Monday, December 19, 2011

Yang Telus Tentang Perempuan


Bismillah


Aku sebenarnya tak berupaya nak buat entri. Tapi rasa bersalah pulak kalau lama sangat tak hapdet kat sini.
Tadi balik dari dinner, aku muntah-muntah. Bila dah termuntah tu, aku terus teringatkan Badang. Aku pun nak jadi kuat juga.Teringin gak nak peluk pokok balak sampai tercabut. Tapi untuk telan balik muntah sendiri... Aku rasa aku lebih rela mati.

Ok. Cukup dengan najis mutawasittah ni.


Untuk para-para jejaka di luar sana. Serta para-para sakura yang ada. 
Ada sesuatu yang telus perlu korang tau tentang perempuan.


1. Kalau perempuan tu reply mesej korang berbunyi ala-ala begini;

"haha ye ke." atau
"haha ye la tu." atau
"a'ah ye kot."

Perhatian! 'hahaha' itu bukan bermaksud dia gembira atau cuba bermesra atau sedang digeletek jiran waktu balas mesej. Tolong jangan salah faham.

Dengan kesimpulan mudah, jika kau mesej dia sama panjang dengan jarak Bumi ke Matahari, tapi dia reply dalam 5 perkataan aje. Hentikanlah niat nak mengorat dia. Itu tanda dia memang tak berminat dan nak kau cepat-cepat berambus. Kredit satu sen tu tak berbaloi nak dilaburkan untuk kau. Baik lagi masuk tabung anak yatim kat kaunter Mc'D tu.

2. Korang mintak pinjam buku teks dia sebab buku kau hilang kena makan dek hanjeng. Dan perempuan tu kata buku teks dia ada kawan lain tengah pinjam padahal sah-sah buku teks tu dia tengah pegang. Betapa dia sanggup kantoi bodoh macamtu. Itu bermakna korang kena bersedia untuk cari kedai fotostat paling murah sebab dia memang taknak kasi kau pinjam. 

Bhai..Taktik mengorat basi,bhai.

3. Kalau kau bercadang nak belikan dia teddy bear atau cincin, sedangkan dia dah kata taknak terima. Maka ada baiknya kau gadaikan je lah hadiah-hadiah tu terus. Tak payah nak cakap 'eh, ambiklah.. saya ikhlas nak hadiahkan untuk awak.' 

Berdarah telinga aku kalau dengar ayat macamtu,tahu? 
Ikhlas pejadah. Orang yang ikhlas takkan sebut dia ikhlas.

Tengok.
Tazkirah automatik di situ.

Tapi perempuan tu takkan nak judge kau ikhlas ke tak, so dia pun terima je la.
Tapi percaya cakap aku, cincin kau tu akan bertemu ajal di bawah katil. Mungkin lebih hina kalau dia buat jadi mainan anak kucing dia. Dan lagi 100 tahun, para pengkaji bumi akan anggap cincin tu sebagai fosil tulang dinasour aje.

4. Kalau kau dah pernah direject dengan rasminya, tolonglah jangan nak cari peluang untuk duduk dekat-dekat. Kalau perempuan tu dah taknak, secara automatik kau dah terkeluar dari petala elektron tengah ke petala elektron paling luar. Dan kalau kau masih ada hati nak duduk dekat-dekat atau cari peluang nak bercakap-cakap, kau akan tercampak terus ke zon lingkaran api Pasifik.

Percayalah.
Lagi korang duk nak menyempit depan mata dia, makin meninggilah kadar keserabutan korang di mata dia. Pastu takyah nak berharap sangatlah dapat borak dengan dia lagi. Sebab nampak muka kau dari jauh je, perempuan tu rela jalan menonggeng dari nak pegi datang borak dengan kau.

5. Kalau dah dia block YM kau, block Twitter kau, sorok nombor telefon dari kau..tak reti-reti lagi.?



Fakta ini tidak merangkumi perempuan-perempuan materialistik dan hipokrit.
Sekian.


Ok. Nak gi sambung muntah.




Aggghhh!




Haa tengok.. transformasi nak jadi Badang la ni.





26 comments:

Aqiim said...

sy slalu kena mombor 1....

T_T

c'axoera said...

cintai hanya yang mencintai sajer sudah hehehe


yang lain buang kuar tingkap :p

El said...

entrycamni dah ada dalam draft blog tapi malas nak sambung. so cik ungu dh tulis, takyah sambung terus lah..haha

Saddila said...

kesiannya abg aqiim . ehh ??

apsal jadi fossil tulang dinaso ? haha gila .

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...

macam tahu2 je... dah ade pengalaman ke?haha

RAIZAN said...

No.1 tu selalu ade. Tp xkan la sebab tu je? Saya konpius bile berhadapan dgn No.1 tu. :/

X.m.i.n.t.o.o.X said...

sbgai sorg prmpuan, mmg tu pun sy buat kalau sy mls lyn:p especially no.1.. tu mmg ayt mls namannys:pp

shedameor said...

lelaki2 sekalian, dengar ceramah cik ungu ni. hihik

Sepul Lupes said...

Oowhhh baru aku paham... T_T aku kena no 1,2,3,4 haaaa no 5 tu bakal la kot kah kah kaah ... tingQ memberi pengetahuan baru~

cik ungu said...

Aqiim :

sorila aqim. akak terpaksa reject kamu.


*hamekkaaawww.
kontroversi kan?
miahahahah

cik ungu said...

c'axoera

tau tak nickname kamu paling susah nak taip?
buat stress jari je.


buang luar tingkap?
knape tak bukak pintu je?
kan lagi luas.

cik ungu said...

El

owh ye ke?
kau gunting draft kau, tampal kat entri ni.
nampak panjang skit.

cik ungu said...

Saddila

apsal nak sian kat Aqiim?
Bukan mendatangkan pekdah pun. miahhahha


saje.
sebab denaso tomei.

cik ungu said...

MEZAFIRAH

cis..
nama pun Mulan jameelah.

haruslah.


haa..kan dah berpantun secara otometik.

cik ungu said...

RAIZAN

explanation untuk no.1 tu panjang sebenarnya

cik ungu said...

XmintooX


apahal puaka sangat nick kamu ni dik?


Haa kan?kan?
Orang2 hot memang camtu.

cik ungu said...

shedameor


ya betul tu..

eh?
siapa cik ungu?


Mulan Jameelah ok.

cik ungu said...

Sepul


naseb bek ade sampai no 5 je.

kalau sampai 20?
sume kau nak kan?


tamak!

Sepul Lupes said...

tu la.. ape kata ko ec sampai do ploh tgk.... mesti aku dapat semua anugerah tuh~

cik ungu said...

sepul

nantilah aku terbitkn satu buku khas utk kau

Sepul Lupes said...

wahhh aku cukup terharu.....~ tingQ.. jgn ko bagi alasan NO-2 plak lepas nih! hahahahhaha

cik ungu said...

cis..da tau pulak taktik aku kan

Sepul Lupes said...

well dari lubang hidung mu aku mengenalimu~ hahahaha

Sepul Lupes said...

Makcik ungu.. aku ade 1 request kalau kau rajin....
Nak request ko terangkan maksud sebenar seorang aweks membalas sesuatu msg @ menjawab pertanyaan...

contoh : aku nak ajak ko datink~

Soalan : Hi makcik ungu jum datink!

Jawapan dari ko :

a): ermm ta dapat la aku ade hal sket.
b): Eh! ye ke! bile? tapi kite tak kompom lagi.. sekarang banyak kerja... nanti kite kompom kan
c): TANAK! <-- terguris hatiku~
d): bla bla bla ape ape lagi la korang punye jawapan...

boleh tak ko terangkan ape maksud jawapan a) tu sama ade berdalih @ tak berminat nak kuar.. kee~ b) berminat tapi tak berani janji sebab ade keje @ ape ape hal... kee~ c) tu sendri mau ingat..~ keee~

buat la 1 entry untuk memahami maksud si-aweks membalas msg anda~

request nehh~ hahaha

kalau ko tak paham.. ko baca ngan pelahan2 dan tenang~:p

cik ungu said...

Sepul :

eh da lama ke kau tanye ni?
aku baru baca.

aku takde notification la.tu pasal lambat.

insyaAllah nanti aku buat satu entri.

sekarang ni biar aku berak dulu.

Sepul Lupes said...

ko ngan jamban memang sahabat baekkan? Memang sesuaiiiii hak hak hak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...