Thursday, May 17, 2012

Isu basi yang busuk lagi berbuih-buih dan menyakitkan hidung.

Sebagai manusia normal, kita akan cepat merasa meluat dengan sesetengah perkara yang betul-betul menggeletek sanubari kita ini.

Sebagai contoh,

Siti Musliha Melati Yudhono begitu meluat melihat telatah Hasan Nawawi yang update status pesbuk selang seminit. Dan status pesbuk tersebut semuanya macam status bajet good-good pak ostad baru balik mesir sedangkan semua orang tahu Hasan nawawi lebih kurang setan aje perangainya.

Sebagai contoh lagi,

Rafidah Cikaboom Cikaboom pula selalu mengadu di akaun burung beliau bahawa ada berpuluh mamat gatal keladi duk stalker dia. Dia merasakan keselamatan nya terancam dan kebebasan nya tergugat. Oh, profile picture akaun burung beliau boleh mengklimaks kan sesiapa yang tengok. Tak percaya pergi search Rafidah Cikaboom Somel Sangat punya akaun burung.

Dan contoh terakhir,

Ismail Taripin selalu habaq kat member dia, dia belum studi satu apa lagi untuk test yang bakal menjelang beberapa minit dari sekarang. Tetapi apabila keputusan diumumkan dia boleh pula skor 99.9%. Lagi 0.1 % tu dia tersilap tulih nama lecturer.

Tak studi ye? Kepala bana kau la. Dah khatam 18 kali tapi cakap tak habis studi lagi.


Untuk ketiga-tiga kes ni, kita boleh klasifikasikan bahawa mereka ini antara mahkluk yang menyakitkan jiwa raga. Setiap kali perkara ini terjadi, boleh lah kita komen kat diorang BASI AH SIYAL.

Nak lagi dramatik taip banyak kali. Menggunakan font yang paling besor.

Selamat mencuba.

6 comments:

El said...

kah kah kah....

ye, memang itu lah realiti yang menyakitkan jiwa kita....

aku suka post ni.

Anonymous said...

arigato bos! ari ni free, boleh merepek sikit.

Dua Qurun said...

bhaha....

amrlaqm said...

contoh terakhir tu sangat betul!
aku memang anti dgan budak2 macam ni.
sebelum exam, gelabah gila konon tak study apa, takut nak jawab lah apa lah.
sekali bila keluar result, gempak2 je.
arghhh

Epal merah said...

yg last sangat benerrren dong.. 1 seko member (member ke) salu buat gitu..asik sakap takstadi tapi result gempak gile..dye sakap tak setadi lagis ebab dye takut org mintak tlg ajor..kedekut ilmiah punye pesen! coi!

shafiqahkay said...

hahahah... ahh aku suka ismail taripin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...