Wednesday, November 30, 2011

Melankoli Akhir November

Angin bertiup perlahan. Perlahan yang betul-betul perlahan.

Daun-daun kering berguguran. Memberi ruang untuk pucuk-pucuk muda menjengah dunia. Dunia yang penuh dengan penipuan. Penuh dengan harapan yang dusta semata-mata.

Yang hilang akan berganti. Hukum alam.



Hasan Nawawi mengeluh perlahan.


Dari tadi dia berjalan. Sesekali kakinya menyepak batu kecil. Tangannya diseluk dalam poket seluar.

Di toleh kanan, dia melihat ada anak kecil yang menjilat aiskrim. Budak sekecil itu. Apa yang dia tahu tentang permainan hidup. Di toleh kiri. Dia melihat ada pasangan romantis yang menjamah yong tau fu. Sehingga meleleh-leleh kuah hitam di bibir sang jongos. Sementara si gadis terkekek-kekek ketawa.

Pejadahnya?! Bisik hati kecil Hasan Nawawi


Hasan Nawawi duduk di atas bangku di taman itu. Di hadapannya kelihatan sebuah keluarga yang tengah berpiknik. Kertas-kertas McD memenuhi ruang. Tak cukup dengan itu, terdapat juga plastik kepsi, dan beberapa kotak pizza hut.

Cepat-cepat Hasan Nawawi melarikan pandangannya. Dan ketika itu, terdapat satu pasangan yang duduk di sebelahnya tanpa diundang.

awek: I lapar la. Cepatlah buka sate tu.

pakwe : ye. I pun lapar juga ni. Hmmm, sedap nya sayang. Lembut betul daging dia kan.



Hasan Nawawi ketap bibir.


Bodoh!


Lantas dia beredar.


Hasan Nawawi seluk poket. Yang ada cuma sekeping duit kertas RM1 . Ya. Tak lebih tak kurang. Memang betul-betul RM1. Perutnya berbunyi.

Keadaan sekeliling seakan memerli nya.


Hei Hasan Nawawi. Pokai ke? Tau la dah hujung-hujung bulan ni kan. Hakhakhak!



Dunia memang kejam.


Dan angin terus bertiup perlahan-lahan.

2 comments:

Aqiim said...

so...
siapa Hasan Nawawi nie? O.o

btw, kesian dia.. hahah

El said...

macam aku je tu.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...