Showing posts with label abang tanya adik jawab. Show all posts
Showing posts with label abang tanya adik jawab. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Abang tanya adik jawab: Apa lebihnya abam Ben dari abam Atan

Aku still tak faham kenapa ramai yang idolize Ben Ashaari sebagai blogger? And apa lebih blog dia dari blog Atan? Aku curious ni. Seriously aku still tak faham. So, kalau ada sesiapa fan Ben Ashaari kat sini, please....tolong bagitahu apa yang best pasal dia.


Sebab sampai sekarang aku tak jumpa satu reason pun kenapa aku patut minat blog dia.


 
 

Thursday, May 3, 2012

Bancian blog. Siapa jawab dia comel

Sebelum bermula, mari sedekahkan fatihah pada Bob Kuman yang dah meninggal dunia 4.38 petang tadi. Terima kasih pada sumbangan beliau dalam industri seni and arena komedi.

So, aku tak ada apa-apa benda sangat nak tulis. Cuma nak bagitahu pada sesiapa yang rasa ada bran dan rasa dirinya hebat membuat entry yang kelakar, lawak, best, sedih, shahdu, romantik atau apa-apa artikel yang best nak diterbitkan kat blog sini, sila email kat elspitz@yahoo.com. Artikel yang terpilih bakal memenangi mangkuk tingkat cap lima beruang yang kelaparan, tajaan Atan Marketing Sdn Bhd.

Oh ye, sebelum mengundurkan diri dari katil ditempat saya menaip entry ini, saya nak buat undian, pollls, bancian, questionnaire atau segala perkataan yang sama erti dengannya. Siapa jawab dengan penuh komitment dan jujur, akan dapat flying kiss dari Aqiim sorang satu. Itu untuk perempuan lah. Untuk lelaki tak ada fying kiss dari sesiapa. Tapi siapa yang tak jawab, mungkin dapat flying kick dari Ubi. So, bersiap sedialah...


Siapa author yang paling macho?

  1. El
  2. Aqiim
  3. Atan
  4. Abang Sudin
  5. Ubi Snyder

Siapa author paling jelita?

  1. Peah
  2. Cik Ungu
  3. MALIN
  4. Niki Razali
  5. Neelofa.

Siapa author paling kamu suka?
  1. El
  2. Aqiim
  3. Atan
  4. Abang Sudin
  5. Ubi Snyder
  6. Peah
  7. Cik Ungu
  8. MALIN
  9. Niki Razali

Siapa author paling sesuai berlakon menjadi Sarip Dol, samseng kampung sebelah?

  1. El
  2. Aqiim
  3. Atan
  4. Abang Sudin
  5. Ubi Snyder

Siapa author paling sesuai jadi berlakon jadi  Mak Midah, mak bidan terunggul?

  1. Peah
  2. Cik Ungu
  3. MALIN
  4. Niki Razali
  5. Neelofa

Siapa author perempuan yang sesuai jadi girlfriend El?
  1. Neelofa
  2. Neelofa
  3. Neelofa
  4. Neelofa
  5. Neelofa


Hai Abang El....



Terima kasih. Sila reply di komen.

  
    

Saturday, April 28, 2012

Dari meja ketua editor


@elmyzakry berkata barangsiapa yang melawat blog mangkuk tingkat dan follow dan komen dan maki dan sebarkan pada kerabat keluarga yang lain dia akan belanja lokcing di kuala perlis. 


aku ada dengar dengar macam dia cakap macam tu, atau dia nak cakap macam tu.  


Saturday, December 17, 2011

Abang El ada questionnaire ni

Selama ni assignment questionnaire and presentation BI tak berhenti membelenggu aku ni yang tak habis-habis kena aim dengan lecturer BI. But now aku rasa lega sebab semua dah submit and present. So kali ni aku pulak nak bagi questionnaire kat korang. Ha ha. Cuak la tu. Jangan lari masuk toilet. Meh sini jawab questionnaire aku dulu.


1. Umur?

a) Warga emas
b) Setahun jagung
c) Baru baligh
d) Baru lahir


2. Makanan kegemaran?

a) Chicken chop
b) Chicken run
c) Chicken dance
d) Chicken pox


3. Aktiviti masa lapang?

a) Korek hidung.
b) Korek hidung kawan.
c) Kira bulu kaki mamak roti canai.
d) Kikis jerawat.


4. Status?

a) Saya rasa bosan hari ini.
b) Bujang.
c) Janda.
d) Duda.


5. Filem kegemaran?

a) 2 Alam.
b) Ong Bak Rindu.
c) Ombak rindu.
d) Gerak Khas The Movie.



6. Pelakon kegemaran?

a) Shah Rukh Khan.
b) Aaron Aziz.
c) Amirul Aqiim.
d) Rajnikanth




7. Cita-cita?

a) Penjaga pintu rumah hantu kat fun fair.
b) Hantu rumah hantu kat fun fair.
c) Hantu betul-betul.
d) Hantu tak betul tapi bukan kat fun fair, kat tempat lain.



8. Pandangan tentang politik?

a) Saya bantah!
b) Ayah saya undi UMNO.
c) Ayah saya undi PAS.
d) Mak saya undi Hazama. Kao timmmmm!



9. Abang El hensem tak?

a) Hensem
b) Hensem
c) Hensem
d) Hensem



10. Prinsip hidup?

a) Awek biar seribu. Kawan takde pun takpe.
b) Muka biar hodoh. Duit biar banyak.
c) Makan biar kenyang.
d) Hidup biar sekali. Mati pun biar sekali.






Sila bagi jawapan questionnaire kat komen bawah ni ok? Cepat sikit, abang nak hantar result ni kat pusat penyelidikan cawangan kat Dublin, German. Ala, dekat je dengan rumah pasangan pengantin gay Aliff Alfian dengan Jonathan Mukecembabhi tu.
Ok chow.

Tuesday, December 13, 2011

abang tanya adik jawab : hitam putih

pat pat siku lipat, siapa terer jawab cepat!
teka teki teka tekuk, siapa taktau dia memang mangkuk!
sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan korang makan, suruh jawab korang tak tahu.


  pergi ke kedai membeli cengkih,
cengkih dibeli 50 sen satu,
sekejap hitam sekejap putih,
  kalau anda terer apakah itu?


ha teka lah teka lah!


takda kena mengena.

Abang tanya adik jawab: Tandas

Kalau lelaki pergi toilet lelaki, kalau perempuan masuk toilet perempuan.



Male: "Hye, awak single?"
Female: "Tak kuasa aii~"




Kalau pondan masuk tandas mana? 



"You ni jahat taw tanya soalan macam ni.
Malu ai..Auww~"



Sape dapat jawab dengan soalan paling bernas akan menang hadiah keropok lekor Mak Tijah sumbangan Mak Tijah & Co. Kalau dah menang pandai-pandai la cari sendiri mana Mak Tijah tu ok?
Bubye.

Saturday, December 3, 2011

siapa terer, sila jawab!

pat pat siku lipat, siapa terer jawab cepat. buah cempedak dalam perahu. ewah ewah jangan pura-pura buat tak tahu. gunung daik bercabang tiga, silalah jawab soalannya senang je. anak ayam ke pasar malam, tak tahu jawab, dok diam.

soalannya begini..


bayangkan kalau kereta boleh terbang..
kalau kita nak bawak kereta, kita kena ambik lesen apa?
lesen kereta or lesen penerbangan?


haa. kan abang dah cakap, senang je. pergi ke kedai membeli lebai, okbaiii.


silalah jawab.. weeee~

Thursday, December 1, 2011

Segmen : Abang Tanya Adik Jawab

hai. bertemu lagi kita dalam segmen Abang Tanya Adik Jawab. okeh soalan yang sebelum nie, tak ramai yang dapat jawab. hurm. tu lah kan, nampak macam senang. tapi sebenarnya susah kan? kan?

okeh kali nie abang nak tanya lagi. tapi sebelum tu, abang sebenarnya tak kisah kalau tak ramai orang yang nak jawab soalan abang. pedulik hape. janji abang dah update blog nie. tak update kang, brade EL tu banyak tanya pulokk. HAHA

soalan untuk hari nie,


kenapa bila kita kita baca perkataan 'boooooo'  ,  bunyinya mesti 'buuuuuu'..
kenapa?
kenapa tak bo?
kenapa bunyinya mesti bu?


tu jelah abang nak tanya. eh faham tak nie? kalau tak faham, errr.. lantaklah. abang pedulik hape. HOHOHO. okbaiii.


Wednesday, November 30, 2011

aku pelik, aku hairan lah! kau pelik tak?

hai.
abang pelik lah.
abang hairan.
hurm..


korang ada laptop? ada komputer?
kat laptop/komputer korang tu, kan ada Recycle Bin. ada kan?
seperti yang kita tahu, kalau kita delete apa-apa dalam laptop/komputer, secara automatiknya yang di'delete tu akan masuk dalam Recycle Bin. kan?
tapi,
kalau kita delete yang dalam Recycle Bin tu, dia pergi mana pulak?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...