Baharom berasal dari Planet Atanius.Planet tuh tak terkenal.Jadik,tak payah bersengkang mater sepanjang malam nak search kat Google tentang Planet ajaib tu.Korang takkan jumpa.Okey,biar aku teruskan.Baharom merupakan alien yang paling terkenal di Planet beliau.Beliau sangat hensem,kuat,kaya dan rajin.Oleh kerana beliau mempunyai sifat-sifat demikian,jadi haruslah beliau amat terkenal dan digilai alien-alien betina.
Namun,suatu hari Planet Atanius diserang.Diserang puak ape entah aku pun tak tau.Sebab aku bukan alien.
Planet Atanius kerugian berbilion-bilion biskut Marie.Biskut Marie adelah makanan asasi alien di planet Baharom.Kini,Planet Baharom kehilangan sumber makanan utama.Dia harus melakukan sesuatu.Ketua Planetnya mengarahkan Baharom mencari stok biskut Marie yang baru.Tapi sayangnya takde satu Planet pun yang menjual biskut Marie kecuali bumi.Jarak bumi dengan Planet Baharom sangat jauh.Dia perlu menaiki pesawat untuk ke bumi.Biasanya,kalau Baharom ke Planet-planet lain untuk membeli karipap,dia akan berjalan kaki sahaja.Sebab dekat.
Tapi oleh kerana beliau patuh dengan arahan ketua,beliau pun pergi ke bumi dengan pesawat peribadi.Pesawat itu dibeli menggunakan duitnya sendiri.Itu semua hasil titik peluhnya menjual petai.
Setibanya dibumi setelah 9 tahun perjalanan,dia singgah dikedai mamak untuk makan mee goreng.Mee goreng yang dia bantai tuh memang sedap.Aku tak tipu.Selesai saja makan,dia terus menuju ke kedai runcit Pak Bakar untuk mencari stok biskut Marie.Tapi sayangnya hanya tinggal 2 paket sahaja.Begitu juga di kedai-kedai runcit lain,semuanya habis.Baharom semakin buntu.Dia ingin menghubungi ketua Planetnya tapi kreditnya habis.Betri hensetnyer pulak dah nak menemui ajal.
Baharom semakin buntu.Pernah juga dia cuba terjun atas tilam sebab nak bunuh diri.Tapi tak mati.Toreh tangan guna kapak pun tak berkesan.Liat jugak nyawa dia.Dia berfikir,dan terus berfikir.
Setelah 15 tahun berfikir,akhirnya dia mengambil keputusan untuk tinggal dibumi.Penduduk Planetnya sumer dah mati kelaparan.Setelah mengetahui berita tentang kematian penduduk Planetnya,dia buntu & bingung.
Akhirnya dibumi…..
Baharom jadi playboy.
6 comments:
ohsemm! aku salah satu awek baharom. nokharommmmm
syabas baharom! anda berjaya dibumi sedangkan orang bumi pun belum tentu berjaya..harharhar
gay giler muka baharom ni.
cis kurang asam punya baharom..sudahlah menumpang di bumi playboy pula -,-
baharom tu nama kawan sebilik aku dulu. sekarang beliau kerja di kilang tayar
aku tak pasti kau perlu tahu atau tak benda ni
hampeh btoi,punya lama pikir last-last jadi playboy..hahaha
Post a Comment