Friday, June 29, 2012

CerpenMangkuk : Kisah Pemuda Misteri


Tersebutlah kisah, seorang anak muda yang tinggal di sebuah kampung. Tubuhnya besar. Badannya tegap. Paras rupanya kacak. Dia menjadi kegilaan hampir semua wanita di kampung tersebut dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke peringkat rumah kata pergi kubur kata mari. Tua. Kemana sahaja anak muda itu pergi, dia pasti akan cuba digoda oleh para wanita yang begitu menggilai dirinya.

Pada suatu hari, anak muda tersebut disuruh oleh ibunya untuk pergi ke kedai untuk membeli kicap. Ibunya sangat menggemari kicap. Boleh dikatakan semua masakan ibunya ada berunsurkan kicap. Kicap goreng, kicap masak tiga rasa, kicap masak merah, kari kicap, burger kicap, bubur ayam kicap dan kicap masak kicap. Aneh.

Setelah berjalan selama 10 minit, akhirnya anak muda tersebut sampai di kedai runcit. Sebaik sahaja masuk ke dalam kedai tersebut, dia dengan segera menuju ke rak dimana terletaknya kicap. Jumpa. Tanpa berlengah, anak muda tersebut mengambil sebotol kicap dan segera ke kaunter untuk membuat pembayaran. Setelah selesai membayar, anak muda tersebut pulang ke rumahnya. Setelah hampir 10 minit berjalan, akhirnya dia sampai di rumah dan menyerahkan kicap tersebut kepada ibunya. Akhirnya penggunaan kicap kembali aktif di rumah mereka dan mereka hidup aman bahagia.






Monday, June 25, 2012

Muhyidin si lipan yang berani

Ahmad Tarmizi adalah seorang penternak lipan yang berjaya. Setiap tahun pendapatan kasarnya sekitar enam belas juta ringgit, bahagi enam belas. Lipan yang diternak terdiri dari lipan tenusu, lipan daging dan lipan jantan yang diperkotak katikkan sebagai pembiak.

Ahmad Tarmizi mempunya satu kelebihan iaitu boleh faham dan bercakap dalam bahasa lipan. Setiap hari isnin, semua lipan-lipan dihimpunkan di dewan utama Persatuan Lipan-lipan Bersepadu Tarmizi, untuk mendengar sebarang luahan atau rungutan dari lipan-lipan Ahmad Tarmizi.


Salah seekor lipan jantan ternakan Ahmad Tarmizi bernama Muhyidin.  Dia berkata pada Ahmad Tarmizi, "Saya minat pada Si Timah, si Siput Babi yang comel tu. Boleh tak tuan tolong pinangkan dia untuk saya?" 

Ahmad Tarmizi serta sekalian lipan-lipan yang lain ketawa selepas mendengar luahan hati Muhyidin ini. Muhyidin kecewa. Kepalanya tunduk malu. Rakan-rakannya masih tidak berhenti ketawa. Bekas crush beliau, Sofea senyum sinis. Dalam kepalanya ligat memerli, " Ai, dah tak dapat mengorat aku, dah putus asa, nak try siput babi pulak? Kih kih kih."

Keesokan harinya Muhyidin bangun awal pagi. Lebih awal dari kebiasaan, beliau bangun pukul 4 pagi. Bukan untuk qiamullalail, bukan untuk bersahur dan bukan juga sebab nak tengok bola. Namun beliau bertekad mahu curi-curi keluar dari ladang ternakan itu.

Muhyidin bersiap sedia. Packing segala barang yang ada. Headphone dan chewing gum tak dilupakan. Item penting tu bila berjalan jauh. Beliau keluar senyap-senyap. Kaki-kakinya ada lapan belas, namun empat belas kaki disorok, guna empat kaki saja bagi mengelakkan sebarang bunyi bising.

Pintu terowong rahsia dibuka perlahan-lahan. Terowong ini dah lama dikorek sejak Muhyidin berusia enam hari lagi. Masih ingat ketika itu, terowong itu asalnya adalah lubang cacing. Setelah cacing tersebut meninggal dibaham ayam serama Pak Megat, terowong tersebut disambung kerja penyelenggaraannya dan di renovate oleh Muhyidin.


Satu cahaya dari jauh kelihatan dari dalam terowong rahsia itu.




To be continued....


    

Friday, June 22, 2012

Entry paling celaka pernah wujud dimuka bumi

Celaka. Pagi esok aku ada last paper. Malam ni tepat pukul 12.30 aku taip blog. Celaka celaka.































Nah, gambar steamboat.



 










          

Wednesday, June 20, 2012

Poseur Bola sepak

Poseur adalah orang yang berpura-pura atau pretending atau cuba sedaya upaya jadi someone yang bukan diri dia. For example, budak skima kata konon-kononnya dia peminat Heavy Metal. Padahal band paling rock pernah dia dengar pun Spider je. Yang lain dia dengar tak habis-habis lagu Justin Bieber.

Sikap poseur dalam kalangan fan atau penonton bolasepak ni banyak jadi sekarang ni. Poseur bolasepak means orang yang tak tahu apa-apa pun pasal bolasepak, atau tahu sikit je pasal ilmu bolasepak, dunia football, and history. Tapi bercakap and lagaknya semangat kemain, mengalahkan Ultra Malaya.




Ini tak semestinya poseur. Tapi semestinya poser.



 Frankly, terus terang, mostly poseur ni biasanya perempuan. Bukan nak jadi sexist, tapi itulah hakikatnya. Tapi lelaki yang baru nak up pun ada. Tak kira umur berapa, budak sekolah, budak matrik, budak MRSM, budak unibersiti ataupun mak budak sekalipun. Sentiasa ada sikap-sikap poseur yang melampau dalam bola sepak, sampai mengundang kebencian dan kenyampahan orang ramai dan secara tidak langsung peminat sebenar bola sepak akan end up sepak objek lain selain bola.

Ciri-ciri objek tersebut adalah:



1) Tak tahu rule bola sepak.


Jemah: WOI! KENAPA DIA TAK SEPAK BOLA TU!! BODOH BETUL LA!! DAH TAKDE ORANG DAH TU!!

Samsudin: Berapa kali saya nak bagitau? Dia tengah offside! Saya lempang juga oesophagus awak ni kang.



2) Tengok bola menjerit-jerit terpekik-pekik walaupun tak ada apa-apa yang menarik.



Kassim:  WOOOOO!!!!!!! Sikit lagi tu!!!! Sipi-sipi je!!! Lapan meter je lagi nak masuk gol!!!!



3)  Sokong team yang femes, dan satu-satunya team yang dia kenal.



Udin: Dalam liga EPL kau sokong team mana Pejah?

Pejah: Aku sokong BARCELONA!!




4) Sokong team mana yang ada player kacak.

Jamilah: Malam ni ai nak tengok Portugal lawan Spain..auww kacaknya abam Ronaldo GO PORTUGAL GO!

Jamilah: Eh....abam Fernando Torres pun boleh tahan. GO SPAIN GO!!!

Jamilah: Eh...abam referee ni pun kacak. GO REFEREE GO!!!

Jamilah: Eh...comelnya abam yang kutip bola tepi padang ni. GO ABANG KUTIP BOLA GO!!



5) Sokong team ikut boyfriend.


Najihah: Sayang, awak sokong team apa?

Mokhtar: Saya sokong Arsenal.

Najihah: Arsenal tu apa sayang? Bunyi nama macam bodoh je.

Mokhtar: Kelab bola sepak lah.

 (5 minit kemudian...)

Post status kat facebook:


Najihah Comey ARSENAL IS THE BEST!! I LOVE YOU ARSENAL!!!




6) Selalu fikir Brazil kelab terbaik dunia. Sehinggakan piala EURO pun dia sapu juga.


Mimi: Saya sokong BRAZIL! Mereka pernah memenangi EURO!.

Mimi: Saya sokong BRAZIL! Mereka pernah menang piala AFC!

Mimi: Saya sokong BRAZIL! Mereka pernah menang piala Champions League!

Mimi: Saya sokong BRAZIL! Mereka pernah menang piala Liga M!



7) Claim diri peminat no 1 kelab tu. Tapi disuruh bagitahu nama player dia tak tahu.


Nini: AKU FAN NO.1 MAN UTD!!! GLORY GLORY GLORY!

Habibudin: Try senaraikan tiga orang player MU.

Nini: Err...Rooney, Alex Ferguson, erm...yang negro negro tu sape tah nama dia.



8) Minat team yang selalu menang.

Khalsom : Kau tau tak Jubir, aku minat Spain sebab dua tahun lepas Spain menang World Cup. Aku minat Real Madrid sebab dia baru menang piala apa entah. Lepas tu aku minat Mancester Siti. Kalau bukan sebab bekas laki aku tu orang Kelantan dah lama aku sokong Kelantan FA kau tau?

Zubir: Pergi mati boleh?





Aku sokong Liverpool walaupun dah seabad tak menang Liga. Aku sokong England even main macam celaka. And aku sokong MP Muar walaupun penonton dia tak bakar kerusi stadium.


Keh keh.




BAKAR WEH BAKAR! TIM KITO KALOH!
PUNOH MASO DEPE KAWE!!


     
           

Tuesday, June 19, 2012

musim EURO

paham tak?

saya yakin brazil menang EURO kali ini.

ermmm, ai sokong argentina, spain dengan german. hihikss

tapi aku tak sokong mana-mana. 


maaf kesilapan editor.

siapa paham tu, pahamlah. kui3


Sunday, June 17, 2012

Pemain Bola Yang Diminati

Empat Pemain Bola Sepak Dunia Yang Paling Diminati:






(1)

Maidin Ghafar Ali




Umur:25 tahun.


Kebolehan diatas padang:





-Berlari keliling padang sambil pakai selipar jepun saiz 7 selama 8 tahun tanpa henti.
-Merembat bola menggunakan tumit kaki kiri.
-Alihkan tiang gol pihak lawan tanpa disedari.
-Hanya memakai ‘boot’ kain ketika beraksi dipadang.
-Pernah menukar wisel pengadil dengan trompet ketika pengadil sedang membancuh kopi diatas padang.
-Kerap kali menggigit,meludah,menyepak tengkuk & halkum pengadil tatkala pengadil mahu meniup wisel tamat permainan.




Pencapaian:



-Pernah Menjuarai acara tarik tali berirama.
-Naib johan dalam pertandingan berbalas pantun peringkat negeri.
-Pernah menjual kain batik didepan kedai berger milik abangnya,Hamdan Ali.
-Walaupun suara tak sedap,dia juga pernah menyertai audition Akedemi Fantasia demi meng-usha Maya Karin.




Kelemahan:



-Pusat





(2)

Zubir bin Fairus Hashim






Mewakili Negara:Perancis.

Umur: Belum cukup.


Kebolehan diatas padang:




-Buat muka bangang ketika mengejar bola bagi memastikan pihak lawan muntah setelah melihat wajahnya yang ayu itu.
-Menyamar jadi rumput,kucing,paku dan plastik jajan super ring pada waktu rehat dan waktu maghrib.
-Sering menjaringkan gol setelah permainan tamat.
-Juga pernah menjaringkan gol menggunakan lidah.



Pencapaian:

-Pengerusi kelab dangdut di Afrika.



Kelemahan:

-Merajuk kalau tak dapat ambik freekick.
-Suka makan pisang goreng cecah air pepsi.
-Mempunyai citarasa yang amat bangang.




(3)

Amir Mubin




Umur:Masih disiasat


Mewakili Negara:Spanyol

Kebolehan diatas padang:



-Kejar bola sampai penat.
-Mampu menanduk bola dengan pantas walaupun bola leret.
-Hisap rokok belakang tiang gol.
-Muntah kuah dal lepas sarung jersey.
-Mencarut dalam bahasa Nepal depan pengadil bola jaring.



Pencapaian:

-Admin fanpage Jessica Alba di fesbuk.



Kelemahan:


-Suka main bibir lepas tengok video Justin Bieber dekat U-tiub.
-Pernah lempang peminat sebab puji dia macam firaun.




(4)

Ogeh Anak Tok Batin





Umur:26 tahun.



Mewakili Negara:Belanda.


Posisi:Tak tetap.


Kebolehan diatas padang:


-Hafal sifir dua atas padang.
-Bakar sampah tepi padang sebelum permainan bermula.
-Takut semut api.
-Pernah terajang peminat sebab geram tengok baju pengadil macam baju ahli sihir.
-Mudah mencuri bola dengan hanya mengacukan pistol pada pihak lawan.
-Melukis gambar penyu betina yang seksi pada baju pihak lawan sekiranya beliau dilayangkan kad kuning.

Kelemahan:

-Ghairah melihat tengkuk keeper.
-Suka kumpul stem atas padang.
-Muka mirip Farid kamil.




Wednesday, June 13, 2012

Buruk giler tulisan kau!

Aku sekarang ni tengah musim exam.

Rajinlah sikit nak buat nota semua. Kasi color cantik-cantik. Kalau bukan sebab nak exam, tak ada maknanya aku nak color-color buku aku. Semak wei. Highlight tu pun berhabuk dalam laci tak sentuh. Memang aku beli haighlight untuk kegunaan masa exam je. Bukan untuk conteng-conteng dalam buku biodata.

Satu benda yang aku perasan, sekarang ni bila aku tulis nota sumpah buruk giler tulisan aku. Nak baca balik pun tak lalu. Dari baca nota tulisan cam gampang tu, baik membuta. Hati pun tak sakit.

Tapi.. Tapi..

Orang dulu-dulu cakap, ni orang dulu-dulu cakap tau. Bukan aku cakap.

"ORANG TULISAN BURUK, MUKA DIA LAWA"

hahahaahahaha!





# pada orang yang tulisan buruk, jangan sedih. Muka kau sebenarnya lawa.

Monday, June 11, 2012

Jalaludin Samsuri



Ahmad Jalaludin Samsuri adalah seorang juruterbang muda yang dipandang rendah oleh rakan sejawat, rakan sekerja, rakan jiran tetangga mahupun rakan cop. Dia cuai, mudah gelabah dan mempunyai skill yang lemah dalam mengendali pesawat. Pernah suatu ketika pesawat Airbus yang dikendalinya hampir melanggar menara condong Pisa. Nasib beliau sangat baik kerana menara itu condong. Andai kata ketika itu menara itu tiba-tiba menegak, sudah tentu musnah karier Ahmad Jalaludin.

Tepat pukul 8.30 pagi. Ahmad Jalaludin mendapat panggilan. Diteliti iPhone 4s beliau, terpapar nombor boss yang sangat digeruni semua umat manusia. Encik Ubai Tarmizi namanya.

"Ahmad Jalaludin, hari ni jam 1230 saya nak kamu tolong bawa kapalterbang A380 yang warna putih biru tu."


"Eh kenapa pulak? Bukan ke hari ni saya cuti? Mana Sayid Salehudin??"

"Dia amik emergency leave. Isteri dia bersalin anak kedua."


"Ala..suruh la Imran Ajmain. Dia kan baru cuti semalam."


"Dia sekarang dekat Itali. Adik ipar dia kahwin baru"

"Kalau macam tu encik jelah bawa"


"Kau jangan sampai aku lempang kau Jalaludin!"


Ahmad Jalaludin Samsuri mengalah. Bangun dicapai tuala dan aktiviti seterusnya boleh diagak. Orang kalau dah capai tuala takkan pergi rock climbing pula.


Sampai di airport, Ahmad Jalaludin tergamam. Orang ramai melarikan diri keluar bangunan airport KLIA yang serba megah itu.


Ahmad Jalaludin mencabut spect Ray Ban nya. Kelihatan seekora raksasa mengganas didalam airport itu. Rupanya agak comel seperti Barney the Dinasour, tapi keganasannya mengalahkan puak taliban. Kakak yang menjual pop corn yang mahal tu, dilambungnya dan jatuh betul-betul didepan tandas OKU. Encik Samuri, ketua department pramugari dilempang bertubi-tubi. Pak Guard sudah lari, dan pegawai polis juga tak dapat membuat apa-apa selain bercakap dengan megafon, mengarah raksasa itu untuk berhenti. "Apa ke gila polis ni? Ingat benda tu faham ke?" Bisik hati Jalaludin.

Jalaludin tak sanggup melihat keganasan raksasa itu. Dia membuka briefcasenya. Dalam briefcasenya ada sebuah kunci. Ye kunci sahaja. Dia berlari ke bilik rahsia yang sudah tiga tahun berkunci. Dia masuk kedalam bilik itu.

Sementara itu raksasa itu masih mengganas. Menggenggam kepala Habibudin dan menggeleng-gelengkan sesuka hati. Raksasa itu beralih arah pada Suriawati, peragawati comel, berasal dari Kota Tinggi Johor. Raksasa itu mendekati Suriawati. Mengangkat tangan untuk menangkap Suriawati yang sudah duduk terkaku. Tipikal gadis yang diancam bahaya. Bukan tahu nak lari. Buat muka terkejut pula.



"Slasshhh!!"


Belum sempat raksasa itu bertindak, satu hayunan pedang seorang lelaki bersuit ninja dan bertopeng memotong tangan raksasa itu. Tak perlu berteka teki, orang itu adalah Ahmad Jalaludin. Suriawati terpaku.

"Awak tak apa-apa?" tanya Jalaludin.

Suriawati mengangguk. Jalaludin meneruskan langkah memenggal kepala raksasa itu yang secara tidak langsung menamatkan riwayat raksasa itu.

Semua orang ramai bertepuk tangan dan bersorak. Ada yang sudah keluar dari airport tadi masuk semula semata-mata untuk melihat superhero yang menyelamatkan nyawa mereka. Suriawati pula jatuh cinta dengan Jalaludin. Sayup-sayup kedengaran satu suara memanggil namanya. "Jalal! Jalal!"


Jalal tersedar dari mimpinya. Co-pilotnya Hasan Tajudin bertanya tentang altituden kapal terbangnya sekarang. Baru Jalal perasan beliau tertidur sambil sedang mengendali kapal terbang. Nasib baik beliau memakai Ray Ban, jadi tak kantoi sudah sejam beliau tertidur.


Beliau check alititude.




100 meter dari darat.




   
   

Sunday, June 10, 2012

Abang tanya adik jawab: Apa lebihnya abam Ben dari abam Atan

Aku still tak faham kenapa ramai yang idolize Ben Ashaari sebagai blogger? And apa lebih blog dia dari blog Atan? Aku curious ni. Seriously aku still tak faham. So, kalau ada sesiapa fan Ben Ashaari kat sini, please....tolong bagitahu apa yang best pasal dia.


Sebab sampai sekarang aku tak jumpa satu reason pun kenapa aku patut minat blog dia.


 
 

Monday, June 4, 2012

Siapa suruh tak ada orang lain update.













































             





Kan aku dah post gambar Michael Jackson secara tiba-tiba.


Padan muka.


    



   

    

Saturday, June 2, 2012

Megat

Tersebut sebuah kisah, dizaman Kesultanan Melayu Melaka, dimana ketika ini iPad belum lagi berada dipasaran, henfon-henfon touchscreen belum menjadi pujaan ramai dan tudung Yuna serta Hana Tajima masih belum menjadi trend. Ketika ini manusia dengan lembu tak berapa ada banyak beza, cuma manusia bijak sikit saje. Ditekankan, SIKIT SAJE.

Ini disebabkan di sebuah kampung kecil bernama Kampung Seri Hai Mambang Bergaya, penduduk-penduduknya ramai yang cetek ilmu, bodoh, bingai atau bahasa yang lebih sopan, sangat keldai. Sehinggakan ketika ini penduduk-penduduknya masih tak dapat membezakan antara keldai dengan ayam serama. Sesetengah dari mereka menyembelih keldai diwaktu perayaan, dan ada juga yang pergi mengembara dengan menunggang ayam. Sebegitu bodoh diri mereka.

Adapun salah seorang dari mereka, mempunyai IQ yang tinggi bukan main. Mampu menyelesaikan rubic cube dalam masa limabelas saat. Jika diberikan soalan matematik, beliau tak memerlukan calculator atau sempoa untuk mengira. Namanya Megat. Muda lagi, baru 12 tahun. Jangan tanya dia dapat berapa A dalam UPSR. Ini zaman bila. Aku lempang nanti baru tau.

Satu hari, Megat mahu menguji orang kampungnya. Dia pergi ke pasar. Dia menuju ke kedai ikan. Dia bertanya,



" Mak cik, berapa harga ikan kembung ni?"


"Dua riyal seekor, nak...."


Megat bertanya lagi " Berapa harga ikan siakap disebelah ni?"


"Percuma, nak..."


Megat memandang mak cik itu dengan muka serious.


Mak cik itu kehairanan.


Megat masih memandang.


"Kenapa nak memandang mak cik sebegitu? Apa dosa telah mak cik lakukan terhadapmu wahai anak haram muda?"


Megat masih memandang.









Megat tak ada idea nak balas apa.





To be continued....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...