Tuesday, November 15, 2011

Aku belum cukup mangkuk rupanya

Aku dari semalam berhempas pulas cari layout and theme yang sesuai untuk blog ni. Dalam pale hotak aku yang tak berjambul ni, aku nak satu theme yang kemas, tapi nampak jelas menggambarkan mangkuk hayun. Mangkuk hayun tu apa? Aku sendiri pun tak tau sebenarnya apa benda alah itu mangkuk hayun. Kalau mangkuk Corelle pernah jugak nampak. Itu pun jarang-jarang sebab lepas abang aku belikan untuk mak aku, beliau simpan dalam almari sampai sekarang tak pernah bukak kotak tu. Aku rasa mungkin mak aku fikir mangkuk corelle ni boleh membiak kalau diperam.


Ok balik pada tajuk.


Layout yang sebaiknya adalah kasi kemas, tak terlalu serius, and tak nampak terlalu jahil seni. Aku tak perlukan rama-rama bertenggek atas sidebar, atau bunga-bunga cinta yang jatuh berguguran, mahupun perkataan yang gedik-gedik mengikut cursor.


Disebabkan aku masih noob dalam blogging ni, aku harap sape-sape yang mempunyai daya kritis yang hebat boleh bagi suggestion apa patut buat, tukar atau buang yang mana nampak tak kena. Jangan suggest suruh aku buang tebiat sudah.


OK Chow.

7 comments:

marzaitulmanisha said...

hahahah. kau kena rajin sikit! don't be biol okei. :)

Aqiim said...

aku rsa klau letak lagu dlam blog nie, ok jugak..
kan? kan?
hahaha

El said...

aku ingat nak letak iklan jus mate 5. orait tak?

cik ungu said...

letak lagu la kalau nak kene lempang.



iklan jus mate??


apsal taste korang cam bukan dari bumi??

El said...

cik ungu: sila switch otak anda ke MODE menganjing untuk memahami ayat kami. oke? mwahaha

Aqiim said...

cik ungu


what?!
errr.. so dari pmerhatian i, adakah u sbnarnya cuba nk ckap yg jus mate tu mnuman kgemaran alien??
HAHAHA

Aqiim said...

el


aku rasa lah kan..
drpd kau letak iklan jus mate tu, baik kau letak muka dr rozmey je trus.. HAHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...