Monday, March 25, 2013

Kerana kau Jamaliah

Mereka tak sukakan aku. Jamaliah tak suka berkawan dengan aku. Jamaliah punya kawan pun tak nak kawan dengan aku. Adik Jamaliah selisih dengan aku, jeling pada aku sambil jelir lidah. Kakak beliau, minggu lepas baru unfriend aku di facebook lepas aku like status beliau. Ayah beliau, ah usah cerita. Pedih. Betapa bencinya beliau padaku. Itu hari kereta yang dipandu beliau lalu atas lopak air, hampir menyimbah air lecak pada aku yang berjalan kaki, tapi aku sempat elak. Beliau sanggup turun dari kereta dengan gayung, cedok air lecak tu dan simbah pada aku. Sebegitu bencinya kaum kerabat Jamaliah padaku.

Ini semua disebabkan kisah lama. Kisah 2 tahun lepas. Aku dan Jamaliah bercinta monyet di bangku sekolah. Walaupun muka ku hampir serupa monyet, namun kami bukan monyet yang sedang bercinta. Itu hanya simpulan bahasa. Usahlah aku terangkan lagi apa itu simpulan bahasa. Cukuplah kamu tahu aku bukan monyet.

Hujung tahun tingkatan 5, semua orang sibuk study di rumah, dipusat tuisyen atau di balai raya kerana SPM semakin hampir .Jamaliah juga sibuk belajar dirumah. Tapi aku, ye aku steady di cyber cafe, bermain counter strike dengan kawan-kawan. Kali ni aku main 5 jam straight. Puas hati. Walaupun mati enam belas kali setiap round.

Tiba waktu exam SPM, waktu tu paper matematik tambahan. Jamaliah berada selang semeja denganku. Beliau senyum dan tunjukkan penumbuk. Maaf, beliau tunjukkan isyarat bagus tanda 'all the best'. Sweet betul Jamaliah.

(bersambung....)

 

Sunday, March 3, 2013

Kekejaman Doktor Saiful


Dollah demam panas dan beliau dimasukkan ke wad. Doktor Saiful Buhaimin, iaitu doktor muda yang baru saje graduate dari universiti tempatan ditugaskan menjaga beliau.

'Ok Dollah, masukkan thermometer ni dalam mulut. Lepas tu letakkan diatas lidah. '

Dollah mengikut perintah tanpa banyak soal. Doktor sukar melihat suhu yang dipapar thermometer sebab thermometer itu bergerak-gerak. Mungkin Dollah excited sangat sampai dimain-mainnya thermometer tu dalam mulut.

'Cuba kemam rapat sikit dengan lidah'

Dollah mengemaskan lagi pegangan thermometer. Doktor mencatat suhu yang tertera dan beredar. Sebelum sempat dia keluar dari wad itu, seorang nurse masuk dan bertanya pada doktor Saiful Buhaimin.

'Doktor, erm doktor dah sterilize thermometer yang patient doktor pakai tu?' soal nurse comel berasal dari Sungai Petani itu.

'Dah kot. Kenapa eh?'

'Sebab tadi saya guna thermometer ni ukur suhu pakcik Kasim tu. Kami ukur suhu melalui punggung beliau.'

Dollah tersedak mendengarnya.Thermometer tadi tercampak dari mulutnya. Kejijikan fakta bahawasanya thermometer itu pernah berada dalam punggung seorang lelaki warga tua mengganggu jiwa beliau. Namun, beliau pujuk hati beliau. Kalau benda tu dah sterilize, dah bunuh bakteria apa yang beliau gelikan lagi.

Nurse itu beredar. Doktor itu datang pada Dollah. Beliau keluarkan satu lagi thermometer dan hulurkan pada Dollah.

'Maaf ye. Awak pakai thermometer yang ni boleh?'

'Erm boleh. Tapi kenapa ye doktor' soal Dollah hairan.

'Yang tu sebenarnya tadi saya lupa nak sterilize' balas Doktor Saiful Buhaimin sambil tersengih.

   
   
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...