Showing posts with label kau jangan berani bangkang. Show all posts
Showing posts with label kau jangan berani bangkang. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Roti perisa oren dan keburukannya

Tadi petang aku singgah si sebuah kedai bakery atau dalam bahasa Melayunya, kedai roti. Setelah fikir empat lima kali, aku bersepakat dengan perut aku untuk beli roti potong yang banyak tu so that boleh dibuat breakfast and makanan emergency.

Balik rumah, aku found out yang roti tu berperisa oren. Ini sangat nightmare sebab aku anti betul roti perisa oren. Rasa yang semacam, merosakkan keharmonian rasa roti and selalu buat aku rasa tak sedap perut.

So, sebagai pedoman kali ini aku bagi fakta tentang bahayanya roti perisa oren. Dasyat tak dasyat.



  1. Roti perisa oren sebenarnya adalah hasil experiment yang gagal, lalu jadilah roti mutan berwarna oren yang rasa macam setan.
  2. Roti perisa oren adalah bahan utama yang terkandung dalam bom atom.
  3. Roti perisa oren yang direndam dalam air suling tak akan hilang rasa dan warnanya. Melainkan jik dicelup dalam thinner atau turpentine.
  4. Rahsia kejayaan Hitler suatu masa dahulu adalah memberi musuhnya makan roti perisan oren sorang sekeping.
  5. Mengikut kajian, jika roti perisa oren diletakkan di kutub utara, aisberg akan terus mencair dan pemanasan global berlaku dengan mendadak.
  6. Jika roti perisa oren dicampak kelautan pasifik, ikan jerung akan melompat kedalam bot nelayan kerana ketakutan.
  7. Roti perisa oren jika dijatuhkan dari bumbung bangunan tingkat lapan belas, nescaya keesokan harinya lif bangunan itu akan rosak.
  8. Seekor kambing yang termakan roti perisa oren akan mengalami gangguan mental dan cirit birit selama lapan minggu sebelum mati dilanggar lori.
  9. Sekeping roti perisa oren sudah cukup untuk membuatkan pokok balak tumbang serta merta.
  10.  Di Uganda Selatan, lapan ratus ribu manusia berdemonstrasi kerana membantah kewujudan roti perisa oren.
  11. Satu filem Hollywood bertajuk Orange Bread telah diban seluruh dunia.
  12. Justin Bieber mengamalkan makan roti perisa oren setiap pagi untuk memastikan wajahnya sentiasa ayu.
  13. Roti perisa oren pernah dibawa ke bulan dan ditinggalkan disana. Kini, roti perisa oren itu dipercayai telah bertukar menjadi boxer.
  14. Roti perisa oren jika diletakkan didalam piring Astro, dipercayai semua channel akan hilang termasuk dengan TV sekali.
  15. Perayaan roti perisa Oren dirayakan oleh puak Red Indian setiap tahun monyet.
  16. Jika anda menaiki kapal terbang di USA dan anda memesan makanan roti perisa oren, anda akan ditolak keluar dari kapal terbang oleh pramugari yang cantik.



Terpulang pada kamu semua mahu percaya atau tidak,





Senjata merbahaya.




   

Thursday, May 3, 2012

Bancian blog. Siapa jawab dia comel

Sebelum bermula, mari sedekahkan fatihah pada Bob Kuman yang dah meninggal dunia 4.38 petang tadi. Terima kasih pada sumbangan beliau dalam industri seni and arena komedi.

So, aku tak ada apa-apa benda sangat nak tulis. Cuma nak bagitahu pada sesiapa yang rasa ada bran dan rasa dirinya hebat membuat entry yang kelakar, lawak, best, sedih, shahdu, romantik atau apa-apa artikel yang best nak diterbitkan kat blog sini, sila email kat elspitz@yahoo.com. Artikel yang terpilih bakal memenangi mangkuk tingkat cap lima beruang yang kelaparan, tajaan Atan Marketing Sdn Bhd.

Oh ye, sebelum mengundurkan diri dari katil ditempat saya menaip entry ini, saya nak buat undian, pollls, bancian, questionnaire atau segala perkataan yang sama erti dengannya. Siapa jawab dengan penuh komitment dan jujur, akan dapat flying kiss dari Aqiim sorang satu. Itu untuk perempuan lah. Untuk lelaki tak ada fying kiss dari sesiapa. Tapi siapa yang tak jawab, mungkin dapat flying kick dari Ubi. So, bersiap sedialah...


Siapa author yang paling macho?

  1. El
  2. Aqiim
  3. Atan
  4. Abang Sudin
  5. Ubi Snyder

Siapa author paling jelita?

  1. Peah
  2. Cik Ungu
  3. MALIN
  4. Niki Razali
  5. Neelofa.

Siapa author paling kamu suka?
  1. El
  2. Aqiim
  3. Atan
  4. Abang Sudin
  5. Ubi Snyder
  6. Peah
  7. Cik Ungu
  8. MALIN
  9. Niki Razali

Siapa author paling sesuai berlakon menjadi Sarip Dol, samseng kampung sebelah?

  1. El
  2. Aqiim
  3. Atan
  4. Abang Sudin
  5. Ubi Snyder

Siapa author paling sesuai jadi berlakon jadi  Mak Midah, mak bidan terunggul?

  1. Peah
  2. Cik Ungu
  3. MALIN
  4. Niki Razali
  5. Neelofa

Siapa author perempuan yang sesuai jadi girlfriend El?
  1. Neelofa
  2. Neelofa
  3. Neelofa
  4. Neelofa
  5. Neelofa


Hai Abang El....



Terima kasih. Sila reply di komen.

  
    

Saturday, April 28, 2012

Dari meja ketua editor


@elmyzakry berkata barangsiapa yang melawat blog mangkuk tingkat dan follow dan komen dan maki dan sebarkan pada kerabat keluarga yang lain dia akan belanja lokcing di kuala perlis. 


aku ada dengar dengar macam dia cakap macam tu, atau dia nak cakap macam tu.  


Thursday, March 8, 2012

10 Jenis kejadian celaka yang sering berlaku di facebook

1. Status tak ada respon.

2. Mark Zuckerberg upgrade facebook lagi. 

3. Salah taip komen/status, tapi bila nak betulkan balik tiba-tiba tak ada internet.

4. Nampak post dua budak couple bercayang-cayang.

5. News feed penuh dengan orang share berita orang pecah kepala, bayi kena kerat lima atau orang berpenyakit.

6. Orang promote business, contoh: MLM, Jus Mate, jual baju, jual tongkat ali, herbalife, tudung Hana Tajima and etc.

7. Status budak sekolah.

8. Post gambar perempuan kembung pipi, kamera atas, mata bulat. 

9. Share berita spam yang si bodoh akan percaya bulat-bulat.

10. Perempuan/lelaki yang kau minat main wall to wall dengan orang lain.



Celaka betul.


  
      

Friday, February 3, 2012

Perihal lawak

 Lawak ini satu cara untuk membuat orang terhibur and ketawa. Lawak ini satu seni. Lawak melibatkan kreativiti dan ketajaman otak. Even lawak bodoh sekalipun memerlukan unsur kebijaksanaan dalam ideanya. Lawak bodoh perlu berotak supaya tak dipanggil bangang. Lawak bodoh yang sepenuhnya bodoh dan tiada unsur lain selain kebodohan itu takkan menjadi lawak kerana takkan buat orang ketawa melainkan diketawakan. Dan orang takkan ketawa melainkan ketawakan pelawak itu sendiri. And lawak sepenuhnya bodoh ni banyak ada dalam movie dan cerita-cerita komedi murahan kat Malaysia.


Contoh jenis sampah yang paling banyak kat Malaysia
selain lampin pakai buang.

Lawak pandai pula menggunakan 70-90% kepandaian dan pemikiran yang sihat dan minda yang cerdas. Lawak yang masih berasaskan fakta, logic akal, dan masih berpaksi pada hukum alam. Jika lawak bodoh menceritakan si toyol hijau keluar dari botol kicap dan menyergah anak Mak Tijah, lawak pandai menceritakan bagaimana anak Mak Tijah fail exam selepas kantoi membawa toyol dalam exam hall. Berbeza bukan?



Charlie Chaplin: Pelawak slapstick yang
nampak bodoh tapi genius. 


Lawak ini satu seni. Ia memerlukan bakat atau sense of humour. Bakat ini pula ada dua. Bakat sejak lahir atau bakat yang terbina. Bakat dari lahir kemungkinan lahir je muka korang dah nampak muka kelakar. So apa yang kamu cakap akan kedengaran kelakar. Walaupun kamu cuma menyebut 'pasu bunga', 'tali rapia' atau pun 'osmosis' orang akan gelak terguling-guling. Lawak terbina datang dari surrounding, family, pengalaman, pengaruh rakan sebaya, dan sikap ingin mencuba  pengaruh dari media.


Macam aku kata, lawak itu seni. Bukan pekerjaan. So, apa kejadahnya bila aku buka cerita 'komedi' melayu, tak habis-habis lawak yang sama je dia duk ulang-ulang dalam skrip. Pelakon yang takde sense of humour tapi dipanggil pelakon komedi, termasuk kumpulan Senario yang tak tahu apa itu makna lawak, sebaiknya diorang berhenti buat lawak and kerja jual air tebu je lebih baik.


Cuba tengok muka Azlee tu. Kau rasa lawak tak?
 Tiang lampu pun lagi lawak aku rasa.

 
       
     
  

Monday, January 30, 2012

Anugerah Juara Lagu 26

Anugerah Mobiliti Celcom - Aizat (Sungai Lui)

Persembahan Terbaik - Aizat (Sungai Lui)

Vokal Terbaik - Aizat (Sungai Lui)

Tempat ketiga - Aizat (Sungai Lui)

Tempat kedua - Aizat (Sungai Lui)

Juara Lagu - Aizat (Sungai Lui)




Jangan ada yang berani-berani nak bangkang!

Saturday, January 28, 2012

Ini Bukan Sebarang Offer


Bismillah


Ya..Ya..
Penulis blog ini masih lagi 5 orang.
Siapa yang ingat aku dah mati tu, memang biadap tahap tertinggi.
Aku agak sibuk. Dan aktiviti menghapdet blog memerlukan daya istiqamah yang tinggi dan lama.
Sebab tu aku lama tak hapdet.


Sebenarnya,
entri ini tak ada motif.
Aku saje taip-taip dengan tujuan agar aku tak nampak pemalas sangat.
Sambil-sambil mengaburi mata El, Aqiim, Niki dan Peah bahawasanya aku tak hapdet sebab sibuk.
Dan juga mengaburi mata korang semua bahawa aku betul-betul banyak masalah negara nak diselesaikan.

Menjadi tak.?


Ya..Aku tau lakonan aku selalunya menjadi.
Kalau tak, takkanlah orang panggil aku Mulan Jameelah.

Eh, Mulan tu penyanyi kan? Bukan pelakon,kan?
Ehhh kesah pulak akuuu.

Ok. Itu introduction. Jahanam punya panjang.


Aku ingin meng-support kata-kata El sebelum ni yang menuntut penulis-penulis blog baru untuk join blog ni. Blog ni memang bangang dan tak bertujuan yang lurus. Tapi penulisnya tak bangang sangat. Eh?
Untuk yang asek nak hapdet tiap hari atau selang 2 hari sekali tu, haaa.. elok sangatlah nak join. Daripada membazir space di blog sendiri, baik membazir di sini. Ye dak?

Tak perlu hebat pun nak join blog ni. Malah makin tak hebat, makin kami suka. Hatta jika keyboard kau cuma ade huruf A,B dan C saja pun kau masih boleh join. Dan kau hapdet entri yang cuma letak titik noktah saja pun kami okay saja. Sebab penulis masing-masing duduk jauh. Kalau dekat, boleh juga kami nak terajang perangai kau yang buat begitu. Tapi kami tak mampu. Maka ambillah kesempatan ini. 

Owh, janganlah gundah tentang gaji atau elaun sebagai penulis blog ni. Kepada jejaka yang berminat nak join, aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan no fon Niki atau Peah untuk korang. Kepada perempuan yang berminat pula, aku akan cuba segigih dan segagahnya untuk set date appointment korang dengan El dan Aqiim.

Setuju?

Kalau setuju, tarik bulu hidung sekarang sampai licin.

Tata..!~



Wednesday, December 28, 2011

Cara untuk hilang rasa mengantuk

1) Nyanyi lagu negaraku dengan penuh semangat. Berdiri tegak tangan tekap kedada, kepala menghala keatas.


2) Makan segala jenis gula-gula. Gula getah dan gula hacks adalah contoh terbaik. Kalau takde jugak, kunyah je getah ikat nasi bungkus. Pun boleh.


3) Berjoging lima pusingan padang. Kalau takde padang joging la kat mana-mana kawasan yang lapang yang selain dari highway dan tanah perkuburan.


4) Tampar diri sendiri berulang kali tanpa belas kasihan. Kalau rasa tak sampai hati suruh kawan tolong. Kalau kawan pun tak sampai hati bagitau saya. Saya sangat berbesar hati untuk menampar anda.


5) Rendam muka dalam besen atau baldi yang penuh dengan air. Kalau masa rendam muka dalam air pun anda boleh tido, rasanya dah tiba masa anda isi borang and mohon jadi binatang laut kat Underworld.


6) Tenung gambar Dr Rozmey selama sepuluh minit tanpa berkelip mata. Awas, jangan sampai anda jatuh cinta dengan ketampanan beliau. Kalau rasa-rasa dah terjatuh cinta, cepat-cepatlah bunuh diri.


7) Buat larian dalam guni sejauh 5 kilometer.


8) Pergi rumah warden and tekan loceng banyak kali pastu menyorok bila dia datang nak buka pintu. Aku pun tak pasti apa kaitan aktiviti ini dengan hilangkan mengantuk.


9) Beli gam gajah, and then gamkan kedua-dua tapat tangan anda ke kedua tapak kaki. Dalam posture sebegini, hanya gorilla saje yang mampu tido. Kalau anda mampu, anda gorilla. Kalau tak mampu pun anda tetap gorilla. Ah aku tak kira. Anda semua gorilla!


10) Kenapa mesti semua steps nak digenapkan sampai 10? Sembilan dah la. Lebih-lebih pulak anda ye.




Comel kan gambar ni? Sape kata tak comel, dia gorilla.
  

Tuesday, December 27, 2011

Apa yang perempuan perlu balas sebenarnya

Terus terang lelaki juga sejenis kaum yang mudah tacink, fikir yang bukan-bukan dan mudah bagi tanggapan negative serta minus one. So diharap kaum perempuan tidak mereply jawapan bukan-bukan untuk mengelakkan dari dikeji orang kerana orang takkan keji anda kalau anda tak buat perkara keji, adapun berkata benar itu bukanlah perkara keji maka kejilah orang yang berkata tidak benar itu.

So tanpa melengah-lengahkan masa dan melenguhkan jari jemari yang pantas berjoget Kpop diatas keyboard ni, aku nak senaraikan perkara yang tak patut dijawab, perlu dijawab, dan jawapan ekstrem dari kaum perempuan. Sila take note.



Bila nak reject lelaki yang ajak couple:

Donts: Sorrylah, saya belum bersedia...

Do:  Sorry, saya tak suka awak.

Extreme: Boleh blah.




Bila nak bagitau yang korang ada boipren:

Donts: Sorry lah, awak dah terlambat. Sebab saya dah ada yang punya. Mungkin kalau awak datang lebih awal....

Do: Sorry. Saya dah ada boyfriend.

Extreme: Hello~ Saya dah berpunya ok. Nama dia Rozmey. Dahlah kaya, hensem, bergaya. Awak apa ada? Meggi pun pinjam kawan...heh!





Bila nak reject orang yang ajak date:

Donts: Sorry k. Saya ada hal la petang ni.

Do: Saya tak nak.

Extreme: Pergi mampos.




Bila lelaki yang korang tak minat merajuk sebab korang tak reply sms:

Donts: Sorrylah, tak perasan ada mesej tadi.

Do: Saya tak suka main mesej dengan awak.

Extreme: Topup aku bapak kau ke bayar?




Bila korang merajuk tapi boipren tak tahu sebab apa:

Donts: Tak ada apa-apa lah.

Do: Kenapa awak habiskan roti canai saya tadi!

Extreme: Saya mengada-ngada je ni. Tampar je saya lapan kali, lepas tu ok la.





Bila orang tanya korang ni pompuan betul ke pondan:

Donts: Cuba teka?

Do: Nah tengok ni.   (Tunjuk IC dengan surat beranak)

Extreme: Nah tengok ni.   (Angkat kain)







Jangan marah.... :D

Sunday, December 25, 2011

Apa Maksud Sebenar Perempuan Bila Reply SMS?


Bismillah


Dari entri Yang Telus Tentang Perempuan haritu, ada blogger request satu masalah untuk aku kupas.
Sengaja aku guna perkataan 'kupas' untuk menimbulkan feeling penceramah motivasi yang buat kerja part-time sebagai hos rancangan pendidikan.

Tapi tolong ya.
Apa yang aku kupas-lah-sangatt ni adalah pendapat personal aku dan dari pemerhatian. Aku selalu jadi tempat member bercerita, menangis, tak kira lelaki atau perempuan. 
Ikutkan hati aku memang nak mintak bayaran sebab kadang-kadang telinga aku ni bernanah bila dengar cerita-cerita jual-diri-bajet-kau-hot-sangat tu. Tapi takpelah,kan. Ikhlas konon.

Jadi kupasan-lah-sangatt aku ni mungkin tepat dan mungkin tak.


Aku dengan rakusnya telah menerima soalan duniawi oleh inchek Sepul, iaitu ...



Dan aku telah berjanji pula, iaitu ...


Sekarang padan muka aku sebab kena jawab soalan duniawi camni.
Tapi aku memang suka benda duniawi pun kan?
Astaghfirullah...

Ok. Anggaplah ini satu ilmu di kala perlu ya. Aku cuba terangkan secara detail.
Aku umpamakan perempuan yang nak dimengorat sebagai Senah, dan lelaki sebagai Sidek.


Pertama-tamanya, Sidek kena tau diri Senah tu macamana.
Direct? Fun? Malu-malu-tahik-tenuk? Islamik? Sempoi? Sempoi tapi islamik? Berkias-kias?

Sebab lain perempuan, lain terjemahannya. Kalau Sidek ajak kuar dating dan dapat jawapan;

a) emm tak dapat la. Aku ade hal.

Perhatikan struktur ayat. Besar kemungkinan Senah nak kuar tapi dia memang ada hal. Selalunya perkataan 'emm..' tu menunjukkan macam dia nak tapi tak boleh. Macam tengah berfikir. Tapi harus diingat, ini kalau Sidek baik dengan Senah.

Andai kata Sidek tak rapat mana dengan Senah. Kawan biasa je. Sila anggap jawapan itu sebagai alasan sebab dia memang taknak keluar dengan kau, Sidek. 

Dan kalau Senah tu dah ada Roslan (boyfriend kononnya~), jawapan tu adalah untuk menjaga hubungan dengan Roslan dan dalam masa yang sama nak menjaga hati kawan (Sidek). Nak cakap 'tanak ah!gi mampus la kau!' tu macam kasar sangat kan, so Senah cenderung untuk berkias supaya Sidek tak terasa hati sangat. Senah yang macamni jenis asyik fikir nak jaga hati orang je.


Ok? Clear dengan jawapan a?


Sekarang, kalau Senah bagi jawapan;

b) Eh! yeke? Bila? Tapi kite tak kompom lagi. Sekarang byk keje. Nanti kite kompomkan.

Peratusan tinggi adalah jawapan ini memang seperti yang ditulis. Senah memang nak pergi tapi tak confirm. 

Kalau Senah ni tak ada Roslan tapi dia nak kuar ngan Sidek, die memang akan jawab macamni. Tapi kalau Senah ada Roslan, kena tengok pula Senah tu macamana.

Kalau Senah jenis friendly tapi setia, jawapan macamni menuntut Sidek untuk tak keluar berdua. Kena ramai-ramai. Kalau Senah jenis friendly dan sosial walaupun ada Roslan, besar kemungkinan jawapan ini juga jujur.


Faham?
Kalau tak faham sila angkat tangan ya.


Dan kalau Senah bagi jawapan;

c) TANAK!

99% jujur. Perempuan akan cenderung bagi jawapan seketul bulat-bulat macamni antara tiga sebab;

1- Senah dan Sidek kawan rapat, dua-dua sempoi, dua-dua suka gurau. Maka jawapan macamni tak payah nak ambil hati sangatlah.

2- Senah dan Sidek tak rapat mana. Sidek je syok lebih-lebih. Tapi Senah tetap akan bagi jawapan macamni sebab Sidek itu kawan. So consider jawapan macamni sebagai gurau-gurau jugak, tapi memang betul-betul taknak.

3- Senah benci Sidek. Berambus kauuu!



Kesimpulannya, lain orang ada lain karektor. Dan karektor pun mempengaruhi cara dan gaya perempuan reply mesej korang lelaki-lelaki. Karektor lelaki dan hubungan antara dua-dua pun mempengaruhi cara dan gaya perempuan reply mesej. Termasuklah persekitaran perempuan tu waktu reply komen tu.

Bila dah ambil kira semua aspek, baru boleh nak fikir 'kenapa dia reply macamni' atau 'apa maksud dia cakap macamtu'. Contohnya. Twitter aku sekarang aku describe diri aku sebagai 'janda anak tujuh'. Kalau korang tak kenal aku, korang memang akan ingat aku janda anak tujuh. Tapi sebenarnya aku Mulan Jameelah.

Faham?

Apsal buat muka macam batu nesan tu?
Shetooonnnnnnnnn!!





Tuesday, December 20, 2011

salah kah aku bertudung?

Assalamualaikum.

ehem. dah lama rasanya abang tak menulis kat sini. rindulah kat blog nie. hikhik. ada yang rindu kat abang tak? apa, takda? takpelah. aiseh nie apasal intro mcam sampah nie. kahkahkah. errr abang teringin jugak nak update kat blog nie. tapi takda idea lah. maaflah ye El, gua takda idea nak memangkukkan diri kat blog nie.

tapi tiba-tiba abang rasa macam ada idea pulak. kahkahkah. errr abang rasa semua dah tahu pasal isu brader yang kahwin gay tu kan? untuk yang taktau, baru-baru nie ada sorang pelajar lelaki melayu dari malaysia telah berkahwin dengan sorang lelaki mat salleh kat dublin, jerman. amboii kau. sampai ke jerman ye. tapi yang menariknya, pengantin melayu tu siap pakai baju melayu pulak di hari perkahwinannya tu. lepastu ada gambar bercium pulak. astaghfirullahalazim. apa nak jadi?

abang kalau bab-bab nasihat nie abang takdelah hebat sangat. cuma sebagai seorang manusia yang ada akal, yang tau baik buruk, abang doakan semoga brader tu sedarlah apa yang dia buat tu salah di sisi agama. kalau tak sedar jugak, ok fikir macam nie. kalau dah dua-dua lelaki, macam mana nak bermesra? tak syok lah bro kalau tiap-tiap malam nak lawan pedang aje. tak gitu para pembaca semua? kihkihkih.

dan lagi satu, abang tengok sekarang nie dah ramai artis wanita yang dah berhijrah. dulu freehair tapi sekarang dah bertudung. alhamdulillah. sejuk mata memandang. kadang-kadang tu abang ada jugak terfikir, diorang nie dah berubah, aku bila pulak? bila aku nak mula pakai tudung nie? ehh kau gila nak tengok abang pakai tudung?! abang nie lelaki. kalau abang pakai tudung, haruslah ramai yang berdarah hidungnya nanti. kahkahkah.

ok lah cukup lah merepek untuk kali nie ye. abang pun dah letih nak menaip panjang-panjang nie. sehingga kita bertemu lagi, salam sayang dari gua, Abang Bunga.


walau apa pun, hana tajima tetap di hati abang.
love forever.
hikhikhik

Monday, December 19, 2011

Yang Telus Tentang Perempuan


Bismillah


Aku sebenarnya tak berupaya nak buat entri. Tapi rasa bersalah pulak kalau lama sangat tak hapdet kat sini.
Tadi balik dari dinner, aku muntah-muntah. Bila dah termuntah tu, aku terus teringatkan Badang. Aku pun nak jadi kuat juga.Teringin gak nak peluk pokok balak sampai tercabut. Tapi untuk telan balik muntah sendiri... Aku rasa aku lebih rela mati.

Ok. Cukup dengan najis mutawasittah ni.


Untuk para-para jejaka di luar sana. Serta para-para sakura yang ada. 
Ada sesuatu yang telus perlu korang tau tentang perempuan.


1. Kalau perempuan tu reply mesej korang berbunyi ala-ala begini;

"haha ye ke." atau
"haha ye la tu." atau
"a'ah ye kot."

Perhatian! 'hahaha' itu bukan bermaksud dia gembira atau cuba bermesra atau sedang digeletek jiran waktu balas mesej. Tolong jangan salah faham.

Dengan kesimpulan mudah, jika kau mesej dia sama panjang dengan jarak Bumi ke Matahari, tapi dia reply dalam 5 perkataan aje. Hentikanlah niat nak mengorat dia. Itu tanda dia memang tak berminat dan nak kau cepat-cepat berambus. Kredit satu sen tu tak berbaloi nak dilaburkan untuk kau. Baik lagi masuk tabung anak yatim kat kaunter Mc'D tu.

2. Korang mintak pinjam buku teks dia sebab buku kau hilang kena makan dek hanjeng. Dan perempuan tu kata buku teks dia ada kawan lain tengah pinjam padahal sah-sah buku teks tu dia tengah pegang. Betapa dia sanggup kantoi bodoh macamtu. Itu bermakna korang kena bersedia untuk cari kedai fotostat paling murah sebab dia memang taknak kasi kau pinjam. 

Bhai..Taktik mengorat basi,bhai.

3. Kalau kau bercadang nak belikan dia teddy bear atau cincin, sedangkan dia dah kata taknak terima. Maka ada baiknya kau gadaikan je lah hadiah-hadiah tu terus. Tak payah nak cakap 'eh, ambiklah.. saya ikhlas nak hadiahkan untuk awak.' 

Berdarah telinga aku kalau dengar ayat macamtu,tahu? 
Ikhlas pejadah. Orang yang ikhlas takkan sebut dia ikhlas.

Tengok.
Tazkirah automatik di situ.

Tapi perempuan tu takkan nak judge kau ikhlas ke tak, so dia pun terima je la.
Tapi percaya cakap aku, cincin kau tu akan bertemu ajal di bawah katil. Mungkin lebih hina kalau dia buat jadi mainan anak kucing dia. Dan lagi 100 tahun, para pengkaji bumi akan anggap cincin tu sebagai fosil tulang dinasour aje.

4. Kalau kau dah pernah direject dengan rasminya, tolonglah jangan nak cari peluang untuk duduk dekat-dekat. Kalau perempuan tu dah taknak, secara automatik kau dah terkeluar dari petala elektron tengah ke petala elektron paling luar. Dan kalau kau masih ada hati nak duduk dekat-dekat atau cari peluang nak bercakap-cakap, kau akan tercampak terus ke zon lingkaran api Pasifik.

Percayalah.
Lagi korang duk nak menyempit depan mata dia, makin meninggilah kadar keserabutan korang di mata dia. Pastu takyah nak berharap sangatlah dapat borak dengan dia lagi. Sebab nampak muka kau dari jauh je, perempuan tu rela jalan menonggeng dari nak pegi datang borak dengan kau.

5. Kalau dah dia block YM kau, block Twitter kau, sorok nombor telefon dari kau..tak reti-reti lagi.?



Fakta ini tidak merangkumi perempuan-perempuan materialistik dan hipokrit.
Sekian.


Ok. Nak gi sambung muntah.




Aggghhh!




Haa tengok.. transformasi nak jadi Badang la ni.





Friday, December 16, 2011

Mulan Jameelah Kecik Hati


Bismillah


Harini mood aku tak baik.

Teringin jugak nak buat entri caci-maki-carut-terajang-ketuk-kepala-ludah-pelempang.
Tapi entah.
Tak boleh nak tulis.


Aku tercari-cari jugak lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur di atas.
Boleh la aku nyanyi kuat-kuat sampai roomate junior aku ni bunuh diri.
Atau at least, telinga berdarah.

Tapi..
Ah tak mungkinlah jadi macamtu.

Sebab aku kan Mulan Jameelah.
Gila apa suara aku boleh bikin telinga orang berdarah?
Tak ada logika langsung.


Aku jadi teringat kisah haritu.


Saudara aku datang rumah.
Tingkat bawah tu penuh dengan orang.
Lelaki, perempuan, budak-budak, bayi.
Bising sampai ke atas.
Nasib baik bayi tu tak menangis.

Aku kurang suka dengan suasana yang terlalu bising.
Jadi aku lebih suka duduk dalam bilik.

Dalam bilik, aku buat kerja sendiri.
Buat assignment. Main internet.

Aku menyanyi sorang-sorang.

Dan lepas je aku menyanyi,
aku dengar suara bayi menangis.




Anak siapa yang dah lama sangat hidup tu..?




Sunday, December 11, 2011

Kalau Dah Perempuan Tu, Perempuan Jugaklahh



Bismillah


Sepatutnya hari ni aku kena masak. Tapi tadi turun dapur, tengok dalam fridge, tak ada ayam.
Sedangkan hati sekarang bernafsu pada ayam.

Ikan banyak.
Tapi aku kurang minat masak ikan.
Aku risau kalau waktu tengah masak, ikan tu hidup kembali dalam kuali.

Yelah.
Dalam kuali tu kan basah.
Ada minyak. Kadang-kadang letak air. Kadang-kadang letak santan.
Kadang-kadang letak cili giling. Kadang-kadang letak air asam.
Bila semuanya bersatupadu, kan jadi berkuah dalam kuali.

Dan kuah itu kan cecair.
Dan cecair itu kan air.
Dan bukankah ikan hidup di dalam air?

Maka bila ikan ada dalam kuali berkuah, ikan tu mungkin hidup balik,kan..?
Jangan biadap sangat nak kata ayam pun boleh berenang dalam air.

Kau sampai hati ke tengok ikan tu berenang dalam kuah pedas..?
Mesti pedih mata dia.

Sebab tu aku fikir,
lebih elok aku tak masak harini.


Bukan.
Ini bukan alasan malas masak.


Moral:
Eh..
Mana pulak nombor telefon Mc'Dogol ni.?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...