Monday, May 28, 2012

Karangan SPM- Bincangkan tentang gejala rasuah

Nama: Mohamad Tajuluddin Bin Ayob  (panggil tajul saja)
Kelas: 5 B 8
Tajuk: Gejala Rasuah



Dewasa kini banyak benda buruk berlaku zaman sekarang. Perangai manusia sekarang pun semakin lama semakin buruk, macam muka cikgu BM saya juga. Dengan arus modenisasi yang bergerak pantas, kita semakin lupa dan alpa tentang perihal kemanusiaan dan tatasusila.

Saya juga sudah lupa apa nak tulis tadi.


Zaman sekarang, keuntungan dan wang ringgit serta duit syiling baru selalu menjadi keutamaan pada manusia. Sehinggakan gejala rasuah berleluasa dari peringkat bawahan hingga ke peringkat atasan, dan kadang-kadang atas sikit dari itu.

Kita tidak sedar sebenarnya gejala rasuah sudah lama bertapak di Malaysia. Bukan hanya di Setapak sahaja, malah di sekolah lagi, amalan rasuah sudah dilakukan. Sebagai contoh, baru semalam saya rasuah pengawas yang jaga pintu pagar tu sebab saya tak pakai tali leher. Saya bagi seringgit, sekali dengan air tebu yang saya baru beli di kedai Mak Timah tepi traffic light tu, dan sebagai balasan dia lepas kan saya. Nama yang dicatat  dalam buku dipadam semula.

Lihatlah betapa mudah rasuah boleh berlaku. Gejala rasuah boleh mengundang kebinasaan umat manusia itu sendiri. Peribahasa Urdhu ada menyebut, "Ney sap piyar betha ho doste hai karengge" yang bermaksud, "celakalah kamu syaitan!"

 Lebih menyedihkan, para pemimpin yang sepatutnya memimpin rakyat juga mengamalkan rasuah. Bak kata pepatah, harapkan pagar, pagar makan rasuah. Jika pagar itu tidak makan rasuah, nescaya para pemimpin juga tak memakan rasuah. Jadi diharapkan agar para-para pemimpin tidak membina pagar rumah supaya gejala rasuah dapat dikurangkan.

Akhir kata, gejala rasuah adalah amalan mulia  syaitan. justin Bieber yang tidak baik. Jangan lakukan rasuah. Dan majulah Misbun Sidek untuk negara.




p/s: Disini saya lampirkan wang RM50 untuk cikgu buat belanja makan anak-anak disamping memberikan saya markah penuh untuk karangan ini. Sekian terima kasih


     
   
 

9 comments:

Deleted said...

haha ada sorang budak india kat kolah saya penah bt karangan yg lg dasyat drpd nih. seriously. dan cikgu bg E untuk tuh. haha

Dua Qurun said...

dri ceriter nih aku mmbuat ksimpulan,bahawa tajul adelah punca rasuah dimuka bumi & muka buku....




yg benar,
Najwa Fuad.
(sepupu aqim)

El said...

nurshamila: budak tu bagi rm50 tak?

El said...

atan: boleh pakai juga tu

Deleted said...

haha entah la kat dy.

inche hlovate said...

kompem full mark ni

semutsengal said...

gua harap eloklah manusia sekarang banyakkan makan makanan berkhasiat. =)

El said...

inche: konpem...sebab cikgu dia pun mata duitan

El said...

Baru perasan komen atan pakai nama Najwa fuad. Kahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...