Sunday, December 11, 2011

Kalau Dah Perempuan Tu, Perempuan Jugaklahh



Bismillah


Sepatutnya hari ni aku kena masak. Tapi tadi turun dapur, tengok dalam fridge, tak ada ayam.
Sedangkan hati sekarang bernafsu pada ayam.

Ikan banyak.
Tapi aku kurang minat masak ikan.
Aku risau kalau waktu tengah masak, ikan tu hidup kembali dalam kuali.

Yelah.
Dalam kuali tu kan basah.
Ada minyak. Kadang-kadang letak air. Kadang-kadang letak santan.
Kadang-kadang letak cili giling. Kadang-kadang letak air asam.
Bila semuanya bersatupadu, kan jadi berkuah dalam kuali.

Dan kuah itu kan cecair.
Dan cecair itu kan air.
Dan bukankah ikan hidup di dalam air?

Maka bila ikan ada dalam kuali berkuah, ikan tu mungkin hidup balik,kan..?
Jangan biadap sangat nak kata ayam pun boleh berenang dalam air.

Kau sampai hati ke tengok ikan tu berenang dalam kuah pedas..?
Mesti pedih mata dia.

Sebab tu aku fikir,
lebih elok aku tak masak harini.


Bukan.
Ini bukan alasan malas masak.


Moral:
Eh..
Mana pulak nombor telefon Mc'Dogol ni.?


19 comments:

shedameor said...

kalau dah pemalas tu, pemalas jugak. haha

ZURAINI said...

kaki pusing gile! haha

saya dewi said...

lepas nieh tanak da makan ikan. kesian generasi beliau. makan ayam tape kan kan? -..-"

HAHA XD

El said...

apa kata pergi order ayam McD pastu buat gulai ayam?

RAIZAN said...

=,.= huhu~ nampak jelas di situ.

cik ungu said...

shedameor :

apa? apa??

perkataan malas takde dalam buku teks kimia aku ok.

cik ungu said...

zuraini :

apa pusing?
karipap?

tooloongg skiittt...

cik ungu said...

saya dewi :

rasanya lebih elok makan cicak.
kan sunah bunuh cicak.

banyak ni.

cik ungu said...

el :

aku order askem mekdi.
agak2 buat gulai nanti cair tak.?

cik ungu said...

raizan :

Haipp! baik sikit ok!
akak perserta masterchef ok..



..yang tersingkir.

cik ungu said...

raizan :

Haipp! baik sikit ok!
akak perserta masterchef ok..



..yang tersingkir.

El said...

kalau ye pun nak kasi nampak macam banyak komen takyahla sampai satu reply satu komen...

haha

Aqiim said...

kalau dah malas tu, malas jugaklahh.. =.='

Niki Razali said...

hahaha. aku dah boleh pki alasan ni kalau2 ader org suruh aku masak ikan.

cik ungu said...

El :

sementara boleh nak reply.
sok blog kau ni da pemes, aku x reply dah. haha

cik ungu said...

aqiim :

berani cakap cmtu kan?
tak jadi ah nak kawin sama kamu

cik ungu said...

Niki :

untuk ayam, kita harus fikir alasan lain.

Saddila said...

hahaha alasan semata-mata :)

cik ungu said...

saddila :

tidakk tidakkk..!!
*terjun laut~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...