Showing posts with label Mangkuk. Show all posts
Showing posts with label Mangkuk. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Harian Mangkuktrolls: Komen terhadap logo Merdeka 2012


(Quotes dibawah adalah rekaan semata-mata)








Datuk Najib bin Abdul Razak

"Saya rasa logo ini menepati citarasa saya dan pada saya logo ini cukup sempurna untuk menggambarkan betapa Malaysia negara berjaya dengan transformasi dan gugusan 1 Malaysia yang ternyata berjaya. Usahlah dengar kata-kata pembangkang yang cemburu dengan logo ini. Mereka cakap je lebih, buat tak pandai. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu sokong logo ni.
 Satu........Malaysia!!"


Parti Pembangkang

"Logo yang jelas menunjukkan agenda politik dan ini sangat-sangat memalukan negara. Dah lah buruk, anak saya yang darjah lima pun buat lagi cantik. Kalian jangan risau, kami akan buat perubahan. Jika kami menang pihanraya, logo Merdeka tahun depan kami buat 3D!"



A. Samad Said

"Beginikah nasib ibu pertiwiku, dijaja dengan suapan pemerintah yang haloba? Mana kebebasan dan kemerdekaan yang dilaungkan, dicanang-canang dari zaman hitam putih dahulu. Mana dia? Jika ini logo yang dikatakan merdeka, musnahlah, punahlah masa depan tanah airku, akibat dijajah dek pemerintah."



Ustadz Azhar Idrus

"Buat mende kisoh ngak pasal logo ni. Baik kita fikirkan sedaghe sedaghe kite dekat burma tu yang dizalimi. Pasal logo ni takde mende pung. Tak perlu nok tampor oghang yang buat logo ni. Tapi kalu agak-agak tak tahang ngak, buruk ngak sampa boleh memudaratkang, haruslah kite lempang je oghang tu."






Sumber - Bernama

   

         
      
      
    

Sunday, April 8, 2012

Lu mau jadi derhaka ka Ah Tat?

Cerita ni diceritakan abang ipar aku, and aku cerita balik kat korang supaya lepas ni korang boleh cerita balik kat member korang then member korang pulak cerita balik kat abang ipar aku. Cerita ni diubah sikit demi menambah effect dramatic.


Tradisi orang China, bila ayah, datuk atau nenek moyang diorang meninggal dunia, diorang akan bakar kertas macam duit. So that duit tu akan sampai pada nenek moyang diorang yang didunia lain. So, the same thing, kalau orang tu nak hantar rumah kat atuk dia, dia akan bakar rumah kertas. Then atuk dia di alam lain akan dapat rumah.


Ah Tat, baru sahaja kehilangan ayahnya. Kehilangan ayahnya bermaksud ayahnya bermaksuda ayahnya mati lah. Bukan hilang kena bawak lari dengan ke lombok. Ah Tat seorang anak yang taat. Nama pun Tat. Tambah satu 'a' dah jadi taat. Kalau tambah telur jadi Tat telur. Ok tak lawak.

Ah Tat selalu menghantar barang-barang keperluan pada mendiang bapaknya. Setiap hari dia hantar duit, buah limau, hantar rumah, bakar colok and so on.

One day, Ah Tat, berfikir. "Zaman sikalang suda belubah. Keperluan pun sudah melubahkan dirinya. Mesti Appa mahu lebih dali makanan dan wang linggit. Haiyaa kenapa wa tala tepikir ini macam. Jangan lisau appa. Wa suda kefahaman sikalang.."

Ah Tat bakar gambar iPhone dengan niat menghantar handphones pada ayahnya. Dia berharap ayahnya dapat hidup seperti dia disana, mampu berkomunikasi dan hidup tenang. Dia tersenyum bangga. Tiada apa yang menggembirakannya selain dari dapat menggembirakan orang tua nya.

Pada malamnya, Ah Tat bermimpi berjumpa ayahnya. Muka ayahnya bengis. Marah. Ah Tat bertanya:

"Mengapakah appa malah-malah ni?"

"Appa marah sebab kau tu anak derhaka!"

"Kenapa appa? Apa kesalahannya Ah Tatt?"


"Tadi lu ada hantar iPhone kan?"


"Ye betul appa. Ah Tat hantar iPhone. Kenapa appa?"


" Lu jangan buat-buat tak tahu Ah Tat...!"









"Lu hantar iPhone, tapi lu tara bagi sekali dia punya charger!!"


 
 
     

Saturday, March 31, 2012

Tahukah anda?

 Harap maklum, ini cuma copy paste dari blog lain yang juga copy paste dari blog lain yang mungkin juga copy paste dari blog lain yang juga mungkin copy paste dari blog yang lain dan lain yang selebihnya anda boleh sambung sendiri sampai anda jadi gila. 


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?



P/S: Credit to Fizamanan, adik kandung aku yang berlainan mak dan lain ayah. Tahniah kerana turut serta dalam rantai copy paste. 


     

Saturday, March 10, 2012

nak selamatkan atau nak makan?

Ada seekor beruang.

Sedang berjalan - jalan di tepi tasik.

Sedang mencari kalau - kalau ada ikan untuk dimakan.

Tiba - tiba dia terdengar ada suara mintak tolong.

"tolong! tolong saya! somebody help me pelisssss!"

Beruang itu mula mencari dari mana datangnya suara itu.

Akhirnya dia ternampak seekor ikan sedang lemas dalam tasik tu.

Beruang tu pun dengan pantas terus terjun ke dalam tasik tersebut.

Sebaik sahaja beruang itu sampai pada ikan yang sedang lemas itu,

dia rasa konfius samada nak selamatkan ikan tu ataupun nak makan ikan tu.

Jadi, bayangkan anda sebagai seekor beruang. Yang mana satu yang akan anda lakukan?


A. selamatkan ikan
B. makan ikan


Selamat menjawab!


ini beruang.

Sunday, March 4, 2012

Warkah buat Jessica Alba

Malek, si penjual apam balik di pasar malam Parit Sulong mendakwa pernah bercinta dengan Jessica Alba 4 tahun lalu. Selepas 3 tahun terputus hubungan, Malek merasakan sudah tiba masanya untuk dia cuba menghubungi bekas kekasihnya itu. Ini adalah surat yang dikirim oleh Malek pada Jessica Alba.



Dear Jessica,

How are you? Long time no see. I hope you is healthy walafiat. I here good-good only. I look you in the television are more beautiful, more beautiful and more beautiful. Remember me or not? We have rilatenshi  relatshionsip relationship 4 years back last time.

I listen someone say you are ehem-ehem marry already. Is it true or not? I dont sure true or not, thats why I question you. They talk your husband name are Cash Warren. True or not? I see too with my eye head myself you hold hand and walk together-gether. Arrive liver you do this to me?

I cannot belieaf  beleive belive believe that you have other people. You say you love me, true or not? You lie! You play wood three behind me. You dont have liver stomach! You break my heart and you make me disssepont dissappoiing dissapponted disappon disapponte sad.



The true one,

Malek Abdillah

Friday, November 18, 2011

El yang hensem

Assalamualaikum.

Aku bengang derr, bukak buka blog ni, terus nampak Rozmey, El kau apsal ha kutuk boipreng aku? Aku dah siap buat header semua pasal dia, tolonglah El, berhenti jeles dengan dia pleaseeee. Dia dah hensem-hensem nak buat DrBook yang aku rasa memang hampeh tu, lantaklah dia bahagia dengan diri dia, yang penting aku tak suka cerita 2 Alam celaka tu. Ehh aku ni suka Rozmey ke tak ni?

Aku harap seronok leww dapat tambah kengkawan. Seronok! Hidup ini terasa di syurga, tak sabar menunggu hari esok, umpama mawar yang sedang mekar *Macam lagu Sofaz jek. 

El ajak aku join group mangkuk tingkat ataupun mangkuk hayun yang aku kira merujuk kepada dia sendiri sebenarnya, oppss jangan mengamuk nanti tak hensem. Aku pun berminat jugekk sebenarnya hihi

Salam perkenalan dari Peah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...