Showing posts with label cerpen aku lebih best dari novel ombak rindu tau. Show all posts
Showing posts with label cerpen aku lebih best dari novel ombak rindu tau. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

Megat

Tersebut sebuah kisah, dizaman Kesultanan Melayu Melaka, dimana ketika ini iPad belum lagi berada dipasaran, henfon-henfon touchscreen belum menjadi pujaan ramai dan tudung Yuna serta Hana Tajima masih belum menjadi trend. Ketika ini manusia dengan lembu tak berapa ada banyak beza, cuma manusia bijak sikit saje. Ditekankan, SIKIT SAJE.

Ini disebabkan di sebuah kampung kecil bernama Kampung Seri Hai Mambang Bergaya, penduduk-penduduknya ramai yang cetek ilmu, bodoh, bingai atau bahasa yang lebih sopan, sangat keldai. Sehinggakan ketika ini penduduk-penduduknya masih tak dapat membezakan antara keldai dengan ayam serama. Sesetengah dari mereka menyembelih keldai diwaktu perayaan, dan ada juga yang pergi mengembara dengan menunggang ayam. Sebegitu bodoh diri mereka.

Adapun salah seorang dari mereka, mempunyai IQ yang tinggi bukan main. Mampu menyelesaikan rubic cube dalam masa limabelas saat. Jika diberikan soalan matematik, beliau tak memerlukan calculator atau sempoa untuk mengira. Namanya Megat. Muda lagi, baru 12 tahun. Jangan tanya dia dapat berapa A dalam UPSR. Ini zaman bila. Aku lempang nanti baru tau.

Satu hari, Megat mahu menguji orang kampungnya. Dia pergi ke pasar. Dia menuju ke kedai ikan. Dia bertanya,



" Mak cik, berapa harga ikan kembung ni?"


"Dua riyal seekor, nak...."


Megat bertanya lagi " Berapa harga ikan siakap disebelah ni?"


"Percuma, nak..."


Megat memandang mak cik itu dengan muka serious.


Mak cik itu kehairanan.


Megat masih memandang.


"Kenapa nak memandang mak cik sebegitu? Apa dosa telah mak cik lakukan terhadapmu wahai anak haram muda?"


Megat masih memandang.









Megat tak ada idea nak balas apa.





To be continued....

Thursday, May 10, 2012

Hasan Nawawi dan mangkuk tingkat ajaib





Syeikh Hasan Nawawi, moyang kepada Hasan Nawawi, adalah seorang musafir. Kalau dah nama musafir sudah tentulah kerjanya mengembara, takkan kerja ternak ikan haruan pula. Dipendekkan cerita, Hasan Nawawi berjalan merentas padang pasir yang luas tahap dajal, kerana gaban itu tak cukup luas untuk digunakan sebagai kata penguat.

Oleh kerana lapan hari lapan malam berjalan merentas padang pasir, Syeikh Hasan Nawawi keletihan. Tubuh badannya kering dek kerana hidrasi. Dia kehabisan air minuman. Usahkan air minuman, RO water, air sirap, cendol bungkus juga dah lama habis.

Sedang dia terkapai-kapai kelemahan ditengah padang pasir yang panas terik tu, dia ternampak sebuah mangkuk tingkat, jauh 50meter dihadapan. Teringatkan acara lumba lari 50 meter yang dimenanginya masa tadika dulu, Syeikh Hasan Nawawi berlari dengan pantas untuk mencapai mangkuk tingkat tadi.

Dia mengamati mangkuk tingkat itu. Membelek-belek dengan penuh tanda tanya. Dibuka tudung mangkuk tu tak ada apa-apa. Tak ada nasi ke, ketupat ke, ataupun char kuey teow. Kosong. Hasan Nawawi membaca label di bawah mangkuk tingkat tu. Disebelah pelekat Sirim, ada tertera satu instruction.

"Sila hayun sebelum guna"

Dengan IQ secetek kuda laut, Syeikh Hasan Nawawi mengambil masa lima minit setengah untuk memahami arahan itu. Setelah memahami kehendak soalan, Syekh Hasan Nawawi mula menghayun mangkuk tersebut sekuat hati. Dia menghayun. Masih menghayun. Dan tetap tak berhenti menghayun.

Secara tiba-tiba keluar satu cahaya mangkuk tingkat itu. Syeikh Hasan Nawawi mencampak mangkuk tu ke tanah kerana terkejut beruk. Nasib baik beruk tak ada disitu. Kalau tak entah apa mereka akan kata. Setelah tamat pertunjukan cahaya yang terang dan asap berkepul-kepul sebagai gimik entrance,  seekor makhluk berwarna biru metallic dan bertocang dengan sideburn panjang keluar dengan gaya angkuh. Syeikh Hasan Nawawi tahu itu adalah jin, berdasarkan jenis seluar yang dipakai makhluk tadi. Seluar jeans Levi's 501. Limited edition punya.




"Hai manusia!!!! Ada sihat ka? Sudah makan ka belum?"

"Belum" jawab Syeikh Hasan Nawawi sambil terketar-ketar.

"Jom aku belanja makan KFC" pelawa Jin tadi.

"Boleh. Jom. Saya dah siap dah ni" jawab Syeikh Hasan Nawawi sambil tengok cermin dan membetulkan rambut.

"Sebelum tu, aku perlu tanya kau tiga soalan. Kalau kau jawab betul salah satu soalan ni, aku bawa kau keluar dari padang pasir ini, dan belanja kau makan KFC. Tapi kalau kau tak dapat jawab ketiga-tiga soalan ni, aku akan tinggalkan kau disini." balas Jin.

"Ok.  Saya dah ready" jawab Hasan Nawawi ringkas.

"Soalan pertama, apakah nama pelakon lelaki utama Iron Man.....punya sepupu punya jiran yang banyak jerawat tu?"

"Pass. Soalan lain!" balas Syeikh Hasan Nawawi.


"Soalan kedua, cari lapan puluh persamaan, antara chromosome untuk anak down syndrome dengan stereng kereta Honda Civic 2.0?"


"Cikgu saya tak ajar dulu. Pass!!" balas Syeikh Hasan Nawawi.


"Baiklah. Ternyata anggapan saya yang kamu bodoh macam lembu laut Afrika ini betul. Soalan terakhir.......



Siapa lebih kacak, kau atau aku?"


Syeikh Hasan Nawawi tergamam.









Satu jam kemudian,





Syeikh Hasan Nawawi masih meneruskan perjalanan di padang pasir yang panas terik tanpa bekalan air.






Sape lebih hensem, lu ke gua?
Mesti gua kan? Kan?


 
      

Saturday, May 5, 2012

Si penjahat yang berjiwa penyanyang

Loki adalah penjahat yang terlalu jahat. Beliau mempunyai superpower yang sangat power iaitu mengawal minda orang. Nama sebenar beliau adalah Lokman Bakar bin Jamal. Nak dipendek dan diglamorkan lagi, dia dipanggil Loki. Ada juga yang memanggil Luki. Ada juga lahabau yang menggantikan huruf 'L' itu dengan 'P'.

Jangan sebut kuat-kuat.


Loki berniat mahu menakluki dunia. Beliau mahu membunuh semua umat manusia, termasuk Justin Bieber. Semua superhero Avengers sudah dipanggil untuk bergocoh dengan Loki, namun tak ada seorang pun berjaya. Sehinggakan pemain gantian seperti Keluangman, Cempiang, Boboboi dan Usop Sontorian juga terpaksa dpanggil bertarung. Namun semua tewas dan gugur di medan perang seperti buah durian yang gugur di dusun Pak Kasim. Dan anak perempuan Pak Kassim pula cantik bukan main. Single pula tu.

Sebagai seorang lelaki harapan umat manusia, seorang pakar motivasi dari Sungai Petani Kedah, Encik Fadzillon Kamson tampil berhadapan dengan Loki. Dia hanya tersenyum. Loki kehairanan.


Encik Fadzillion Kamson: "Awak orang jahat kan?"

Loki: "Ye aku memang jahat. Jahat gila tau tak? Aku nak hapuskan kamu semua!! " Jawab Loki sambil menumbuk-numbuk dada."

Encik Fadzillion Kamson: "Awak nak bunuh semua orang? Macam mana dengan mak ayah awak?"

Loki: "Aku nak bunuh semua orang KECUALI mak dengan ayah aku!!"

Encik Fadzillon Kamson: "Macam mana dengan abang kakak awak?"

Loki: " Ye. Selain mak ayah aku, selain abang kakak aku."

Encik Fadzillion Kamson: "Lagi? Takkan itu je orang yang kau sayang. "

Loki: "Selain anah buah aku. Selain member baik aku, Rosman. Oh selain Karim juga. Dia selalu belanja aku makan. Sally yang comel tu pun terkecuali. Lagi...lagi....kecuali sepupu aku. Selain adik sepupu aku, sedara ayah aku, jiran aku, ketua kampung aku, wakil daerah, Neelofa, mak cik yang jual nasi kandar tepi simpang tu, selain Hamdan anak abang repair kereta bla bla bla....................akak jual ABC, Liyana Jasmay, Jessica Alba, sepupu Jessica Alba, cikgu geografi aku....................George Lucas, anak Eminem bla bla bla...................anak taukey kedai makan bla bla bla.......................Ben Ashaari.....bla bla bla....."





10 tahun kemudian......



Loki masih menyebut nama orang yang dia tak mahu bunuh. Dan Encik Fadzillon Kamson semakin berjaya dengan kerjaya sebagai pakar motivasi dan juga dalam bisnes MLM nya.



 
Nama yang tinggal sekarang ni adalah......Justin Bieber.




          

Wednesday, March 7, 2012

Kisah contact lens

Tajuddin adalah seorang pemakai contact lens yang tegar. Setiap hari dia akan pakai contact lens, semestinya dipakai dimata, belum pernah contact lens dipakai ditelinga, hidung atau kerongkong.

Rutin harian Tajuddin, everytime balik kelas dia akan cabut contact lens tu and then letakkan kedalam case dia. Pada petang rabu yang hening ni, dimana angin bertiup sepoi-sepoi tak reti bahasa, awan kumulus, kumunolimbus dan awan nano meredupkan suasana petang ini, Tajuddin dalam perjalanan pulang ke bilik.

Dia baru pulang dari kelas. Tapi secebis ilmu pun dia tak bawa balik sebab sepanjang kelas hari ini dia tido aje. Well, macam hari-hari biasa, dia balik kebilik and cabut contact lens. Disebabkan dia dah tido lapan jam dalam kelas tadi, so contact lens tu susah nak dicabut. Tajuddin membeliakkan lagi mata. Dikuisnya biji mata berulang kali, tapi contact lens langsung tak berganjak. Dia membeliakkan lagi mata. Kali ni dia menguis matanya dengan lebih kasar. Tercabut juga contact lens kanannya. Tajuddin membuka case contact lens untuk menyimpan contact lens itu.


Belum sempat dia meletakkan contact lens yang dicabutnya, dia nampak sesuatu yang membuatkan dia jadi terkaku.



"Homaigot....."




"Aku lupa hari ni aku tak pakai contact lens..."



   

     

Thursday, March 1, 2012

Demi cita-cita seorang rockers

"Siti merajuk, merajuk merajuk merajuk!!!" ujar Siti sambil memukul-mukul dada Sulaiman Bakri dan kemudiannya, dia berlari-lari anak ke arah pokok kelapa dan buat gaya merajuk disitu.


"Tapi Siti, abang dah tak ada pilihan lain..." jawab Sulaiman Bakri sambil perlahan-lahan mengeluarkan choki-choki dari kocek seluar slacknya. Digigit hujungnya dan dipicit hingga keluar coklat, lantas dimasukkan kedalam mulut.


"Ah, semua lelaki sama je!! Benci tau? Benci benci benci benci!!!" Siti semakin meninggikan suara tanda protes.


"Kata lah apa Siti nak kata, abang Man dah nekad. Abang dah buat keputusan sebaik-baiknya untuk masa depan abang..." kata Sulaiman Bakri tenang. Choki-choki tadi dicampak kedalam parit kerana rupa-rupanya ia sudah melepasi expired date. Baunya hampir seolah-olah bau stokin sekolah adik lelakinya Misnain Bakri.


"Abang Man sanggup tinggalkan Siti sebab cita-cita abang tu? Sampai hati!!" Siti berlari lagi ke pokok manggis berhampiran dan buat posing yang sama. 


"Siti kena faham, ini je pilihan yang abang ada. Dengan cara ni je abang boleh kejar cita-cita abang sebagai seorang rockers yang berjaya. Nak harapkan kerja menyanyi kat warung Haji Ismail kedekut tu? Puihhh! Lapan tahun kerja pun belum tentu abang boleh buat album tahu?" ujar Sulaiman Bakri. Kahak yang diludahnya tadi terlekat dibaju t-shirtnya yang berlambang tengkorak. Dikibas-kibas bajunya sehingga kahaknya jatuh ke sarang semut dibawah. Entah apa yang dimaki semut itu agaknya...


"Tapi abang Man, Siti tak rasa apa yang abang Man pilih ni sesuai untuk abang Man...terus terang Siti cakap. Siti rasa keputusan abang Man ni salah! " balas Siti sambil perlahan-lahan beralih ke pokok langsat disebelah.


"Apa maksud Siti tak sesuai? Ni, nampak ni?? Baju Metallica. Ni, apa? Spect Ray Ban. Seluar jeans abang Man ni, ingat masa abang Man beli memang dah siap koyak kat lutut ke? Abang Man dah sehabis rock dah ni, apa maksud Siti abang Man tak sesuai hah? Cuba cakap sikit!" kini giliran Sulaiman Bakri pula naik angin. Dia pantang bila jiwa rocknya dicabar.


"Itulah maksud Siti. Abang Man ni memang rock, pakai baju tengkorak, kasut ada paku, rambut macam slash, pakai Ray Ban pasar malam sepuluh ringgit, tapi....tapi...."


"Tapi apa??" bentak Sulaiman Bakri.


"Tapi pertandingan yang abang Man masuk ni Masterchef!!! Abang Man mana tahu masak!! Masak megi pun abang Man letak gula merah, setan mana pulak tiba-tiba ajar abang suruh masuk Masterchef hahhh??" bentak Siti dengan nada marah yang amat. Dia terus beredar meninggalkan Sulaiman Bakri, tidak tahan dengan kebodohan pakwenya itu. Balik rumah tengok cerita Geng Bas Sekolah lebih menarik katanya.





"Eh, Masterchef tu bukan Battle of the Band ke?" bisik hati kecil Sulaiman Bakri.



   
           

Tuesday, February 14, 2012

Kisah serangan zombie




Andai ditakdirkan satu dunia ni diserang zombie. Semua manusia-manusia bengap dan tak berfikirkan rasional akan dengan mudahnya menjadi zombie. Even Abang Ben yang muscle setebal kayu balak itu pun dengan mudahnya kena love bite dengan zombie. Zombie ni tak kira jantina, saiz badan, mahupun berapa ribu pageview blog seseorang itu, kalau dah namanya manusia, dia akan gigit tanpa belas kasihan.


Nak dijadikan cerita, 5 orang author blog mangkuk adalah survivor yang still belum disentuh mana-mana zombie.  Abdol pada awalnya jadi orang keenam, tapi disebabkan beliau pergi tinggalkan blog mangkuk dia pun ikut sama dengan yang lain kena gigit zombie.


Masa ni Cik Ungu dah tak kisah pasal hasil jualan album terbarunya, "Cinta Mukabudu", yang mengisahkan cinta si anak pembuat budu di Bachok, Kelantan. Niki Razali dah tak kisah pasal penerbitan buku Kung Fu beliau. Peah juga tak hiraukan resipi roti bun yang asyik fail tak sudah. Dan Aqiim, ye Aqiim masih berdiri tegak menyanyikan lagu "Gerimis Mengundang" pada buah hatinya yang sudah pun bertukar jadi zombie. Kata Aqiim, walaupun buah hatinya sudah jadi zombie, beliau masih jelita. Itu natural beauty namanya.


Kami berlima berdiri atas bumbung bangunan Maxis kat area KLCC. Kat sini bukan saja selamat dari serangan zombie, malah line handphone pun full bar. Ingatkan nak lepak atas bangunan Putrajaya, tapi itu Freemason sangat. Zombie suka benda freemason, sebab zombie tu kan simbol freemason. Jadi mampus la kami kalau kami pergi ke tempat freemason tu.
Ah freemason betul la cerita nih. Malas lah aku sambung.




To be continued...


  

Monday, February 6, 2012

Tompok si kucing gangster: part 2



Setelah ikan pengsan, Tompok jadi panik dan gelabah. Diiringi dengan perasaan cuak, nervous, tertekan, tak tentu arah dan hilang punca. Dua minit kemudian, Siti datang membawa sekotak susu UHL Dutch Lady dan sekeping sandwich tuna. Jenama tuna itu Tompok kurang pasti, tapi yang pasti bukan jenama sebarangan seperti Tuna cap Lima Tapir. Tompok terus menuju kearah Siti, terus lupa tentang ikan yang pengsan itu. Siti still tak mahu letak makanan tu kebawah. Tapi disuruhnya Tompok duduk dan baring berulang-kali. 'Kau ingat aku apa? Anjing laut sarkas?' Keluh Tompok, sambil buat juga apa yang disuruh.

'Pandainya kamu...' kata Siti dengan penuh eksaited. Beliau menyambung, 'Ok sekarang berdiri pulak!'

Tompok berdiri.

'Sekarang buat chicken dance, buat chicken dance!' Siti semakin eksaited seolah-olah Dr Rozmey yang selesai mempromosi filem 2 Alam dan menunggu 40 juta masuk kedalam akaun bank beliau.

Tompok diam.


'Chicken dance!' Siti masih mengarah.

Tompok diam.

'Buat la!' Pekik Siti.

Tompok hilang sabar.


'Cepat-cepat!' Siti memprovoke dengan menghayun-hayunkan sandwich tuna tadi.


Tompok tak dapat menahan kemarahan.

Kesabarannya dicabar oleh seorang budak 5 tahun.

Dimana mahu diletakkan maruahnya sebagai kucing gangster yang terkenal di sekitar Jalan Yap Ah Loi dan Jalan Tun Sambanthan?

Tompok mengambil lajak. Bersedia.

Bersedia.

Menunggu masa yang tepat.

Mula!







Dengan pantas Tompok menguak-nguak tangannya membuat chicken dance diiringi muzik latar belakang Dora The Explorer.





5 jam kemudian...


Tompok baring kekenyangan. Belum pernah selama hidupnya makan sandwich Tuna Ayam Brand dengan susu Dutch Lady. Boleh diibaratkan seperti bulan jatuh keriba. Seperti pucuk dicita ulam mendatang. Bagai menatang minyak yang penuh. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Kecil-kecil taknak mampus, besar-besar menyusahkan orang. Itulah yang dialami perut Tompok ketika ini.

Dia menjeling kearah Siti yang sibuk mewarna buku mewarna Princess. Sambil mewarna mulut-nya terkumat kamit bercerita sorang-sorang. Tompok menjeling kearah hasil pewarnaan Siti. 'Tak ada seni langsung. Kejadah apa kuda warna hijau? Cikgu disiplin mana ajar?' ujar Tompok didalam hati.

Dari sayup-sayup, terdengar bunyi kereta semakin hampir masuk halaman rumah Siti. Kereta siapa, Tompok tak pasti. Yang beliau pasti itu bunyi kereta BMW 525i enjin 6 silinder 2497cc dan bertransisi Automatik edaran Tan Chong Motor Enterprise.
 


    To be continued....



          

Saturday, February 4, 2012

Tompok si kucing gangster



Tompok ialah seekor kucing yang hidup gelandangan tanpa tuan. Boleh dikatakan kucing freelance atau 'kerja sendiri'. Beliau tidak terikat pada mana-mana kontrak. Beliau akan pergi kerumah atau kedai-kedai makan untuk menyara hidup. Kedai favouritenya adalah kedai Pak Haron. Malangnya hari ini hari ahad. Kedai seafood Pak Haron tutup pada setiap hari Ahad. "Jadah apa tutup hari ahad, Pak Haron ni bukak kedai makan ke pejabat pos?" Keluh Tompok sambil lepak ditepi longkang tepi jalan. Dia menjilat-jilat bulu kakinya. " Tak dapat kaki ayam, jilat kaki sendiri pun jadi lah" 


Tidak lama kemudian, seorang kanak-kanak perempuan berbasikal roda tiga lalu melintasi Tompok. Dia menjeling kearah Tompok sambil basikalnya masih meluncur meninggalkan Tompok. Dia brake basikalnya dengan menyeret kakinya ketanah. Diundurkan basikalnya sambil membuat bunyi beep beep beep seperti bunyi kereta Myvi bila reverse. Dia datang pada Tompok. Disapu-sapunya kepala Tompok. Tompok mengiau. "Kamu sunyi ye?" ujar budak perempuan itu sambil tersenyum, tanpa mengetahui bahawa Tompok sebenarnya berkata, "Kuangajak, mak kau tak ajar ke jangan main kepala orang?"


Dipendekkan cerita, nama budak perempuan ini Siti. Tompok dibawa balik dan diletakkan didalam bakul basikal roda tiga itu. Menggeletar juga Tompok bila basikal itu bergerak. Nak lompat keluar takut digilis tayar. Mengingatkan bagimana Si Belang koma lima tahun selepas digilis tayar bajak korek, beliau tahan ketakutan itu sebab baginya tayar basikal itu lebih menakutkan dari tayar bajak. Sampai dirumah, Siti mengangkat Tompok dan dikepitkan ke ketiak seolah-olah membawa handbag. Rumahnya besar. Lampu besar berkilau-kilau. Tv 45inci. Pakai Astro Beyond. Ada Sport Channel pula tu. Tapi entah kenapa dalam banyak-banyak channel, cerita Dora The Explorer juga yang dibuka. Tompok diletakkan diatas sofa. Siti suruh tunggu sekejap sementara dia mengambil makanan. Tompok tak duduk diam. Dia melompat kearah sofa berdekatan dengan Akuarium. Semua ikan terkejut beruk, hampir berubah kepada spesis beruk kerana terkejut. 

Tompok sengih. 
Ikan tergamam.
Tompok sengih lagi. 
Ikan masih tergamam.
Tompok ketawa besar.
Ikan pengsan.


To be continued....




Dah takde idea ea?

    

Monday, January 30, 2012

Kisah El dan Juliana Evans




Tadi Juliana Evans call aku, tanya aku sihat ke tak. Aku jawab, " Tak sihatlah sayang. I demam." Juliana Evans dengan suara manja membalas, " Haaa..ni mesti sebab mandi hujan ni." Aku dengan suara macho membalas dengan spontan, " Bukan. I demam sebab dah  5 hari I tak jumpa U."  Juliana Evans tersipu-sipu. Tawa kecil kedengaran. Comel benar bunyinya.
Dia membalas, "Eeee...nakal lah dia ni tau." 


Aku cuma tersengih mendengar tawanya.







Aku masih tersengih.






Dan masih tersengih.









Masih tersengih.







  







Alangkah bestnya kalau betul-betul ada girlfriend macam ni.






    

Thursday, December 29, 2011

Hasan Nawawi tengah study week

Ia petang yang hening. Hasan Nawawi berada dimeja studynya, mendongak dagu memandang keluar tingkap. Entah mengapa dia memandang keluar tingkap dengan penuh khusyuk sedangkan diluar tingkap hanya ada padang bola yang lapang dan tiada seorang pun makhluk bermain bola, tiada juga pasangan berdating ditepi padang. Pendek kata, tiada apa-apa yang menarik diluar padang selain dari sehelai boxer yang tersadai diatas pokok mangga sebelah padang. Dipercayai boxer Hamidun Abu Hurairah yang ditiup angin ketika cuba menyidai pakaiannya diatas bumbung asrama.



Hasan Nawawi menjeling jam. Pukul 4.40 petang. Setakat hari ni dia still belum study apa-apa. Dia sedar study week kali ini perlu digunakan sebaiknya. Masih banyak subjek yang belum Hasan Nawawi cover. Dia sedar, dia tak mahu lagi dirinya diperlekeh lecturer kerana resultnya selalu fail. Dia mahu buktikan pada lecturer Math yang mengoyak kertas ujiannya tempoh hari, bahawa dia mampu score untuk final exam kali ni.
Dia sahut cabaran Puan Hasmizah Binti Haji Bustaman.



Challenge accepted!


 Dia buka buku matematik. Hasan Nawawi mencapai pensel 2B jenama Stabilo dan mula menulis diatas buku latihan. Mukanya mula serius. Matanya fokus. Dahinya berkerut-kerut. Dari riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia berazam tidak mahu menghampakan ibu bapanya. Jari Hasan Nawawi pantas bergerak mencatat sesuatu diatas buku latihan Matematiknya. Bunyi gesekan mata pensel jelas kedengaran, dan sangat syahdu iramanya.




"Siap!"



Hasan Nawawi menujukkan muka lega. Peluh jantan dilap dari dahinya menggunakan tisu 30sen yang dibeli dari kedai Ah Seng tadi.


Perlahan-lahan dia letak pensel 2B yang kelihatan semakin tumpul.


Hasan Nawawi meniup kertas yang ditulisnya tadi perlahan-lahan.


Tulisan yang ditulis kemas, besar, dan terang jelas kelihatan.



"Example 3.0: "




"Yang lain aku sambung tulis esok lah..."



  

Sunday, December 25, 2011

Kisah yang takde idea- Pemuda tak kacak dan makcik lawa





Pemuda yang tak berapa kacak ini datang ke sebuah kampung untuk membuat survey tentang betapa tingginya tahap kesedaran orang kampung terhadap pemanasan global. Sementara membuat survey, dia diberi tempat tinggal oleh seorang makcik. Makcik ini janda yang boleh tahan cun juga. Tapi sayang anak perempuan dia tak cun. Mungkin juga kerana rupa bekas suaminya dulu hodoh.


Setiap kali makcik ini mandi, pemuda yang tak kacak ini cuba mengintai makcik ini menggunakan microscope untuk mengintai dicelah-celah serat dinding kayu kerana dinding itu tiada lubang. Namun imej makcik yang kelihatan seolah-olah gambar amoeba dan hydrilla, dia lantas menghentikan perbuatan bodohnya itu. Dia kecewa dan terus tido.




Keesokan harinya, dia pulang ke pusat penyelidikannya. 




Dan tiada apa-apa yang menarik berlaku.




Esoknya dia dipecat.  (tiba-tiba)

  

Friday, December 16, 2011

Kisah yang menyayat hati.

Si Tompok adalah kucing kurap yang terbiar. Si tompok berbulu kuning dan langsung tak bertompok. Nama Si Tompok dulu diberikan oleh seorang pengemis kerana mukanya bertompok-tompok. Namun kini pengemis itu sudah kaya dan mukanya tidak lagi bertompok selepas guna Fair and Lovely.


Si Tompok ingin ke pasar malam untuk mencari makanan. Tiba di gerai ayam percik, dia memanggil brader ayam percik tu. Brader itu tak pandang. Dia menunjukkan lima ringgit yang dibawa. Brader tu still tak perasan. Dia menjerit meminta ayam percik seketul. Brader tu tu menoleh ke arah Si Tompok.


Brader itu mencangkung ke arah Si Tompok. Dia mengusap dagu dan kepala Si Tompok. Si Tompok menunjukkan mata stim. Kemudian brader itu sambung kerjanya.


Si Tompok terus beredar sambil memaki-maki brader tadi dalam bahasa kucing.




Gua cekik lu baru tau!

 


Monday, December 12, 2011

Cerita ni langsung tak lawak

Ahmad Mustaman seorang pelajar praktikal di sebuah hospital swasta. Hari ini hari pertama beliau. Dr Arifin menugaskan dia untuk menjaga pesakit di bilik wad 106. Disebabkan tak biasa dengan hospital yang besar gedabak tu, beliau memakan masa setengah jam barulah jumpa bilik wad tersebut. Sebaik sahaja masuk, dia nampak pesakit yang sedang berbaring. Ahmad Mustaman teliti wajah pesakit itu. Baru dia cam, itu kawan lamanya, Hamdan Khamsun.


"Eh, Hamdan Khamsun! Lama tak jumpa. Kau buat apa kat sini?"


Hamdan mendiamkan diri. Mungkin malas memberi respon terhadap soalan bodoh itu


"Eh kalau dah terbaring kat katil hospital ni mesti la sakit kan? Takkan main futsal pulak. Hahaha."


Ahmad Mustaman gelak sendirian.


"Ala, kau ni sombong ek sekarang ni. Dengar cerita kau dah jadi taukey MLM sekarang ni kan?"



Hamdan masih buat-buat tak dengar. Mukanya masam seolah-olah tidak mahu memandang Ahmad Mustaman.



"Hamdan kau still marah kat aku pasal hal 10 tahun dulu ke?"



Hamdan hanya masam mencuka. Dari riak mukanya memang langsung tiada minat berbual dengan Ahmad Mustaman.


"Aku tau dulu aku dah buat hidup kau jadi sengsara. Aku rosakkan masa depan kau. Tapi...tapi aku tak berniat pun.."



Ahmad Mustaman mengambil nafas sebelum menyambung ayatnya.



"Masa kita naik pentas untuk ambil hadiah UPSR atas pentas hari tu, kau beratur depan aku. Then masa tu, kat atas pentas ada kulit tembikai yang Mael Hambali campak masa persembahan dikir barat sebelum tu..."


Ahmad Mustaman tunduk sayu.


"Lepas tu masa kau tengah terima hadiah dari guru besar, and tengah posing depan cameraman dari Berita Harian  tu, aku terpijak kulit tembikai tu. Disebabkan momentum badan aku yang gempal masa tu, aku terjatuh hampir tersembam ke muka. Aku taknak muka aku yang comel tu musnah dipukul lantai pentas, so aku pun tak sengaja tarik seluar kau yang tengah berposing tu."


"....Aku mana tahu yang masa tu kau tak pakai spender."



<<<<<<<<<<<<Flashback>>>>>>>>>>>>>>

Seluar Hamdan Khamsun tertanggal diatas pentas. Hamdan Khamsun terkaku. Murid-murid lelaki di dewan tersebut mula ketawa. Ada yang gelak sambil melompat, ada yang berguling-guling, ada juga yang buat siulan "Phewwitt", dan ada juga yang menjerit dengan nada menganjing "Apahal kecik sangat???". Murid-murid wanita menjerit "AWWW" sambil menutup muka dengan tapak tangan. Namun, jari jemari dijarangkan kerana mereka juga bersifat ingin tahu.

Ahmad Mustaman teringat waktu seluar Hamdan Khamsun ditarik, cameraman dari Berita Harian sedang snap gambar. Entah bagaimana, editor Harian Metro berasa tertarik. Dia membeli gambar itu dari Berita Harian, lalu dibuat berita dengan headline: "Murid Cemerlang UPSR Bogel Atas Pentas". Terpampang dimuka depan Harian Metro gambar Hamdan Khamsun memegang Award sambil tersenyum lebar seolah-olah sengaja berbogel diatas pentas.







Sejak hari itu,kehidupan Ahmad Khamsun ibarat pengorek pensel yang tumpul. Dia tidak keluar rumah, tidak berjumpa rakannya dan tidak bersekolah. Dia murung, meracau, dan dia mula ketagih main dota. Hidupnya dan masa depannya jadi gelap. Dan Ahmad Mustaman adalah orang yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku.

<<<<<<<<<<<Tamat flasback>>>>>>>>>>>



Ahmad Mustaman menunjukkan muka kesal sambil tersedu-sedu menahan air mata kerana baginya kalau dia menangis, mukanya lebih hodoh dari Dr Rozmey.

"Aku betul-betul mintak maaf Hamdan Khamsun. Kalau boleh ulang balik masa tu....aku....aku rela muka aku pecah and jadi hodoh macam Rizalman Manap. Aku....aku menyesal..."



"Takpe Ahmad Mustaman...gua maafkan lu." ujar Hamdan Khamsun sambil perlahan-perlahan menoleh kearah Ahmad Mustaman.


"Tapi gua ada satu rahsia gua nak bagitau lu. Gua pun ada buat palat jugak dengan lu dulu. Gua je tak nak bagitau." sambung Hamdan Khamsun.


"Apa dia? Takpe Hamdan Khamsun. Sebelum kau bagitahu pun aku dah maafkan dah. "




"Gua pernah masukkan taik kucing dalam air cendol lu. Sape suruh lu kedekut sangat." ujar Ahmad Khamsun sambil tersengih.


Ahmad Mustaman teringat betapa syahdunya dia melayan cendol itu dulu. Dia ingatkan Mak Limah dah tambah asam boy dalam cendol tu sebab rasa dia memang special masa tu. Tiba-tiba tekaknya loya. Lantas Ahmad Mustaman lari keluar mencari toilet.

Selesai membuang segala jenis kandungan dalam isi perutnya, Ahmad Mustaman keluar dari tandas dengan penuh lega. Dengan hati yang tabah, dia kembali ke wad 106 untuk menghadap Hamdun Khamsun.

"Ahmad Mustaman, kau buat apa kat sini? Puas aku cari kau!" panggil Aslam, kawan sepraktikalnya.


"Aku nak balik ke wad 106 la ni. Kan doktor kata aku kena jaga wad ni. " balas Ahmad Mustaman sambil menunjuk ke arah bilik wad tadi.


"Cuba kau baca balik papan tanda kat atas pintu bilik tu. " ujar Aslam.


Ahmad Mustaman memandang papan tanda itu. Dieja perkataan itu satu-persatu.





"BILIK MAYAT"





Ahmad Mustaman terus demam selama tiga minggu.





Hamdan Khamsun aktif bermain MLM. Beliau sangat rakus untuk jadi kaya sehingga meminjam dari along. Hingga satu hari, dia ditipu oleh syarikat MLM itu dan duitnya hilang begitu sahaja. Beliau terkejut beruk tahap kritikal sehingga mendapat sakit jantung dan mati pada hari sebelum Ahmad Mustaman start praktikal.






Moral of the story:

  • Jangan join MLM especially dari scammers yang berlambak kat internet.
  • Jangan tarik seluar orang sesuka hati.
  • Jadilah insan yang berguna.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...