Showing posts with label teks ucapan yang berhormat. Show all posts
Showing posts with label teks ucapan yang berhormat. Show all posts
Sunday, August 26, 2012
Datang Membawa Ketupat
Bismillah
Maaf.
Belum berselera nak tulis entri.
Selera masih pada ketupat-rendang-sila-nikmati-kawan.
Namun begitu, aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada author2 blog ni.
Yang masih muda macam aku,
dan yang tua-tua macam author2 yang lain.
Taknak mintak maaf.
*lari
Saturday, August 4, 2012
Author baru
Kita bakal ada author baru. Kali ni perempuan. Ehem-ehem. Orangnya cool, hebat, baik budi pekerti, pemurah, sopan santun, jalan depan orang tua tunduk 10 darjah, tetamu datang pandai buat air oren dan paling penting, and bakal menggemparkan blog ni. Amboih over betul.
Selamat datang Juno
Saturday, April 28, 2012
Blog mangkuk yang gemilang
Blog Mangkuk Tingkat Berhayun ni awalnya aku buat hujung tahun lepas. Masa tu aim aku cuma satu: Aku nak baca lebih banyak cerita merepek and lawak dari blogger sengal yang aku kenal. So, aku mahu himpun dalam satu blog. Nama blog ni aku decide dalam masa kurang lapan saat. Kalau lebih pun sikit jelah, boleh kira halal, macam air kosong kat mapley.
Mula-mula aku tanya Niki. Dia kata macam ok juga. And then aku tanya Aqiim, manusia yang masa tu tak pernah jemu komen kat blog aku. The next one is Peah. Dia pun nampak excited semacam. And then aku ajak Cik Ungu. One of the blog friend yang aku ada. Entah dia cuma anggap aku kawan biasa atau...eh apa aku cakap ni?
Actually diorang ni adalah muka-muka yang pernah aku masukkan dalam list blog favourite aku setiap minggu. So, aku pun dah kenal blog diorang macam mana.
At first macam tak berapa menjadi jugak. Ada problem dengan layout design, problem dengan pageview, and dalam lawak-lawak sindir kitorang tu ramai jugak malaun yang butthurt. Lepas tu siap sound-sound kat blog aku guna nama anonymous. Ada jugak anonymous melalak dekat blog aku katany post kat blog ni merapu-rapu and sampah, eventhough post itu bukan aku yang tulis.
Tapi aku peduli apa. Bagi aku anonymous ni sama ada dua je. Tenuk atau setan. Dua-dua ni tak bawa faedah kalau kau layankan. Kalau nak kritik ke, kutuk ke, komen ke sila bagi nama. Kalau tak pun bagi nombor plate motor kau. Nanti kalau ada masa, aku suruh Abang Sudin langgar kau guna bajak korek beliau.
By the way, sekarang blog ni nampak sudah ada sedikit kemajuan. Kemajuan secara kerohanian itu aku tak tahulah. Tapi aku nampak dah ada reader tetap dua tiga ketul, and ada yang siap letak dalam bloglist. And yang paling obvious, writer kita sudah bertambah.
Ini bermakna konco-konco kami sudah ramai. So, rasa-rasa bila boleh attack blog Ben Ashaari? Eh...
Friday, March 2, 2012
Wajah authors MTB masa kecil
Niki Razali
Niki masa kecik style rambut dia ikut nama surat beranak dia, Syakira. Rambut kerinting, tembam and kuat makan. Masa ni semua orang nak nampak Niki rasa nak cubit-cubit je pipi dia, tapi sekarang dia cuma d'phewitt' jejaka-jejaka saja. Boleh undang maut bagi sape yang nak cubit pipi dia.
Amirul Aqiim
Macam aku cakap dalam entry lepas, Aqiim memang kuat tido. Dan perangai kuat tido tu bukan tabiat baru sebenarnya. In fact, kalau tengok gambar IC dia pun dia tengah tido. Bertuah punya budak. Well, dari segi rupa dia memang tak ada yang berubah, masih hensem dan kacak, bergaya, mutu dan keunggulan. Tido pun ada gaya beb.
Cik ungu
Cik ungu masa kecik, sama macam sekarang. Gangster dan brutal. Tengah makan pun buat muka gangster so that orang lain tak berani nak curi makanan dia. Masa ni keayuan dia belum menjelma lagi. Kak Farah masa ni kuat makan. Bukan saje nasi, nestum atau biskut je. Kalau bagi pinggan pun dia boleh telan sekali.
Peah
Masa ni favourite Peah bukan roti bun. Tapi aiskrim coklat di luar vanilla didalam. Masa kecik Peah ni demand sikit, aiskrim patah atau aiskrim asam boi tu dia taknak. Tak standard and tak London katanya. Muka Peah juga hampir tak berubah, cuma masa ni rambut dia blonde. Maklumlah, nak London punya pasal.
El
Mungkin kau akan surprise dengan kecomelan aku masa kecik dulu.
Oh ye, masa sekolah dulu orang panggil aku toyol.
Terima kasih
El
Mungkin kau akan surprise dengan kecomelan aku masa kecik dulu.
Oh ye, masa sekolah dulu orang panggil aku toyol.
Terima kasih
Monday, January 30, 2012
Selamat hari lahir Niki
Happy birthday to one of our writer Niki atau nama sebenarnya Nurul Syakira Bt Razali, aku pun baru perasan hari ni birthday kau sebab tengok notification kat Skype yang selama ni jadi barang perhiasan kat laptop aku.
Tak sangka aku Niki...tak sangka aku yang kau pergi dulu sebelum aku. Eh maksud aku tak sangka kau lahir lebih awal dari aku. Aku takde hadiah nak bagi. Tapi alang-alang aku tengah layan Royal Rumble kat Youtube, aku embed kat sini video lagu Happy Birthday kat kau.
Oh ye. Ini gambar terbaru Niki Razali.
Geddit? Geddit? Geddit? Haha.
Happy birthday Niki. Have a blast this year :D
Saturday, January 28, 2012
Ini Bukan Sebarang Offer
Bismillah
Ya..Ya..
Penulis blog ini masih lagi 5 orang.
Siapa yang ingat aku dah mati tu, memang biadap tahap tertinggi.
Aku agak sibuk. Dan aktiviti menghapdet blog memerlukan daya istiqamah yang tinggi dan lama.
Sebab tu aku lama tak hapdet.
Sebenarnya,
entri ini tak ada motif.
Aku saje taip-taip dengan tujuan agar aku tak nampak pemalas sangat.
Sambil-sambil mengaburi mata El, Aqiim, Niki dan Peah bahawasanya aku tak hapdet sebab sibuk.
Dan juga mengaburi mata korang semua bahawa aku betul-betul banyak masalah negara nak diselesaikan.
Menjadi tak.?
Ya..Aku tau lakonan aku selalunya menjadi.
Kalau tak, takkanlah orang panggil aku Mulan Jameelah.
Eh, Mulan tu penyanyi kan? Bukan pelakon,kan?
Ehhh kesah pulak akuuu.
Ok. Itu introduction. Jahanam punya panjang.
Aku ingin meng-support kata-kata El sebelum ni yang menuntut penulis-penulis blog baru untuk join blog ni. Blog ni memang bangang dan tak bertujuan yang lurus. Tapi penulisnya tak bangang sangat. Eh?
Untuk yang asek nak hapdet tiap hari atau selang 2 hari sekali tu, haaa.. elok sangatlah nak join. Daripada membazir space di blog sendiri, baik membazir di sini. Ye dak?
Tak perlu hebat pun nak join blog ni. Malah makin tak hebat, makin kami suka. Hatta jika keyboard kau cuma ade huruf A,B dan C saja pun kau masih boleh join. Dan kau hapdet entri yang cuma letak titik noktah saja pun kami okay saja. Sebab penulis masing-masing duduk jauh. Kalau dekat, boleh juga kami nak terajang perangai kau yang buat begitu. Tapi kami tak mampu. Maka ambillah kesempatan ini.
Owh, janganlah gundah tentang gaji atau elaun sebagai penulis blog ni. Kepada jejaka yang berminat nak join, aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan no fon Niki atau Peah untuk korang. Kepada perempuan yang berminat pula, aku akan cuba segigih dan segagahnya untuk set date appointment korang dengan El dan Aqiim.
Setuju?
Kalau setuju, tarik bulu hidung sekarang sampai licin.
Tata..!~
Saturday, January 14, 2012
Baca jelah jangan banyak tanya
Aku dah edit blog ni, tukar background kaler and header. Why? Sebab aku rasa blog ni perlukan pencahayaan yang secukupnya agar dapat berkembang sihat. Apa ingat pokok tauge je ke perlu cahaya? Aku tengok balik template yg sebelum ni, gelap, hitam and sugul. Aku rasa orang mungkin akan tension bila masuk blog ni if tone yang gelap tu menghantui jiwa mereka, seolah-olah jika mereka masuk blog ni mereka rasakan yang mereka sedang menghampiri maut. Mungkin Cik Ungu dengan maut memang tak jauh beza, tapi tak perlulah tempah maut sangat. Eh apa aku cakap ni?
Back to the topic............ah aku dah lupa nak cakap apa tadi.
Apa-apa pun sape rasa template kali ni lebih lawa dari sebelumnya sila angkat tangan. Sape rasa lebih buruk sila angkat member kat sebelah. So semua rasa template ni lawa? Bagus. Duduk diam-diam.
Oh by the way, aku nak someone tolong buatkan header baru. Header ni aku buat cincai je. Nampak macam gampang.

Thursday, January 12, 2012
Kata-kata pengarang
Blog Mangkuk Tingkat Berhayun ni bertujuan untuk meningkatkan mutu perapuan kaum kerabat blogger, supaya budaya merapu-rapu ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian serta menjamin kesejahteraan bumi tercinta ini.
Blog MTB ini ditulis 5 blogger yang kepakaran mereka bukanlah pada bidang masakan Perancis mahupun pakar menimbang bola takraw, apatah lagi kepakaran membawa bola ping pong dalam sudu. Tapi mereka pakar dalam segala jenis bidang merapu dan kerjaya mereka mungkin juga akan merapu jika mereka berhenti merapu.
Blog ni tak mengejar pageview, tak mengejar duit nuffnang yang setiap tahun naik seposen, apatah lagi mengejar follower. Bagi kami kejar benda-benda ni semua langsung tak bermanfaat, lebih baik kami kejar anak dara Haji Rahman yang dalam facebook profilenya jelas tertera status 'Single'.
Oh ye, sesiapa rasa mereka cukup hebat dalam merapu dan mahu menceburkan diri dalam blog tak seberapa ni, saya buka application secara mudah. Bukan mudah.my, tapi just bagitau kat komen atau shoutbox atau mana-mana tempat yang kami boleh baca. Yang penting jangan jadi bahalol sangat pergi tulis atas kertas, masukkan dalam botol lepas tu campak kat laut dengan harapan botol itu hanyut sampai pada kami.
Itu saje. Sekian terima kasih.

Chief Editor,
Hasan Nawawi.
Wednesday, January 11, 2012
Bukan Aku Sengaja Berubah
Bismillah
Aku dalam kewarasan nyata bahawa aku perlu menjalankan tanggungjawab kepada blog ni.
Cuma masalahnya aku tak ada masa nak mencari idea di kala-kala final macamni.
Hidup aku sebulan ni cuma ada buku dan Twitter.
Eh?
Kenapa Twitter tersangkut jugak?
Kesimpulannya, aku tak ada idea nak tulis blog.
Maka, kau expect apa?
Entri tentang formula akaun?
Terlalu neraka itu..
Rela aku kahwin dengan El dari buat entri neraka seperti itu.
Buat masa ni, aku bukanlah seorang insan cool seperti cik ungu yang selalu.
Sebab bulan ni aku dah berubah menjadi terlalu skema untuk seorang manusia.
Jangan tanya aku apa-apa.
Kerana saat-saat macamni, aku sangat garang.
Lebih-lebih lagi kepada orang yang dah habis exam..
*pandang El dengan renungan bengis...
Jangan berani nak tanya 'makan apa tadi?'
Aku akan jawab ' Cash conversion cycle.'
Jangan cuba-cuba nak tau 'dah basuh baju belum?'
Aku akan jawab 'Bonds and redeemable common stocks.'
Dan andai semua tu terjadi,
tolong jangan buat muka macam ada bencana alam.
Dan kalau ada yang nak mengorat aku dalam masa sebulan ni,
dan nak mintak nombor telefon,
atau suruh aku save nombor telefon dia,
sila jangan buat muka ungka kalau aku keluarkan kalkulator.
Aku tak nampak beza handphone dan kalkulator sekarang.
Heyyyy..
Tapi ini bukan alasan untuk kau tak mengorat aku ok!
Hmm..
Shetonn pulak statement ni.
p/s :
Wish me luck!~
Tuesday, December 20, 2011
salah kah aku bertudung?
Assalamualaikum.
ehem. dah lama rasanya abang tak menulis kat sini. rindulah kat blog nie. hikhik. ada yang rindu kat abang tak? apa, takda? takpelah. aiseh nie apasal intro mcam sampah nie. kahkahkah. errr abang teringin jugak nak update kat blog nie. tapi takda idea lah. maaflah ye El, gua takda idea nak memangkukkan diri kat blog nie.
tapi tiba-tiba abang rasa macam ada idea pulak. kahkahkah. errr abang rasa semua dah tahu pasal isu brader yang kahwin gay tu kan? untuk yang taktau, baru-baru nie ada sorang pelajar lelaki melayu dari malaysia telah berkahwin dengan sorang lelaki mat salleh kat dublin, jerman. amboii kau. sampai ke jerman ye. tapi yang menariknya, pengantin melayu tu siap pakai baju melayu pulak di hari perkahwinannya tu. lepastu ada gambar bercium pulak. astaghfirullahalazim. apa nak jadi?
abang kalau bab-bab nasihat nie abang takdelah hebat sangat. cuma sebagai seorang manusia yang ada akal, yang tau baik buruk, abang doakan semoga brader tu sedarlah apa yang dia buat tu salah di sisi agama. kalau tak sedar jugak, ok fikir macam nie. kalau dah dua-dua lelaki, macam mana nak bermesra? tak syok lah bro kalau tiap-tiap malam nak lawan pedang aje. tak gitu para pembaca semua? kihkihkih.
dan lagi satu, abang tengok sekarang nie dah ramai artis wanita yang dah berhijrah. dulu freehair tapi sekarang dah bertudung. alhamdulillah. sejuk mata memandang. kadang-kadang tu abang ada jugak terfikir, diorang nie dah berubah, aku bila pulak? bila aku nak mula pakai tudung nie? ehh kau gila nak tengok abang pakai tudung?! abang nie lelaki. kalau abang pakai tudung, haruslah ramai yang berdarah hidungnya nanti. kahkahkah.
ok lah cukup lah merepek untuk kali nie ye. abang pun dah letih nak menaip panjang-panjang nie. sehingga kita bertemu lagi, salam sayang dari gua, Abang Bunga.

walau apa pun, hana tajima tetap di hati abang.
love forever.
hikhikhik
Monday, December 19, 2011
Anak Zirafah yang mati dilanggar basikal Pixie
Ok terus terang cakap, apa yang aku nak cakap ni langsung takde kaitan dengan tajuk kat atas. Aku cuma nak bagitau yang minggu ni aku takde masa sangat nak buka blog ni. Blog aku dan jugak blog mangkuk tingkat berhayun ni. Sorry aku tak dapat nak balas-balas komen and maki orang yang buat palat kat shoutbox. And takleh join merapu dalam minggu ni. Bukan nak perasan busy la, tapi memang skang tengah busy gile kejar dateline. Aku busy dengan assignment, test and project yang berjota-jota serta technical drawing bergulung-gulung belum siap. Haa nampak tak kebusyan aku macam CEO dalam drama Melayu?
So itu saje nak cakap. For other authors, teruskan berkarya. To readers, teruskan membaca. And to haters, masuk kiri belok kanan jalan terus masuk simpang kiri nampak signboard Tanah Perkuburan, masuk and tanam diri sendiri dalam kubur tu.
OK chow.
![]() |
| Bukan aku punya |
So itu saje nak cakap. For other authors, teruskan berkarya. To readers, teruskan membaca. And to haters, masuk kiri belok kanan jalan terus masuk simpang kiri nampak signboard Tanah Perkuburan, masuk and tanam diri sendiri dalam kubur tu.
OK chow.
Thursday, December 15, 2011
mangkuk punya traffic
Cik Ungu yang jarang-jarang post pun jadi penyumbang traffic paling tinggi. Biasalah hotsetaf kan. Aqiim pecite duk bawah-bawah tu? Haha.
Ingat nak bagi hadiah pada sape yang sumbang traffic paling tinggi, tapi mangkuk bercorak abstract tu dah habis stock pulak. So teruskan memangkukkan diri anda dengan lebih ekstrem lagi, supaya mangkuk tadi ada balik stocknya. Ok takde point langsung ayat aku. Dah la, aku ngantuk ni.
Chow.
Wednesday, December 7, 2011
Mari kenali mangkuk hayun ini.

Amirul Aqiim
Tengok gambar pun dah tau mamat ni suka tido. Even sambil tulis blog pun dia boleh tido. Bawa motor sambil tido tu dah perkara biasa. Tapi dia bukan sembarangan manusia. Disamping mempunyai chakura yang kuat, dia juga mampu merepek secara consistent dari hari ke hari hingga dah takde hari lagi. Tak faham? Ah tak kisahlah, yang penting dia ni seorang yang sengal tahap gaban, diminati ramai wanita and thats why dia berada di sini. Dia meminati Yuna dan kawannya Hana Tajima. Dia tak faham-faham ke Yuna ajak dia dating tu semata-mata untuk tanya pasal aku je? Hish kau ni Aqiim.
Cik UnguBlog dia pernah dapat ranking no satu dalam acara Lumba Blog Berpagar and ranking nombor satu dalam senarai blog favourite aku. Ye, aku tau dia nampak comel tapi jangan tenung lama-lama. Nanti kalau korang kena santau jangan panggil aku. Selain memiki ladang ternakan platipus di Australia, dia juga memiliki idea yang true untuk menganjing semua manusia dalam muka bumi ini dengan cara yang sempoi. Oh, ye. Nama glemer dia Mulan Jameelah. Waddehel punya nama man...
Niki RazaliThe only blogger yang aku kenal kat blog ni yang mempunyai pesawat ringan Airbus di belakang rumahnya dengan logo Liverpool di ekor Airbus tu. Hell yeah. Dia fan Liverpool, aku pun fan Liverpool. Dia loser, aku pun loser (tapi dia loser lagi lah). Dia suka merepek, aku pun suka merepek. Cuma yang beza antara kami is that, kat belakang rumah dia ada sebuah mesin jahit antik yang boleh bertukar jadi mangkuk perek bercorak bunga ros. Tapi kat bilik aku ada mangkuk megi yang boleh bertukar jadi keropok Mr Potato. Atau lebih tepatnya, dia perempuan and aku lelaki. Kalau tak faham metafora aku jangan salahkan aku. Pengetahuan sastera korang tu perlu dipertajamkan lagi.
Peah Glemer tak pernah letak gambar sendiri dalam blog, atau aku je tak pernah perasan. So, aku cuba google Peah and gambar ni yang aku dapat. Tak sangka Peah ni sebenarnya....well..sebiji roti bun berbijan. Walaupun begitu, dia dan Aqiim mempunyai satu chemical equation yang termendap dalam proses electrolysis, atau dalam bahasa tak intelektual, dia dan Aqiim mempunyai satu persamaan dalam pengarutan walaupun tidak sesengal seperti Aqiim. Dia jarang menulis kat sini sebab ada masalah kesihatan. Tapi bila dia dah start tulis kat sini, lu orang tak boleh kata apa kecuali komen bertubi-tubi. Blog dia pun memang best dibaca especially bila ada point yang bernas yang dikatakan. Kalau baca blog dia korang boleh enjoy sambil makan twisties and minum Pepsi yang dikatakan ada virus HIV tu.
Oh ye, sambil baca blog dia, harus diingatkan, TOLONG JANGAN MAKAN ROTI BUN. Hahaha.
Ok tak lawak.
p/s: Aku rasa blog ni perlukan dua tiga orang lagi especially lelaki. Ah, mana ada orang yang nak pun. Touching la camni...
Tuesday, November 22, 2011
Pandai-pandai la korang jaga diri ye
Aku tengah demam selsema. Actually cuma ada demam atau selsema je, tapi aku tahu which terms berbunyi lebih ganas and terseksa. So aku gabungkan terus supaya demam aku ni bunyi lebih ganas, brutal, dan KL gangster untuk meraih lebih simpati.
Ok aku tau korang tak simpati pun.
Kalau semalam and last two days aku just selsema, tapi pagi ni bangun je kepala aku dah rasa berat, seolah-olah ada Xbox 360 atas kepala aku. Suhu badan aku boleh dikatakan naik mendadak ketahap gaban. Maybe atas sikit dari gaban, which the term is aku belum jumpa. Boleh kata aku dah capai kedemaman tahap ultimatum sampai nak bukak lid laptop pun rasa macam nak bukak pintu kereta kebal Taliban.
Aku ada kelas pukul 2 and lab pukul 4. Tapi kemungkinan untuk aku jalan lebih lapan tapak dari bilik aku sangat mustahil bunyinya. Nampak gayanya hari aku akan berbaring atas katil and menghadap laptop je sampai malam. Bosannya. Eh, kalau tak demam pun memang itulah aktiviti harian aku. So, kira takde beza la demam ke tak demam kan?
Tapi seriously, aku benci demam. Demam pun maybe benci aku, tapi tak sedalam kebencian aku pada demam, walaupun kebencian aku pada formula litar elektrik lebih dalam dari itu.
Part paling tak seronok adalah muntah. Perasaannya sangat hell especially bila, masa kau tengah muntah kat jamban, member roomate bertenggek kat pintu toliet tengok kau. Then tanya, 'Kau ok tak?'
Ok, aku rasa malas nak update apa-apa lepas ni sampai aku sihat. Sementara tu Aqiim, Ungu, Niki and Peah rajin2 la update and buatlah apa korang nak kat blog noob ni.
Ok aku rasa nak muntah sekarang. Chow.
p/s: sorry pada fan Malaysia yang positif Cik Ungu yg marah post aku before ni. Haha. Ok no kutuk-kutuk lagi dalam blog ni walaupun selayak mana pun orang tu dikutuk. Got it.
Saturday, November 19, 2011
Teori kewujudan MALAS.
"Malas bermaksud sesebuah sikap suka mengendahkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan menggunakan kudrat, pancaindera, kepala otak dan jugak kepala lutut yang berparut hasil dari tragedi ngeri jatuh dari basikal semasa buat wheely sejauh lima meter ketika darjah lima. Sikap malas ini jugak dipanggil dengan nama saintifik, Desphereos Drozmeymukalucambabuninasos. "
Ok Chow.
Sumber - Dewan Bahasa dan Perpustakawati Yang Comel
Tuan-tuan dan puan-puan...
Sifat MALAS ini datang pada bila-bila masa, dari mana-mana arah, dan menjangkiti mana-mana insan yang berspesis manusia, dan bukanlah spesis lembu, tenuk ataupun spongebob. Sifat MALAS ini boleh mengjangkiti sesiapa sahaja manusia yang mempunyai akal fikiran. Jadi janganlah tuan-tuan hairan kenapa Dr Rozmey tak pernah merasa malas berposing dan menjaja wajah TAMPANnya pada produk kesihatannya dan laman web, serta membikin filem BOX OFFICE mengenai si pondan murahan.
Hadirin sekalian...
Penyakit malas ini boleh meningkat tahap dan level kemalasannya sepertimana tuan-tuan dan puan-puan naik level dalam game Angry Bird. Kepala tenuk sungguh game itu yer tuan-tuan, sebab saya tak pernah dapat tiga bintang setiap round. Dan oleh disebabkan itu juga saya sering diejek rakan-rakan sebaya dan dipandang serong oleh masyarakat kerana tak pernah dapat tiga bintang dalam Angry Bird.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Penyakit MALAS ini lebih menyakitkan dari penyakit demam kuning atau penyakit demam malaria kerana ia boleh mengundang maut. Cuba tuan-tuan bayangkan jika tuan-tuan sedang melintas jalan. Sedang melintas jalan, tuan-tuan nampak sebuah kereta bergerak laju kearah tuan. Tuan pula berasa sangat malas ketika itu, dan terlalu malas untuk mengelak kereta itu. Tuan hanya menjerit sementara menantikan kereta itu membuat pelanggaran maut tepat ke abdomen tuan, sambil kamera zoom dengan berulang kali kemuka tuan yang sedang menjerit. Sedangkan tuan sendiri tak tahu dari mana datangnya kamera itu sehingga lah tuan dilanggar dan mati ditempat kejadian.
Itu imaginasi. Realitinya tuan masih hidup membaca entry ini. Jadi sampai bila tuan mahu jadi malas dan tidak mahu berubah? Adakah mahu menunggu imaginasi tersebut datang realiti baru mahu berubah?
Salam hormat.
Tuesday, November 15, 2011
Aku Tak Glamer
Bismillah
Aku salah sorang penulis blog ni.
Apa?
Tak tanya pun.?
Hmm..
Siapa yang menjawab tadi tu? *asah parang ~
Baru entri introduction dari aku, dah kedengaran suara-suara sumbang mahram di belakang.
Aku tak pasti apakah aku perlu melampirkan biodata aku di sini?
Berserta senarai nama makanan kegemaran dan cita-cita?
Berserta pantun 'Roses are red, violins are blue'?
Beginilah..
Aku tak paksa siapa-siapa untuk baca entri tulisan aku.
Korang boleh pilih antara sejuta penulis yang lain dalam blog ni.
Tapi, ada satu benda korang harus tau.
Aku pernah santau orang yang tak suka dengan entri tulisan aku.
* kilatkan kuku sambil betulkan spek mata hitam ~
Dah faham sekarang?
*Hey biadap.. Aku tak boleh buat font kaler Ungu sebab background kat sini kelabu.
Siapa yang sabotaj aku, sila bertaubat sekarang.
Saturday, November 12, 2011
Entry pertama untuk blog kelapan
Yer, aku tak bergurau. Ini blog kelapan aku. Sejak blog first Dont Let Me Start Questioning yang kecundang di tepi jalan perkuburan, blog lain-lain yang mengalami nasib yang sama, sampailah satu-satunya blog yang survive sampai sekarang, The Kickass Rule. The latest one, blog Emo sampai sekarang tak disinggahi mana-mana makhluk bumi. Its ok though sebab blog tu blog personal, aku jenguk pun sebulan sekali.
So,
Aku cuba sedaya upaya untuk buat first entry yang best, namun idea aku ibarat isi colgate pek kecik yang dah dikongsi tiga roomate selama sebulan. Dalam ayat lain, kering. Yeah, walaupun sebelum ni ada entry yang aku remake dari blog Kickass, itu tak dikira sebagai entry. This is the real entry bebeh. So anggap jelah first entry ni best gile sampai buat korang tepuk tangan.
Aku buat blog ni untuk menyimpangkan sikit dari The Kickass Rule sebab aku mahu tulis idea yang lebih merapu sampai berdarah otak. Blog Kickass tu terlalu banyak diketahui oleh sahabat handai, yang satu kelas, bekas satu matrik, bekas satu sekolah, mahupun bekas awek, so tak best merapu lebih-lebih. Nanti huduh imej aku kat luar. Penat je aku jaga selama ni. Ekekeh.
So, blog ni aku consider sebagai open. Open untuk merapu apa je yang masih termendap dalam kepala hotak aku. And aku bercadang akan invite several kawan blogger nsanggup menghancurkan pemikiran logic dalam otak mereka, so that boleh bersama-sama merapu dalam blog ni. Itupun kalau diorang sudilah. Damn, apahal aku jadi sopan penuh tatasusila sangat ni? (tumbuk dinding)
Tu saje teks ucapan aku kali ni. Ok chow.

Subscribe to:
Posts (Atom)