Beberapa hari lepas, ada sorang senior ni mesej aku.
"Parrissee Hilltonn sebut sebagai Paris Hilton, ada kelas tak sekarang? Akak ingat nak call kejap."
Ya. Nama aku memang Paris Hilton. Kau ada masalah? Bukan tu aku nak bagitahu senenarnya. Aku gigih nak taip kat sini hari ni cuma nak stori kat korang yang rakyat malaysia sukakan perkara yang rumit. Korang perasan tak?
Contohnya macam nama tu. Punyalah beriya dia taip berapa banyak huruf pun aku tak tahu. Sedangkan hakikatnya nak eja nama aku tak sesusah itu. Parrissee dengan Paris. Mana lagi mudah? Jangan mengaku yang kau tu raja segala tolol bila nak pilih mana yang lagi senang pun makan masa berejam. Jadi kenapa masih nak pilih benda yang susah dan rumit kalau ada benda yang senang depan mata?
Fenomena manusia kapitalis sekarang ni, nama anak mesti letak panjang-panjang. Sampai tak muat ic. Tiga perkataan masih di kira pendek. Tapi kalau dah masuk nama bapak yang paling kurang pun dua perkataan, tak ke dah jadi sampai lima perkataan. Kau ingat ic kau tu saiz buku teks ke nokk? Yang muat berjuta-juta perkataan. Entah apa-apa entah. Contoh nama Puteri Farah Azwaliza Zalikha Nurhaliza bt Raja Mahfuz Abdullah Sofarudin Sogood. Confirm bakal laki kau semput nak sebut nama anak kau time akad nikah.
Lepas tu suka betul nak create akaun social network banyak-banyak. Dah tu setiap akaun ada email dan pasword yang lain-lain. Tak ke dah macam tak ada kerja gila sampai nak ingat email banyak-banyak. Kalau email tu jenis yang simple, gagah lah lagi kan. Tapi email pun berbelit-belit sampai tergeliat lidah nak sebut, kan susah tu. Lagi satu, kalau aku nak send email kat kau, tak susah pulak kan sampai nak kena cek banyak kali just to make sure aku tak salah hantar email kat orang lain.
Rakyat Malaysia juga terkenal sebagai sebuah masyarakat yang suka jalan-jalan makan angin bawa sepanduk kat tengah-tengah jalan raya. Terpekik terlolong. Guling-guling dekat jalan raya. Pakai baju sedondon satu kaler semuanya. Kan? Rumit tu nak cari baju sama kaler dengan orang lain time berguling-guling. Kalau dah boleh duduk rumah tengok hidustan, buat apa nak berpanas bersesak dekat jalan raya tu wahai abang-abang dan kakak-kakak? Cukup bulan gaji masih masuk dalam poket. Dan McD masih boleh masuk dalam perut. Ye dak?
Jadi para lecturer sekalian, kami anak-anak murid anda cuma inginkan anda memilih perkara yang mudah berbanding perkara yang rumit. Buat apa pening-pening bagi kami assignment banyak-banyak dengan soalan serupa celaka, kalau anda dengan mudah boleh bagi kami markah yang tinggi? Saja kan nak peningkan kepala tengok jawapan kami yang pelik-pelik tu. Haisshhh.
Rakyat Malaysia memang sukakan perkara yang rumit.
7 comments:
hahaha gila
pnjangnya nama..
haha
mmg berpeluh nak sebut time akad nikah.. =='
hahhahahhaa..ni kes bengang dengan lecturer ke hape? rakyat malaysia mmg suka kan cabaran....
aku rasa cm point yg last tu merupakan point utama kan??? hehehe
hahaha gila ada2 saja
Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
erkkk ngek
wuhuu .. ayt perenggan last tu mcm nk copy N bg kt suma lecturer je.. hehe kompem lps ni x penin nak wat tesis :D kuwang3..
Post a Comment