Showing posts with label info berguna untuk masyarakat satu malaysia. Show all posts
Showing posts with label info berguna untuk masyarakat satu malaysia. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Beza drama dan realiti

Kisaah Cinta


Dalam drama:


Daniel: Awak tahu tak? Saya cintakan awak...

Amilia: Saya pun cintakan awak. Lebih dari segalanya tau...



Dalam realiti:


Samsul: Awak tahu tak saya cintakan awak...

Amilia: K.




Kisah ibu malang


Dalam drama: 


Anis: Mulai hari ni mak boleh berambus dari rumah Anis!

Ibu: Kenapa Anis buat macam ni kat mak nak...apa dosa mak pada Anis..? Tolong jangan halau mak..



Dalam realiti:


Siti: Mak, lusa Siti outstation. Siti hantar mak pergi rumah Kak Long sementara ea?

Mak: Engkau nak menghalau aku ye Siti? Anak derhaka! Dari kecik mak bela kau baik-baik, INI BALASAN KAU?



Kisah penyiasatan


Dalam drama:


Detektif: Tuan, kami dah dapat maklumat tentang markas sindiket dadah tu. Dan dipercayai Rosman Ketot adalah dalangnya tuan!

Inspektor: Bagus. Tindakan yang cekap detektif Tajul!


Dalam realiti:


Detektif: Tuan, rasanya saya dah boleh agak kat mana tempat diorang lepak buat dadah ni. Sebab hari tu saya terserempak dengan Rosman Ketot kat traffic light around jalan Bangsar. Alaa yang kat tepi kedai kuih lapis Sarawak tu...

Inspektor: Oh yeke? Eh kuih lapis Sarawak? Sedap tu.



Kisah isteri curang

Dalam drama: 


Harun: Nah, dalam sampul ni ada bukti gambar-gambar yang isteri kau Salina curang dengan lelaki lain. Tengok betul-betul!

Azman: Tak mungkin....Salina....kenapa....?


Dalam realiti: 


Harun: Aku dah emailkan bukti gambar-gambar yang isteri kau Salina curang dengan lelaki lain. Kau tengok betul-betul!

Azman: Kejap aku check. Aduyai, internet slow la. Ish. Hang la pulak. Ni apahal keluar tanda seru pulak ni? Dia kata untuk buka gambar ni aku kena download extension. Ni apa keluar gambar gajah ni? Arghh...







Abang, sebelum abang mati, semua harta abang tu abang wasiatkan kat saya ye?


   

Sunday, February 12, 2012

Anggapan Bodoh Yang Normal


Bismillah


Kulit di tangan aku tengah mengelupas.
Aku tak pasti aku ni katak ke apa sebenarnya.
Kalau ikut sport class dulu, ini simptom kekurangan enzim-enzim.
Kalau begini, aku haruslah berkahwin dengan lelaki yang bernama Azim.
Ya, takde kena mengena pun.
Saje je nak try test tahap kebodohan.
Buat masa ni tahap kebodohan berada pada skala 10.

Hmm..
Boleh tahan.


Bercakap tentang kebodohan. 
Kita selalu memberikan skala bodoh tertinggi pada orang lain bila orang tu tak sependapat dengan kita.

Contoh.
Kalau soalan kuiz tanya binatang apa keris di kaki.

Untuk kita yang dah memang tahu jawapannya ayam, bila dengar orang lain bagi jawapan 'kuda laut', mesti kita akan berkata dengan kuat 'Booooddooohh!!'

Kenapa? Sebab kita dah tau jawapan sebenar sebelum orang tu. Dan mungkin ini kali pertama orang tu dengar soalan kuiz camtu. Alahh.. Time korang first time dengar soalan ni masa darjah 4 Anggur dulu, korang pun kompem tatau jawapan dia ayam. Dan sampai sekarang aku masih tak faham apa kena mengena kaki ayam tu dengan keris. Aku tak rasa pun kaki ayam dan keris ada pertalian darah. Bentuk pun tak sama.

Jangan assume orang tu bodoh disebabkan 2,3 perkara yang kita kebetulan tahu dulu dari dia. Ada keadaan yang kita akan berpengalaman dulu, dan ada waktunya orang lain lalui dulu. 

Kalau tanya budak darjah 5 sekarang tentang Ipad, aku rasa dia lebih tau dari aku yang dah tua ni. Maklum, bebudak zaman sekarang canggih tahap jahanam. Kecik-kecik dah dimewahkan dengan gadget. Dah besar kang rosak la tu.


Padat sungguh entri aku kali ni.


Moral:
Ada waktu kita bodoh.
Maka jangan nak mem-bodoh-kan orang lain.


Friday, February 3, 2012

Petikan dari entry Dr Mahathir- Takut

Aku nak share sikit about quotes dari entry blog Dr Mahathir, Che Det with the title Takut. Sila baca dengan background lagu Yuna yang tak menang apa-apa award kat AJL, Penakut.



Tentang cerita hantu


Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.


Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.



Tentang Histeria di hostel perempuan:

Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.

Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.




Last words: 

Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.


Just brilliant. Click sini untuk full entry Takut. Rajin-rajinlah baca blog Dr Mahathir, sebab dia berfikiran luas and logic and berasaskan fakta and pengalaman. Korang pun boleh kembangkan sikit pemikiran tu. Itu pun kalau korang nak kembangkan fikiran lah. Kalau nak kembangkan follower, pergi masuk baca blog Abang Muscle je la.

























"Nokharam. Mamat ni mengumpat aku lagi"
 
        

Monday, January 30, 2012

kagum

Hai.




*wahhhhh..kagum gila dapat update dalam ni. ^-^

Ok tu entri wa yang pertama. babai.


Monday, January 16, 2012

Ultraman atau physics?

Pernah wonder tak kenapa Ultraman lawan-lawan dengan raksasa kat bandar tapi bandar tu rilek macam takde orang. Bangunan berkecai pun takpe asalkan raksasa yang durjana tu dapat dibunuh. Apa nasib manusia yang tengah larikan diri, then tiba-tiba terpijak oleh Ultraman tu? Tak ke Ultraman itu lebih durjana dari raksasa yang dah sedia maklum durjana tu? Aish, setiap kali fikirkan hal ni mesti aku jadi tension. Tak boleh la cerita pasal Ultraman ni, jap lagi pening kepala korang reader semua.


Ok kita tukar topik. Aku nak cerita bab engineering sikit.


Korang tahu tak pasal Large Hadron Collider? Large Hadron collider ni adalah mega project yang dibuat physicist-physicist dan engineer seluruh dunia dari 111 buah negara yang bergabung tenaga menghasilkan mega experiment yang maha dasyat berkaitan dengan teori black hole dan asal-usul universe. Bentuk dia seolah sebuah tunnel yang membentuk satu bulatan sepanjang 27 kilometer dan dibina bawah tanah. LHC ni dibina di sempadan Switzerland dan France dimana satu hujung berada di France and satu lagi di Switzerland. Lagi panjang dari terowong SMART you ols.









Tujuan experiment ni adalah untuk mendapatkan colllision energy dan try untuk imitate atau dengan bahasa melayu bakunya, meniru cara black hole atau dalam bahasa bakunya Lohong hitam berfungsi. Dengan cara ni banyak rahsia yang physicist nak tahu akan dapat dikaji, termasuklah macam mana universe ni terbentuk. Adakah dari sebiji particle yang membesar? Adakah dari tenaga misteri? Atau ada telur yang menetas tiba-tiba keluarkan cakerawala?


Stephen Hawking banyak bagi theory tentang black hole dan Albert Einstein perkenalkan idea Big Bang,(bukan band K-Pop), Theory of relativity, and Michio Kaku bagitahu tentang string Theory. and kerja-kerja scientist ni adalah untuk prove adakah semua theory-theory tu semua betul. Sejak 2009 sampai sekarang experiment tu still berjalan, and setakat ni hampir dapat buktikan theory Higgs Boson yang menyebabkan sesuatu bahan mempunyai jisim.







Itu sahaja aku nak bagitahu. Menarik tak? 
Atau nak aku cerita balik pasal Ultraman tadi?

  
  

Sunday, December 25, 2011

Apa Maksud Sebenar Perempuan Bila Reply SMS?


Bismillah


Dari entri Yang Telus Tentang Perempuan haritu, ada blogger request satu masalah untuk aku kupas.
Sengaja aku guna perkataan 'kupas' untuk menimbulkan feeling penceramah motivasi yang buat kerja part-time sebagai hos rancangan pendidikan.

Tapi tolong ya.
Apa yang aku kupas-lah-sangatt ni adalah pendapat personal aku dan dari pemerhatian. Aku selalu jadi tempat member bercerita, menangis, tak kira lelaki atau perempuan. 
Ikutkan hati aku memang nak mintak bayaran sebab kadang-kadang telinga aku ni bernanah bila dengar cerita-cerita jual-diri-bajet-kau-hot-sangat tu. Tapi takpelah,kan. Ikhlas konon.

Jadi kupasan-lah-sangatt aku ni mungkin tepat dan mungkin tak.


Aku dengan rakusnya telah menerima soalan duniawi oleh inchek Sepul, iaitu ...



Dan aku telah berjanji pula, iaitu ...


Sekarang padan muka aku sebab kena jawab soalan duniawi camni.
Tapi aku memang suka benda duniawi pun kan?
Astaghfirullah...

Ok. Anggaplah ini satu ilmu di kala perlu ya. Aku cuba terangkan secara detail.
Aku umpamakan perempuan yang nak dimengorat sebagai Senah, dan lelaki sebagai Sidek.


Pertama-tamanya, Sidek kena tau diri Senah tu macamana.
Direct? Fun? Malu-malu-tahik-tenuk? Islamik? Sempoi? Sempoi tapi islamik? Berkias-kias?

Sebab lain perempuan, lain terjemahannya. Kalau Sidek ajak kuar dating dan dapat jawapan;

a) emm tak dapat la. Aku ade hal.

Perhatikan struktur ayat. Besar kemungkinan Senah nak kuar tapi dia memang ada hal. Selalunya perkataan 'emm..' tu menunjukkan macam dia nak tapi tak boleh. Macam tengah berfikir. Tapi harus diingat, ini kalau Sidek baik dengan Senah.

Andai kata Sidek tak rapat mana dengan Senah. Kawan biasa je. Sila anggap jawapan itu sebagai alasan sebab dia memang taknak keluar dengan kau, Sidek. 

Dan kalau Senah tu dah ada Roslan (boyfriend kononnya~), jawapan tu adalah untuk menjaga hubungan dengan Roslan dan dalam masa yang sama nak menjaga hati kawan (Sidek). Nak cakap 'tanak ah!gi mampus la kau!' tu macam kasar sangat kan, so Senah cenderung untuk berkias supaya Sidek tak terasa hati sangat. Senah yang macamni jenis asyik fikir nak jaga hati orang je.


Ok? Clear dengan jawapan a?


Sekarang, kalau Senah bagi jawapan;

b) Eh! yeke? Bila? Tapi kite tak kompom lagi. Sekarang byk keje. Nanti kite kompomkan.

Peratusan tinggi adalah jawapan ini memang seperti yang ditulis. Senah memang nak pergi tapi tak confirm. 

Kalau Senah ni tak ada Roslan tapi dia nak kuar ngan Sidek, die memang akan jawab macamni. Tapi kalau Senah ada Roslan, kena tengok pula Senah tu macamana.

Kalau Senah jenis friendly tapi setia, jawapan macamni menuntut Sidek untuk tak keluar berdua. Kena ramai-ramai. Kalau Senah jenis friendly dan sosial walaupun ada Roslan, besar kemungkinan jawapan ini juga jujur.


Faham?
Kalau tak faham sila angkat tangan ya.


Dan kalau Senah bagi jawapan;

c) TANAK!

99% jujur. Perempuan akan cenderung bagi jawapan seketul bulat-bulat macamni antara tiga sebab;

1- Senah dan Sidek kawan rapat, dua-dua sempoi, dua-dua suka gurau. Maka jawapan macamni tak payah nak ambil hati sangatlah.

2- Senah dan Sidek tak rapat mana. Sidek je syok lebih-lebih. Tapi Senah tetap akan bagi jawapan macamni sebab Sidek itu kawan. So consider jawapan macamni sebagai gurau-gurau jugak, tapi memang betul-betul taknak.

3- Senah benci Sidek. Berambus kauuu!



Kesimpulannya, lain orang ada lain karektor. Dan karektor pun mempengaruhi cara dan gaya perempuan reply mesej korang lelaki-lelaki. Karektor lelaki dan hubungan antara dua-dua pun mempengaruhi cara dan gaya perempuan reply mesej. Termasuklah persekitaran perempuan tu waktu reply komen tu.

Bila dah ambil kira semua aspek, baru boleh nak fikir 'kenapa dia reply macamni' atau 'apa maksud dia cakap macamtu'. Contohnya. Twitter aku sekarang aku describe diri aku sebagai 'janda anak tujuh'. Kalau korang tak kenal aku, korang memang akan ingat aku janda anak tujuh. Tapi sebenarnya aku Mulan Jameelah.

Faham?

Apsal buat muka macam batu nesan tu?
Shetooonnnnnnnnn!!





Friday, December 9, 2011

Facebook, twitter and blog

Facebook: Aku kaler biru putih

Twitter: Aku punya colour default biru putih.

BlogAku macam-macam kaler ada.



Blog menang.





Facebook: Aku ada budak seksi

Twitter: Aku ada Maria Ozawa.

Blog: Aku ada budak hilang dara pastu cerita kat semua orang.



Blog menang.





Facebook: Aku berita budak putus kepala, eksiden darah memancut, etc.

Twitter: Aku ada berita pasal BN kalah semua kerusi di parlimen.

Blog: Semua yang kau ada tu datang dari aku tau?



Blog menang.




Facebook: Awek sekolah post status marah pompuan gedik sebab curi pakwe dia.

Twitter: Fasha Sandha gaduh dengan Nora Danish pasal Jejai.

Blog: Blogger kutuk semua orang kat atas ni.



Blog menang.




Facebook: Video 18SX

Twitter: #fuckyourownmum

Blog: Pelajar IPTA Panas!!



Blog menang.




So sekarang korang bukak facebook and twitter 18 jam?

 

Sunday, December 4, 2011

wanita, janganlah dibazirkan air matamu itu..


entri nie dibuat khas untuk mereka yang sering gagal dalam bercinta. terutamanya wanita. seperti yang kita semua tahu, air mata adalah senjata utama bagi wanita. dan bila mereka putus cinta, mereka pasti akan menangis.

ish ish ish..

kenapa dik? kenapa perlu dibazirkan air mata tu hanya kerana seorang lelaki? agaknya dah memang nasib adik sebab sering gagal dalam bercinta. kalau dah tau awak tu sering gagal dalam bercinta, bila sekali putus tu, janganlah nak over sangat menangis tu. sikit-sikit je dah la.

simpan sikit air mata tu untuk "putus cinta" yang akan datang.


KAH KAH KAH KAH!!

menangis macam nie ok. jimat. 
sekali putus keluar setitis je. 
kalau 5 kali putus cinta, baru 5 titis je yang keluar.
KAH KAH KAH!!

Friday, December 2, 2011

aku sayang kau gila babi lah sial!

ehem ehem. first of all, abang nak mintak maaf lah kalau tajuk entri nie nampak terlalu ganas sangat. abang saja nak buat macam tu. baru menarik. tak gitu?

ehem. sebagai seorang kaki online, abang selalu jugak perhatikan gelagat kapel-kapel kat facebook. ewah ewah. kalau tengah bercinta tu, ayat kemain jiwang. semua nak sweet aje. ada satu perkataan yang selalu abang jumpa. biasanya diungkapkan oleh si wanita. "love u so fucking damn much baby!". amboi. teruk sangat bunyinya tu dik. kalau dalam bm, bunyinya lebih kurang macam nie, "aku sayang kau gila babi lah sial!" ish ish ish. kesian pasangan adik tu. tak pasal-pasal kena maki free.

nie abang nak cakap. kalau boleh, ucapan sayang tu tak payah lah nak over sangat ye dik. cukup sekadar "i love u" je. kesian pasangan adik tu asyik kena maki je. lagi satu, tak payah nak berfucking bagai lah dik. walaupun abang nie lelaki, tapi abang tak nafikan, lelaki nie bukan boleh percaya sangat. adik berlove fucking bagai, sekali kena betul-betul, baru adik tau. abang nasihatkan je. abang tak cakap semua lelaki. ada segelintir je. bukan semua.

ingat tau dik. jangan over dalam bercinta. bila dah kena, kelak diri sendiri yang merana. kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum, mana nak sama cik adik seorang. okeh, chow.


sekadar gambar hiasan.

Tuesday, November 29, 2011

Perkataan bodoh dan penggunaannya

Bodo kawan-kawan
-Tak menyakitkan, tapi dirasakan just sekadar perasaan bengang sesama kawan-kawan dan selalunya diikuti dengan gelak.

 'Bodo la Musalman bin Abdul Ghafuur, aku mintak pemadam kau bagi motor RXZ apesal?'


Bodoh marah.
-Agak menyakitkan, tapi penyebut tu mungkin lebih sakit hati sebab kalau dia tak sakit hati dia takkan sebut.  Biasanya diikuti dengan maki makian.

' Bodoh betul lu pokok! Sebab kau la aku lewat pergi kelas tau tak? Babun masak kimchi betul!!


Bodoh metafora.
-Biasanya tak memaksudkan bodoh secara bangang, bengap dan samdol, tapi untuk menyatakan yang orang tu lurus atau buat keputusan yang skima. Biasa digunakan dalam drama melayu.

'Sally, husband u dah curang depan you, you nak terima lagi dia? Jangan jadi bodoh la Sally.'


Bodoh bermaksud.
-Memang betul-betul memaksudkan bodoh itu sebagai manusia yang bengap, bodoh, dan betul-betul Dr Rozmey. Biasanya diikuti dengan penampar dan sepak terajang dan seseorang akan masuk hospital.

'Aku tak sangka kau Samirul Habibullah bin Salehudin boleh lulus exam, bukan ke kau student paling bodoh kat kelas ni?



Kau jangan sampai aku sebut perkataan
keramat tu!! Grrrr...


Moral of the stody: 
  1. Gunakan perkataan itu sebaiknya. Jangan salah guna kerana anda bakal menyesal seumur hidup. 
  2. Jangan memandang rendah orang bodoh.
  3. Jangan jadi bodoh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...