Showing posts with label aku mengaku aku memang mangkuk. Show all posts
Showing posts with label aku mengaku aku memang mangkuk. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Siapa suruh tak ada orang lain update.













































             





Kan aku dah post gambar Michael Jackson secara tiba-tiba.


Padan muka.


    



   

    

Sunday, May 20, 2012

Perbualan mangkuk di restoren bersama Hamdan Kasimin

Waiter Alexander Alioto (C) serves lunch customers at Alioto's Seafood Restaurant December 3, 2008 in San Francisco, California. A report by The Institute for Supply Management says that its services sector index dropped in November to 37.3, down from 44.4 in October as the service industry struggles through the weak economy.




Waiter: Encik nak makan apa?
Hamdan Kasimin: Apa makanan yang paling mahal kat sini?
Waiter: Siakap tiga rasa, chicken chop, steak. Setiap satu harganya RM30
Hamdan Kasimin: Mahal sangat. Kalau macam tu bagi saya air kosong jelah.


Waiter: Maaf encik, saya tak sengaja tumpahkan kari ke baju encik.
Hamdan Kasimin: Kari yang awak tumpahkan ni saya kena bayar tak?
Waiter: Tak perlu. Biar kami yang tanggung.
Hamdan Kasimin: Kalau macam tu, lepas ni awak tolong tumpahkan sup gearbox, daging masak merah, sambal belacan, sekali dengan nasi putih sekali ke baju saya ok? Saya nak bawa balik.


Waiter: Encik nak set makanan untuk berapa orang?
Hamdan Kasimin: Saya, dua orang anak saya, isteri saya. 
Waiter: Set untuk empat orang ye?
Hamdan Kasimin: Tak. Set untuk seorang makan. Tapi bahagi empat.


Waiter: Semua harga RM10. Encik nak bayar guna kad kredit atau tunai?
Hamdan Kasimin: Saya nak basuh pinggan.


Waiter: Encik nak makan atau bawa balik?
Hamdan Kasimin: Mana lebih murah?
Waiter: Harga sama.
Hamdan Kasimin: Mana lebih banyak?
Waiter: Sama.
Hamdan Kasimin: Mana lebih cepat?
Waiter: Sama.
Hamdan Kasimin: Kalau macam tu saya pergi tempat lain lah.



    

Tuesday, April 24, 2012

Jaringkerja sosial

Aku bangun dari tido siang.

Terfikir untuk buat something yang merilekskan.

Aku buka laptop. Buka facebook.

Tengok news feed.



Post pertama yang aku baca, emo sebab kucing hilang.

Post kedua, emo dengan kawan.

Post ketiga, emo dengan stalker.

Post keempat forward article pasal Israel.

Post kelima, post pasal keagamaan, siap dengan smiley lagi,

walaupun dekat luar perangai macam setan.

Post keenam, post perempuan kata mahu lelaki yang boleh dijadikan imam,

walaupun dia 24 hours pergi mana-mana pakai baju renang.



Facebook sekarang penuh dengan manusia emo dan pretender yang tahap gaban.

Bila baca aku jadi tension, tak rileks.

Aku buka twitter.



Tweet pertama adalah promote Churps Churps.

Tweet kedua adalah tweet tergantung, phrases yang hanya dia je faham.

Tweet ketiga cerita pasal dia tengah goreng tempe.

Tweet keempat katanya dia sudah check in ke Restoran Kepala Habahkau guna Foursquare.

Tweet kelima tweet syok sendiri.

Tweet yang lain semuanya retweet dari tweet orang lain.


Membosankan.


Aku buka blogger.

Interface baru macam haram.

Click icon pensel dia atas link Mangkuk Tingkat Berhayun.

Aku tulis sesuatu.

Inilah dia.


 

 


Friday, March 9, 2012

Aku mengaku aku memang mangkuk

Pada 30 Disember, aku kena amik final test subject CAD dari rumah sebab previous class aku tak datang. Aku ajak Mael ke library sebab nak mintak tolong dia buatkan. Aku bodoh sikit bab buat drafting, so aku kasi Mael dengan kawan dia Mimi yang buatkan. Dalam 3 jam baru siap. Aku tak banyak menyumbang, semua diorang yang tolong. Diorang sanggup bazirkan masa study week untuk tolong aku buat benda alah ni. And kerja yang tinggal aku kena buat simple je. Attach kat email, and send pada encik Zailani.

Sekali keluar result, aku dapat B+. Aku tak faham kenapa tak dapat A, atau at least A-. Sebab mostly siapa yang amik test final tu mesti dapat A. Aku tak faham, sampailah aku check email tadi. Jantung aku hampir nak berhenti tadi.


Email aku tu ada dalam folder draft. Bukan dalam folder sent. 


Sorrylah aku terpaksa post kat sini. Tak boleh post kat blog aku.


Sebab blog aku Mael dah follow. 


Kalau dia baca...




Memang mampos la aku.


        
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...