Showing posts with label mangkuk apa yang paling mangkuk?. Show all posts
Showing posts with label mangkuk apa yang paling mangkuk?. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

10 Jenis kejadian celaka yang sering berlaku di facebook

1. Status tak ada respon.

2. Mark Zuckerberg upgrade facebook lagi. 

3. Salah taip komen/status, tapi bila nak betulkan balik tiba-tiba tak ada internet.

4. Nampak post dua budak couple bercayang-cayang.

5. News feed penuh dengan orang share berita orang pecah kepala, bayi kena kerat lima atau orang berpenyakit.

6. Orang promote business, contoh: MLM, Jus Mate, jual baju, jual tongkat ali, herbalife, tudung Hana Tajima and etc.

7. Status budak sekolah.

8. Post gambar perempuan kembung pipi, kamera atas, mata bulat. 

9. Share berita spam yang si bodoh akan percaya bulat-bulat.

10. Perempuan/lelaki yang kau minat main wall to wall dengan orang lain.



Celaka betul.


  
      

Sunday, March 4, 2012

Warkah buat Jessica Alba

Malek, si penjual apam balik di pasar malam Parit Sulong mendakwa pernah bercinta dengan Jessica Alba 4 tahun lalu. Selepas 3 tahun terputus hubungan, Malek merasakan sudah tiba masanya untuk dia cuba menghubungi bekas kekasihnya itu. Ini adalah surat yang dikirim oleh Malek pada Jessica Alba.



Dear Jessica,

How are you? Long time no see. I hope you is healthy walafiat. I here good-good only. I look you in the television are more beautiful, more beautiful and more beautiful. Remember me or not? We have rilatenshi  relatshionsip relationship 4 years back last time.

I listen someone say you are ehem-ehem marry already. Is it true or not? I dont sure true or not, thats why I question you. They talk your husband name are Cash Warren. True or not? I see too with my eye head myself you hold hand and walk together-gether. Arrive liver you do this to me?

I cannot belieaf  beleive belive believe that you have other people. You say you love me, true or not? You lie! You play wood three behind me. You dont have liver stomach! You break my heart and you make me disssepont dissappoiing dissapponted disappon disapponte sad.



The true one,

Malek Abdillah

Tuesday, February 14, 2012

Pengarah movie yang mangkuk

Kat Hollywood, Bollywood, Cinawood, Hongkowood, Plywood atau mana-mana negara lain yang buat movie, bila movie diorang dikritik, biasanya jawapan diorang: "Everyone has their own opinion"

Kat Malaysia, bila orang buat movie sampah macam Hantu Kicap, Jangan Pandang belakang Congkak, atau Adnan Sempit, then media cuma bertanya adakah diorang buat movie ni just sekadar asal siap, ini jawapan yang biasa dijawab pengarah-pengarah filem:


"Cakap je memang senang, kalau pandai sangat cuba kau buat filem sendiri!"




Amboih.






Gua bangga sebab filem gua keluar lapan kali setahun.


Elllehhh...kalau keluar movie banyak-banyak tapi semua
buat longgok tepi tong sampah buat hape?

     
 
       
       

Friday, December 16, 2011

Kalau ada 200juta

Tadi aku bertexting dengan Niki yang pada mulanya cerita pasal Fernando Torres yang loser kemungkinan U-turn balik ke Liverpool. So, disebabkan Chelsea sanggup letak harga 20juta untuk Torres, Chelsea akan rugi 30juta sebab diorang beli dengan harga 50juta.


Huk aloh. Nate apo?



Persoalan sekarang ni kenapa kelab bolasepak boleh bazirkan banyak gila baban duit dengan sebegitu senang lenangnya? Mungkin 30juta pounds tu sebutannya pendek dan kebanyakgilebabian duit tu tak terselah. Tapi cuma sebut dalam nombor penuh, $50,000,000. Lepas tu cuba convert dalam duit Ringgit Malaysia, 200,000,000. Nampak tak berapa ketul sifar kat situ. Cuba compare duit RM200,000,000 tu dengan duit yang ada dalam bank korang. Campur lah duit bank korang, duit mak abah, duit tabung haji tok nenek korang sekalipun aku yakin takkan sampai sebanyak ni.


Now, cuba bayangkan, dalam imaginasi paling liar kita, yang masa transfer window January 2010/2011 tahun lepas, Abramovich tak jadi beli Torres, tapi 30juta pounds tu dia bagi kat kita. Apa kita boleh buat dengan duit sebanyak RM200juta ni?



  • Beli rumah Datuk Yusof Haslam, rumah Datuk K, rumah Datuk T, rumah Datuk Khir Toyo, Datuk Ramli MS, Datuk Sharifah Aini and last sekali tambah dapur rumah Atuk korang.
  • Beli Ferrari 180 bijik, pastu balance dia beli la Kancil sebuah. Duit minyak kena jaga jugak.
  • Beli Ferrero Roche sepuluh lori, siap dengan kilang-kilang, siap dengan minah-minah kilang dia sekali. Ooo, dulu dekat giant kau buat muka kerek dengan aku, mentang-mentang masa tu aku miskin.
  • Beli 100 bijik laptop Asus pastu try jatuhkan dari bangunan tingkat 18. Aku nak test jugak betul ke laptop Asus ni laptop yang paling tahan lasak. Kalau dah jatuh tingkat lapan still ok and boleh main game lagi, beli terus company Asus. 
  • Pergi bank yang kerani dia kerek, pastu mintak pecah duit RM8juta pada duit seringgit-seringgit. Suruh diorang kira balik lapan kali takut salah kira. Ulang proses sama sampai semua 200juta tu semua jadi duit seringgit-seringgit pastu tukar balik ke duit seratus-seratus.
  • Beli negeri Perlis, lepas tu buat jadi negara sendiri. 
  • Pergi holiday kat semua negara. Singgah berak kat Israel, pastu sambung pergi kentut telur dalam Whitehouse.
  • Bagi sedekah kat orang miskin seluruh dunia. Perh, terasa mulia pulak diri aku ni. Haha.
  • Beli dadah lapan kilo lepas tu letak dalam office Najib. Lepas tu suruh Abang Naz terjah office dia.
  • Beli iPad and Blackberry sepuluh lori. Pastu sedekah kat anak orang asli.
  • Beli beras sejuta kilo. Sebab aku cukup malas bila mak aku suruh pergi kedai beli beras. 
  • Ajak Maria Ozawa lumba basikal. Lepas tu hantar dia balik pergi Jepun.
  • Call Abang Kafe suruh hantar nasi ayam pergi bilik aku. (idea Niki)
  • Call Steven Gerrard datang UniMAP untuk main futsal. Lepas tu main PES. Lepas tu ambik gambar dengan dia, lepas tu upload kat facebook, lepas tu ajak main PES lagi. Aih, banyaknya kerja.
  • Beli helikopter 10 bijik. Balance dia buat beli Airbus 10 bijik. Kalau ada balance lagi, beli helikopter 5 bijik lagi.
  • Cat helikopter tu dengan gambar Dr Rozmey. Pastu letupkan.
  • Cat helikopter tu dengan gambar Justin Bieber. Pastu letupkan.
  • Cat helikopter tu dengan gambar penyanyi K-pop. Pastu kumpul penyanyi K-pop ramai-ramai dalam helikopter tu. Pastu letupkan.
  • Rupa-rupanya penyanyi Kpop tadi tak mati sebab diorang ada pakai susuk. Itu yang muka cantik je semuanya.
  • Inilah orang zaman sekarang. Suka pilih jalan mudah untuk nampak jelita. 
  • Apa susah, Jus Mate kan ada? Duit dah berjuta-juta beli la selori.
  • Aku rasa aku dah lari topik ni.
  • Ok lah, selebihya korang sambung kat komen.
  • Aku nak pergi makan megi jap sebab duit RM200juta tu Abramovich belum bank in lagi. Esok kot baru masuk.



Neeyyyy!!!!!!!!



p/s: Kalau duit cukup jangan berangan pergi Paris, Korea and Bangladesh. Pergi haji dulu la, kang tak sempat nanti mampus tak bertitle haji bau tau. Rugi tu.



Wednesday, November 23, 2011

Bini-Biniku Reporter

Masa aku form 5 dulu, sambil buat exercise add math malam-malam, aku suka layan satu cerita dokumentari kat TV9 ni, tajuk dia Pukul 3 pagi kalau tak silap aku. Kalau silap pun lantaklah. Its about wartawan yang discover activity orang yang bekerja masa shift malam. Aku memang layan. Setiap minggu aku takkan miss walau satu episod pun. Actually, bukan sebab cerita tu best, aku bukan minat sangat dokumentari camni. Tapi sebab......err........wartawan aka pengacara tu cute gile. Nama beliau Zaleha Khairene.



Alolo comelnya. Kawin jom.


Ok, maybe dia tak secute macam Juliana Evans atau Maria Ozawa yang masuk dalam mimpi Niki , tapi aku suka rupa dia yang uniquely comel. Even tak bermekap, aku nampak natural cuteness dalam diri dia. And entah kenapa, aku yakin sangat yang someday dia akan jadi bini aku. Aku dah siap-siap plan nak kawin bila, dengan persandingan set putih ala-ala Prince William, and pergi honeymoon kat Prague. Sebab masa tu aku yakin yang aku akan jadi kaya pada umur 20. Realitinya sekarang aku masih bergantung pada duit ptptn. Wahhdehel man.


Setiap hari sabtu aku akan bawak buku Add Math and buat depan TV. Tangan pegang pen, tapi mata pandang awek ni. Mungkin inilah penyebab aku tak dapat banyak A masa SPM. Ah persetankan SPM. Korang yang tengah amik SPM pun, persetankan je SPM. Koyak je slip SPM tu. Duduk rumah tengok spongebob lagi bagus.


Ok adik-adik, jangan amik nasihat tu. Mampus aku kena kejar mak bapak korang nanti.


Minat aku pada awek Zaleha Khairene ni bukan saje pada rupa dia yang cute and badan dia yang kecik molek yang menambah kekiutan beliau. Tapi also aku minat professionalisme dia masa interview, borak-borak dengan pekerja, and join apa yang diorang buat. Dia sangat sempoi, selamba and tak control ayu bila depan kamera and orang ramai. Instead, aku nampak dia sangat honest untuk tahu aktiviti manusia time pagi buta, pagi yang sangat buta dimana Amirul Aqim layan mimpi dia dan Yuna makan cendol sama-sama.


Tapi setahun kemudian, minat aku pada dia berkubur begitu sahaja. Bukan sebab dia dah masuk dalam kubur. Tapi sebab, masa tu.......err......dia.......dia kata.....ARGHH BENCINYA AKU!....




Dia kata dia dah bertunang.




Masa tu aku sangat frust.




Sampai hati kau curangi aku wahali Leha cayang...





Tapi now baru dapat tau masa tu dia putus tunang. And sekarang still single.




So, aku rasa aku ada chance lagi la ni.




Heheh.

Tuesday, November 15, 2011

Aku belum cukup mangkuk rupanya

Aku dari semalam berhempas pulas cari layout and theme yang sesuai untuk blog ni. Dalam pale hotak aku yang tak berjambul ni, aku nak satu theme yang kemas, tapi nampak jelas menggambarkan mangkuk hayun. Mangkuk hayun tu apa? Aku sendiri pun tak tau sebenarnya apa benda alah itu mangkuk hayun. Kalau mangkuk Corelle pernah jugak nampak. Itu pun jarang-jarang sebab lepas abang aku belikan untuk mak aku, beliau simpan dalam almari sampai sekarang tak pernah bukak kotak tu. Aku rasa mungkin mak aku fikir mangkuk corelle ni boleh membiak kalau diperam.


Ok balik pada tajuk.


Layout yang sebaiknya adalah kasi kemas, tak terlalu serius, and tak nampak terlalu jahil seni. Aku tak perlukan rama-rama bertenggek atas sidebar, atau bunga-bunga cinta yang jatuh berguguran, mahupun perkataan yang gedik-gedik mengikut cursor.


Disebabkan aku masih noob dalam blogging ni, aku harap sape-sape yang mempunyai daya kritis yang hebat boleh bagi suggestion apa patut buat, tukar atau buang yang mana nampak tak kena. Jangan suggest suruh aku buang tebiat sudah.


OK Chow.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...