Wednesday, March 15, 2017

Junainah



       Junainah menuju ke dapur dengan baju kelawar beliau.Bola matanya menjeling sudut kiri tempat biasa letaknya periuk dan kuali."Hisshh..macam mana aku nak masak meggi ni..".Kata Junainah sambil memegang mikrofon yang baru dipasang sebelum subuh pagi tadi."Bodohlah dapur ni...tak ada periuk..".Sambung Junainah lagi tapi kali ni tak pakai mikrofon sebab dah kena sound dengan jiran.









Kehulur kehilir dia berjalan dari dapur hingga ke dalam bilik tidur mencari periuk.Beberapa kali dia menggeleng kepala tanda pening.Terduduk dia sebentar di depan singki.Kakak Junainah,Qalisya yang baru sahaja bangun dari tidur terus menuju ke dapur kerana ingin mendapatkan seteguk air putih.Tersentak melihat adiknya terduduk di depan singki Qalisya pun bertanya "Kau buat apa ni Nainah?".






"Hah!aku cari periuk nak masak meggi...kejap..kejap...tolong alihkan kaki kau boleh tak?".Arah Junainah kepada kakaknya yang meletakkan kaki dibahu Junainah.









Bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...