Friday, March 9, 2012

Aku mengaku aku memang mangkuk

Pada 30 Disember, aku kena amik final test subject CAD dari rumah sebab previous class aku tak datang. Aku ajak Mael ke library sebab nak mintak tolong dia buatkan. Aku bodoh sikit bab buat drafting, so aku kasi Mael dengan kawan dia Mimi yang buatkan. Dalam 3 jam baru siap. Aku tak banyak menyumbang, semua diorang yang tolong. Diorang sanggup bazirkan masa study week untuk tolong aku buat benda alah ni. And kerja yang tinggal aku kena buat simple je. Attach kat email, and send pada encik Zailani.

Sekali keluar result, aku dapat B+. Aku tak faham kenapa tak dapat A, atau at least A-. Sebab mostly siapa yang amik test final tu mesti dapat A. Aku tak faham, sampailah aku check email tadi. Jantung aku hampir nak berhenti tadi.


Email aku tu ada dalam folder draft. Bukan dalam folder sent


Sorrylah aku terpaksa post kat sini. Tak boleh post kat blog aku.


Sebab blog aku Mael dah follow. 


Kalau dia baca...




Memang mampos la aku.


        

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...