Showing posts with label cerita bangang yang penah aku karang. Show all posts
Showing posts with label cerita bangang yang penah aku karang. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Kisah Derhaka







Tengahari itu,Eton berada didapur untuk memasak.Didapur itu jugalah dia ditemani dua anaknya,Zubir & Sarip.Zubir berumur 6 tahun sangat petah berkata-kata berbanding adiknya,Sarip berusia 5 tahun.Sedang Zubir & Sarip khusyuk bermain dengan permainan mereka,tiba-tiba Eton atau nama sebenarnya Rokiah Hashim bersuara kepada anaknya.





“Zubir,ajaklah adik kamu main dekat ruang tamu..”.






“Alah,boring lar bu…sebab,Zubir suka main kat atas lantai ni.Sejuk jer.” Zubir bersuara.





Adiknya hanya diam.Mungkin khusyuk bermain,takpun kena rasuk.





“Kang ibu terajang nak?”balas Eton dengan nada yang lembut sambil angkat-angkat kening macam Ziana Zain yang pernah berlakon dalam citer “Avatar the last future”.







“Yelah,yelah...kalau itu yang ibu nak.Zubir terpaksa terima dengan hati yang terbuka.”






Akhirnya Zubir mengalah.Zubir dan adiknya menuju ruang tamu dengan muka jahanam.Dia benar-benar tak menyangka,bahawa dia akan tewas ditangan wanita.Dan wanita itu adalah ibunya sendiri.Sanggup ibunya menjatuhkan maruahnya didepan ahli keluarganya.Lebih-lebih lagi depan Sarip,adiknya.Itu suatu penghinaan buatnya.Dia menahan sebak didada.Dia pasrah.Akhirnya dia main juga diruang tamu.Sebab budak-budak kan?kat maner-maner pun dieorang boleh main.




Setengah jam diruang tamu….Zubir kembali kedapur.Kali ini adiknya tiada disisi.Ibunya kehairanan…



“Sarip maner?”Eton melontarkan pertanyaan.






Dengan wajah yang sedih,Zubir mengungkapkan kata-kata yang amat sukar diluahkan..


“err….err….Sarip kena langgar kereta bu….harap ibu tabah yer….Zubir doakan ibu jadi orang yang tabah.”





mendengar penjelasan Zubir,Eton terduduk.Setitik demi setitik airmatanya jatuh.Mana taknya,Sarip adalah anak bongsunya.Anak yang paling manja dalam keluarganya.Juga anak yang paling disayangi.






Kemudian Eton bersama Zubir menuju keruang tamu.Ketika ingin menuju keruang tamu dia mendengar suara Sarip yang sedang mengerang kesakitan.Setibanya diruang tamu,tiba-tiba Zubir berlari keluar rumah dengan terburu-buru.Kelihatan Sarip sedang duduk sambil mengurut kakinya dengan muka yang berkerut.




“bu sakitlar kaki kena langgar dengan kereta control abang nie…”







Eton tersenyum.





“Zubirrrr….engkau balik jap lagi aku terajang tengkuk ko…!!!”.






oleh kerana derhaka,Zubir disumpah menjadi rumah banglo.





-the end-


















Thursday, May 10, 2012

Hasan Nawawi dan mangkuk tingkat ajaib





Syeikh Hasan Nawawi, moyang kepada Hasan Nawawi, adalah seorang musafir. Kalau dah nama musafir sudah tentulah kerjanya mengembara, takkan kerja ternak ikan haruan pula. Dipendekkan cerita, Hasan Nawawi berjalan merentas padang pasir yang luas tahap dajal, kerana gaban itu tak cukup luas untuk digunakan sebagai kata penguat.

Oleh kerana lapan hari lapan malam berjalan merentas padang pasir, Syeikh Hasan Nawawi keletihan. Tubuh badannya kering dek kerana hidrasi. Dia kehabisan air minuman. Usahkan air minuman, RO water, air sirap, cendol bungkus juga dah lama habis.

Sedang dia terkapai-kapai kelemahan ditengah padang pasir yang panas terik tu, dia ternampak sebuah mangkuk tingkat, jauh 50meter dihadapan. Teringatkan acara lumba lari 50 meter yang dimenanginya masa tadika dulu, Syeikh Hasan Nawawi berlari dengan pantas untuk mencapai mangkuk tingkat tadi.

Dia mengamati mangkuk tingkat itu. Membelek-belek dengan penuh tanda tanya. Dibuka tudung mangkuk tu tak ada apa-apa. Tak ada nasi ke, ketupat ke, ataupun char kuey teow. Kosong. Hasan Nawawi membaca label di bawah mangkuk tingkat tu. Disebelah pelekat Sirim, ada tertera satu instruction.

"Sila hayun sebelum guna"

Dengan IQ secetek kuda laut, Syeikh Hasan Nawawi mengambil masa lima minit setengah untuk memahami arahan itu. Setelah memahami kehendak soalan, Syekh Hasan Nawawi mula menghayun mangkuk tersebut sekuat hati. Dia menghayun. Masih menghayun. Dan tetap tak berhenti menghayun.

Secara tiba-tiba keluar satu cahaya mangkuk tingkat itu. Syeikh Hasan Nawawi mencampak mangkuk tu ke tanah kerana terkejut beruk. Nasib baik beruk tak ada disitu. Kalau tak entah apa mereka akan kata. Setelah tamat pertunjukan cahaya yang terang dan asap berkepul-kepul sebagai gimik entrance,  seekor makhluk berwarna biru metallic dan bertocang dengan sideburn panjang keluar dengan gaya angkuh. Syeikh Hasan Nawawi tahu itu adalah jin, berdasarkan jenis seluar yang dipakai makhluk tadi. Seluar jeans Levi's 501. Limited edition punya.




"Hai manusia!!!! Ada sihat ka? Sudah makan ka belum?"

"Belum" jawab Syeikh Hasan Nawawi sambil terketar-ketar.

"Jom aku belanja makan KFC" pelawa Jin tadi.

"Boleh. Jom. Saya dah siap dah ni" jawab Syeikh Hasan Nawawi sambil tengok cermin dan membetulkan rambut.

"Sebelum tu, aku perlu tanya kau tiga soalan. Kalau kau jawab betul salah satu soalan ni, aku bawa kau keluar dari padang pasir ini, dan belanja kau makan KFC. Tapi kalau kau tak dapat jawab ketiga-tiga soalan ni, aku akan tinggalkan kau disini." balas Jin.

"Ok.  Saya dah ready" jawab Hasan Nawawi ringkas.

"Soalan pertama, apakah nama pelakon lelaki utama Iron Man.....punya sepupu punya jiran yang banyak jerawat tu?"

"Pass. Soalan lain!" balas Syeikh Hasan Nawawi.


"Soalan kedua, cari lapan puluh persamaan, antara chromosome untuk anak down syndrome dengan stereng kereta Honda Civic 2.0?"


"Cikgu saya tak ajar dulu. Pass!!" balas Syeikh Hasan Nawawi.


"Baiklah. Ternyata anggapan saya yang kamu bodoh macam lembu laut Afrika ini betul. Soalan terakhir.......



Siapa lebih kacak, kau atau aku?"


Syeikh Hasan Nawawi tergamam.









Satu jam kemudian,





Syeikh Hasan Nawawi masih meneruskan perjalanan di padang pasir yang panas terik tanpa bekalan air.






Sape lebih hensem, lu ke gua?
Mesti gua kan? Kan?


 
      

Saturday, May 5, 2012

Si penjahat yang berjiwa penyanyang

Loki adalah penjahat yang terlalu jahat. Beliau mempunyai superpower yang sangat power iaitu mengawal minda orang. Nama sebenar beliau adalah Lokman Bakar bin Jamal. Nak dipendek dan diglamorkan lagi, dia dipanggil Loki. Ada juga yang memanggil Luki. Ada juga lahabau yang menggantikan huruf 'L' itu dengan 'P'.

Jangan sebut kuat-kuat.


Loki berniat mahu menakluki dunia. Beliau mahu membunuh semua umat manusia, termasuk Justin Bieber. Semua superhero Avengers sudah dipanggil untuk bergocoh dengan Loki, namun tak ada seorang pun berjaya. Sehinggakan pemain gantian seperti Keluangman, Cempiang, Boboboi dan Usop Sontorian juga terpaksa dpanggil bertarung. Namun semua tewas dan gugur di medan perang seperti buah durian yang gugur di dusun Pak Kasim. Dan anak perempuan Pak Kassim pula cantik bukan main. Single pula tu.

Sebagai seorang lelaki harapan umat manusia, seorang pakar motivasi dari Sungai Petani Kedah, Encik Fadzillon Kamson tampil berhadapan dengan Loki. Dia hanya tersenyum. Loki kehairanan.


Encik Fadzillion Kamson: "Awak orang jahat kan?"

Loki: "Ye aku memang jahat. Jahat gila tau tak? Aku nak hapuskan kamu semua!! " Jawab Loki sambil menumbuk-numbuk dada."

Encik Fadzillion Kamson: "Awak nak bunuh semua orang? Macam mana dengan mak ayah awak?"

Loki: "Aku nak bunuh semua orang KECUALI mak dengan ayah aku!!"

Encik Fadzillon Kamson: "Macam mana dengan abang kakak awak?"

Loki: " Ye. Selain mak ayah aku, selain abang kakak aku."

Encik Fadzillion Kamson: "Lagi? Takkan itu je orang yang kau sayang. "

Loki: "Selain anah buah aku. Selain member baik aku, Rosman. Oh selain Karim juga. Dia selalu belanja aku makan. Sally yang comel tu pun terkecuali. Lagi...lagi....kecuali sepupu aku. Selain adik sepupu aku, sedara ayah aku, jiran aku, ketua kampung aku, wakil daerah, Neelofa, mak cik yang jual nasi kandar tepi simpang tu, selain Hamdan anak abang repair kereta bla bla bla....................akak jual ABC, Liyana Jasmay, Jessica Alba, sepupu Jessica Alba, cikgu geografi aku....................George Lucas, anak Eminem bla bla bla...................anak taukey kedai makan bla bla bla.......................Ben Ashaari.....bla bla bla....."





10 tahun kemudian......



Loki masih menyebut nama orang yang dia tak mahu bunuh. Dan Encik Fadzillon Kamson semakin berjaya dengan kerjaya sebagai pakar motivasi dan juga dalam bisnes MLM nya.



 
Nama yang tinggal sekarang ni adalah......Justin Bieber.




          

Wednesday, May 2, 2012

Pak Bakar Gadis Misteri

Manap merupakan seorang detektif yang handal.Beratus-ratus kes yang dihandle olehnya.Tapi hanya Dua sahaja yang selesai.Untuk kes yang lalu,Manap telah diarahkan oleh pihak atasan untuk menyiasat misteri kehilangan boxer Dato' Rahim Ramli dirumah banglonya.Boxer yang hilang itu merupakan boxer kesayangan Dato' Rahim Ramli.Boxer kuning itu adelah boxer pemberian arwah datuknya.

"Boxer itu jugak merupakan boxer turun temurun dari keluarga saya.Saya takkan pergi kerja selagi saya tak memakainya!".Kata Dato' Rahim Ramli kepada Manap dengan nada marah.


"Dato'jangan bimbang,saya akan cuba mencarinya”.Balas Manap agak serius.Baginya kes itu amat mencabar dan agak sukar tapi dia cuba menyelesaikannya dengan bantuan rakannya,Senah.Senah merupakan pakar forensik yang berasal dari Dungun,Johor.Senah jugak pernah mengetuai pasukan rumah kuning.Walaupun main tipu,dia jugak pernah dikira sebagai juara pertandingan tiup tepung dalam air..



Oke sambung..kang tak abis pulak ceriter nih..



Manap dan Senah bertungkus-lumus menyiasat misteri kehilangan boxer tersebut."Dato',sebelum boxer dato' hilang,dekat maner posisi boxer tuh?".Tanya Manap.

Dato menjawab"saya jemur di ampaian sebelum pergi kerja.Bila saya balik,boxer saya dah..takde".

Selesai member maklumat,Dato’ Rahim Ramli menangis.Bangang giler muka orang tua tuh bila nangis.

Senah bersuara "boleh bawak kami ke kawasan ampaian tuh tak?".

Dato' Rahim Ramli hanya menggangguk.Orang tua nih bajet comel pulak.Dan kadang-kadang aku rase bangang pulak cipta watak dia nih.

Oke…terus!


Mereka menuju ke ampaian.Sampai sahaja diampaian tersebut,Senah seakan-akan ternampak sesuatu.Senah ternampak kelibat seorang lelaki di ampaian itu.Lalu Senah menjerit.”Hoi pencurik!!Jangan bergerak!kami tahu awaklah orang yang mengambil…”



belum sempat Senah menghabiskan kata-katanya,tiba-tiba Dato’ Rahim mencelah.”Jangan risau Puan,ini Pak Bakar.Driver saya.Pak Bakar nih dah macam abang saya sendiri…”

Muka Senah merah.Dia Malu.Mulutnya tak putus-putus melafazkan perkataan ‘maaf’ pada Pak Bakar.




“Lain kali jangan pandai-pandai nak tuduh orang pencurik,kalau takde bukti!”.Pak Bakar kemarahan.

Dalam kekalutan itu,mata Manap terpana melihat sesuatu pada tangan kanan Pak Bakar.”Dekat tangan Pak Bakar tu,tentu boxer Dato’ kan?”




“Tak!ini seluar dalam saya..”.Jelas Pak Bakar sambil mengibar-ngibarkan spender hello kitty miliknya..



Tiba-tiba Dato’ Rahim bersuara”Seluar dalam Pak Bakar ade sehelai jer kan?”

“aah!”

“Habis Pak Bakar pakai ape arinih?”.Tanya Dato’Rahim Seakan-akan ingin tahu.



“boxer Dato’lah!Dato’ kan dah dah anggap saya macam adik beradik..”.Muka Pak Bakar selamber.


“Pak Bakar tunggu kejap kat situ!”

Dato Rahim Ramli tersenyum.Seluk poket seluar.

Kemudian menuju ke dapur dengan tenang.





Dan kembali dengan kapak ditangan!



-the end-

Monday, April 30, 2012

Kisah Yang Tak Kelakar Antara Eton Dan Adiknya




Eton merupakan wanita paling cantik didunia.Tapi sayang,Oleh kerana dia merasakan dirinya sangat cantik,dia mula sombong.Memang aku akui Eton sangat cantik.Walaupun aku tak penah tengok lagi muka dia,tapi aku dapat rase dia tu chantek.




Eton sangat benci dengan adiknya,Midah.Midah jugak sangat cantik macam kakaknya tapi,kakaknya itu tak dapat menerima kecantikkan adiknya itu.Suatu hari Eton menyaon adiknya yang ketika itu baru pulang dari kebun secara tiba-tiba."Hoi Midah! Kau jangan berani-berani nak ngurat Abang Supir!"



Midah tercengang didepan pintu.Dia kebingungan.Entah setan ape yang merasuk kakaknya tengahhari itu.Dia menafikan yang kakaknya ada membela saka.Tak Mungkin!.Kerana baru malam tadi dia menonton 'Sucker Punch' bersama kakaknya itu.Semakin bangang dia dibuatnya.Dia cuba menampar kakaknya sekuat hati secara imaginasi.Tapi sayangnya,imaginasinya tak berapa real(HD)dan tak berapa puas macam dia tengok kat tibi Bravia.



Dengan muka yang bangang Midah menjawab "Sebenarnyer...Abang Supir tuh suami saya!kami dah kawin 4tahun yang lalu.."

(muka berlagak sambil angkat-angkat kening.)

Eton sangat marah.Dengan statement adiknya itu.Dia tidak dapat menerima bahawa Abang Supir sudah berkahwin dengan adiknya.Ditambah pulak muka adiknya itu seakan-akan mahu diusap dengan tapak kaki kanannya.



(korek hidung laju-laju)

Kau ingat muka kau cantik ke Midah?

Eton bersuara lantang.



Midah menjawab "mestilah cantik!kalau tak,takdelah Abang Supir tergila-gilakan saya..."



~keadaan jadi tegang~



Hey!muka engkau tuh dahlah macam atromen.Halkum ko tuh besar tembikai tau tak!.Lubang hidung pulak besar baldi,bibir dah lar besar! macam tasik kenyir!sebab bibir engkau lar rumah kita banyak nyamuk!bibir engkau tuh sebenarnyer kawasan pembiakkan jentik-jentik!"

Marah Eton dengan ikhlas sambil pandang spray nyamuk.



Eton berlari menuju kebilik tidurnya tanpa tujuan.Dia meninggalkan Adiknya dengan rase puas hati dengan makian berkualiti yang dilancarkan.



Adiknya berdiri kaku depan pintu sampai malam.Aku pun taktau ape dia buat.



Pada keesokan harinya



Eton menjerit.Mukanya ditumbuhi bulu.Entah dari maner datangnya bulu tuh,Eton sendiri pun tak tau.Aku lagi lar taktau.Korang?



Eton menuju kebilik adiknyer dengan tergesa-gesa.Tapi sayang,bilik Midah berkunci.Eton merayu-rayu memohon ampun dari adiknya didepan pintu bilik adiknya itu.Tapi penantian itu tak lame,selang beberapa minggu,pintu bilik Midah pun terbukak....



Tiba-tiba Eton muntah.




Rupa-rupanya....





Muka Midah pun berbulu jugak!


-the end-


Pengajaran yang dapat kita ambik :

Kapak adelah sebaik-baik pencukur.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...