Friday, November 25, 2011

Kepada Peminat Bola Sepak Yang Mempunyai Awek


Bismillah


Aku tau ramai antara korang yang dah ada baju jersi Malaysia sejak setahun ni,kan..? Semenjak-dua menjak-tiga menjak Malaysia start jadi juara Suzuki Cup tahun lepas, mencanak-canak supporter Malaysia bagi sokongan. Walhal sebelum ni, warna bendera Malaysia pun macam tak berapa nak yakin macamana gaya rupanya. Kalau korang rasa bendera Malaysia ada gambar kuda laut, sila siap-siap beli tali guni sekarang. Pastu boleh start ikat kat kipas,dan ikat pulak hujungnya pada tengkuk masing-masing.


Bodoh melampau namanya tu.


Pasal bola ni, aku tau tak ramai perempuan yang minat. Kalau tengok pun sebab remote Astro tu ayah korang dah sorok bawah punggung. Maka korang lebih rela tengok bola berbanding berisiko memegang najis mutawasittah. Terpaksa. Tak rela. Ya, aku faham.

Kadang-kadang terpaksa buat-buat suka sebab dah pakwe sendiri dengan bola memang bagaikan taik kuku dengan kuku. Takleh nak pisah. Asal ada bola, mesti nak ajak tengok. Well, jejaka-jejaka semua, anda tahu awek anda tak berminat dengan bola sepak walaupun dia berjimba atas meja bila gol, bila..:


1. Bila reff tiup wisel sebab bola offside, awek anda akan kata..

"Reff tiup wisel sebab player tu tendang bola guna kaki kiri. Mana boleh. Foul tu!"


2. Bila reff tiup wisel sebab bola terkena tangan player (hand), awek anda akan kata pula..

"Bodoh la striker tu. Tangkap la bola tu kemas-kemas! Kan dah foul!"

Nampak sangat awek anda kuat main bola jaring.


3. Bila reff dah keluarkan kad kuning dan kad merah, awek anda tanya..

"Kenapa tak keluarkan kad hijau? Lepas merah kan hijau?"

Mungkin awek anda tengah dalam proses amik ujian memandu.


4. Bila player nak ambil sepakan penalti, awek anda mengamuk tak puas hati...

"Lahhh! Apsal takde orang defend nie??"




Kalau awek anda pernah berfikiran seperti di atas, maka cukuplah..
Jangan dipaksa-paksa.


Malahan berilah kredit kepada awek anda yang masih berpura-pura menyukai bola sepak hanya kerana anda menyukainya. Tak ke sweet tuhh..??


Ok, cukup dengan mata bercahaya cinta tu.


Geli.



15 comments:

c'axoera said...

hahahahaah....saya tgk bola dengan kawan2 ajer sebab semangat tapi bukan dengan dia...hahaha shhh dia tak tahu saya layan bola hahahaha

El said...

style. ahahha

cik ungu said...

c`axoera

awek anda baru saje msg.
die mintak clash.

hambeekkkkkk!! ahahhaha

El said...

Dia pompuan lah....awek kemende..
dia guna saya sbb ingat aku yg tulis.
kui kui kui

cik ungu said...

owh menn..

patut nick die meragukan.

takpelah. krisis identiti itu perkara biasa

^ Jehan in the house ^ said...

ishh..ishh..aku pun kaki bangku tapi tak lah tersangat mcm "awek" tu..aduuhh

ZIEMA said...

hahaha aku pun takde la pandai sgt bab2 bola ni. tapi takdela bodoh cenggitu.
btw sape pompuan tu? ahaha

✿ cik pieQa ✿ said...

ahahahah ! teringat pulak time malaysia vs indon bru2 nie.

malaysia goal, melompat2 aku kat kdai makan tu macam kera smbil bersorak gumbira.

sekali pelik. kenapa, budak2 laki yang tengok bola kat situ steady je tak sorak.

rupenye tu goal offside. cis! beriye je aku. rasa macam nak rendam muka berjam2 dalam longkang.

cik ungu said...

Jehan :

kau kaki bangku...?

eh nape kaki aku kaki manusia..

cik ungu said...

ZIEMA :

pempuan tu kata nama dia azimah...

eh..

macam nama kau la..


entah2...err..

cik ungu said...

cik pieqa :

yaa memaannggg!

sesungguhnya entri ni khas untuk anda!

RAIZAN said...

Sejak bile ni kak? Xtau pon...

cik ungu said...

Raizan :

Baru je. Akak part timer je sini.

syafiqakarim said...

hahah mantap.

cik ungu said...

syafiqakarim :

calet skeettt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...