Thursday, May 10, 2012

Hasan Nawawi dan mangkuk tingkat ajaib





Syeikh Hasan Nawawi, moyang kepada Hasan Nawawi, adalah seorang musafir. Kalau dah nama musafir sudah tentulah kerjanya mengembara, takkan kerja ternak ikan haruan pula. Dipendekkan cerita, Hasan Nawawi berjalan merentas padang pasir yang luas tahap dajal, kerana gaban itu tak cukup luas untuk digunakan sebagai kata penguat.

Oleh kerana lapan hari lapan malam berjalan merentas padang pasir, Syeikh Hasan Nawawi keletihan. Tubuh badannya kering dek kerana hidrasi. Dia kehabisan air minuman. Usahkan air minuman, RO water, air sirap, cendol bungkus juga dah lama habis.

Sedang dia terkapai-kapai kelemahan ditengah padang pasir yang panas terik tu, dia ternampak sebuah mangkuk tingkat, jauh 50meter dihadapan. Teringatkan acara lumba lari 50 meter yang dimenanginya masa tadika dulu, Syeikh Hasan Nawawi berlari dengan pantas untuk mencapai mangkuk tingkat tadi.

Dia mengamati mangkuk tingkat itu. Membelek-belek dengan penuh tanda tanya. Dibuka tudung mangkuk tu tak ada apa-apa. Tak ada nasi ke, ketupat ke, ataupun char kuey teow. Kosong. Hasan Nawawi membaca label di bawah mangkuk tingkat tu. Disebelah pelekat Sirim, ada tertera satu instruction.

"Sila hayun sebelum guna"

Dengan IQ secetek kuda laut, Syeikh Hasan Nawawi mengambil masa lima minit setengah untuk memahami arahan itu. Setelah memahami kehendak soalan, Syekh Hasan Nawawi mula menghayun mangkuk tersebut sekuat hati. Dia menghayun. Masih menghayun. Dan tetap tak berhenti menghayun.

Secara tiba-tiba keluar satu cahaya mangkuk tingkat itu. Syeikh Hasan Nawawi mencampak mangkuk tu ke tanah kerana terkejut beruk. Nasib baik beruk tak ada disitu. Kalau tak entah apa mereka akan kata. Setelah tamat pertunjukan cahaya yang terang dan asap berkepul-kepul sebagai gimik entrance,  seekor makhluk berwarna biru metallic dan bertocang dengan sideburn panjang keluar dengan gaya angkuh. Syeikh Hasan Nawawi tahu itu adalah jin, berdasarkan jenis seluar yang dipakai makhluk tadi. Seluar jeans Levi's 501. Limited edition punya.




"Hai manusia!!!! Ada sihat ka? Sudah makan ka belum?"

"Belum" jawab Syeikh Hasan Nawawi sambil terketar-ketar.

"Jom aku belanja makan KFC" pelawa Jin tadi.

"Boleh. Jom. Saya dah siap dah ni" jawab Syeikh Hasan Nawawi sambil tengok cermin dan membetulkan rambut.

"Sebelum tu, aku perlu tanya kau tiga soalan. Kalau kau jawab betul salah satu soalan ni, aku bawa kau keluar dari padang pasir ini, dan belanja kau makan KFC. Tapi kalau kau tak dapat jawab ketiga-tiga soalan ni, aku akan tinggalkan kau disini." balas Jin.

"Ok.  Saya dah ready" jawab Hasan Nawawi ringkas.

"Soalan pertama, apakah nama pelakon lelaki utama Iron Man.....punya sepupu punya jiran yang banyak jerawat tu?"

"Pass. Soalan lain!" balas Syeikh Hasan Nawawi.


"Soalan kedua, cari lapan puluh persamaan, antara chromosome untuk anak down syndrome dengan stereng kereta Honda Civic 2.0?"


"Cikgu saya tak ajar dulu. Pass!!" balas Syeikh Hasan Nawawi.


"Baiklah. Ternyata anggapan saya yang kamu bodoh macam lembu laut Afrika ini betul. Soalan terakhir.......



Siapa lebih kacak, kau atau aku?"


Syeikh Hasan Nawawi tergamam.









Satu jam kemudian,





Syeikh Hasan Nawawi masih meneruskan perjalanan di padang pasir yang panas terik tanpa bekalan air.






Sape lebih hensem, lu ke gua?
Mesti gua kan? Kan?


 
      

2 comments:

Deleted said...

haha hapa daa..levis limited edition?? lawak2

Dua Qurun said...

kim slm hasan nawawi yerk...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...