Showing posts with label mangkuk yang educated. Show all posts
Showing posts with label mangkuk yang educated. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Seni dari kentang goreng dan sos

Aku cabar...aku cabar sesiapa yang masih bernafas dalam dunia yang fana ini, buat satu art guna kentang goreng dengan sos McD macam ni. Siapa berjaya even lukis doremon orang lidi sekalipun jumpa aku esok. Aku bagi hadiah biskut meri sorang sekeping. 


Enjoy this true art!








   

Monday, July 30, 2012

Mangkuk minggu ini: Surat sebab tak siap homework









Kalau aku jumpa budak ni memang aku ajak join blog Mangkuk Tingkat Berhayun, konfem dia lebih cool dari Atan. Haha



    

Monday, May 28, 2012

Karangan SPM- Bincangkan tentang gejala rasuah

Nama: Mohamad Tajuluddin Bin Ayob  (panggil tajul saja)
Kelas: 5 B 8
Tajuk: Gejala Rasuah



Dewasa kini banyak benda buruk berlaku zaman sekarang. Perangai manusia sekarang pun semakin lama semakin buruk, macam muka cikgu BM saya juga. Dengan arus modenisasi yang bergerak pantas, kita semakin lupa dan alpa tentang perihal kemanusiaan dan tatasusila.

Saya juga sudah lupa apa nak tulis tadi.


Zaman sekarang, keuntungan dan wang ringgit serta duit syiling baru selalu menjadi keutamaan pada manusia. Sehinggakan gejala rasuah berleluasa dari peringkat bawahan hingga ke peringkat atasan, dan kadang-kadang atas sikit dari itu.

Kita tidak sedar sebenarnya gejala rasuah sudah lama bertapak di Malaysia. Bukan hanya di Setapak sahaja, malah di sekolah lagi, amalan rasuah sudah dilakukan. Sebagai contoh, baru semalam saya rasuah pengawas yang jaga pintu pagar tu sebab saya tak pakai tali leher. Saya bagi seringgit, sekali dengan air tebu yang saya baru beli di kedai Mak Timah tepi traffic light tu, dan sebagai balasan dia lepas kan saya. Nama yang dicatat  dalam buku dipadam semula.

Lihatlah betapa mudah rasuah boleh berlaku. Gejala rasuah boleh mengundang kebinasaan umat manusia itu sendiri. Peribahasa Urdhu ada menyebut, "Ney sap piyar betha ho doste hai karengge" yang bermaksud, "celakalah kamu syaitan!"

 Lebih menyedihkan, para pemimpin yang sepatutnya memimpin rakyat juga mengamalkan rasuah. Bak kata pepatah, harapkan pagar, pagar makan rasuah. Jika pagar itu tidak makan rasuah, nescaya para pemimpin juga tak memakan rasuah. Jadi diharapkan agar para-para pemimpin tidak membina pagar rumah supaya gejala rasuah dapat dikurangkan.

Akhir kata, gejala rasuah adalah amalan mulia  syaitan. justin Bieber yang tidak baik. Jangan lakukan rasuah. Dan majulah Misbun Sidek untuk negara.




p/s: Disini saya lampirkan wang RM50 untuk cikgu buat belanja makan anak-anak disamping memberikan saya markah penuh untuk karangan ini. Sekian terima kasih


     
   
 

Thursday, May 3, 2012

Bancian blog. Siapa jawab dia comel

Sebelum bermula, mari sedekahkan fatihah pada Bob Kuman yang dah meninggal dunia 4.38 petang tadi. Terima kasih pada sumbangan beliau dalam industri seni and arena komedi.

So, aku tak ada apa-apa benda sangat nak tulis. Cuma nak bagitahu pada sesiapa yang rasa ada bran dan rasa dirinya hebat membuat entry yang kelakar, lawak, best, sedih, shahdu, romantik atau apa-apa artikel yang best nak diterbitkan kat blog sini, sila email kat elspitz@yahoo.com. Artikel yang terpilih bakal memenangi mangkuk tingkat cap lima beruang yang kelaparan, tajaan Atan Marketing Sdn Bhd.

Oh ye, sebelum mengundurkan diri dari katil ditempat saya menaip entry ini, saya nak buat undian, pollls, bancian, questionnaire atau segala perkataan yang sama erti dengannya. Siapa jawab dengan penuh komitment dan jujur, akan dapat flying kiss dari Aqiim sorang satu. Itu untuk perempuan lah. Untuk lelaki tak ada fying kiss dari sesiapa. Tapi siapa yang tak jawab, mungkin dapat flying kick dari Ubi. So, bersiap sedialah...


Siapa author yang paling macho?

  1. El
  2. Aqiim
  3. Atan
  4. Abang Sudin
  5. Ubi Snyder

Siapa author paling jelita?

  1. Peah
  2. Cik Ungu
  3. MALIN
  4. Niki Razali
  5. Neelofa.

Siapa author paling kamu suka?
  1. El
  2. Aqiim
  3. Atan
  4. Abang Sudin
  5. Ubi Snyder
  6. Peah
  7. Cik Ungu
  8. MALIN
  9. Niki Razali

Siapa author paling sesuai berlakon menjadi Sarip Dol, samseng kampung sebelah?

  1. El
  2. Aqiim
  3. Atan
  4. Abang Sudin
  5. Ubi Snyder

Siapa author paling sesuai jadi berlakon jadi  Mak Midah, mak bidan terunggul?

  1. Peah
  2. Cik Ungu
  3. MALIN
  4. Niki Razali
  5. Neelofa

Siapa author perempuan yang sesuai jadi girlfriend El?
  1. Neelofa
  2. Neelofa
  3. Neelofa
  4. Neelofa
  5. Neelofa


Hai Abang El....



Terima kasih. Sila reply di komen.

  
    

Saturday, April 28, 2012

Blog mangkuk yang gemilang

Blog Mangkuk Tingkat Berhayun ni awalnya aku buat hujung tahun lepas. Masa tu aim aku cuma satu: Aku nak   baca lebih banyak cerita merepek and lawak dari blogger sengal yang aku kenal. So, aku mahu himpun dalam satu blog. Nama blog ni aku decide dalam masa kurang lapan saat. Kalau lebih pun sikit jelah, boleh kira halal, macam air kosong kat mapley.

Mula-mula aku tanya Niki. Dia kata macam ok juga. And then aku tanya Aqiim, manusia yang masa tu tak pernah jemu komen kat blog aku. The next one is Peah. Dia pun nampak excited semacam. And then aku ajak Cik Ungu. One of the blog friend yang aku ada. Entah dia cuma anggap aku kawan biasa atau...eh apa aku cakap ni? 

Actually diorang ni adalah muka-muka yang pernah aku masukkan dalam list blog favourite aku setiap minggu. So, aku pun dah kenal blog diorang macam mana.

At first macam tak berapa menjadi jugak. Ada problem dengan layout design, problem dengan pageview, and dalam lawak-lawak sindir kitorang tu ramai jugak malaun yang butthurt. Lepas tu siap sound-sound kat blog aku guna nama anonymous. Ada jugak anonymous melalak dekat blog aku katany post kat blog ni merapu-rapu and sampah, eventhough post itu bukan aku yang tulis. 

Tapi aku peduli apa. Bagi aku anonymous ni sama ada dua je. Tenuk atau setan. Dua-dua ni tak bawa faedah kalau kau layankan. Kalau nak kritik ke, kutuk ke, komen ke sila bagi nama. Kalau tak pun bagi nombor plate motor kau. Nanti kalau ada masa, aku suruh Abang Sudin langgar kau guna bajak korek beliau.

By the way, sekarang blog ni nampak sudah ada sedikit kemajuan. Kemajuan secara kerohanian itu aku tak tahulah. Tapi aku nampak dah ada reader tetap dua tiga ketul, and ada yang siap letak dalam bloglist. And yang paling obvious, writer kita sudah bertambah. 


Ini bermakna konco-konco kami sudah ramai. So, rasa-rasa bila boleh attack blog Ben Ashaari? Eh...



    

Tuesday, March 27, 2012

Mangkuk minggu ini: Lawak yang genius dari budak sekolah.

Siapa la budak genius yang jawab soalan ni. Teringin betul aku nak ucapkan tahniah kat dia sebab tersenarai sebagai mangkuk minggu ni. Hahah. Sempoi betul jawapan exam budak ni. Entah apa mak dia bagi makan aku pun tak tahu. 





Siapa tak gelak dia peminat setia M Daud Kilau.


      

Saturday, March 17, 2012

Beza antara orang lurus bendul dan orang bijak.


Si bangang reader said....
Menurut pembacaan saya:
1)John Lennon = pengikut Mr. Crowley = pengikut Illuminati.
2)And the world will be as one = new world order = ajaran kitab Talmud(zionis) = perjuangan kumpulan Illuminati = menghancurkan agama suci islam.

Sekian.





Author Teh Tarik Gelas Besar said...


"nampak sangat anda tak pernah membaca tentang illuminati.

Illuminati adalah sekumpulan golongan saintis yang ditentang golongan agama.Saintis ini dimulai oleh Nicholas Copernicus yang mengatakan bumi mengelilingi matahari - tapi ditentang oleh gereja Roman Catholic.

Gereja Roman Catholic ini mengatakan Illuminati - atau dalam bahasa Latin "pencerahan" ini sebagai sesat - kerana mereka cuba menafikan apa yang ditulis oleh Bible.

Persoalannya sekarang - apakah budaya pencarian maklumat perlu dihentikan semata-mata kerana penulisan orang yang terdahulu?Sila baca topik "Menulis Bukan Kerana Nama" saya.

Pendirian saya - jika anda tidak mahu "the world to live as one" - atau menentang "satu bangsa manusia" - bermakna anda rela melihat manusia berperang kerana berbeza agama,bangsa atau warna kulit.

Saya lebih rela melihat "the world to live as one" daripada berperang dan berbunuhan kerana agama.

Yang menghancurkan agama Islam adalah orang yang menganutnya sendiri - jika mereka salah mengintrepretasi apa yang agama tuntut."

"Viewer blogger ni,ada yang Islam,ada yang Kristian,ada yang Buddha,yang atheist,yang anti-cleric,yang freethinker - semua ada.Kita boleh bercakap mengikut kefahaman kita - tapi kita tak boleh nak mendiskrimikasi ajaran orang lain macam contoh "kitab Talmud Yahudi nak hancurkan agama Islam".Dan Yahudi bukanlah agama.Yahudi adalah bangsa.Tu yang perlu umat manusia faham."



Si lurus bendul ni sama macam bendul pintu. Lurus, pegun and ikut je apa yang dia baca and apa yang orang bagitahu. Then terima benda tu bulat-bulat, biarkan otak diorang dikurung dengan teori sendiri.

Si bijak tahu, faham, pandai berfikir dan boleh beza apa betul apa tak, apa yang logic apa yang exaggerate, and lebih bersandar pada fakta dan common sense. 

Knowledge dengan intelligence pun ada beza. Knowledge itu apa-apa information whether betul atau palsu, asalkan masuk dan diserap kepala otak kau, itu knowledge.

Intelligence pulak kebolehan menapis dan menganalisis apa-apa information dah dibaca atau didengar. Then memisahkan apa yang betul dan apa yang palsu, apa yang baik and apa yang buruk. 


Pilih la nak jadi orang yang mana satu.




p/s: Aku respect brader Nami sebab tiga benda: Dia hebat. Dia bijak. Dan dia fan Liverpool. Itu yang penting. Hiew hiew


  

Tuesday, March 13, 2012

Masalah jadi student U

"Dua tiga lembu terbang, mana nak sama si platipus ku sorang"  -Aristotle.


Berdasarkan quotes diatas, aku ada soalan untuk korang. Tapi untuk korang yang dah masuk, atau pernah masuk U je. Yang belum masuk atau baru habis SPM tolong duduk tepi sikit. Aku nak tanya, betul tak korang lebih rajin masa sekolah compare pada U? I mean, rajin dalam kelas lah. Sebab aku baru perasan, banyak benda yang kita buat lebih masa kat sekolah, kita buat kurang masa kat U.


1. Buku.

Bawa pergi sekolah:






Bawa pergi kuliah:







2. Nota

Nota ditulis lepas 1 jam kelas kat sekolah









Nota ditulis lepas 2 jam kuliah






3) Kenderaan.



Ayah/mak tak dapat hantar ke sekolah.








Tertinggal bas ke kuliah.








Itulah alibi yang sahih yang membuktikan student U lebih malas dari budak sekolah. So, siapa setuju, sila komen. Siapa tak setuju sila korek hidung guna ibu jari kaki.

Bagus, nampaknya semua setuju.



   
       
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...