Tuesday, May 1, 2012

CerpenMangkuk : Husin, Pakcik Janggut & Makcik Terbang

Pada suatu hari, Husin berjalan-jalan di sekeliling kampungnya. Dalam perjalanannya beliau bertemu dengan seorang lelaki tua yang berjanggut panjang. Lalu Husin menegur lelaki tersebut. "hai uncle, mana mau pergi?". Lelaki tua itu memandang Husin dengan wajah yang penuh kehairanan lalu berkata, "waalaikumussalam nak, pakcik nak pergi kedai basikal tu ha, nak pergi beli kopi, lepastu nak singgah kedai runcit kejap, nak beli basikal baru, letih lah asyik jalan kaki je.hikhikhik". Dengan wajah yang kehairanan, Husin berlalu meninggalkan pakcik tersebut tanpa menoleh lagi. Husin meneruskan perjalanannya.

Tidak berapa lama kemudian, Husin bertemu pula dengan seorang makcik yang dari jauh kelihatan seolah-olah sedang terbang. Lalu Husin menegur makcik tersebut, "hai makcik, kenapa makcik terbang?". Makcik tersebut pantas menjawab, "eh suka hati aku lah nak terbang ke nak merangkak ke. engko sibuk kenapa?". Husin yang berasa segan akibat disound direct oleh makcik tersebut lantas terus blah meninggalkan makcik tersebut tanpa menoleh lagi. Husin meneruskan perjalanan lagi.

Sampai di sebuah pondok kecil, Husin ternampak setandan pisang betul-betul terletak di atas sebuah kerusi. Dengan pantas Husin terus berlari untuk mendapatkan pisang tersebut. Malang tidak berbau, semasa sedang asyik berlari, kaki Husin tersepak batu lalu menyebabkan beliau jatuh tersembam ke atas tanah dan terus masuk ke dalam longkang. Mata Husin berpinar-pinar. Dalam samar-samar, Husin melihat ada dua orang manusia yang membantu beliau untuk keluar dari longkang tersebut. Rupa-rupanya, orang yang menolong Husin itu adalah pakcik berjanggut panjang dan makcik terbang yang Husin jumpa dalam perjalanannya tadi. Akhirnya, mereka bertiga makan pisang itu bersama-sama.


husin.

5 comments:

El said...

haha. ini dah merapu tahap cipan gaban dah ni

Dua Qurun said...

pisang tuh de lagi tak...

amrlaqm said...

el


ah tak kisah lah. janji update. hahahaha

amrlaqm said...

atan


dah habis. hahaha

yayat said...

mereka lapar rupenye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...