Saturday, November 19, 2011

Jangan Ingat Aku Tak Tahu


Bismillah




Sebenarnya aku dah tau.


Kalau korang makan nasi sambil tengok rancangan tv kegemaran korang,
confirm walaupun nasik dah lama habis pun korang takkan basuh tangan selagi tak iklan.

Terasa rugi sangat lah konon kalau terlepas beberapa saat rancangan tu.
Sudahnya nasik kat tangan korang tu menemui ajal dan mati keras.



Dan aku juga tau.


Kalau ada sisa makanan tersekat celah-celah gigi,
bermati-matian penuh semangat Assabiyah nak jugak buang guna lidah.

Terasa malas nak angkat tangan dan buang guna jari.
Singa laut berhibernasi pun tak malas nak mampus macam tu.



Dan aku masih tau.


Bila korang terlepas kentut berbunyi kecil depan orang,
korang akan terus berdehem-dehem bajet sakit tekak.

Terasa konon orang lain akan ingat bunyi kentut tu adalah sebenarnya bunyi korang berdehem sebab sakit tekak.
Sudahlah, please... Terang-terangan kantoi bodoh dan memalukan seluruh keturunan.



Ya.
Aku tau.



Samalah kita.





3 comments:

El said...

haha. kalau ye pun ni pehal font kaler biru ni? kau nak tiru style kak ungu ke? haha

Aqiim said...

errrr..
best kan kntut snyap2? =.='

cik ungu said...

EL:

ada masalah identiti skit laa..


Aqiim:

kann??
itu suatu bakat yang susah nak buat.
kena banyakkan praktis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...