Musalman Abidin bermimpi Christiano Ronaldo menyepak bola tepat ke bahagian anggota badannya yang menjadi kebanggan lelaki. Dia tersedar. Dia meraba anggota badannya itu. 'Oh, masih berfungsi'. Dia bingkas bangun. Mencari henpon Nokia 3310 yang telah diguna segenap zaman yang dibeli di kedai cenderahati Manap bin Haji Supirman. Air sirap, air longkang, parit belakang rumah Rosmira Tajuddin, semua pernah menjadi swimming pool buat henponnya itu. Dia tatapi jam sambil menenyeh-nenyeh matanya dengan jari, lengan, malah tidak cukup, ditambah lutut sebagai penenyeh tahi matanya.
"Pukul 11.55"
Dia terfikir sejenak. Dia bangun dan rapatkan mukanya kedinding. Bukanlah Musalman Abidin buang tebiat, tapi dia meneliti poster Steven Gerrard yang berserta dengan jadual perlawanan Liverpool.
"Malam ni ada game. Pukul 12"
Tanpa sebarang budi bicara, dia bingkas capai henponnya, capai jersy Liverpool yang tak dibasuh sejak fixture yang pertama lagi. Dia capai walletnya. Sebelum sempat memasukkan wallet ke poket belakangnya, dia terkaku sebentar.
"Apa guna aku bawa wallet?"
Beliau keluarkan seringgit yang keseorangan dalam wallet itu dan sumbat kedalam poket seluar. Dia campak wallet itu ke katil. Wallet itu kelihatan riang melantun-lantun di atas tilam, kemudian tercampak ke tong sampah. Musalman Abidin biarkan saja.
"Kau dengan sampah memang sama nilai pun"
Dia keluar bilik dengan penuh semangat. Dituruni tangga rumah flatnya kerana lift sudah 3 bulan rosak tanpa sebarang perhatian. Pernah juga Musalman Abidin menawarkan diri untuk merepair lift itu dengan mebawa screw driver dan playar. Tapi pintu lift tersebut pun tidak terbuka setelah beliau cungkil menggunakan kuku jari kelengking beliau. Belaiau berlari-lari anak, atau berlari-lari bapak sebab beliau sudah tua. Selesai menuruni 8 tingkat, beliau teruskan perjalanan dengan termengah-mengah. Ikut badannya memang beliau mahu pitam. Tapi game akan bermula lima minit lagi. Selama lapan tahun beliau tak pernah miss tengok kick off dalam game Liverpool.
Beliau sambung berjalan ke kedai Pak Harun yang anaknya cantik menggoda. Kedai itu sahaja yang ada astro, dan buka channel sukan. Kedai Pak Samidin Masnain setiap malam buka Astro Oasis dan sesiapa yang menyuruh beliau tukar channel, dalam nasiknya bakal ada lipas. Kedai Pak Tukiman Salehudin pula langsung takde Astro. Tiap malam beliau cuma buka TV1. Siot tol.
Beliau berjalan-dan berjalan. Beliau terasa sesuatu. Beliau terasa sejuk. Pandangan tajam orang yang lalu berselihan dengannya pula terasa seperti beliau dicabuli. Beliau terasa terdedah kepada bahaya. Entah kenapa fikiran Musalman Abidin sangat bercelaru malam ini.
Henpon 3310 Musalman Abidin berbunyi alarm reminder. Memang Musalman Abidin dah set awal-awal alarm akan berbunyi 3 minit sebelum perlawanan bermula. Beliau capai henpon dalam kocek. Terjatuh pula henpon tersebut. Beliau bongkok untuk mengutip henpon kesayangannya itu. Beliau kembali berdiri dan teruskan perjalanan sebelum teringat yang beliau nampak sesuatu yang sangat ganjil. Musalman Abidin lihat kebawah.
Musalman Abidin masih memakai boxer.
Christiano Ronaldo berkata,
"Jangan kata gua tak bagi warning.."
4 comments:
musalman oh musalman..
hape daa pkai boxer je..
hahaha
xpe2. setakat pakai boxer je, Musalman Abidin dah pernah melalui sesuatu yg lebih teruk dari ni.
u go musalman abidin.
musalman abidin jiwa kering. dia takkan malu punya
wooo,
ptutlah sejuk je kemaluan iteww..
HAHAHAHAHAHAHHA
Post a Comment