Showing posts with label perkara-perkara yang harus diingat. Show all posts
Showing posts with label perkara-perkara yang harus diingat. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Beza drama dan realiti

Kisaah Cinta


Dalam drama:


Daniel: Awak tahu tak? Saya cintakan awak...

Amilia: Saya pun cintakan awak. Lebih dari segalanya tau...



Dalam realiti:


Samsul: Awak tahu tak saya cintakan awak...

Amilia: K.




Kisah ibu malang


Dalam drama: 


Anis: Mulai hari ni mak boleh berambus dari rumah Anis!

Ibu: Kenapa Anis buat macam ni kat mak nak...apa dosa mak pada Anis..? Tolong jangan halau mak..



Dalam realiti:


Siti: Mak, lusa Siti outstation. Siti hantar mak pergi rumah Kak Long sementara ea?

Mak: Engkau nak menghalau aku ye Siti? Anak derhaka! Dari kecik mak bela kau baik-baik, INI BALASAN KAU?



Kisah penyiasatan


Dalam drama:


Detektif: Tuan, kami dah dapat maklumat tentang markas sindiket dadah tu. Dan dipercayai Rosman Ketot adalah dalangnya tuan!

Inspektor: Bagus. Tindakan yang cekap detektif Tajul!


Dalam realiti:


Detektif: Tuan, rasanya saya dah boleh agak kat mana tempat diorang lepak buat dadah ni. Sebab hari tu saya terserempak dengan Rosman Ketot kat traffic light around jalan Bangsar. Alaa yang kat tepi kedai kuih lapis Sarawak tu...

Inspektor: Oh yeke? Eh kuih lapis Sarawak? Sedap tu.



Kisah isteri curang

Dalam drama: 


Harun: Nah, dalam sampul ni ada bukti gambar-gambar yang isteri kau Salina curang dengan lelaki lain. Tengok betul-betul!

Azman: Tak mungkin....Salina....kenapa....?


Dalam realiti: 


Harun: Aku dah emailkan bukti gambar-gambar yang isteri kau Salina curang dengan lelaki lain. Kau tengok betul-betul!

Azman: Kejap aku check. Aduyai, internet slow la. Ish. Hang la pulak. Ni apahal keluar tanda seru pulak ni? Dia kata untuk buka gambar ni aku kena download extension. Ni apa keluar gambar gajah ni? Arghh...







Abang, sebelum abang mati, semua harta abang tu abang wasiatkan kat saya ye?


   

Sunday, February 12, 2012

Anggapan Bodoh Yang Normal


Bismillah


Kulit di tangan aku tengah mengelupas.
Aku tak pasti aku ni katak ke apa sebenarnya.
Kalau ikut sport class dulu, ini simptom kekurangan enzim-enzim.
Kalau begini, aku haruslah berkahwin dengan lelaki yang bernama Azim.
Ya, takde kena mengena pun.
Saje je nak try test tahap kebodohan.
Buat masa ni tahap kebodohan berada pada skala 10.

Hmm..
Boleh tahan.


Bercakap tentang kebodohan. 
Kita selalu memberikan skala bodoh tertinggi pada orang lain bila orang tu tak sependapat dengan kita.

Contoh.
Kalau soalan kuiz tanya binatang apa keris di kaki.

Untuk kita yang dah memang tahu jawapannya ayam, bila dengar orang lain bagi jawapan 'kuda laut', mesti kita akan berkata dengan kuat 'Booooddooohh!!'

Kenapa? Sebab kita dah tau jawapan sebenar sebelum orang tu. Dan mungkin ini kali pertama orang tu dengar soalan kuiz camtu. Alahh.. Time korang first time dengar soalan ni masa darjah 4 Anggur dulu, korang pun kompem tatau jawapan dia ayam. Dan sampai sekarang aku masih tak faham apa kena mengena kaki ayam tu dengan keris. Aku tak rasa pun kaki ayam dan keris ada pertalian darah. Bentuk pun tak sama.

Jangan assume orang tu bodoh disebabkan 2,3 perkara yang kita kebetulan tahu dulu dari dia. Ada keadaan yang kita akan berpengalaman dulu, dan ada waktunya orang lain lalui dulu. 

Kalau tanya budak darjah 5 sekarang tentang Ipad, aku rasa dia lebih tau dari aku yang dah tua ni. Maklum, bebudak zaman sekarang canggih tahap jahanam. Kecik-kecik dah dimewahkan dengan gadget. Dah besar kang rosak la tu.


Padat sungguh entri aku kali ni.


Moral:
Ada waktu kita bodoh.
Maka jangan nak mem-bodoh-kan orang lain.


Saturday, December 24, 2011

10 Perkara Yang Tak patut Dilakukan pada hari Krismas


1) Pakai baju Santa Claus bawak guni then menyelinap masuk rumah orang senyap-senyap pada waktu malam.

2) Melalak dengan mak sebab dia tak bagi hadiah.

3) Bangun pagi untuk pergi semayang raya.

4) Tulis surat senarai barang apa yang korang nak, lepas tu hantar kat pejabat Dato Najib dengan p/s: Kau nak aku undi kau ke tak?

5) Balut hadiah yang berisi sayur kobis, bayam, ikan kembung dan sambal tumis dalam kotak hadiah then hantar kat kawan mat salleh.

6) Tengok anak bulan and buat pengumuman Krismas secara siaran langsung di TV1.

7) Korek ais dalam ice box peti sejuk, kumpul dalam baldi, then tabur keliling rumah sampai nampak macam rumah kat oversea.

8) Tebang pokok rambutan rumah jiran untuk dibuat pokok krismas.

9) Pergi Pavilion then duduk atas riba Santa Claus, acu pisau rembo ke leher dia then ugut suruh bagi korang iPad.

10) Merempit di jalan yang sunyi ataupun tak sunyi, bawa laju mahupun tak laju, tapi kalau tak laju taklah merempit namanya kan?









p/s: Pada muslim, takyah nak sambut sangatlah Krismas ni. Raya puasa sebulan kau dah raya, raya cina kau nak raya, deepavali kau raya, krismas pun nak raya jugak? Amboi, apesal tak ikut raya Thaipusam sekali?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...