Thursday, August 18, 2016

Pokemon Go Itu bukan Agenda Yahudi

         Sambil menunggu bas, seorang Shamsul Mustaqim bermain aplikasi permainan paling popular abad ini, Pokemon Go. Beliau menangkap pokemon hanya ketika beliau tak melakukan sebarang aktiviti seperti berjalan, melintas jalan, memandu kereta, naik motor, berkayak dan sebagainya. Shamsul Mustaqim seorang yang bijak. Beliau tidak akan memperjudikan nyawa dia dan orang lain semata-mata mahu jadi pokemon master yang baik, kerana beliau tahu handal menangkap pokemon takkan boleh mendapatkan beliau jawatan tinggi di Petronas.

       Rasyidi Ayyub pulak seorang yang hardcore dalam bidang Pokemon Go. Beliau bukan sahaja sanggup parking tepi highway semata-mata sebab terjumpa Snorlax, beliau juga sanggup putuskan pertunangan beliau dengan Maisarah semata-mata sebab berlainan pasukan Gym trainer. Rasyidi Ayyub seorang yang tak bijak. Beliau keluar pada waktu kerja untuk menangkap pokemon terkejar-kejar ke Pokestop kesana sini seperti orang tak waras. Beliau berbangga dengan hasil ternakan pokemonnya dan bermegah-megah di social media seolah-olah beliau ada ladang kambing 4 ekar. Rasyidi Ayyub seorang manusia yang bangang.

Husnaini Awang pula seorang budak yang baik tapi kebanyakan masa beliau cuma acah baik. Beliau tak bermain Pokemon Go kerana beliau hanya ada handphone nokia lampu picit. Merasakan dunia tak berlaku adil kepada beliau, beliau mencaci orang yang bermain Pokemon Go. Husnaini Awang mereka-reka cerita bahawa Pokemon Go bermakna "Pak hang yahudi" dan sebarkannya melalui semua medium social media; Facebook, twitter dan whatsapp. Beliau berhempas pulas sebarkan dakyah palsu itu untuk "menaikkan kesedaran umat Islam" sambil type caption "Dari tangkap pokemon lebih baik tangkap pahala." sedangkan arah kiblat rumah pun beliau tak pernah tahu. Celaka betul Husnaini Awang.

Masalah dia sekarang bukan Pokemon Go tu agenda yahudi, Orang kita je yang munafik.



  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...