Saturday, April 28, 2012

Blog mangkuk yang gemilang

Blog Mangkuk Tingkat Berhayun ni awalnya aku buat hujung tahun lepas. Masa tu aim aku cuma satu: Aku nak   baca lebih banyak cerita merepek and lawak dari blogger sengal yang aku kenal. So, aku mahu himpun dalam satu blog. Nama blog ni aku decide dalam masa kurang lapan saat. Kalau lebih pun sikit jelah, boleh kira halal, macam air kosong kat mapley.

Mula-mula aku tanya Niki. Dia kata macam ok juga. And then aku tanya Aqiim, manusia yang masa tu tak pernah jemu komen kat blog aku. The next one is Peah. Dia pun nampak excited semacam. And then aku ajak Cik Ungu. One of the blog friend yang aku ada. Entah dia cuma anggap aku kawan biasa atau...eh apa aku cakap ni? 

Actually diorang ni adalah muka-muka yang pernah aku masukkan dalam list blog favourite aku setiap minggu. So, aku pun dah kenal blog diorang macam mana.

At first macam tak berapa menjadi jugak. Ada problem dengan layout design, problem dengan pageview, and dalam lawak-lawak sindir kitorang tu ramai jugak malaun yang butthurt. Lepas tu siap sound-sound kat blog aku guna nama anonymous. Ada jugak anonymous melalak dekat blog aku katany post kat blog ni merapu-rapu and sampah, eventhough post itu bukan aku yang tulis. 

Tapi aku peduli apa. Bagi aku anonymous ni sama ada dua je. Tenuk atau setan. Dua-dua ni tak bawa faedah kalau kau layankan. Kalau nak kritik ke, kutuk ke, komen ke sila bagi nama. Kalau tak pun bagi nombor plate motor kau. Nanti kalau ada masa, aku suruh Abang Sudin langgar kau guna bajak korek beliau.

By the way, sekarang blog ni nampak sudah ada sedikit kemajuan. Kemajuan secara kerohanian itu aku tak tahulah. Tapi aku nampak dah ada reader tetap dua tiga ketul, and ada yang siap letak dalam bloglist. And yang paling obvious, writer kita sudah bertambah. 


Ini bermakna konco-konco kami sudah ramai. So, rasa-rasa bila boleh attack blog Ben Ashaari? Eh...



    

4 comments:

amrlaqm said...

kepada anonymous, kalau engko baca entri ni, ketahuilah bahawasanya merepek dan merapu itu perlu dalam kehidupan seharian kita. Jangan lah jadi seperti lalat. Sentiasa terbang tanpa arah tuju, last2 hinggap kat tahi.

eh apa aku cakap ni?

Dua Qurun said...

aku tak gilaaa!!!!!(emosi)

fizafantagiro said...

tak payah layan cik anon ni , yg penting aku suka baca kemerepekan korang :)

ubi snida said...

aku nak attack die-hard-fan justin bieber ja.

aku x suka mainstream..aku bukan hipster.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...