Thursday, August 18, 2016

Pokemon Go Itu bukan Agenda Yahudi

         Sambil menunggu bas, seorang Shamsul Mustaqim bermain aplikasi permainan paling popular abad ini, Pokemon Go. Beliau menangkap pokemon hanya ketika beliau tak melakukan sebarang aktiviti seperti berjalan, melintas jalan, memandu kereta, naik motor, berkayak dan sebagainya. Shamsul Mustaqim seorang yang bijak. Beliau tidak akan memperjudikan nyawa dia dan orang lain semata-mata mahu jadi pokemon master yang baik, kerana beliau tahu handal menangkap pokemon takkan boleh mendapatkan beliau jawatan tinggi di Petronas.

       Rasyidi Ayyub pulak seorang yang hardcore dalam bidang Pokemon Go. Beliau bukan sahaja sanggup parking tepi highway semata-mata sebab terjumpa Snorlax, beliau juga sanggup putuskan pertunangan beliau dengan Maisarah semata-mata sebab berlainan pasukan Gym trainer. Rasyidi Ayyub seorang yang tak bijak. Beliau keluar pada waktu kerja untuk menangkap pokemon terkejar-kejar ke Pokestop kesana sini seperti orang tak waras. Beliau berbangga dengan hasil ternakan pokemonnya dan bermegah-megah di social media seolah-olah beliau ada ladang kambing 4 ekar. Rasyidi Ayyub seorang manusia yang bangang.

Husnaini Awang pula seorang budak yang baik tapi kebanyakan masa beliau cuma acah baik. Beliau tak bermain Pokemon Go kerana beliau hanya ada handphone nokia lampu picit. Merasakan dunia tak berlaku adil kepada beliau, beliau mencaci orang yang bermain Pokemon Go. Husnaini Awang mereka-reka cerita bahawa Pokemon Go bermakna "Pak hang yahudi" dan sebarkannya melalui semua medium social media; Facebook, twitter dan whatsapp. Beliau berhempas pulas sebarkan dakyah palsu itu untuk "menaikkan kesedaran umat Islam" sambil type caption "Dari tangkap pokemon lebih baik tangkap pahala." sedangkan arah kiblat rumah pun beliau tak pernah tahu. Celaka betul Husnaini Awang.

Masalah dia sekarang bukan Pokemon Go tu agenda yahudi, Orang kita je yang munafik.



  

Wednesday, March 23, 2016

Situasi Keras Yang Aku Hadapi.









Sekarang jam 1.30 pagi.






Benda ni dah lama aku tahan.Bila dah nak sampai masa,baru aku lepaskan.Lama dah aku tahan benda ni dari pukul 10 malam tapi aku rahsiakan.




Biasanya tak tahan lama.Aku rasa aku dah jumpa kelebihan dalam diri aku.13 tahun aku cari bakat aku.13 tahun.Bukan jangka masa yang singkat.Harini baru aku faham.Kalau nak sesuatu kita kena sabar.Walau apa pun rintangan,kita kena tempuh dengan sabar.








Okeylah,aku dah mula rasa sesuatu bergerak-gerak.Duduk pun dah tak seimbang ni macam terjungkit sikit.









1.45 pagi.Gerak toilet dulu.



Sunday, February 14, 2016

Kesilapan yang amat menyedihkan

Ye aku tahu, zaman blog dah berlalu. Sejak Cool Blog mengambil alih menarik golongan gadis-gadis untuk minum ais berperisa, aku dah boleh agak tak lama lagi blogger ni sama nilai dengan biskut meri Hup Seng yang dah digigit separuh.

Umur semakin meningkat, semua manusia sejagat sibuk dengan kerjaya masing-masing. Orang yang dulunya kerjaya sebagai penulis blog, sekarang mungkin dah berubah haluan menjual cendol di tepi pejaba pos. Apa lah cerita Ben Ashaari agaknya. Adakah beliau masih bergiat post gym workout selfie di blog beliau, atau sudah berubah arah ke instagram.

Apa pun, yang penting sekarang Fasha Sandha pun dah single balik. Aku pun single. So ada eloknya kalau aku cuba try meminang Mira Filzah. (Tiba - tiba)

Apa khabar Hasan Nawawi agaknya. Kalau dulu beliau sibuk merenung kearah jendela, bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa, adakah sekarang beliau dah berjaya memenangi hati gadis pilihan beliau? Adakah nasib beliau yang selalu miskin dah berubah jadi golongan bangsawan? Atau beliau masih mencari 50 sen yang terjatuh di mesin air RO 5 tahun lalu?

Tapi itulah, buat apa nak dikenang benda yang sudah lepas. Masalah negara pun belum sempat nak difikirkan, inikan nak fikirkan hal orang lain. Bak kata pepatah, " Jauh mata memandang, jauh terbawa lukisan hatimu. Hilang, mencari dimana kau pergi. Tinggal aku menahan luka ini,"


Sekarang, Cik Ungu dah sibuk menjaga anak, dan suami. Peah sibuk menjaga tepi kain orang, sebab beliau dah jadi saudagar kain. Juno asyik berulang alik New Zealand-Malaysia atas urusan business jualan tikar mengkuang beliau, Encik Atan masih berusaha menjalani latihan intensif mengimbangi karipap inti daging di bibir untuk sukan olimpik akan datang, Niki Razali sedang dalam usaha mengambil alih syarikat insurans khas untuk penunggang kuda. Dan Amirul Aqiim sekarang berjaya memikat seorang gadis cantik dan rupawan dalam game The Sims. Aku? Well, macam biasa, masih bermain duit kutu dengan Bill Gates, bergurau senda dengan Katy Perry di ruang tamu, dan kadang-kadang bergusti lengan dengan Obama. Aku masih low profile macam dulu.

Eh malas lah cakap lebih-lebih. Bukan ada orang baca pun.




Saturday, August 15, 2015

Ekonomi Negara Merosot?

Lama betul aku tak apdet blog ni....





Aku nak luahkan sesuatu kat sini lantak la ada orang baca ke tidak.








Matawang Malaysia jatuh teruk.Haram jadah betul.









Kalau biasa aku boleh dapat 300,kali ni cuma dapat 287 je.Itupun belum tolak GST tu.Sialan betul.





Satu je aku nak cakap.








Babi.

Friday, October 24, 2014

Kisah Tajul Maidin dan Tukang Tilik

Tajul Maidin baru saja ditinggalkan kekasihnya ( Introduction paling malas)

On the way balik rumah, Tajul Maidin ternampak satu shoplot tukang tilik nasib. Beliau decided untuk masuk untuk saja try. Biliknya terang benderang.
Seorang pelanggan sebelum Tajul Maidin beredar keluar dengan wajah gembira.

Tajul dijemput masuk. Tukang tilik wanita berumur 40 an tu merenung wajah Tajul Maidin. Wajah tukang tilik itu masih ada market. Maybe kurang jelita dari Sofea Jane tapi ada sedikit iras-iras Nur Fazura campur iras-iras Eva Longoria. Pandai-pandailah imagine sendiri. Beliau berdiri dan masih merenung tajam Tajul Maidin seperti harimau yang bersedia untuk menerkam mangsa.

 Sebelum sempat Tajul Maidin kenalkan diri tukang tilik tu terus bangun, dan tutup semua suis lampu. Semua langsir dan tingkap ditutup. Pintu ditutup dan dikunci dari dalam.

Lantas dia datang dekat ke arah Tajul Maidin. Jantung Tajul Maidin berdegup kencang. Bulu romanya dan tak tentu arah. Kisah Cikgu Suraya jelas bermain diminda beliau. Tukang tilik itu makin merapatkan mukanya ke muka Tajul Maidin, dan bisik:

"Aku tengok muka kau pun dah tahu pasal masa depan kau..."

"Gelap, sama macam bilik ni"


Tajul Maidin balik ke rumah, merajuk dan menangis didepan tv sambil makan aiskrim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...