dia boleh tunjuk walaupun pada umur tu belum ada apa sangat yang boleh ditunjuk. And then ambik gambar banyak-banyak kasi full hardrive and then upload setiap hari kat facebook and post. Sekali dengan gambar dia mandi kat swimming pool pun dia nak post jugak. Yang tak boleh blah, dalam swimming pool pun nak posing badan liuk-liuk lagi. Alangkah bagusnya kalau dalam swimming pool tu ada ikan jaws yang tak suka budak yang post gambar seksi kat facebook. Eh spesifik sangat tu. Asal ada ikan jaws cukuplah.


Ok girls, atau adik-adik, abang El bukan tak suka kalau korang post gambar bajet supermodel tu, bukan tak suka ok. Bukan. Abang El cuma benci je. Benci dengan tak suka tu jauh bezanya ok. Kalau tak suka, abang nampak gambar tu berkeliaran kat news feed abang, abang just unfriend je adik. Tapi kalau benci, abang rasa nak pergi rumah adik, and then bakar laptop adik sampai hangus and then abang kumpul abu laptop adik tu dalam balang and then abang hanyutkan kat laut.


Tak salah sebenarnya nak ambik gambar macam mana pun. Adik nak ambik gambar pakai bikini ke, mulut itik ke mulut tempayan ke, itu bukan satu kesalahan. Tapi tak perlulah post kat public bagi semua orang tengok. Bila orang tengok and muntah atas laptop tak ke aniaya orang tu? Atau lebih parah sakit jantung and mati, tak ke adik dikira penjenayah tu? Tolong lah adik, yang komen adik comel atau nice pic kat gambar adik berpusing abdomen tu abang rasa bukan manusia tu. Itu maybe setan atau tenuk. Tak ada yang lain.


Kalau adik rasa-rasa berminat sangat jadi model, rasa adik tu comel and cantik and lebih mengancam dari Fasha Sandha, cepat-cepatlah mintak pergi audition kat Mangga. Diorang banyak nak pakai model yang ada bakat posing dalam koram renang. Ataupun kalau rasa Mangga tu terlalu dewasa sangat, abang cadangkan pergilah audition Bintang Kecil. Adik joinlah kawan-kawan adik melaram atas pentas ok.

Ok chow.










  
  

Tuesday, December 20, 2011

Keling dan Tamil

Ada sorang adik kepada kawan aku post status kat facebook. Ayat dia lebih kurang macam ni :



"Keling betul la timeline Facebook ni"


Then aku tegur dia dengan sepenuh hati, tak elok cakap keling kat public sebab orang india sensitive. Bunyinya macam nak kata kaum india tu teruk sampai dijadikan bahan ukuran. Itu perkauman namanya. Tapi walaupun dia budak yang baru nak amik PMR, dia agak matang kalau nak dibandingkan dengan budak facebook yang lain. So dia terima nasihat aku tu tanpa banyak songeh.


And then tadi aku buka facebook. Aku scroll satu news feed sebab bosan. Aku nampak status dia. Aku baru baca status baru dia tu sekejap:




"Tamil betul kau Shamila. Berani kau hack facebook aku ye"






Aku yakin yang sebenarnya dia langsung tak faham apa yang aku cuba sampaikan.

  

Saturday, December 3, 2011

Nasihat untuk adik yang bertudung

Adik-adik sekolah sekalian, abang ni bukanlah Pak Ustad, bukan Tok Aji, and bukan Imam mabrur, apatah lagi Tok Ketua Kampung Parit Kepundeng Parang Skeper.. 








Tapi kan...kan....kan.....




Adik pakai tudung tu dah lawa dah.....




Tapi lepas tu pakai baju sendat, 




Lengan pendek atau takde lengan,




Seluar ketat adik tu...ish ish ish... memang kasi nampak arca bentuk badan adik,




And pastu adik pergi letak mekap tebal and bergincu 8 inci pulak.



Then jalan-jalan dengan lenggok Inul kat mall.






I mean....




Pernah tak adik tenung diri sendiri dalam cermin, tengok style tu....




And cakap kat diri sendiri....









Sama tak aku dengan awek afrika ni?




Comey tak kitew? Auww~~



Lepas compare tu terpulanglah pada adik nak teruskan keluar berjalan Inul kat shopping complex tu dengan style tu, atau pergi cari dinding yang keras, pastu hantuk kepala kat dinding sejuta kali.



Abang tak marah, abang cakap je...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...