Showing posts with label lantak aku la nak tulis apa. Show all posts
Showing posts with label lantak aku la nak tulis apa. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Tahik Tak Selalu Berwarna Coklat Muda


Bismillah



16 tahun tak buat entri kat sini.

Ahh.. Baru 16 tahun. Banyak masa lagi. Umur aku pun baru 15 tahun.

Eh..?



*   *   *   *   *   *


Sebulan dua ni dah banyak match Man.U yang aku dah terlepas. Al-maklum duduk hostel kan.
Mana ada tv kat bilik. Nak tengok live streaming pun buat sakit jiwa je asek tersekat-sekat.
Tolong jangan bagi idea suruh tengok bola guna radio kalau taknak mati tercekik radio.

Sebenarnya aku bukan nak cakap pasal bola.


Sebenarnya aku tak ada benda nak dicakap pun. So, apa kata kita buat bahasa isyarat.
Macam permainan regu tu. Dan kau teka apa aku cuba katakan.

Baik aku start buat bahasa isyarat sekarang ok!



  .  .  .  .  .


  .  .  .  .  .




Nampak tak..?

Aku buat sekali lagi. Teka tau!


  .  .  .  .  .



Dapat teka tak??




  .  .  .  .  .




Huh..?



Ahh... Buang masa je buat aktiviti berskala genius macamni dengan korang.
IQ korang tak mencapai tahap normal sekalipun.


Dah la. Malas nak layan,

Dan..oh ya. Abaikan tajuk entri ni. Aku tau ia terlalu extreme untuk korang.




Babai.





*** owh hai MALIN (NAH KAUU..NAK SANGAT CAPSLOCK KANN),
      hai Sudin. (Saya double. Double cheese burger.)
      Percayalah.. Korang akan menyesal join kami. Ahahahahahaahhahahah!!!!!!



Sunday, February 12, 2012

Jawapan yang bikin panas

Sudin: Amzan, kau ada nampak tak aku punya....
Amzan: TAK!


Waiter: Encik nak makan apa?
Rukiman: Kat sini apa makanan yang special?
Waiter: Banyak encik. Siakap 3 rasa, sup gearbox, paprik special, tom yam, steambot bla bla bla...
Rukiman: Kalau macam tu bagi saya air kosong je lah.


Hazimah: Encik, tolong cari anak saya encik. Anak saya dah 2 hari hilang.
Inspektor Tarmizi: Anak puan hilang pergi mana?
Hazimah: Manalah saya tahu encik.
Inspektor Tarmizi: Kalau macam tu maaflah, saya tak dapat nak tolong.



Boss: Aminah, mulai hari ni saya naikkan pangkat awak jadi pengurus kewangan.
Aminah: Tapi boss, saya kerja cleaner tandas je.
Boss: Itulah maksud saya. Mulai hari ini awak kerja kutip duit syiling 20sen kat depan tandas.



Lecturer: Siapa kat sini belum siap assignment?
Saripin: Saya puan.
Lecturer: Kenapa tak siap lagi?
Saripin: Kenapa saya kena siapkan?
Lecturer: Sebab saya suruh.
Saripin: Kenapa puan suruh saya siapkan?
Lecturer: Sebab saya lecturer dan awak student:
Saripin: Kenapa puan jadi lecturer?


   

Saturday, December 24, 2011

kisah seorang makcik dan seorang pemuda kacak



Pada suatu hari, seorang Makcik telah menyewakan salah satu biliknya untuk seorang penyelidik yang ingin membuat kajian di kampung tersebut. 
Malam itu, sewaktu penyelidik tu nak mandi, maklum lah bilik air kampung, dindingnya papan aje, tu pun ada lubang-lubang sikit.
Dah tu, pemuda tu pulak muda lagi, kacak pulak tu.
Makcik tu pun "semacam" lah. dia pun nak pergi mengendap pemuda tu mandi.
Kali pertama mengendap, makcik tu kantoi.
Kali kedua pun kantoi lagi.
Kali ketiga, pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
"Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata... 


" JANJI TAU..!!".


janji tau, makcik tunggu.. hik hik



#dirembat dari facebook 

Sunday, December 4, 2011

wanita, janganlah dibazirkan air matamu itu..


entri nie dibuat khas untuk mereka yang sering gagal dalam bercinta. terutamanya wanita. seperti yang kita semua tahu, air mata adalah senjata utama bagi wanita. dan bila mereka putus cinta, mereka pasti akan menangis.

ish ish ish..

kenapa dik? kenapa perlu dibazirkan air mata tu hanya kerana seorang lelaki? agaknya dah memang nasib adik sebab sering gagal dalam bercinta. kalau dah tau awak tu sering gagal dalam bercinta, bila sekali putus tu, janganlah nak over sangat menangis tu. sikit-sikit je dah la.

simpan sikit air mata tu untuk "putus cinta" yang akan datang.


KAH KAH KAH KAH!!

menangis macam nie ok. jimat. 
sekali putus keluar setitis je. 
kalau 5 kali putus cinta, baru 5 titis je yang keluar.
KAH KAH KAH!!

Saturday, December 3, 2011

Tenuk Bermain Ombak


Bismillah


Tahu tak sekarang ni apa pun yang kita buat, berkenaan dengan teknologi, semuanya melibatkan jari. Dari fon Nokia 3310 sampai zaman touch screen, semuanya guna jari.

Bayangkan bila korang adalah Mulan Jameelah.
Berapa ribu perkataan nak ditaip dalam masa sehari?


Heyy heyy cik ungu. Kamu cuma part timer kat sini. Tak payah nak Mulan Jameelah sangatlahh~


Baik.
Sedar diri.


Berbalik pada isu jari tadi.
Aku rasa, jari adalah antara anggota badan paling kuat berkerja. 


Jarilah yang korek hidung, jari jugalah yang masuk mulut. Hmm... Masin.
Penat taip mesej kat fon, kena taip entry kat blog pulak. Blogwalk pun perlu jari. Guna mouse laptop pun harus klik-klik guna jari juga. Makan guna jari.Syampu rambut. Main piano.


Ecehh.. Hebat nak mampus sangat ke main piano.
Main Kastenet pun tempo lari. Ada hatii...


Aku sangat kesian dengan jari-jari ni semua. Aku dah berazam taknak susahkan jari aku lagi.
Sebab tu lah sekarang aku taip entri ni guna siku.


Haaa...tak percaya,kann??


Bodoh.



*** Memang tajuk entri takde kene mengene dengan isi. Pastu kau nak buat apa?
       Nak pukul aku? Hakedush!

Monday, November 21, 2011

Liverpool menang kat Stamford Bridge? itu perkara biasa....

Post ni ditujukan pada Niki Razali yang tak dapat tengok match semalam. Rugi kau...

Ye aku tau ini bukan blog pasal bola. Ini bukan Sokernet atau Soccerleaks mahupun Socrates. Tapi disebabkan Aku and Niki Razali fan tegar Liverpool, aku nak post jugak. Ah tak kira, tak kira tak kira!

Walaupun semalam aku demam and hujan kaw-kaw, tapi dengan semangat dan jati diri yang tinggi aku redah hujan tu untuk lepak kedai makan hujung. Ada beberapa kali aku hampir termuntah. Tak tak, bukan sebab tengok muka Ramirez Chelsea yang hodoh sangat tu, tapi sebab demam la derr.

Apahal muka gua pulak kena?

Semalam Liverpool turunkan player yang favourite aku. Bellamy and Maxi main starting. And Chelsea tak masukkan Torres sebagai starter sebab dia tau mamat pondan tu bukan boleh harap pun. Meireless yang baru join Torres blah dari Liverpool pun tak dapat sumbang apa-apa.

Liverpool dah tak main ball possesion sebab sebelum ni main possesion tak pernah nak dapat goal. Semalam King Kenny gunakan Maxi, player yang score 7 gol dalam 3 match season lepas untuk ganti Downing yang asyik rembat tiang. Dia juga gunakan Kuyt untuk lebih banyak main counter attack. Suarez sangat tak menjadi malam tadi, tapi gol Maxi tu pun hasil sumbangan dia and Craig Bellamy. Man of the match of course lah Glenn Johnson yang tak pernah semput lari naik atas and score secara solo lepas mengayamkan Ashley Cole and buat defender lain tercengang dengan dribble skill dia.

Chelsea main macam bangang tahap sederhana. Bak kata orang, kalau dah sayur tu sayur lah jugak kan. Bahagian midfield Chelsea macam takde player langsung, semua rakus nak pergi attack, even defender pun tinggal Terry sorang je yang defend, yang lain semua naik atas. Tau la Drogba tu main cam siput, jangan la sampai semua player kau nak buat jadi striker.


5 Favourite player aku semalam and rating:

Martin Skrtel (8.0): Aku puji Martin Skrtel sebab defensive instinct dia malam tadi memang tip-top. Agger agak berangan sikit semalam, tapi Skrtel selalu on time untuk cover.

Craig Bellamy (7.5): Mamat ni walaupun dah tua and badan dia buncit macam pak cik, tapi dia ada pace and idea yang high class. Rajin buat tukar position dengan Maxi Kuyt, and passing yang bahaya, and dia assist untuk gol Maxi yang bijak cari ruang.

Pepe Reina (8.0): Percayalah, gol keeper spanish ni ada gam kat glove dia sebab tangkapan dia kaw-kaw kemas, and mata and otak dia laju untuk tepis bola. Kalau bukan sebab dia maybe Chelsea dah dapat 3 gol. No doubt kenapa dia jadi kapten.

Glen Johnsson (9.0): Di masa Glenn Johnson tengah top form, inilah padahnya. Walaupun dia main right defender, dia lebih banyak attack dari Suarez yang main macam celaka malam tadi. Skill dribble dia malam tadi memang mengundang sorakan, and kelajuan dia boleh kalah motor EX5 Aqiim. Gol dia yang guna kaki kiri sangat cool sampai buat Peter Cech and John Terry nampak macam noob, terbaring depan gol.

Dia bukan saje kuat bertwitter, tapi main pun power rupanya.


Glen Johnson and Suarez Jongang


Juan Mata (7.5): Player spanish yang dihasut Torres untuk masuk Chelsea ni bukan calang-calang budak. Cross and passing dia sangat bahaya.

Ok itu saje. Sila teruskan merapu di entry yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...