Showing posts with label jangan jadi lebih dari mangkuk. Show all posts
Showing posts with label jangan jadi lebih dari mangkuk. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Poseur Bola sepak

Poseur adalah orang yang berpura-pura atau pretending atau cuba sedaya upaya jadi someone yang bukan diri dia. For example, budak skima kata konon-kononnya dia peminat Heavy Metal. Padahal band paling rock pernah dia dengar pun Spider je. Yang lain dia dengar tak habis-habis lagu Justin Bieber.

Sikap poseur dalam kalangan fan atau penonton bolasepak ni banyak jadi sekarang ni. Poseur bolasepak means orang yang tak tahu apa-apa pun pasal bolasepak, atau tahu sikit je pasal ilmu bolasepak, dunia football, and history. Tapi bercakap and lagaknya semangat kemain, mengalahkan Ultra Malaya.




Ini tak semestinya poseur. Tapi semestinya poser.



 Frankly, terus terang, mostly poseur ni biasanya perempuan. Bukan nak jadi sexist, tapi itulah hakikatnya. Tapi lelaki yang baru nak up pun ada. Tak kira umur berapa, budak sekolah, budak matrik, budak MRSM, budak unibersiti ataupun mak budak sekalipun. Sentiasa ada sikap-sikap poseur yang melampau dalam bola sepak, sampai mengundang kebencian dan kenyampahan orang ramai dan secara tidak langsung peminat sebenar bola sepak akan end up sepak objek lain selain bola.

Ciri-ciri objek tersebut adalah:



1) Tak tahu rule bola sepak.


Jemah: WOI! KENAPA DIA TAK SEPAK BOLA TU!! BODOH BETUL LA!! DAH TAKDE ORANG DAH TU!!

Samsudin: Berapa kali saya nak bagitau? Dia tengah offside! Saya lempang juga oesophagus awak ni kang.



2) Tengok bola menjerit-jerit terpekik-pekik walaupun tak ada apa-apa yang menarik.



Kassim:  WOOOOO!!!!!!! Sikit lagi tu!!!! Sipi-sipi je!!! Lapan meter je lagi nak masuk gol!!!!



3)  Sokong team yang femes, dan satu-satunya team yang dia kenal.



Udin: Dalam liga EPL kau sokong team mana Pejah?

Pejah: Aku sokong BARCELONA!!




4) Sokong team mana yang ada player kacak.

Jamilah: Malam ni ai nak tengok Portugal lawan Spain..auww kacaknya abam Ronaldo GO PORTUGAL GO!

Jamilah: Eh....abam Fernando Torres pun boleh tahan. GO SPAIN GO!!!

Jamilah: Eh...abam referee ni pun kacak. GO REFEREE GO!!!

Jamilah: Eh...comelnya abam yang kutip bola tepi padang ni. GO ABANG KUTIP BOLA GO!!



5) Sokong team ikut boyfriend.


Najihah: Sayang, awak sokong team apa?

Mokhtar: Saya sokong Arsenal.

Najihah: Arsenal tu apa sayang? Bunyi nama macam bodoh je.

Mokhtar: Kelab bola sepak lah.

 (5 minit kemudian...)

Post status kat facebook:


Najihah Comey ARSENAL IS THE BEST!! I LOVE YOU ARSENAL!!!




6) Selalu fikir Brazil kelab terbaik dunia. Sehinggakan piala EURO pun dia sapu juga.


Mimi: Saya sokong BRAZIL! Mereka pernah memenangi EURO!.

Mimi: Saya sokong BRAZIL! Mereka pernah menang piala AFC!

Mimi: Saya sokong BRAZIL! Mereka pernah menang piala Champions League!

Mimi: Saya sokong BRAZIL! Mereka pernah menang piala Liga M!



7) Claim diri peminat no 1 kelab tu. Tapi disuruh bagitahu nama player dia tak tahu.


Nini: AKU FAN NO.1 MAN UTD!!! GLORY GLORY GLORY!

Habibudin: Try senaraikan tiga orang player MU.

Nini: Err...Rooney, Alex Ferguson, erm...yang negro negro tu sape tah nama dia.



8) Minat team yang selalu menang.

Khalsom : Kau tau tak Jubir, aku minat Spain sebab dua tahun lepas Spain menang World Cup. Aku minat Real Madrid sebab dia baru menang piala apa entah. Lepas tu aku minat Mancester Siti. Kalau bukan sebab bekas laki aku tu orang Kelantan dah lama aku sokong Kelantan FA kau tau?

Zubir: Pergi mati boleh?





Aku sokong Liverpool walaupun dah seabad tak menang Liga. Aku sokong England even main macam celaka. And aku sokong MP Muar walaupun penonton dia tak bakar kerusi stadium.


Keh keh.




BAKAR WEH BAKAR! TIM KITO KALOH!
PUNOH MASO DEPE KAWE!!


     
           

Monday, April 30, 2012

10 perbuatan harus dielakkan ketika jalan jam



  1. Membunyikan hon secara berterusan sepanjang perjalanan untuk minta laluan.
  2. Turun dari kereta anda dan masuk dalam kereta sebelah kerana kereta anda tak ada aircond.
  3. Bawa bantal, baring di tengah jalan dan tidur.
  4. Angkat kereta anda dan bawa jalan melalui celah kereta-kereta dihadapan.
  5. Parking kereta ditengah jalan dan pergi shopping sementara menunggu jalan clear.
  6. Buat konsert amal ditengah highway.
  7. Pergi ke kereta sebelah dan korek hidung pemandunya
  8. Basuh kereta.
  9. Buka meja diatas jalan dan jual minyak lintah.
  10. Menyondol kereta hadapan supaya kereta hadapan tersondol kereta hadapan dan yang paling hadapan dan seterusnya melancarkan trafik.


  
  

Sunday, April 29, 2012

Mangkuk minggu ini: Mari terbalikkan kereta





Eh? Kenapa orang tu tak check dulu ada orang ke tak bawah kereta tu sebelum bersusah payah terbalikkan kereta? Atau secara konsepnya, adakah mereka rasa angkat kereta tu lebih senang dari menjenguk bawah kereta?


Maksudnya....macam ni?












Adakah ini fakta? Atau kebodohan? Atau tipuhelah? Atau ia sebenarnya satu lagi konspirasi Freemason dan Illuminati dalam usaha memanggil dajjal keluar dan memfreemasonkan semua umat manusia? 

Atau pun....ataupun....arghh!!    *mindfucked


   
   

Tuesday, March 13, 2012

Masalah jadi student U

"Dua tiga lembu terbang, mana nak sama si platipus ku sorang"  -Aristotle.


Berdasarkan quotes diatas, aku ada soalan untuk korang. Tapi untuk korang yang dah masuk, atau pernah masuk U je. Yang belum masuk atau baru habis SPM tolong duduk tepi sikit. Aku nak tanya, betul tak korang lebih rajin masa sekolah compare pada U? I mean, rajin dalam kelas lah. Sebab aku baru perasan, banyak benda yang kita buat lebih masa kat sekolah, kita buat kurang masa kat U.


1. Buku.

Bawa pergi sekolah:






Bawa pergi kuliah:







2. Nota

Nota ditulis lepas 1 jam kelas kat sekolah









Nota ditulis lepas 2 jam kuliah






3) Kenderaan.



Ayah/mak tak dapat hantar ke sekolah.








Tertinggal bas ke kuliah.








Itulah alibi yang sahih yang membuktikan student U lebih malas dari budak sekolah. So, siapa setuju, sila komen. Siapa tak setuju sila korek hidung guna ibu jari kaki.

Bagus, nampaknya semua setuju.



   
       

Thursday, February 23, 2012

Kelayakan untuk mengorat anak Tok Imam

1. Semayang 5 kali sehari. Bukan 5 hari sekali.

2. Pandai baca doa qunut.

3. Pandai makan nasik guna sudu garpu.

4. Pandai repair microfon masjid.

5. Rajin basuh kereta orang lain.

6. Bukan ahli Freemason atau Illuminati atau bukan ahli konspirasi Yahudi.

7. Hidung selalu dikorek lapan kali seminggu.

8. Lulus SPM. Pendidikan agama wajib A. Math wajib fail. Sape lulus tak boleh mengorat anak Tok Imam.

9. Bukan jenis orang yang suka kejar kucing bulu tebal kepunyaan jiran.

10. Tak pernah masuk Akademi Fantasia.




Maaf, aku masih takde idea nak tulis entry berilmiah.

Tuesday, February 14, 2012

Pengarah movie yang mangkuk

Kat Hollywood, Bollywood, Cinawood, Hongkowood, Plywood atau mana-mana negara lain yang buat movie, bila movie diorang dikritik, biasanya jawapan diorang: "Everyone has their own opinion"

Kat Malaysia, bila orang buat movie sampah macam Hantu Kicap, Jangan Pandang belakang Congkak, atau Adnan Sempit, then media cuma bertanya adakah diorang buat movie ni just sekadar asal siap, ini jawapan yang biasa dijawab pengarah-pengarah filem:


"Cakap je memang senang, kalau pandai sangat cuba kau buat filem sendiri!"




Amboih.






Gua bangga sebab filem gua keluar lapan kali setahun.


Elllehhh...kalau keluar movie banyak-banyak tapi semua
buat longgok tepi tong sampah buat hape?

     
 
       
       

Sunday, January 29, 2012

Baucer buku 1Malaysia

Dengan ini, kami akan agihkan baucer buku berjumlah RM200
supaya mengurangkan beban perbelanjaan pelajar
untuk membeli buku rujukan.


Apa yang kerajaan suruh kita beli:

Buku Rujukan



Alat tulis 





Apa yang sebenarnya student beli:

Novel





Komik Anime




Speaker




Beg laptop





Teddy bear



Tukar dengan cash
































Apa kejadahnya semua ini??
   
        

Saturday, January 28, 2012

Out of the box

Pemikiran out of the box 1: Kenapa susah-susah lalu jalan yang bengkak bengkok and jauh? Kenapa tak buat jalan lurus and shortcut je?

Penyelesaian: Buat highway.



Pemikiran out of the box 2: Kenapa makanan yang kita makan susah-susah lalu mulut, tekak, oesophogus and then baru masuk perut? Kenapa tak shortcut je terus?

Penyelesaian: Bedah perut buat lubang kat situ siap dengan gigi untuk kunyah makanan.





  

Friday, January 20, 2012

3 jenis mangkuk yang tak boleh dimaafkan.

1. Mangkuk yang parking block kereta lain yang nak keluar. Kalau aku bawak kereta kebal boleh jugak aku lenyek kereta kau untuk keluar.

2. Mangkuk yang berak kat toilet public tapi tak flush. Biar je tahi dia berenang-renang bahagia dalam mangkuk jamban tu.

3. Mangkuk yang pasang lagu kat blog. Sorry girls, sebab koranglah mood aku untuk blogwalking selalu hilang serta merta.





Kalau korang bloggers yang ada lagu pungpangpungpang kat blog and taknak diri anda dikeji dengan lebih dasyat, sila buat salah satu dari ni:

  • Buang widget lagu tu.
  • Terjun sungai, sekali dengan blog-blog kau sekali.

Sekian terima kasih.  (mood: tensiongilebabi)

Wednesday, January 11, 2012

Ayat Samyvellu yang kelakar sepanjang zaman

(Entry copy paste ehsan facebook roomate aku)


Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.


1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai" 

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar" 

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"


Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"



Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.

Tuesday, December 20, 2011

Keling dan Tamil

Ada sorang adik kepada kawan aku post status kat facebook. Ayat dia lebih kurang macam ni :



"Keling betul la timeline Facebook ni"


Then aku tegur dia dengan sepenuh hati, tak elok cakap keling kat public sebab orang india sensitive. Bunyinya macam nak kata kaum india tu teruk sampai dijadikan bahan ukuran. Itu perkauman namanya. Tapi walaupun dia budak yang baru nak amik PMR, dia agak matang kalau nak dibandingkan dengan budak facebook yang lain. So dia terima nasihat aku tu tanpa banyak songeh.


And then tadi aku buka facebook. Aku scroll satu news feed sebab bosan. Aku nampak status dia. Aku baru baca status baru dia tu sekejap:




"Tamil betul kau Shamila. Berani kau hack facebook aku ye"






Aku yakin yang sebenarnya dia langsung tak faham apa yang aku cuba sampaikan.

  

Friday, November 25, 2011

Soal Jawab yang bikin panas

Roslan: Apek, saya punya TV ada problem la. Saya tak tau apa yang rosak.
Apek: Nanti kasi saya check. 

Sejam kemudian.....

Apek: Ok saya tau apa rosak. 
Roslan: Apa dia yang rosak?
Apek: TV incik rosak.



Khairul Muslimin: Ustaz, apa hukum orang yang membunuh orang lain?
Ustaz: Hukum gantung jawabnya.



Sameon: Tauke, ikan kembung sekilogram berapa?
Tauke: Satu ribu gram.



Tajul: Hello encik Polis, saya nak buat aduan, ada kes rompakan sedang berlaku ni.
Polis: Rompakan kat mana tu?
Tajul: Kat bank CIMB.
Polis: Bank CIMB cawangan mana tu?
Tajul: Cawangan Ampang, Setiawangsa, Taman Melati.
Polis. Dinding bank tu warna apa?
Tajul: Putih.
Polis: Ohh yang dekat dengan kedai mamak tu kan?
Tajul: Haa yang tu lah.
Polis: Ohh, saya selalu lalu sana. Rumah saya pun dekat-dekat situ je.
Tajul: Ok tapi cik, emergency ni. Boleh datang cepat tak?
Polis: Eh saya tak boleh datang sekarang, saya tengah kerja ni. Macam nilah, saya habis kerja pukul 5. So, awak tunggu sana, nanti kita jumpa kat kedai mamak tu pekena teh tarik. Amacam
Tajul: Abis tu perompak ni macam mana pulak?
Polis: Perompak tu nak join sekali ke?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...