"Aku harap ada orang rembat bola laju-laju tepat ke kepala balak kau..."
Petang-petang begini memang tiada apa yang Hasan Nawawi lakukan. Dia sudah bosan bermain game, sebab tak pernah menang walaupun dia main level beginner. Eh tak. Bawah lagi dari Beginner. Loser namanya.
Dia baring diatas katil sambil menekan-nekan henfonnya. Dia membuka phonebook dan dengan perlahan-lahan dia scroll ke bawah, mencari nama kawan perempuan yang boleh diajak sms. Dia berhenti di nama Ros. Atau nama di phonebook Ros Chumil. Dia teringat Ros, gadis yang pernah reject dia suatu masa dahulu. Sudah lama dia tak jumpa Ros sebab universiti yang berbeza. Dia teringat yang dahulunya dia sering bergayut dengan Ros setiap malam, sebelum terjadinya Tragedi Oktober dimana Ros menghantar sms keramat: 'Maaf, saya hanya anggap awak sebagai kawan je.'
Hasan Nawawi mula menghantar text. Dia taip hai. Tapi dipadam balik. Dia taip salam. Pun dipadam balik. Dia taip hai balik. Kali ni dia teruskan. 'Hai, ingat saya lagi tak?' Dia tekan send. Dia menunggu dengan penuh harapan.
'Trut trut..!!'
Bunyi vibrate henpon. Hasan Nawawi check henpon beliau. Dia tengok huruf pertama pada penghantar sms tu. "Oh, bukan celcom.." ujar Hasan Nawawi lega. Nama yang tertera adalah Ros Chumil.
'Eh mesti la ingat. So, awak apa khabar sekarang. Sihat?'
Hasan Nawawi tersenyum riang. Dia mula membalas dengan penuh eksaitet.
'Mana lah tau dah tak ingat. Saya sihat je. Ros macam mana? Mesti makin comel kan?'
'Eh mana ada. Saya makin tembam tau.. :'( '
'Kalau awak tembam pun still comel tau. Hik hik. Urm..awak ada boifren?'
'Takde. single je. Hi hi hi. Awak?'
'Saya pun takde jugak. Yeke single? ada chance la ni..'
'Hi hi hi... *blushing.'
'Macam taknak kat saya jew..'
'Eh, siapa pulak kata tak nak... awak kan hensem. hi hi hi'
'Eh mana ada hensem. Biasa-biasa je.' Balas Hasan Nawawi sambil mencari cermin.
'Oklah Rizalman. Saya hal sikit ni. Nanti mesej lagi tau :)'
'Ok...see u later. take care... :)'
Hasan Nawawi tersenyum bahagia. Dia tatapi mesej yang Ros bagi tadi. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu.
'RIZALMAN????'
8 comments:
apakah sebenarnya ini??
haha tu la pasal , tetiba rizalman . sengal gilo la cerita ni .
ia memerlukan imaginasi yang tinggi untuk faham...haha
malangnya hasan nawawi..
yg si ros pun apasal bangang sgt?!
ksian hasan nawawi...kesian...
HAHAHAHA
eh jap2.. merujuk kpda komen kau yg sblum komen aku kt atas nie, ya...
ternyata aku memiliki imaginasi yg tinggi..
hahahahah
Ape nk jdik la dgn ko ni Hasan Nawawi oi!
aqiim: wah tahniah..aku bangga ada kawan cam kau.haha
niki: tu kan pakwe kau...aish apa jadi dengan dia ni
haha, best jugak entry ni, LOL :D
Post a Comment