Saturday, May 5, 2012

Si penjahat yang berjiwa penyanyang

Loki adalah penjahat yang terlalu jahat. Beliau mempunyai superpower yang sangat power iaitu mengawal minda orang. Nama sebenar beliau adalah Lokman Bakar bin Jamal. Nak dipendek dan diglamorkan lagi, dia dipanggil Loki. Ada juga yang memanggil Luki. Ada juga lahabau yang menggantikan huruf 'L' itu dengan 'P'.

Jangan sebut kuat-kuat.


Loki berniat mahu menakluki dunia. Beliau mahu membunuh semua umat manusia, termasuk Justin Bieber. Semua superhero Avengers sudah dipanggil untuk bergocoh dengan Loki, namun tak ada seorang pun berjaya. Sehinggakan pemain gantian seperti Keluangman, Cempiang, Boboboi dan Usop Sontorian juga terpaksa dpanggil bertarung. Namun semua tewas dan gugur di medan perang seperti buah durian yang gugur di dusun Pak Kasim. Dan anak perempuan Pak Kassim pula cantik bukan main. Single pula tu.

Sebagai seorang lelaki harapan umat manusia, seorang pakar motivasi dari Sungai Petani Kedah, Encik Fadzillon Kamson tampil berhadapan dengan Loki. Dia hanya tersenyum. Loki kehairanan.


Encik Fadzillion Kamson: "Awak orang jahat kan?"

Loki: "Ye aku memang jahat. Jahat gila tau tak? Aku nak hapuskan kamu semua!! " Jawab Loki sambil menumbuk-numbuk dada."

Encik Fadzillion Kamson: "Awak nak bunuh semua orang? Macam mana dengan mak ayah awak?"

Loki: "Aku nak bunuh semua orang KECUALI mak dengan ayah aku!!"

Encik Fadzillon Kamson: "Macam mana dengan abang kakak awak?"

Loki: " Ye. Selain mak ayah aku, selain abang kakak aku."

Encik Fadzillion Kamson: "Lagi? Takkan itu je orang yang kau sayang. "

Loki: "Selain anah buah aku. Selain member baik aku, Rosman. Oh selain Karim juga. Dia selalu belanja aku makan. Sally yang comel tu pun terkecuali. Lagi...lagi....kecuali sepupu aku. Selain adik sepupu aku, sedara ayah aku, jiran aku, ketua kampung aku, wakil daerah, Neelofa, mak cik yang jual nasi kandar tepi simpang tu, selain Hamdan anak abang repair kereta bla bla bla....................akak jual ABC, Liyana Jasmay, Jessica Alba, sepupu Jessica Alba, cikgu geografi aku....................George Lucas, anak Eminem bla bla bla...................anak taukey kedai makan bla bla bla.......................Ben Ashaari.....bla bla bla....."





10 tahun kemudian......



Loki masih menyebut nama orang yang dia tak mahu bunuh. Dan Encik Fadzillon Kamson semakin berjaya dengan kerjaya sebagai pakar motivasi dan juga dalam bisnes MLM nya.



 
Nama yang tinggal sekarang ni adalah......Justin Bieber.




          

2 comments:

yui said...

tu tak sebut pasal minda cemerlang lagi tu..kahkah

Dua Qurun said...

urm justin bibir lagik....haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...