Wednesday, March 21, 2012

CerpenMangkuk : Nek Kebaya dan Cita-Citanya

Nek Kebaya adalah seorang janda. Suaminya telah lama meninggal kerana tercekik buah durian. "bangang betei lah orang tua tu." kata Nek Kebaya beberapa minggu selepas kematian suaminya dahulu. Kini, Nek Kebaya tinggal bersama dengan anaknya iaitu Ramli. Ramli mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Azman. Setiap hari, Azman lah yang menjadi kawan Nek Kebaya. Azman lah yang melayan kerenah Nek Kebaya. Dari memasak sehinggalah bermain bola baling, semuanya dilakukan oleh Azman bersama-sama dengan Nek Kebaya.

Hari ini, perangai Nek Kebaya tidak sama dengan sebelum ini. Hari ini dia nekad. Dia nekad untuk melakukan satu perkara yang telah lama diidamkannya. Semenjak kecil, Nek Kebaya selalu berangan untuk membuat perkara itu namun dek kerana faktor kemiskinan, dia terpaksa melupakan hasratnya itu. Namun hari ini, dengan berbekalkan semangat perjuangan yang tinggi, Nek Kebaya berazam untuk melunaskan cita-citanya.

Sejak awal pagi lagi, Nek Kebaya telah bersiap-siap. Kemudian dia masuk ke dalam hutan di belakang rumah anaknya. Azman, cucunya hanya memerhatikan sahaja gelagat neneknya. "kejadah orang tua ni masuk hutan pagi-pagi buta ni?" tanya Azman di dalam hati. Tidak berapa lama kemudian, Nek Kebaya keluar dari hutan itu dengan membawa beberapa batang pokok sambil menari mengoyang-goyangkan punggungnya. Azman ternganga melihat kelakuan neneknya itu.

Nek Kebaya kemudiannya terus berlalu tanpa mempedulikan cucunya. Dia mengambil sebilah pisau lalu diacukan ke batang pokok yang diambilnya tadi dan membuat gaya seperti sedang mengukir sesuatu. Azman hanya memerhati. Sejam kemudian, Nek Kebaya menjerit, "yahoooo! siap bro!". Azman dengan pantas bertanya, "apa yang siap nek??". Nek Kebaya membalas lagi, "meh sini meh, tengok ni nenek buat, walawehhh hebat siottt!". Azman yang masih tertanya-tanya lantas segera pergi ke neneknya dan apabila dia sampai, dia melihat....



















hentam lah nenek! asalkan nenek bahagia. hikhik

2 comments:

Epal merah said...

hahahaha.. memang mangkuk ayun tul..
punye la siyes bace.skali maen pistol mainan daa~

cinta siswi said...

hahaha.. sengal! tp funny..huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...