Pecah perut aku gelak tengok minah and mat Indon ni kena prank. haha
Showing posts with label jom tengok movie. Show all posts
Showing posts with label jom tengok movie. Show all posts
Thursday, February 16, 2012
Sunday, December 4, 2011
Review Filem Ong-bak Rindu
Dah tengok filem Ong-bak Rindu?
Apa? Belum? Eh, rugi tuuu..
Apa? Tak minat cerita jiwang? Eh tak jiwang sangat...setakat scene ciom-ciom tu stended la..
Apa? Rumah y'all kat celah hutan, takde wayang? Takpe jangan panik, y'all boleh tengok subscribe Estrok Tayangan Unggul atau Tayangan Hebat apa entah nama dia...
Apa? Mahal? Pasal harga jangan risau, abah y'all yang bayarkan.
Apa? Mahal? Pasal harga jangan risau, abah y'all yang bayarkan.
Apa? Eh y'all tak cakap apa-apa ea...ok sorry.
Pada yang belum tengok cerita Ong bak Rindu, ini abang El nak bagi review sikit.
Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Ajis (Aaron Azizul), yang suka bertomoi, ber'muay thai' and bertumbuk dimana saja asalkan disitu ada heroin yang cun. Heroin cun tadi adalah bernama Ijah (Lisa Surirumahani).
Pada asalnya filem ini bermula dengan adegan Leman (pelakon extra) memperkosa Ijah. Namun adegan ini terpaksa dipotong setelah ditapis oleh Perlembagaan Hasil Dalam Negeri. Jadi adegan ini diganti dengan adegan burung murai yang sedang bertenggek diatas pokok tanpa membuat apa-apa aktiviti.
Ketika Ijah dikejar oleh sekumpulan samseng jalanan, Ajis tampil dengan pakaian seragam taekwando milik adiknya, dan membelasah 5 orang samseng tersebut yang terdiri dari sekumpulan murid sekolah rendah. Ijah jatuh hati pada Ajis, dan akhirnya diorang couple, dan tukar relationship status kat facebook masing-masing.
Tapi percintaan mereka diganggu oleh seorang seorang anak Datuk, Millea Amylieana. Bapanya bukan dipanggil Datuk kerana dia seorang yang kaya atau orang kenamaan, tapi beliau dipanggil Datuk sebab memang nama dia memang Datuk. Nama sebenarnya Mohamad Datuk Bin Haji Sameon. Dan beliau cuma bekerja jual goreng pisang depan sekolah rendah taman makmur.
Millea Amylieana atau nama sebenarnya Sarimah, suka menggoda Ajis. Ajis seorang lelaki yang setia, tapi entah kenapa dia balas juga sms Millea Amylieana setiap hari. Dan Ajis semakin lama semakin ramai lelaki yang mahu dibelasahnya. Especially Ahmad Idham. Teringin benar Ajis membelasah lelaki itu.
Jadi bagaimanakah kesudahan cerita ini? Dapatkah Ijah dan Ajis kekal sebagai seorang kekasih cayunk-kamoo-muach-muach? Mari sama-sama kita kepanggung dan menghabiskan duit PTPTN kita pada filem entah apa-apa ini.
Oh, lupa bagitahu. Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal dan sensasi, Hasan Nawawi. Jangan lupa menonton!
p/s: Asalnya aku nak post kat blog aku je. Tapi aku post kat sini jugak supaya Aqiim ada peluang nak komen. Haha
Subscribe to:
Posts (Atom)
