Huk aloh. Nate apo? |
Persoalan sekarang ni kenapa kelab bolasepak boleh bazirkan banyak gila baban duit dengan sebegitu senang lenangnya? Mungkin 30juta pounds tu sebutannya pendek dan kebanyakgilebabian duit tu tak terselah. Tapi cuma sebut dalam nombor penuh, $50,000,000. Lepas tu cuba convert dalam duit Ringgit Malaysia, 200,000,000. Nampak tak berapa ketul sifar kat situ. Cuba compare duit RM200,000,000 tu dengan duit yang ada dalam bank korang. Campur lah duit bank korang, duit mak abah, duit tabung haji tok nenek korang sekalipun aku yakin takkan sampai sebanyak ni.
Now, cuba bayangkan, dalam imaginasi paling liar kita, yang masa transfer window January 2010/2011 tahun lepas, Abramovich tak jadi beli Torres, tapi 30juta pounds tu dia bagi kat kita. Apa kita boleh buat dengan duit sebanyak RM200juta ni?
- Beli rumah Datuk Yusof Haslam, rumah Datuk K, rumah Datuk T, rumah Datuk Khir Toyo, Datuk Ramli MS, Datuk Sharifah Aini and last sekali tambah dapur rumah Atuk korang.
- Beli Ferrari 180 bijik, pastu balance dia beli la Kancil sebuah. Duit minyak kena jaga jugak.
- Beli Ferrero Roche sepuluh lori, siap dengan kilang-kilang, siap dengan minah-minah kilang dia sekali. Ooo, dulu dekat giant kau buat muka kerek dengan aku, mentang-mentang masa tu aku miskin.
- Beli 100 bijik laptop Asus pastu try jatuhkan dari bangunan tingkat 18. Aku nak test jugak betul ke laptop Asus ni laptop yang paling tahan lasak. Kalau dah jatuh tingkat lapan still ok and boleh main game lagi, beli terus company Asus.
- Pergi bank yang kerani dia kerek, pastu mintak pecah duit RM8juta pada duit seringgit-seringgit. Suruh diorang kira balik lapan kali takut salah kira. Ulang proses sama sampai semua 200juta tu semua jadi duit seringgit-seringgit pastu tukar balik ke duit seratus-seratus.
- Beli negeri Perlis, lepas tu buat jadi negara sendiri.
- Pergi holiday kat semua negara. Singgah berak kat Israel, pastu sambung pergi kentut telur dalam Whitehouse.
- Bagi sedekah kat orang miskin seluruh dunia. Perh, terasa mulia pulak diri aku ni. Haha.
- Beli dadah lapan kilo lepas tu letak dalam office Najib. Lepas tu suruh Abang Naz terjah office dia.
- Beli iPad and Blackberry sepuluh lori. Pastu sedekah kat anak orang asli.
- Beli beras sejuta kilo. Sebab aku cukup malas bila mak aku suruh pergi kedai beli beras.
- Ajak Maria Ozawa lumba basikal. Lepas tu hantar dia balik pergi Jepun.
- Call Abang Kafe suruh hantar nasi ayam pergi bilik aku. (idea Niki)
- Call Steven Gerrard datang UniMAP untuk main futsal. Lepas tu main PES. Lepas tu ambik gambar dengan dia, lepas tu upload kat facebook, lepas tu ajak main PES lagi. Aih, banyaknya kerja.
- Beli helikopter 10 bijik. Balance dia buat beli Airbus 10 bijik. Kalau ada balance lagi, beli helikopter 5 bijik lagi.
- Cat helikopter tu dengan gambar Dr Rozmey. Pastu letupkan.
- Cat helikopter tu dengan gambar Justin Bieber. Pastu letupkan.
- Cat helikopter tu dengan gambar penyanyi K-pop. Pastu kumpul penyanyi K-pop ramai-ramai dalam helikopter tu. Pastu letupkan.
- Rupa-rupanya penyanyi Kpop tadi tak mati sebab diorang ada pakai susuk. Itu yang muka cantik je semuanya.
- Inilah orang zaman sekarang. Suka pilih jalan mudah untuk nampak jelita.
- Apa susah, Jus Mate kan ada? Duit dah berjuta-juta beli la selori.
- Aku rasa aku dah lari topik ni.
- Ok lah, selebihya korang sambung kat komen.
- Aku nak pergi makan megi jap sebab duit RM200juta tu Abramovich belum bank in lagi. Esok kot baru masuk.
Neeyyyy!!!!!!!! |
p/s: Kalau duit cukup jangan berangan pergi Paris, Korea and Bangladesh. Pergi haji dulu la, kang tak sempat nanti mampus tak bertitle haji bau tau. Rugi tu.
2 comments:
kalau aku ada 200 juta, aku nak simpan, aku taknak bagitau kat sesiapa pun pasal kekayaan aku..
sebab kalau boleh, aku nak bakal isteri aku ikhlas cintakan aku, bukan kerana duit..
biar miskin di mata, jangan kaya di hati..
ahh sudah apa aku mrepek nie..
hahaha
ohhh... hahahaha
Post a Comment