Wednesday, December 14, 2011

Hasan Nawawi dan tahi bintang




Hasan Nawawi dimaklumkan rakan-rakannya bahawa ada meteor akan lalu dilangit di Malaysia malam ni. Beliau nekad ingin melihatnya. Beliau ingin berhajat depan shooting star supaya beliau dapat jodoh dengan segera. Hasan Nawawi juga berharap agar ada lapan meteor lalu supaya beliau boleh menambah lebih banyak hajat. Dapat dekan, nak iPad, nak cium pipi Maria Ozawa dan banyak lagi.


Jabatan astronomi kata kemungkinan shooting star itu lalu pada pukul 12-4 am. Maknanya Hasan Nawawi mungkin perlu bersabar selama 4 jam.


Pada malam itu, ramai orang keluar bilik dan pergi ke dataran asrama untuk menyaksikan meteor tersebut. Hingga tak ada tempat untuk Hasan Nawawi berdiri, duduk, bercangkung, baring apatah lagi meniarap di sana. Beliau mencari port paling sesuai. Beliau mahu tempat yang tiada orang supaya dia mempunyai lebih banyak privacy. Beliau jumpa port yang menarik. Jauh dari orang ramai, tempat yang strategik tahap gaban baginya. Beliau mula menunggu.





12am....
Beliau menunggu.






1am....
Masing belum muncul.





2am....
Langit masih gelap dan tiada apa-apa perubahan.






3am...
Hasan Nawawi dah mula rasa bosan. Jabatan Astronomi dimakinya habis-habisan.

"Kenapa tak cakap range waktu dia 3-4am je? Lagi dua jam tadi nak suruh aku buat apa? Bancuh kopi?"

Tapi keazaman beliau ingin mencari jodoh sangat kuat. Jadi dia tunggu lagi.




4am....
Langit masih sepi tiada sebarang tanda sebarang objek melintas. Mustahil Hasan Nawawi terlepas pandang. Dari pukul 12am tadi matanya masih tak berkelip walaupun nyamuk dengan selamba singgah dimatanya.

Sudah habis perkataan mencarut diluahkan, Hasan Nawawi balik menggunakan bahasa carutan yang lebih ringan,


"Mangkuk betul!"


Namun jiwa Hasan Nawawi yang kental tak mahu mengalah. Dia tunggu juga semata-mata ingin berhajat.




6am....
Hasan Nawawi juga seorang manusia yang kenal erti mengaku kalah. 6 jam menunggu meteor bagaikan menunggu Juliana Evans datang kerumahnya untuk tumpang bermalam. Bagi Hasan Nawawi, Jabatan Astronomi dengan kedai repair henfon Ah Seng sama je. Dua-dua penipu. Beliau mengangkat bontotnya yang basah kerana rumput yang berembun dan berdiri meregangkan otot sambil caci makian masih bertubi-tubi keluar dari mulutnya.


Buat kali terakhir dia dongak kelangit sekali lagi. Cahaya matahari yang hampir muncul memberi pencahayaan yang cukup untuk Hasan Nawawi nampak sesuatu yang ganjil. Beliau perhati betul-betul ke langit diatas kepalanya.










Beliau nampak bumbung kanvas.









Keesokan harinya, kawan-kawan sekelas Hasan Nawawi bagitahu yang semalam semua orang dapat tengok shooting star itu tepat pukul 12.30am.








Moral of the story:
  • Jangan jadi tahyul/syirik. Kalau nak wish apa-apa doa kan ada?
  • Bukan aku nak bajet ustaz la tapinya.
  • Sebenarnya dulu aku pun macam tu jugak.
  • Kejadah apa moral of story macam ni?
  • Ah lantak la.

  
  

6 comments:

amrlaqm said...

apasal moral of the story kau mcam pelik je.. =.='

Anonymous said...

ko patut tmbah.

moral of the stori, lebih baik tidur dari tgok tahik yg jtuh dr langit..
yg bezanye, tahik ni xde bau.

hhahahah

El said...

cerpen moden memang macam tu la..haha

El said...

oh boleh tambah lagi. jangan tunggu sangat tahi bintang tu. takut tahi lain yang dapat nanti

cik ungu said...

nanti i tolong lubangkan bumbung kanvas tu.

El said...

amboi sweetnye you

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...