Showing posts with label aweks LOL. Show all posts
Showing posts with label aweks LOL. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Kamus Perempuan

Aku tahu ramai kat luar sana, lelaki semua berebut-rebut nak tackle gadis-gadis. Tapi gadis-gadis ini ramai yang mudah annoyed dengan lelaki yang terhegeh-hegeh pada diorang. Dan yang menjadi masalah pada lelaki, adalah bila lelaki tak dapat identify yang perempuan yang dia tengah tackle tu malas nak layan dia. So, untuk elakkan lelaki loser ni direject, patah hati dan nampak hina disisi masyarakat, aku buatkan kamus perkataan-perkataan dari perempuan yang menunjukkan perasaan annoyed, dan translate bahasa perempuan tu pada bahasa lelaki. Hari ini kita start dengan huruf A.


1) A'aaaaaahhhhh : ungkapan mengiyakan sesuatu dengan perasaan malas nak layan; ye lah setannnn!
Contoh ayat: 
Meon: Tasha duduk mana? Shah Alam ea?
Tasha: A'aahhhhhhh....


2) Ada hal : malas, tak nak, tak kuasa, tak hingin,
Contoh ayat:
Meon: Tasha, nak jumpa esok?
Tasha: Ermm tak boleh la. Saya ada hal.


3) Ada lahhh.... :  kau tak payah menyibuk boleh tak?
Contoh ayat:
Meon: Tasha ada hal? Hal apa tu?
Tasha: Ada lahhh...


4) Apa ni? : mulut tu jangan celaka sangat bhai, kau merepek apa ni iblis?
Contoh ayat:
Meon: Tasha ada skandal lain ea?? 
Tasha: Ishh, apa ni?




5) Apa-apa jelah...: (ungkapan annoyed tahap kritikal pada lelaki); seriously malas nak layan kau ni, sila berambus dari muka aku sekarang,  kau boleh diam tak?
Contoh:
Meon: Hari tu saya nampak Tasha makan cendol dengan mamat rambut pacak tu. Tasha ada apa-apa ea dengan dia?
Tasha: Apa-apa je lah...




Now, cuma baca balik semua dialogue dengan perkataan yang dihighlight tu diganti dengan makna dia.


 
Faham? Setann???




Baiklah murid-murid. Itu saje untuk hari ni. Bersambung pada kelas minggu depan, dengan huruf B pulak.


 

Sunday, December 18, 2011

Hai awak, jom kawin malam ni jugak!

Bila aku blogwalking guna link blog mangkuk, aku suka guna mesej yang catchy tapi lain dari orang lain. Senang cerita yang menarik perhatian la. Aku takkan guna "Singgah sini" "guling-guling sini" atau "melawat blog awak". Benda sopan santun itu bukan cara aku. Aku lebih suka guna cara yang tarik perhatian orang. So bila blogwalking ke blog lelaki, aku suka guna ayat ni: "apa kecoh-kecoh ni? nak mati ke? Eh sori bro. gua berlakon je tadi". And untuk blog pompuan: "Hye awak. Jom kawin malam ni jugak!".


For real. Semua tu joke. And aku forward tak kira pada sape. Tapi tak tahu pulak ada orang take it seriously sampai si Puteri Tutorial Shawl atau nama manja Yana Comey ingat aku betul-betul ajak dia kawin. Awrrr~ *bak kata Shawn Razaleigh.













Ini aku jumpa secara kebetulan.  Teruja pulak dia dilamar Abang Mangkuk Hayun. Abang rilek je. Sebab abang bukan lamar dia sorang je. Ada lagi dekat lapan ratus setengah lagi aweks yang abang mangkuk lamar. Yang lapan ratus orang lagi aku ajak kawin tak taulah diorang printscreen juga ke tak. Hik hik hik.



Yana ini suka buat muka comel terlampau.
Jadi tolong kawal diri anda ye kawan-kawan.






Tapi kalau Yana rasa nak terima lamaran tu.........err.......bagitau la ye. Pasal duit hantaran tu kita cerita  belakang. Hik hik hik.


Saturday, December 10, 2011

sweet sambil terkangkang..

aku dah cakap, jangan percaya sangat dengan drama.
nama pun drama, mesti banyak tipu.
ceh! -.-

 nampak sweet je.. :)
 nah, apakejadah terkangkang macam tu?!  -..-


#gambar diambil dari facebook.

Sunday, November 27, 2011

Sambungan cerita Cik Ungu





Aku suka entry Kak Ungu about awek yang berpura-pura minat bola tu. Sebab aku selalu gak nampak awek-awek sengal macam tu. One of them, masa sem lepas, Chelsea lawan Everton dalam FA Cup. Ada sorang awek lepak dengan balak dia tengok match. Kat kafe tu mulut dia paling bising bersorak. Seolah-olah dia seorang Ultras. Asal shoot je dia sorak, asal shoot je dia jerit. Orang lain tak kisah mana, sebab FA Cup je pun, bukanlah Premier League.


Aku tak taulah dia minat team mana. Sebab dia tak pakai jersy apa-apa. Lebih confius, bila Chelsea attack, dia sorak, bila Everton attack pun dia sorak. Aku rasa dia just minat player mana yang hensem kot. Pakwe dia sebelah buat muka rilek je. Tak bersorak pun. Tetiba Leon Osman winger Everton kasi bola cantik pada Tim Cahill, tapi Tim Cahill biarkan bola tu sebab dia offside. Minah tu pulak bising, "Apahal tak kejar bola tu? Pemalas la kau!!"




Satu cafe pandang slack kat minah ni.


Bila hampir nak full time, Everton dapat cari equaliser. So, sekarang 1-1. Now, bagi yang betul-betul tahu pasal bola, FA Cup adalah match kalah mati. Bukan sape kalah dia mati, tapi match dia cuma sekali je untuk lawan setiap team. So, bila draw, akan ada masa tambahan.

Bila dah 93 minit, referee tiup wisel. Then minah ni mengeluh pulak. 'Adui, seri la pulak.' Dia terus amik barang dia, dah siap nak balik, before pakwe dia bagitau ada extra time.

Adoi laa....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...