Apa? Belum? Eh, rugi tuuu..
Apa? Tak minat cerita jiwang? Eh tak jiwang sangat...setakat scene ciom-ciom tu stended la..
Apa? Rumah y'all kat celah hutan, takde wayang? Takpe jangan panik, y'all boleh tengok subscribe Estrok Tayangan Unggul atau Tayangan Hebat apa entah nama dia...
Apa? Mahal? Pasal harga jangan risau, abah y'all yang bayarkan.
Apa? Mahal? Pasal harga jangan risau, abah y'all yang bayarkan.
Apa? Eh y'all tak cakap apa-apa ea...ok sorry.
Pada yang belum tengok cerita Ong bak Rindu, ini abang El nak bagi review sikit.
Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Ajis (Aaron Azizul), yang suka bertomoi, ber'muay thai' and bertumbuk dimana saja asalkan disitu ada heroin yang cun. Heroin cun tadi adalah bernama Ijah (Lisa Surirumahani).
Pada asalnya filem ini bermula dengan adegan Leman (pelakon extra) memperkosa Ijah. Namun adegan ini terpaksa dipotong setelah ditapis oleh Perlembagaan Hasil Dalam Negeri. Jadi adegan ini diganti dengan adegan burung murai yang sedang bertenggek diatas pokok tanpa membuat apa-apa aktiviti.
Ketika Ijah dikejar oleh sekumpulan samseng jalanan, Ajis tampil dengan pakaian seragam taekwando milik adiknya, dan membelasah 5 orang samseng tersebut yang terdiri dari sekumpulan murid sekolah rendah. Ijah jatuh hati pada Ajis, dan akhirnya diorang couple, dan tukar relationship status kat facebook masing-masing.
Tapi percintaan mereka diganggu oleh seorang seorang anak Datuk, Millea Amylieana. Bapanya bukan dipanggil Datuk kerana dia seorang yang kaya atau orang kenamaan, tapi beliau dipanggil Datuk sebab memang nama dia memang Datuk. Nama sebenarnya Mohamad Datuk Bin Haji Sameon. Dan beliau cuma bekerja jual goreng pisang depan sekolah rendah taman makmur.
Millea Amylieana atau nama sebenarnya Sarimah, suka menggoda Ajis. Ajis seorang lelaki yang setia, tapi entah kenapa dia balas juga sms Millea Amylieana setiap hari. Dan Ajis semakin lama semakin ramai lelaki yang mahu dibelasahnya. Especially Ahmad Idham. Teringin benar Ajis membelasah lelaki itu.
Jadi bagaimanakah kesudahan cerita ini? Dapatkah Ijah dan Ajis kekal sebagai seorang kekasih cayunk-kamoo-muach-muach? Mari sama-sama kita kepanggung dan menghabiskan duit PTPTN kita pada filem entah apa-apa ini.
Oh, lupa bagitahu. Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal dan sensasi, Hasan Nawawi. Jangan lupa menonton!
p/s: Asalnya aku nak post kat blog aku je. Tapi aku post kat sini jugak supaya Aqiim ada peluang nak komen. Haha
9 comments:
GILA
hahahaha
time ni mood aku tengah betul2 tak balance..
by the way, blog aku memang anti kau kot. dah lapanblas ratus kali kau komen tak pernah keluar. haha
kau da rosakkan watak hero aku.. xmungkin hasan nawawi yg cool tu bole direct filem cenggini.
awwww, xrelaa~
apa, nak kata cerita ni tak best ke? cuba baca sinopsis tu, tak ke idea Hasan Nawawi tu macam Steven Spielberg? hahaha
hahhaha.nie mesti kes jeles feedback ombak rindu hangat.stail lah!>
hahaha gmbr tu
@snf: mana lagi style, ombak rindu ke ongbak rindu? ke aku yang stail tu. eheh
ezan: gambar tu poster real tau...
wa baca review cerita ni, wa tak sabar nak habiskan duit nak tgk cite ni,haha
Post a Comment