Monday, June 11, 2012
Jalaludin Samsuri
Ahmad Jalaludin Samsuri adalah seorang juruterbang muda yang dipandang rendah oleh rakan sejawat, rakan sekerja, rakan jiran tetangga mahupun rakan cop. Dia cuai, mudah gelabah dan mempunyai skill yang lemah dalam mengendali pesawat. Pernah suatu ketika pesawat Airbus yang dikendalinya hampir melanggar menara condong Pisa. Nasib beliau sangat baik kerana menara itu condong. Andai kata ketika itu menara itu tiba-tiba menegak, sudah tentu musnah karier Ahmad Jalaludin.
Tepat pukul 8.30 pagi. Ahmad Jalaludin mendapat panggilan. Diteliti iPhone 4s beliau, terpapar nombor boss yang sangat digeruni semua umat manusia. Encik Ubai Tarmizi namanya.
"Ahmad Jalaludin, hari ni jam 1230 saya nak kamu tolong bawa kapalterbang A380 yang warna putih biru tu."
"Eh kenapa pulak? Bukan ke hari ni saya cuti? Mana Sayid Salehudin??"
"Dia amik emergency leave. Isteri dia bersalin anak kedua."
"Ala..suruh la Imran Ajmain. Dia kan baru cuti semalam."
"Dia sekarang dekat Itali. Adik ipar dia kahwin baru"
"Kalau macam tu encik jelah bawa"
"Kau jangan sampai aku lempang kau Jalaludin!"
Ahmad Jalaludin Samsuri mengalah. Bangun dicapai tuala dan aktiviti seterusnya boleh diagak. Orang kalau dah capai tuala takkan pergi rock climbing pula.
Sampai di airport, Ahmad Jalaludin tergamam. Orang ramai melarikan diri keluar bangunan airport KLIA yang serba megah itu.
Ahmad Jalaludin mencabut spect Ray Ban nya. Kelihatan seekora raksasa mengganas didalam airport itu. Rupanya agak comel seperti Barney the Dinasour, tapi keganasannya mengalahkan puak taliban. Kakak yang menjual pop corn yang mahal tu, dilambungnya dan jatuh betul-betul didepan tandas OKU. Encik Samuri, ketua department pramugari dilempang bertubi-tubi. Pak Guard sudah lari, dan pegawai polis juga tak dapat membuat apa-apa selain bercakap dengan megafon, mengarah raksasa itu untuk berhenti. "Apa ke gila polis ni? Ingat benda tu faham ke?" Bisik hati Jalaludin.
Jalaludin tak sanggup melihat keganasan raksasa itu. Dia membuka briefcasenya. Dalam briefcasenya ada sebuah kunci. Ye kunci sahaja. Dia berlari ke bilik rahsia yang sudah tiga tahun berkunci. Dia masuk kedalam bilik itu.
Sementara itu raksasa itu masih mengganas. Menggenggam kepala Habibudin dan menggeleng-gelengkan sesuka hati. Raksasa itu beralih arah pada Suriawati, peragawati comel, berasal dari Kota Tinggi Johor. Raksasa itu mendekati Suriawati. Mengangkat tangan untuk menangkap Suriawati yang sudah duduk terkaku. Tipikal gadis yang diancam bahaya. Bukan tahu nak lari. Buat muka terkejut pula.
"Slasshhh!!"
Belum sempat raksasa itu bertindak, satu hayunan pedang seorang lelaki bersuit ninja dan bertopeng memotong tangan raksasa itu. Tak perlu berteka teki, orang itu adalah Ahmad Jalaludin. Suriawati terpaku.
"Awak tak apa-apa?" tanya Jalaludin.
Suriawati mengangguk. Jalaludin meneruskan langkah memenggal kepala raksasa itu yang secara tidak langsung menamatkan riwayat raksasa itu.
Semua orang ramai bertepuk tangan dan bersorak. Ada yang sudah keluar dari airport tadi masuk semula semata-mata untuk melihat superhero yang menyelamatkan nyawa mereka. Suriawati pula jatuh cinta dengan Jalaludin. Sayup-sayup kedengaran satu suara memanggil namanya. "Jalal! Jalal!"
Jalal tersedar dari mimpinya. Co-pilotnya Hasan Tajudin bertanya tentang altituden kapal terbangnya sekarang. Baru Jalal perasan beliau tertidur sambil sedang mengendali kapal terbang. Nasib baik beliau memakai Ray Ban, jadi tak kantoi sudah sejam beliau tertidur.
Beliau check alititude.
100 meter dari darat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
mimipi atas awan. boleh caya ka? hahaha
tolong percaya boleh? haha
hahaha. kau jangan sampai aku lempang kau el. buat cerita senonoh sikit boleh.
ini dah habis senonoh dh ni. aha
ah sudah,
terhempas tak ?
LALALALALAA
Post a Comment