Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

Fakta paling betul

1.Mengikut kajian dan beberapa eksperiment yang dilakukan oleh saintis, campuran mentos dan pepsi sebenarnya tidak mampu menghasilkan koko crunch.

2. Tok mudim adalah orang yang bertanggungjawab mengkhatankan budak lelaki, dan beliau tiada kena mengena dengan perjuangan tok janggut.

3. Jika serbuk milo ditaburkan secara rata diatas milo ais ia dipanggil milo ais tabur dan bukannya Jus mengkudu.

4. Setelah diselidik dengan teliti, perodua kancil edisi pertama sebenarnya adalah sejenis kenderaan bermotor dan bukanlah sejenis perkakas alat tulis seperti yang didakwa sebelum ini.

5. Kerajaan telah mengharamkan mana-mana sekolah menerima pelajar yang asalnya dari spesis memerang.

6. Orang pertama yang menjejakkan kaki ke bulan ialah Neil Armstrong dan bukan Lee Chong Wei.

7. Air yang dicincang tidak akan putus. Namun jika anda mencincang paip air jiran, nescaya bekalan air beliau akan putus, dan kepala anda diputuskan.

8. Setelah FIFA melakukan perbincangan yang telus, pengadil perlu membaling syiling utk menentukan pasukan yang melakukan sepakmula, dan bukan membaling Tv plasma seperti yang dicadangkan.

9. Setakat ini hanya 8 planet yang disahkan berada di sistem solar. Cadangan para saintis utk menyertakan Planet of the Apes, Planet Hollywood dan Planet Namek sebagai planet baru telah ditolak bulat-bulat.

10. Saintis pemakanan mendakwa, jika roti dibiarkan semalaman di tempat yang gelap, roti itu tidak akan mengalami sebarang perasaan sunyi dan kemurungan.

Saturday, April 28, 2012

Dari meja ketua editor


@elmyzakry berkata barangsiapa yang melawat blog mangkuk tingkat dan follow dan komen dan maki dan sebarkan pada kerabat keluarga yang lain dia akan belanja lokcing di kuala perlis. 


aku ada dengar dengar macam dia cakap macam tu, atau dia nak cakap macam tu.  


Sunday, April 1, 2012

Beza drama dan realiti

Kisaah Cinta


Dalam drama:


Daniel: Awak tahu tak? Saya cintakan awak...

Amilia: Saya pun cintakan awak. Lebih dari segalanya tau...



Dalam realiti:


Samsul: Awak tahu tak saya cintakan awak...

Amilia: K.




Kisah ibu malang


Dalam drama: 


Anis: Mulai hari ni mak boleh berambus dari rumah Anis!

Ibu: Kenapa Anis buat macam ni kat mak nak...apa dosa mak pada Anis..? Tolong jangan halau mak..



Dalam realiti:


Siti: Mak, lusa Siti outstation. Siti hantar mak pergi rumah Kak Long sementara ea?

Mak: Engkau nak menghalau aku ye Siti? Anak derhaka! Dari kecik mak bela kau baik-baik, INI BALASAN KAU?



Kisah penyiasatan


Dalam drama:


Detektif: Tuan, kami dah dapat maklumat tentang markas sindiket dadah tu. Dan dipercayai Rosman Ketot adalah dalangnya tuan!

Inspektor: Bagus. Tindakan yang cekap detektif Tajul!


Dalam realiti:


Detektif: Tuan, rasanya saya dah boleh agak kat mana tempat diorang lepak buat dadah ni. Sebab hari tu saya terserempak dengan Rosman Ketot kat traffic light around jalan Bangsar. Alaa yang kat tepi kedai kuih lapis Sarawak tu...

Inspektor: Oh yeke? Eh kuih lapis Sarawak? Sedap tu.



Kisah isteri curang

Dalam drama: 


Harun: Nah, dalam sampul ni ada bukti gambar-gambar yang isteri kau Salina curang dengan lelaki lain. Tengok betul-betul!

Azman: Tak mungkin....Salina....kenapa....?


Dalam realiti: 


Harun: Aku dah emailkan bukti gambar-gambar yang isteri kau Salina curang dengan lelaki lain. Kau tengok betul-betul!

Azman: Kejap aku check. Aduyai, internet slow la. Ish. Hang la pulak. Ni apahal keluar tanda seru pulak ni? Dia kata untuk buka gambar ni aku kena download extension. Ni apa keluar gambar gajah ni? Arghh...







Abang, sebelum abang mati, semua harta abang tu abang wasiatkan kat saya ye?


   

Tuesday, February 28, 2012

Kamus Perempuan

Aku tahu ramai kat luar sana, lelaki semua berebut-rebut nak tackle gadis-gadis. Tapi gadis-gadis ini ramai yang mudah annoyed dengan lelaki yang terhegeh-hegeh pada diorang. Dan yang menjadi masalah pada lelaki, adalah bila lelaki tak dapat identify yang perempuan yang dia tengah tackle tu malas nak layan dia. So, untuk elakkan lelaki loser ni direject, patah hati dan nampak hina disisi masyarakat, aku buatkan kamus perkataan-perkataan dari perempuan yang menunjukkan perasaan annoyed, dan translate bahasa perempuan tu pada bahasa lelaki. Hari ini kita start dengan huruf A.


1) A'aaaaaahhhhh : ungkapan mengiyakan sesuatu dengan perasaan malas nak layan; ye lah setannnn!
Contoh ayat: 
Meon: Tasha duduk mana? Shah Alam ea?
Tasha: A'aahhhhhhh....


2) Ada hal : malas, tak nak, tak kuasa, tak hingin,
Contoh ayat:
Meon: Tasha, nak jumpa esok?
Tasha: Ermm tak boleh la. Saya ada hal.


3) Ada lahhh.... :  kau tak payah menyibuk boleh tak?
Contoh ayat:
Meon: Tasha ada hal? Hal apa tu?
Tasha: Ada lahhh...


4) Apa ni? : mulut tu jangan celaka sangat bhai, kau merepek apa ni iblis?
Contoh ayat:
Meon: Tasha ada skandal lain ea?? 
Tasha: Ishh, apa ni?




5) Apa-apa jelah...: (ungkapan annoyed tahap kritikal pada lelaki); seriously malas nak layan kau ni, sila berambus dari muka aku sekarang,  kau boleh diam tak?
Contoh:
Meon: Hari tu saya nampak Tasha makan cendol dengan mamat rambut pacak tu. Tasha ada apa-apa ea dengan dia?
Tasha: Apa-apa je lah...




Now, cuma baca balik semua dialogue dengan perkataan yang dihighlight tu diganti dengan makna dia.


 
Faham? Setann???




Baiklah murid-murid. Itu saje untuk hari ni. Bersambung pada kelas minggu depan, dengan huruf B pulak.


 

Saturday, February 25, 2012

Sudah-sudahlah dengan Lisa kamu tu

Sebelum tu, aku nak bagitahu yang aku ni masih lelaki straight yang sukakan perempuan, especially perempuan comel macam Neelofa, Juliana Evans dan Fazura. 

Out of all, aku tak suka Lisa Surihani. Entahlah kenapa. Aku tak rasa dia comel, aku tak rasa dia lawa, tapi aku rasa dia sangat annoying. Especially bila berlakon jadi marah, dengan kening berkerut-kerut dan mulut yang macam baru lepas nyonyot pacifier. In fact, aku langsung takde nafsu pada dia, eventhough dia melutut ajak aku couple sekalipun. Sungguh.


So cukup-cukuplah tu post cerita and gambar pasal perkahwinan dia dengan Yusri. Aku tak mahu tahu.


   

Monday, January 30, 2012

kagum

Hai.




*wahhhhh..kagum gila dapat update dalam ni. ^-^

Ok tu entri wa yang pertama. babai.


Friday, December 23, 2011

mari belajar fakta : kencing



"Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita mengencing orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya"

sekadar gambar hiasan.

#dirembat dari facebook

Tuesday, December 20, 2011

salah kah aku bertudung?

Assalamualaikum.

ehem. dah lama rasanya abang tak menulis kat sini. rindulah kat blog nie. hikhik. ada yang rindu kat abang tak? apa, takda? takpelah. aiseh nie apasal intro mcam sampah nie. kahkahkah. errr abang teringin jugak nak update kat blog nie. tapi takda idea lah. maaflah ye El, gua takda idea nak memangkukkan diri kat blog nie.

tapi tiba-tiba abang rasa macam ada idea pulak. kahkahkah. errr abang rasa semua dah tahu pasal isu brader yang kahwin gay tu kan? untuk yang taktau, baru-baru nie ada sorang pelajar lelaki melayu dari malaysia telah berkahwin dengan sorang lelaki mat salleh kat dublin, jerman. amboii kau. sampai ke jerman ye. tapi yang menariknya, pengantin melayu tu siap pakai baju melayu pulak di hari perkahwinannya tu. lepastu ada gambar bercium pulak. astaghfirullahalazim. apa nak jadi?

abang kalau bab-bab nasihat nie abang takdelah hebat sangat. cuma sebagai seorang manusia yang ada akal, yang tau baik buruk, abang doakan semoga brader tu sedarlah apa yang dia buat tu salah di sisi agama. kalau tak sedar jugak, ok fikir macam nie. kalau dah dua-dua lelaki, macam mana nak bermesra? tak syok lah bro kalau tiap-tiap malam nak lawan pedang aje. tak gitu para pembaca semua? kihkihkih.

dan lagi satu, abang tengok sekarang nie dah ramai artis wanita yang dah berhijrah. dulu freehair tapi sekarang dah bertudung. alhamdulillah. sejuk mata memandang. kadang-kadang tu abang ada jugak terfikir, diorang nie dah berubah, aku bila pulak? bila aku nak mula pakai tudung nie? ehh kau gila nak tengok abang pakai tudung?! abang nie lelaki. kalau abang pakai tudung, haruslah ramai yang berdarah hidungnya nanti. kahkahkah.

ok lah cukup lah merepek untuk kali nie ye. abang pun dah letih nak menaip panjang-panjang nie. sehingga kita bertemu lagi, salam sayang dari gua, Abang Bunga.


walau apa pun, hana tajima tetap di hati abang.
love forever.
hikhikhik

Monday, December 19, 2011

Yang Telus Tentang Perempuan


Bismillah


Aku sebenarnya tak berupaya nak buat entri. Tapi rasa bersalah pulak kalau lama sangat tak hapdet kat sini.
Tadi balik dari dinner, aku muntah-muntah. Bila dah termuntah tu, aku terus teringatkan Badang. Aku pun nak jadi kuat juga.Teringin gak nak peluk pokok balak sampai tercabut. Tapi untuk telan balik muntah sendiri... Aku rasa aku lebih rela mati.

Ok. Cukup dengan najis mutawasittah ni.


Untuk para-para jejaka di luar sana. Serta para-para sakura yang ada. 
Ada sesuatu yang telus perlu korang tau tentang perempuan.


1. Kalau perempuan tu reply mesej korang berbunyi ala-ala begini;

"haha ye ke." atau
"haha ye la tu." atau
"a'ah ye kot."

Perhatian! 'hahaha' itu bukan bermaksud dia gembira atau cuba bermesra atau sedang digeletek jiran waktu balas mesej. Tolong jangan salah faham.

Dengan kesimpulan mudah, jika kau mesej dia sama panjang dengan jarak Bumi ke Matahari, tapi dia reply dalam 5 perkataan aje. Hentikanlah niat nak mengorat dia. Itu tanda dia memang tak berminat dan nak kau cepat-cepat berambus. Kredit satu sen tu tak berbaloi nak dilaburkan untuk kau. Baik lagi masuk tabung anak yatim kat kaunter Mc'D tu.

2. Korang mintak pinjam buku teks dia sebab buku kau hilang kena makan dek hanjeng. Dan perempuan tu kata buku teks dia ada kawan lain tengah pinjam padahal sah-sah buku teks tu dia tengah pegang. Betapa dia sanggup kantoi bodoh macamtu. Itu bermakna korang kena bersedia untuk cari kedai fotostat paling murah sebab dia memang taknak kasi kau pinjam. 

Bhai..Taktik mengorat basi,bhai.

3. Kalau kau bercadang nak belikan dia teddy bear atau cincin, sedangkan dia dah kata taknak terima. Maka ada baiknya kau gadaikan je lah hadiah-hadiah tu terus. Tak payah nak cakap 'eh, ambiklah.. saya ikhlas nak hadiahkan untuk awak.' 

Berdarah telinga aku kalau dengar ayat macamtu,tahu? 
Ikhlas pejadah. Orang yang ikhlas takkan sebut dia ikhlas.

Tengok.
Tazkirah automatik di situ.

Tapi perempuan tu takkan nak judge kau ikhlas ke tak, so dia pun terima je la.
Tapi percaya cakap aku, cincin kau tu akan bertemu ajal di bawah katil. Mungkin lebih hina kalau dia buat jadi mainan anak kucing dia. Dan lagi 100 tahun, para pengkaji bumi akan anggap cincin tu sebagai fosil tulang dinasour aje.

4. Kalau kau dah pernah direject dengan rasminya, tolonglah jangan nak cari peluang untuk duduk dekat-dekat. Kalau perempuan tu dah taknak, secara automatik kau dah terkeluar dari petala elektron tengah ke petala elektron paling luar. Dan kalau kau masih ada hati nak duduk dekat-dekat atau cari peluang nak bercakap-cakap, kau akan tercampak terus ke zon lingkaran api Pasifik.

Percayalah.
Lagi korang duk nak menyempit depan mata dia, makin meninggilah kadar keserabutan korang di mata dia. Pastu takyah nak berharap sangatlah dapat borak dengan dia lagi. Sebab nampak muka kau dari jauh je, perempuan tu rela jalan menonggeng dari nak pegi datang borak dengan kau.

5. Kalau dah dia block YM kau, block Twitter kau, sorok nombor telefon dari kau..tak reti-reti lagi.?



Fakta ini tidak merangkumi perempuan-perempuan materialistik dan hipokrit.
Sekian.


Ok. Nak gi sambung muntah.




Aggghhh!




Haa tengok.. transformasi nak jadi Badang la ni.





Saturday, December 3, 2011

Tenuk Bermain Ombak


Bismillah


Tahu tak sekarang ni apa pun yang kita buat, berkenaan dengan teknologi, semuanya melibatkan jari. Dari fon Nokia 3310 sampai zaman touch screen, semuanya guna jari.

Bayangkan bila korang adalah Mulan Jameelah.
Berapa ribu perkataan nak ditaip dalam masa sehari?


Heyy heyy cik ungu. Kamu cuma part timer kat sini. Tak payah nak Mulan Jameelah sangatlahh~


Baik.
Sedar diri.


Berbalik pada isu jari tadi.
Aku rasa, jari adalah antara anggota badan paling kuat berkerja. 


Jarilah yang korek hidung, jari jugalah yang masuk mulut. Hmm... Masin.
Penat taip mesej kat fon, kena taip entry kat blog pulak. Blogwalk pun perlu jari. Guna mouse laptop pun harus klik-klik guna jari juga. Makan guna jari.Syampu rambut. Main piano.


Ecehh.. Hebat nak mampus sangat ke main piano.
Main Kastenet pun tempo lari. Ada hatii...


Aku sangat kesian dengan jari-jari ni semua. Aku dah berazam taknak susahkan jari aku lagi.
Sebab tu lah sekarang aku taip entri ni guna siku.


Haaa...tak percaya,kann??


Bodoh.



*** Memang tajuk entri takde kene mengene dengan isi. Pastu kau nak buat apa?
       Nak pukul aku? Hakedush!

Tuesday, November 29, 2011

ha nak menunjuk lah tu! haktuihh!

tahukah anda? terdapat segelintir manusia yang suka menunjuk-nunjuk? apa, tak tahu? ha meh sini Abang Bunga nak bagitau.

mengikut kajian yang abang dah buat, sikap menunjuk-nunjuk dan segelintir manusia memang tak boleh dipisahkan. eh abang tak cakap semua lah. kan abang dah cakap, segelintir je. ha nie mesti tak baca betul-betul nie. hurm. kata bangang kang marah pulokk.

tak payah pergi jauh-jauh. tengok kat facebook je dah cukup. pernah jumpa tak orang update status macam nie?


ermmm.. boringnya.. 
           via BlackBerry 


banyak kan? hello nokk! perlu ke bagitau semua orang pasal keboringan kau? alahai nok, mak tau, kau sebenarnya saja nak menunjuk blackberry kau kan? ewww pleaseee lah nokk. sakit mata mak tengok. hurm ok lah tu je. abang sebenarnya malas nak taip panjang-panjang. HAHA. okbaiii.
 

 

Perkataan bodoh dan penggunaannya

Bodo kawan-kawan
-Tak menyakitkan, tapi dirasakan just sekadar perasaan bengang sesama kawan-kawan dan selalunya diikuti dengan gelak.

 'Bodo la Musalman bin Abdul Ghafuur, aku mintak pemadam kau bagi motor RXZ apesal?'


Bodoh marah.
-Agak menyakitkan, tapi penyebut tu mungkin lebih sakit hati sebab kalau dia tak sakit hati dia takkan sebut.  Biasanya diikuti dengan maki makian.

' Bodoh betul lu pokok! Sebab kau la aku lewat pergi kelas tau tak? Babun masak kimchi betul!!


Bodoh metafora.
-Biasanya tak memaksudkan bodoh secara bangang, bengap dan samdol, tapi untuk menyatakan yang orang tu lurus atau buat keputusan yang skima. Biasa digunakan dalam drama melayu.

'Sally, husband u dah curang depan you, you nak terima lagi dia? Jangan jadi bodoh la Sally.'


Bodoh bermaksud.
-Memang betul-betul memaksudkan bodoh itu sebagai manusia yang bengap, bodoh, dan betul-betul Dr Rozmey. Biasanya diikuti dengan penampar dan sepak terajang dan seseorang akan masuk hospital.

'Aku tak sangka kau Samirul Habibullah bin Salehudin boleh lulus exam, bukan ke kau student paling bodoh kat kelas ni?



Kau jangan sampai aku sebut perkataan
keramat tu!! Grrrr...


Moral of the stody: 
  1. Gunakan perkataan itu sebaiknya. Jangan salah guna kerana anda bakal menyesal seumur hidup. 
  2. Jangan memandang rendah orang bodoh.
  3. Jangan jadi bodoh.

Saturday, November 26, 2011

Wikimangkukpedia - Doodle.




Apa itu doodle? Adakah ia sejenis makanan segera? Adakah ia jenama mesin jahit? Atau jenama selipar jepun yang bukan dibuat di Jepun tapi, di Batu Berendam Melaka. Dimana orang Jepun, negara Jepun mahupun askar Jepun tiada kena mengena dengan selipar tersebut. Mungkin mereka agak berkecil hati dan tersinggung dengan pihak tidak bertanggung jawab yang menamakan selipar kurang berkualiti itu dengan nama selipar Jepun. Tapi apa yang penting sekarang, doodle itu bukanlah jenama selipar Jepun rendah kualiti itu. Bukan juga yang tinggi kualiti. Senang cerita, selipar jepun dengan doodle memang langsung tiada kaitan antara satu sama lain.



"Doodle adalah gambar kartun yang dilukis sendiri oleh blogger menggunakan software-software murah seperti Paint dan Photoscape. Doodle menyerupai tubuh badan manusia dalam sudut pandangan 2D, tidak realistik walau sepatah haram pun, tubuh badan umpama batang aiskrim Paddle Pop, rupa yang tiada simmetri, dan  warna yang tiada shading. Jika doodle itu berupa wanita bertudung, tudung doodle itu wajib menyerupai tudung bawal, dan bukanlah tudung shawl, hana tajima, pashmina mahupun tudung periuk. "

Sumber - Whaddehellyoupedia


"Doodle ialah satu hasil proses pencantuman piksel-piksel berlainan warna, disusun menggunakan pseudo code yang diprogramkan oleh software berkenaan, yang akhirnya menjadikan satu imej yang terbentuk dalam format Join Photographic Expert Group atau JPEC, yang memudahkan ia dibuka dan diupload kemana jua. Imej yang terhasil umpama hasil perkomputeran yang gagal kerana warna  yang diluar piawaian dan garisan luar (outline) yang tidak sejajar dengan arus pemodenan teknologi."

Sumber - Hill-McGraw, C++ Reference Book for Failed Post Graduate Students



"Doodle ialah illustrasi yang dilukis seringkas yang mungkin oleh blogger-blogger yang merasakan blog mereka kurang meriah tanpa adanya kartun, tapi terlalu miskin untuk mengupah designer yang professional, maka, doodle diwujudkan bagi menampakkan bakat mereka yang terpendam, ada nilai sentimental, disamping boleh dilampirkan dalam CV atau resume, jikalau mereka memohon kerja di Les Copague untuk membikin filem BoBoBoBoBoBoBoy the Movie.."

Sumber - Harian Meteruk


'Doodle ialah karya ekspresi yang ikhlas, tulus dan nurani yang dizahirkan oleh penulis blog unggul dan terampil dari segenap alam, sama ada alam nyata, alam jin, mahupun Dr Rozmey's 2 Alam. Doodle adalah satu cara manusia mengeratkan hubungan sesama mereka dan mencari sinar kebahagiaan yang hakiki melalui perkongsian doodle yang mencerminkan perpaduan nawawi sejagat manusia yang jahil ini.'

Sumber - Pujangga Gerhana Perisik Mentari (A. Samad Said)




"Doodle itu makanan yang lazat yang kenyal, selalu dibuat dimusim raya  aidilfitri"
    -Cik Peah

"Doodle itu nama gelaran semua team bangang yang kalah dengan Liverpool"
   -Niki Razali 

"Doodle tu apa...? Hado aku kesah??"
   -Cik Ungu

"Doodle...errr....doodle....errrrrrmmm.......errrr....doodle.....ermmm"
   -Mat Rock Bunga

"Doodle itu mengingatkan aku pada baju bundle yang aku pernah beli tapi tak pernah pakai sebab besar sangat"
   -Aku

  




  SELAMAT BERDOODLE YE KAWAN-KAWAN!

Friday, November 25, 2011

Kepada Peminat Bola Sepak Yang Mempunyai Awek


Bismillah


Aku tau ramai antara korang yang dah ada baju jersi Malaysia sejak setahun ni,kan..? Semenjak-dua menjak-tiga menjak Malaysia start jadi juara Suzuki Cup tahun lepas, mencanak-canak supporter Malaysia bagi sokongan. Walhal sebelum ni, warna bendera Malaysia pun macam tak berapa nak yakin macamana gaya rupanya. Kalau korang rasa bendera Malaysia ada gambar kuda laut, sila siap-siap beli tali guni sekarang. Pastu boleh start ikat kat kipas,dan ikat pulak hujungnya pada tengkuk masing-masing.


Bodoh melampau namanya tu.


Pasal bola ni, aku tau tak ramai perempuan yang minat. Kalau tengok pun sebab remote Astro tu ayah korang dah sorok bawah punggung. Maka korang lebih rela tengok bola berbanding berisiko memegang najis mutawasittah. Terpaksa. Tak rela. Ya, aku faham.

Kadang-kadang terpaksa buat-buat suka sebab dah pakwe sendiri dengan bola memang bagaikan taik kuku dengan kuku. Takleh nak pisah. Asal ada bola, mesti nak ajak tengok. Well, jejaka-jejaka semua, anda tahu awek anda tak berminat dengan bola sepak walaupun dia berjimba atas meja bila gol, bila..:


1. Bila reff tiup wisel sebab bola offside, awek anda akan kata..

"Reff tiup wisel sebab player tu tendang bola guna kaki kiri. Mana boleh. Foul tu!"


2. Bila reff tiup wisel sebab bola terkena tangan player (hand), awek anda akan kata pula..

"Bodoh la striker tu. Tangkap la bola tu kemas-kemas! Kan dah foul!"

Nampak sangat awek anda kuat main bola jaring.


3. Bila reff dah keluarkan kad kuning dan kad merah, awek anda tanya..

"Kenapa tak keluarkan kad hijau? Lepas merah kan hijau?"

Mungkin awek anda tengah dalam proses amik ujian memandu.


4. Bila player nak ambil sepakan penalti, awek anda mengamuk tak puas hati...

"Lahhh! Apsal takde orang defend nie??"




Kalau awek anda pernah berfikiran seperti di atas, maka cukuplah..
Jangan dipaksa-paksa.


Malahan berilah kredit kepada awek anda yang masih berpura-pura menyukai bola sepak hanya kerana anda menyukainya. Tak ke sweet tuhh..??


Ok, cukup dengan mata bercahaya cinta tu.


Geli.



Saturday, November 19, 2011

Jangan Ingat Aku Tak Tahu


Bismillah




Sebenarnya aku dah tau.


Kalau korang makan nasi sambil tengok rancangan tv kegemaran korang,
confirm walaupun nasik dah lama habis pun korang takkan basuh tangan selagi tak iklan.

Terasa rugi sangat lah konon kalau terlepas beberapa saat rancangan tu.
Sudahnya nasik kat tangan korang tu menemui ajal dan mati keras.



Dan aku juga tau.


Kalau ada sisa makanan tersekat celah-celah gigi,
bermati-matian penuh semangat Assabiyah nak jugak buang guna lidah.

Terasa malas nak angkat tangan dan buang guna jari.
Singa laut berhibernasi pun tak malas nak mampus macam tu.



Dan aku masih tau.


Bila korang terlepas kentut berbunyi kecil depan orang,
korang akan terus berdehem-dehem bajet sakit tekak.

Terasa konon orang lain akan ingat bunyi kentut tu adalah sebenarnya bunyi korang berdehem sebab sakit tekak.
Sudahlah, please... Terang-terangan kantoi bodoh dan memalukan seluruh keturunan.



Ya.
Aku tau.



Samalah kita.





Thursday, November 17, 2011

Tahukah anda?


"Mangkuk hayun itu bermakna spesis manusia mempunyai sedikit kesengalan, secebis kebangangan, namun mempunyai daya pemikiran berkualiti setaraf mangkuk Corelle, yang mana jika dihayunkan secukup rasa, akan menghasilkan impak bunyi yang dasyat, memercikkan sedikit api seolah-olah api lighter Cricket, serta berlaku pelanggaran zarah-zarah kebodohan yang berterbangan di udara dan seterusnya ke atmosfera bumi dimana sulfur dioksida mempunyai kepekatan yang agak tinggi."

sumber- Waddehellyoupedia.



Contoh mangkuk hayun: Penulis-penulis Blog Mangkuk Tingkat Berhayun.





"Walaubagaimanapun mengikut Buku Falsafah Herodotus, mangkuk yang jauh lebih extreme dari mangkuk hayun, adalah golongan mangkuk yang mempunyai kemampuan berfikir yang menyedihkan, IQ setaraf mangkuk percuma Colgate, dan selalu mngutarakan idea yang tak berakal dan haluan pemikiran spastik yang tak pernah dibuat orang. Niki Razali memanggil golongan ini sebagai golongan mangkuk jamban atau dalam bahasa sopannya mangkuk toilet.
Namun begitu, Mangkuk jamban lebih kerap digunakan kerana bunyi sebutannya yang lebih sedap dan effect yang lebih mendalam."


sumber - Arkib Negara








Contoh mangkuk jamban:









Mungkin dalam teori Dr Rozmey yang otaknya bijak gila macam hendal basikal, dengan memaparkan gambar muka beliau sendiri yang lebih hensem sikit dari cipan tu dalam website Jus Mate, beliau dapat jual produk kesihatan tu dengan laku sekali. Bagi beliau, tak perlu upah model amoi yang slim and seksi, sebab baginya, dia jauh lebih seksi dari Amber Chia. Dan dia rasa rambutnya lebih bergaya dari Kpop guys.


Waddehel man?


Now ini baru mangkuk jamban sejati.



p/s: picture ehsan dari Aidid Mu'addib, pembenci tegar MLM scammers.
  


    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...