Wednesday, May 2, 2012

Generasi Berahi

Kita adalah generasi intelektual. Bakal menjadi pelapis kepada pucuk pimpinan negara. Bakal menjadi ketua hakim negara. Bakal menjadi ketua polis negara. Bakal menjadi gabenor bank. Bakal menjadi manager Liverpool. Bakal berkahwin dengan Neelofa. Bakal berlakon dalam satu-satunya pilem porno yang dibenarkan untuk ditonton di khalayak ramai. 

Hebat sangat kita ni 20 tahun akan datang bukan. Semua kita sapu bersih. 

Sabagai generasi yang sentiasa berahi bersaing antara satu sama lain, untuk menjadi seorang perintis kita hendaklah sentiasa berfikir di luar kotak. Berfikir di luar norma. Berfikir di luar adat, budaya dan resam.

Siapa sangka kita boleh membina KLCC? 
Siapa sangka kita boleh menganjurkan F1?
Siapa sangka Bung Mokhtar boleh kahwin dengan Zizie Ezzete?
Siapa sangka kita boleh menang lawan Sepanyol, dan seterusnya membawa pulang piala world cup. 

Tiada yang mustahil dalam dunia ini wahai kawan-kawan. Walaupun terang-terang nampak bodoh di situ. Malaysia menang world cup? World cup weh! Kehkehkeh.

Oleh itu, aku sebagai salah seorang generasi yang sentiasa berahi mengejar cita-cita nak bina kondo di bulan, menyeru rakan-rakan agar sudah-sudahlah mengadap pesbuk 24jam dan up status setiap minit termasuklah time tengah berak. Percayalah cakap aku, tak ada siapa pun yang nak ambik kisah kau tengah buat apa sekarang. 20 tahun akan datang, kau dah jadi pemimpin, anak-anak buah kau akan menganjeng kau bila dia nampak status kau 'tengah berak taik batu.'  

Tak cool. Sangat Tak cool. 

Disamping itu juga, aku nak menyeru kawan-kawan agar mula membiasakan diri membuat kajian-kajian saintifik. Mencari penawar kepada masalah kanser. Mencari sebab kenapa muda-mudi suka ambil dadah. Suka pergi clubbing. Kenapa orang kaya suka beli benda mahal. Dan kenapa orang miskin tetap miskin walaupun dah buat 14 kerja satu hari. 

Ok. 

Sekarang ni aku ada masalah alergik makan sayur. Setiap kali makan sayur, badan aku jadi hijau. Korang tolong kaji sikit. Aku ni keturunan Hulk ke macam mana?

3 comments:

Encik Atan said...

mungkin bukan sayur,tapi rumput...

sis92 said...

tahu tkpe..kalau boleh cite dalam selimut pun nak cerita jugak..kutuk org sana sini gayanya macam diri sungguh suci..uwek
emm ok lah tu boleh jd hulk versi malaya :)

Aqim said...

kau jgn terkejut kalau satu hari nanti john cena menang lawan sepanyol.
kau jangan terkejut.
jangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...