Balik rumah, aku found out yang roti tu berperisa oren. Ini sangat nightmare sebab aku anti betul roti perisa oren. Rasa yang semacam, merosakkan keharmonian rasa roti and selalu buat aku rasa tak sedap perut.
So, sebagai pedoman kali ini aku bagi fakta tentang bahayanya roti perisa oren. Dasyat tak dasyat.
- Roti perisa oren sebenarnya adalah hasil experiment yang gagal, lalu jadilah roti mutan berwarna oren yang rasa macam setan.
- Roti perisa oren adalah bahan utama yang terkandung dalam bom atom.
- Roti perisa oren yang direndam dalam air suling tak akan hilang rasa dan warnanya. Melainkan jik dicelup dalam thinner atau turpentine.
- Rahsia kejayaan Hitler suatu masa dahulu adalah memberi musuhnya makan roti perisan oren sorang sekeping.
- Mengikut kajian, jika roti perisa oren diletakkan di kutub utara, aisberg akan terus mencair dan pemanasan global berlaku dengan mendadak.
- Jika roti perisa oren dicampak kelautan pasifik, ikan jerung akan melompat kedalam bot nelayan kerana ketakutan.
- Roti perisa oren jika dijatuhkan dari bumbung bangunan tingkat lapan belas, nescaya keesokan harinya lif bangunan itu akan rosak.
- Seekor kambing yang termakan roti perisa oren akan mengalami gangguan mental dan cirit birit selama lapan minggu sebelum mati dilanggar lori.
- Sekeping roti perisa oren sudah cukup untuk membuatkan pokok balak tumbang serta merta.
- Di Uganda Selatan, lapan ratus ribu manusia berdemonstrasi kerana membantah kewujudan roti perisa oren.
- Satu filem Hollywood bertajuk Orange Bread telah diban seluruh dunia.
- Justin Bieber mengamalkan makan roti perisa oren setiap pagi untuk memastikan wajahnya sentiasa ayu.
- Roti perisa oren pernah dibawa ke bulan dan ditinggalkan disana. Kini, roti perisa oren itu dipercayai telah bertukar menjadi boxer.
- Roti perisa oren jika diletakkan didalam piring Astro, dipercayai semua channel akan hilang termasuk dengan TV sekali.
- Perayaan roti perisa Oren dirayakan oleh puak Red Indian setiap tahun monyet.
- Jika anda menaiki kapal terbang di USA dan anda memesan makanan roti perisa oren, anda akan ditolak keluar dari kapal terbang oleh pramugari yang cantik.
Terpulang pada kamu semua mahu percaya atau tidak,
Senjata merbahaya. |
2 comments:
haha betul2...aku sokong.
roti perisa oren yang disalut dengan colgate akan meningkatkan nafsu membunuh dengan pantas,cepat & laju....
roti perisa oren yang dimakan dengan lahap. lepastu disapu colgate pada bibir, akan membuatkan bibir anda gebu dan menggiurkan seperti justin bibir. sekian
Post a Comment