Tuesday, January 31, 2012

Nota untuk model murahan facebook

Korang ada facebook? Orang kata 60% orang dalam dunia ni ada facebook. Ok cukup sekadar itu sebagai pendahuluan.


Seriously aku tak boleh tahan kesabaran kalau ada budak-budak perempuan kat facebook, yang umurnya belum lepas untuk beli rokok kat 7/11 ambik gambar posing-posing perasan model. You know, muka control masam, mata pandang tajam kat kamera, badan diliuk-liukkan, tangan kiri pegang kepala sebelah tangan lagi cekak pinggang, baju ketat, and then badan kasi nampak apa yang dia boleh tunjuk walaupun pada umur tu belum ada apa sangat yang boleh ditunjuk. And then ambik gambar banyak-banyak kasi full hardrive and then upload setiap hari kat facebook and post. Sekali dengan gambar dia mandi kat swimming pool pun dia nak post jugak. Yang tak boleh blah, dalam swimming pool pun nak posing badan liuk-liuk lagi. Alangkah bagusnya kalau dalam swimming pool tu ada ikan jaws yang tak suka budak yang post gambar seksi kat facebook. Eh spesifik sangat tu. Asal ada ikan jaws cukuplah.


Ok girls, atau adik-adik, abang El bukan tak suka kalau korang post gambar bajet supermodel tu, bukan tak suka ok. Bukan. Abang El cuma benci je. Benci dengan tak suka tu jauh bezanya ok. Kalau tak suka, abang nampak gambar tu berkeliaran kat news feed abang, abang just unfriend je adik. Tapi kalau benci, abang rasa nak pergi rumah adik, and then bakar laptop adik sampai hangus and then abang kumpul abu laptop adik tu dalam balang and then abang hanyutkan kat laut.


Tak salah sebenarnya nak ambik gambar macam mana pun. Adik nak ambik gambar pakai bikini ke, mulut itik ke mulut tempayan ke, itu bukan satu kesalahan. Tapi tak perlulah post kat public bagi semua orang tengok. Bila orang tengok and muntah atas laptop tak ke aniaya orang tu? Atau lebih parah sakit jantung and mati, tak ke adik dikira penjenayah tu? Tolong lah adik, yang komen adik comel atau nice pic kat gambar adik berpusing abdomen tu abang rasa bukan manusia tu. Itu maybe setan atau tenuk. Tak ada yang lain.


Kalau adik rasa-rasa berminat sangat jadi model, rasa adik tu comel and cantik and lebih mengancam dari Fasha Sandha, cepat-cepatlah mintak pergi audition kat Mangga. Diorang banyak nak pakai model yang ada bakat posing dalam koram renang. Ataupun kalau rasa Mangga tu terlalu dewasa sangat, abang cadangkan pergilah audition Bintang Kecil. Adik joinlah kawan-kawan adik melaram atas pentas ok.

Ok chow.










  
  

ucapan untuk El, Cik ungu, Niki, Peah, Abdol dan semua pembaca yang disayangi.


Ohoii. Maaf gua dah lama tak update kat sini. Gua sibuk. Ah, bosanlah asyik bagi alasan yang sama je kan? Ok, gua bagi alasan lain. Gua dah lama tak update sebab gua bizi. Hei, tak payah nak buat muka pelik. Sibuk dengan bizi kan tak sama? Ah sudahlah, gua tau intro macam nie sememangnya dalam kategori sampah.

Gua datang sini pun sebab gua ada ucapan nak bagi kat para mangkuk yang lain. Kepada El, Niki, Cik Ungu dan Peah, i mish youuu all bebeh. Come to papa come to papa. Ok, tak lawak. Cik ungu, baucer dah habis belum? El, sorii gua dah lama tak jalankan tangungjawab di sini. Niki, amboii kau dasyat sekarang ye? Bermonolog sendirian di blog perempuan macho. hihi. Peah, lu bila nak mesej gua? gua mesej tak reti nak balas. ciss. haha. Oi gua lupa lah ada lagi sorang! Abdol. Sori brader gua lupa pulak kat lu. Lu baru masuk kan? Welcome home bro welcome home. Semoga lu rajin-rajinkan diri untuk mengupdate kat blog mangkuk nie. 

Untuk para pembaca blog mangkuk ni, terima kasih gua ucapkan kerana sentiasa menyokong kami. Tanpa anda, siapalah kami untuk memintal buih yang memutih menjadi permaidani sepertimana yang tertulis dalam novel cinta oii nie apasal gua terkarok pulak kat sini nie. kahkahkah.

Gua sebenarnya ada banyak lagi nak cakap tadi tapi sekarang gua dah lupa pulak. Aiseh, nie berjangkit dengan si El lah nie. Tengah syok menaip, tiba-tiba idea lari pulak. Ok lah, gua nak sambung memasak nie. Apa, lu orang ingat gua tak reti masak ke? Eleh setakat goreng telur tu apalah sangat, sambil pejam mata aje gua boleh buat tahu? Okbaii.

Monday, January 30, 2012

Juling mataku menatap akaun.

Ramai orang suka bercakap mengenai akaun :

  1. Akaun senang tak?
  2. Akaun ni subjek killer, terer jugak awak bawak kan?
  3. Akaun ni susah wooo nak dapat kerja.
  4. Akaun boleh botakkan kepala orang.
  5. Akaun boleh buat orang gila.

Jawapan aku, ya, akaun memang boleh buat aku gila. Dan pakej tambahan, juling. Sila bayang aku jadi gila dan saraf mata aku terjuling sedikit.


Sorry abe Justin, kau memang gila sebab suka nyanyi lagu suara kepit-kepit. Siapa peminat dia? Marah aku ke? Alahhh, kau bukan bagus sangat.


Kisah El dan Juliana Evans




Tadi Juliana Evans call aku, tanya aku sihat ke tak. Aku jawab, " Tak sihatlah sayang. I demam." Juliana Evans dengan suara manja membalas, " Haaa..ni mesti sebab mandi hujan ni." Aku dengan suara macho membalas dengan spontan, " Bukan. I demam sebab dah  5 hari I tak jumpa U."  Juliana Evans tersipu-sipu. Tawa kecil kedengaran. Comel benar bunyinya.
Dia membalas, "Eeee...nakal lah dia ni tau." 


Aku cuma tersengih mendengar tawanya.







Aku masih tersengih.






Dan masih tersengih.









Masih tersengih.







  







Alangkah bestnya kalau betul-betul ada girlfriend macam ni.






    

kagum

Hai.




*wahhhhh..kagum gila dapat update dalam ni. ^-^

Ok tu entri wa yang pertama. babai.


Selamat hari lahir Niki




Happy birthday to one of our writer Niki atau nama sebenarnya Nurul Syakira Bt Razali, aku pun baru perasan hari ni birthday kau sebab tengok notification kat Skype yang selama ni jadi barang perhiasan kat laptop aku.






 Tak sangka aku Niki...tak sangka aku yang kau pergi dulu sebelum aku. Eh maksud aku tak sangka kau lahir lebih awal dari aku. Aku takde hadiah nak bagi. Tapi alang-alang aku tengah layan Royal Rumble kat Youtube, aku embed kat sini video lagu Happy Birthday kat kau.










Oh ye. Ini gambar terbaru Niki Razali.






Geddit? Geddit? Geddit? Haha.
Happy birthday Niki. Have a blast this year :D

 

Anugerah Juara Lagu 26

Anugerah Mobiliti Celcom - Aizat (Sungai Lui)

Persembahan Terbaik - Aizat (Sungai Lui)

Vokal Terbaik - Aizat (Sungai Lui)

Tempat ketiga - Aizat (Sungai Lui)

Tempat kedua - Aizat (Sungai Lui)

Juara Lagu - Aizat (Sungai Lui)




Jangan ada yang berani-berani nak bangkang!

Sunday, January 29, 2012

Baucer buku 1Malaysia

Dengan ini, kami akan agihkan baucer buku berjumlah RM200
supaya mengurangkan beban perbelanjaan pelajar
untuk membeli buku rujukan.


Apa yang kerajaan suruh kita beli:

Buku Rujukan



Alat tulis 





Apa yang sebenarnya student beli:

Novel





Komik Anime




Speaker




Beg laptop





Teddy bear



Tukar dengan cash
































Apa kejadahnya semua ini??
   
        

Saturday, January 28, 2012

Ini Bukan Sebarang Offer


Bismillah


Ya..Ya..
Penulis blog ini masih lagi 5 orang.
Siapa yang ingat aku dah mati tu, memang biadap tahap tertinggi.
Aku agak sibuk. Dan aktiviti menghapdet blog memerlukan daya istiqamah yang tinggi dan lama.
Sebab tu aku lama tak hapdet.


Sebenarnya,
entri ini tak ada motif.
Aku saje taip-taip dengan tujuan agar aku tak nampak pemalas sangat.
Sambil-sambil mengaburi mata El, Aqiim, Niki dan Peah bahawasanya aku tak hapdet sebab sibuk.
Dan juga mengaburi mata korang semua bahawa aku betul-betul banyak masalah negara nak diselesaikan.

Menjadi tak.?


Ya..Aku tau lakonan aku selalunya menjadi.
Kalau tak, takkanlah orang panggil aku Mulan Jameelah.

Eh, Mulan tu penyanyi kan? Bukan pelakon,kan?
Ehhh kesah pulak akuuu.

Ok. Itu introduction. Jahanam punya panjang.


Aku ingin meng-support kata-kata El sebelum ni yang menuntut penulis-penulis blog baru untuk join blog ni. Blog ni memang bangang dan tak bertujuan yang lurus. Tapi penulisnya tak bangang sangat. Eh?
Untuk yang asek nak hapdet tiap hari atau selang 2 hari sekali tu, haaa.. elok sangatlah nak join. Daripada membazir space di blog sendiri, baik membazir di sini. Ye dak?

Tak perlu hebat pun nak join blog ni. Malah makin tak hebat, makin kami suka. Hatta jika keyboard kau cuma ade huruf A,B dan C saja pun kau masih boleh join. Dan kau hapdet entri yang cuma letak titik noktah saja pun kami okay saja. Sebab penulis masing-masing duduk jauh. Kalau dekat, boleh juga kami nak terajang perangai kau yang buat begitu. Tapi kami tak mampu. Maka ambillah kesempatan ini. 

Owh, janganlah gundah tentang gaji atau elaun sebagai penulis blog ni. Kepada jejaka yang berminat nak join, aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan no fon Niki atau Peah untuk korang. Kepada perempuan yang berminat pula, aku akan cuba segigih dan segagahnya untuk set date appointment korang dengan El dan Aqiim.

Setuju?

Kalau setuju, tarik bulu hidung sekarang sampai licin.

Tata..!~



Out of the box

Pemikiran out of the box 1: Kenapa susah-susah lalu jalan yang bengkak bengkok and jauh? Kenapa tak buat jalan lurus and shortcut je?

Penyelesaian: Buat highway.



Pemikiran out of the box 2: Kenapa makanan yang kita makan susah-susah lalu mulut, tekak, oesophogus and then baru masuk perut? Kenapa tak shortcut je terus?

Penyelesaian: Bedah perut buat lubang kat situ siap dengan gigi untuk kunyah makanan.





  

Friday, January 27, 2012

Please tolong kawan aku.

Aku nak ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan happy besdaay kepadakuuu. Ha! Hadiah besday aku masa hari tu ialah, aku dapat 100% dalam exam akaun! First time dalam hidup woi!

Ekceli, aku nak minta tolong. Siapa penyokong Pahang? Tolong like page ni.




PLEASE, ANYONE?


KESIAN LAH DEKAT KAWAN AKU, DIA CUMA NAK BANGKITKAN SEMANGAT PENYOKONG PAHANG. HIHIKS

Thursday, January 26, 2012

Baucer buku yang mampu mengubah taraf hidup manusia

Masuk kedai buku. Nampak buku tebal berharga RM100.






Dulu-dulu: Whaddefak? Sampai aku mampos kali kelapan pun jangan harap aku nak beli buku ni.



Kini dengan baucer Rm200: Tak ade masalah....(muka bangga)







p/s: dalam kemalasan aku update entry, ini je yang mampu aku buat.

 

Monday, January 23, 2012

Kadang-kadang Kita Lupa

Nak ucapkan terima kasih

Atas semua hal yang di berikan.

Walaupun kadang-kadang nampak remeh.. Tapi tetap juga membantu..

Terima kasih untuk baucar buku RM200. Aku harap boleh tukar dapat cash. Barulah seronok nak berjimba. Tapi, tak mungkin.

Juga terima kasih untuk BR1M.

Kadang-kadang mereka ni baik. Hal-hal yang lain aku tak nak sentuh.

Terima Kasih! Dan kamu-kamu yang dibantu tu, jangan lah ego sangat nak berterima kasih.



# Selamat Tahun Baru Cina kepada Jacki Chan, Andy Lau, Jet Li serta semua kaum cina yang menyambut perayaan ni dari belog mangkuk.

Saturday, January 21, 2012

Hasan Nawawi dan soalan calculus

Lecturer, Encik Suhaimi Bin Khamis (naik pangkat jadi lecturer setelah 5 tahun bergelar cikgu) memberi student-studentnya satu soalan Calculus untuk dijawab. Soalan calculus ini adalah soalan student PhD yang payah dia lebih dari tahap gaban. Sesiapa yang tak dapat jawab akan didenda cuci toilet.



Azizul Taib mengambil masa 5 jam untuk dapatkan jawapan.

Rosmah Mat Harun mengambil masa 4 jam untuk siapkan.

Salehudin Abdul Ghafur mengambil masa 3 jam untuk lengkapkan jawapan.

Ismail Taripin, best student mengambil masa 2 jam untuk menyiapkan jawapan itu dengan lengkap.

Dan Hasan Nawawi.....

Well, Hasan Nawawi mengambil masa hanya 20 minit...

Untuk terus ke tandas dan terus mencucinya dengan sempurna.






Dan beliau adalah orang paling awal yang balik pada hari itu.




 

Friday, January 20, 2012

3 jenis mangkuk yang tak boleh dimaafkan.

1. Mangkuk yang parking block kereta lain yang nak keluar. Kalau aku bawak kereta kebal boleh jugak aku lenyek kereta kau untuk keluar.

2. Mangkuk yang berak kat toilet public tapi tak flush. Biar je tahi dia berenang-renang bahagia dalam mangkuk jamban tu.

3. Mangkuk yang pasang lagu kat blog. Sorry girls, sebab koranglah mood aku untuk blogwalking selalu hilang serta merta.





Kalau korang bloggers yang ada lagu pungpangpungpang kat blog and taknak diri anda dikeji dengan lebih dasyat, sila buat salah satu dari ni:

  • Buang widget lagu tu.
  • Terjun sungai, sekali dengan blog-blog kau sekali.

Sekian terima kasih.  (mood: tensiongilebabi)

Wednesday, January 18, 2012

Idea itu umpama si ikan bilis

Biasanya bila aku start menulis kat blog mangkuk ni aku tak pernah ada idea yang aku dah set nak tulis. Biasanya aku akan just click new post, tulis introduction macam ni and then start merepek, and the idea masuk berduyun-duyun umpama ikan bilis yang dikejar jerung lalu masuk ke pukat tunda dan ditarik oleh nelayan dan dikeringkan menjadi ikan bilis. Kenapa lah time exam tak macam ni? Tak payah study apa-apa, time exam start tulis sikit dah ada idea macam mana nak buat. Tapi lately aku agak payah sikit nak dapat idea menulis especially bila aku betul-betul takde apa yang nak dibincangkan.


Ok introduction dah panjang lebar tapi idea still tak mau keluar. So macam mana? Nak aku sambung cerita isu pasal Ultraman?

Tuesday, January 17, 2012

Entry takde idea

Orang akan sensitif bila kita cakap pasal benda yang berkaitan dengan keyakinan diri someone. Kalau orang tu pendek, kau tanya berapa tinggi dia. Dia sensitif. Kalau dia botak, kau borak dengan dia pasal fesyen rambut. DIa sensitif. Kalau dia bodoh fail exam, korang mengumpat pasal orang lain yang fail lapan paper, dia sensitif. Kalau dia baru lepas kena dumped dengan gefren dia, kau cerita pasal kau baru dapat gefren baru. Dia sensitif.




Kalau anda adalah seorang yang sensitif....
















Cepat-cepatlah bayar zakat.  (tiba-tiba)

 

Untuk Brader Aqiim

Kalau tak silap aku, dulu Aqiim ada masalah berkaitan cinta. Dia ada minat sorang gadis. Tapi gadis tu tak tahu. Alah, macam cinta senyap-senyap. Kalau tak silap aku lah kan. Aqiim, kalau salah sila ampunkan aku.

Kira kisah cinta Aqiim ni complicated la jugak. Kalau nak bandingkan dengan El, Aqiim punya lagi hardcore kot.  Jangan tanya cerita cinta Cik Ungu dengan Peah, tapi aku rasa diorang bahagia hepi-hepi loving kapel gitu dengan pasangan masing-masing. Ekekeke. Kalau tak pun, buat-buat je la hepi.

Aku tak tahu lah apa pasal Aqiim bermasalah sangat nak bagitahu kat si perempuan yang dia ada hati dekat beliau. Cakap je. Bukan susah pun. Cakap I Love U. Susah ke? Aku rasa senang je. Tang mana yang susah? Kalau kena reject, buat derk je la. Cinta tak boleh dipaksa. Dunia takkan kiamat sebab si perempuan tolak cinta kau wahai Aqiim. Kalau dia terima, tu kira luck kau.

Tapi kalau diam tak buat apa-apa, apa yang kau harapkan? Lagi susah aku rasa. Macam tahan berak. Lagi tahan lagi sakit. Lagi tak selesa. Kalau dah berak rasa lega. Busuk ke tak, itu lain kira. Yang penting berak dulu.


Jadi sempena memberi sokong kepada Aqiim untuk melepaskan berak beliau, aku dedicate kan lagu ni untuk kau Aqiim. Aku pun tak tahu apa relevannya lagu ni dengan masalah kau. Tapi, semoga berjaya la hendaknya.

Awak-awak yang membaca entry ni, mari kita support Aqiim untuk berani berterus-terang.

Hidup Aqiim!

Monday, January 16, 2012

Ultraman atau physics?

Pernah wonder tak kenapa Ultraman lawan-lawan dengan raksasa kat bandar tapi bandar tu rilek macam takde orang. Bangunan berkecai pun takpe asalkan raksasa yang durjana tu dapat dibunuh. Apa nasib manusia yang tengah larikan diri, then tiba-tiba terpijak oleh Ultraman tu? Tak ke Ultraman itu lebih durjana dari raksasa yang dah sedia maklum durjana tu? Aish, setiap kali fikirkan hal ni mesti aku jadi tension. Tak boleh la cerita pasal Ultraman ni, jap lagi pening kepala korang reader semua.


Ok kita tukar topik. Aku nak cerita bab engineering sikit.


Korang tahu tak pasal Large Hadron Collider? Large Hadron collider ni adalah mega project yang dibuat physicist-physicist dan engineer seluruh dunia dari 111 buah negara yang bergabung tenaga menghasilkan mega experiment yang maha dasyat berkaitan dengan teori black hole dan asal-usul universe. Bentuk dia seolah sebuah tunnel yang membentuk satu bulatan sepanjang 27 kilometer dan dibina bawah tanah. LHC ni dibina di sempadan Switzerland dan France dimana satu hujung berada di France and satu lagi di Switzerland. Lagi panjang dari terowong SMART you ols.









Tujuan experiment ni adalah untuk mendapatkan colllision energy dan try untuk imitate atau dengan bahasa melayu bakunya, meniru cara black hole atau dalam bahasa bakunya Lohong hitam berfungsi. Dengan cara ni banyak rahsia yang physicist nak tahu akan dapat dikaji, termasuklah macam mana universe ni terbentuk. Adakah dari sebiji particle yang membesar? Adakah dari tenaga misteri? Atau ada telur yang menetas tiba-tiba keluarkan cakerawala?


Stephen Hawking banyak bagi theory tentang black hole dan Albert Einstein perkenalkan idea Big Bang,(bukan band K-Pop), Theory of relativity, and Michio Kaku bagitahu tentang string Theory. and kerja-kerja scientist ni adalah untuk prove adakah semua theory-theory tu semua betul. Sejak 2009 sampai sekarang experiment tu still berjalan, and setakat ni hampir dapat buktikan theory Higgs Boson yang menyebabkan sesuatu bahan mempunyai jisim.







Itu sahaja aku nak bagitahu. Menarik tak? 
Atau nak aku cerita balik pasal Ultraman tadi?

  
  

Sunday, January 15, 2012

Milo Tabur Vs Koko Tabur

Hari tu aku pergi sarapan dengan family. Aku biasalah pesan mee sizzling dengan air milo tabur dekat kopitiam berdekatan rumah aku jugakk. Aku ni pagi-pagi kena makan banyak, sebab nanti aku pengsan, siapa susah? Diri sendiri jugak susah (bohong je nih, dah keturunan makan banyak, buat-buat tak mengaku pulak)

Lepas 5 sampai 10 minit, sampai la air milo tabur aku. Aku terus terjah milo serbuk tuh sebab aku kan gelojoh. Masuk mulut aku, aku tersembur dekat tudung adik aku, dia menjerit-jerit marahkan aku. Aku dah gelak terbahak sebab gigi aku penuh dengan KOKO serbuk.

Ciss penipu punya Uncle. Dahlah cas harga milo. Mahal wohh RM2.50. Sumpah tak sedap. Aku order lain, aku cakap kat abang buat air tuh, "Kau dosa bang sebab menipu orang, kau jangan buat lagi macam ni," Abang tuh terpinga-pinga. Aku tak tahu sama ada dia paham apa aku cakap ke tak paham.

Peduli hapa aku? Dia nak cakap aku cerewet ke, apa ke, CUSTOMER'S ALWAYS RIGHT. Itu yang aku belajar dalam Entrepreneurship semester 6. HAHA

p/s : Korang suka ke kena tipu lepas tuh kena bayar mahal? Tak jugak kannnnn

Saturday, January 14, 2012

Baca jelah jangan banyak tanya

Aku dah edit blog ni, tukar background kaler and header. Why? Sebab aku rasa blog ni perlukan pencahayaan yang secukupnya agar dapat berkembang sihat. Apa ingat pokok tauge je ke perlu cahaya? Aku tengok balik template yg sebelum ni, gelap, hitam and sugul. Aku rasa orang mungkin akan tension bila masuk blog ni if tone yang gelap tu menghantui jiwa mereka, seolah-olah jika mereka masuk blog ni mereka rasakan yang mereka sedang menghampiri maut. Mungkin Cik Ungu dengan maut memang tak jauh beza,  tapi tak perlulah tempah maut sangat. Eh apa aku cakap ni?


Back to the topic............ah aku dah lupa nak cakap apa tadi.



Apa-apa pun sape rasa template kali ni lebih lawa dari sebelumnya sila angkat tangan. Sape rasa lebih buruk sila angkat member kat sebelah. So semua rasa template ni lawa? Bagus. Duduk diam-diam.


 Oh by the way, aku nak someone tolong buatkan header baru. Header ni aku buat cincai je. Nampak macam gampang.

 

Friday, January 13, 2012

Mak Sentap Occay!

Hi anak-anak hekan mak semua.

Rindu kat mak tak?? Tak? Amboiii.. Mak kepit celah ketiak mak nanti tau la. Hari ni mak nak luahkan perasaan mak kat u'olls semua. Walaupun Mak tak berapa suka nak kutuk-mengutuk ni, almaklum lah mak kan wanita di bawah lindungan kaabah gitu, of course la tak sesuai nak lahar-lahar ni, tapi mak dah tak sanggup lagi nak menahan bara di dada mak ni.

Cerita ni start dari tahun lepas lagi.

Z = Kawan mak yang perasan hot
Q= Mak Yang Memang Hot lagi comel lagi menggiurkan. Erk.

Di suatu petang yang hening

Z : Jah, kau tau Jah. I'olls dah tengok cerita Ombak Rindu tu. Awww, mantap gilerss nokk body Harun Ajiz tu. Kalau i'olls dapat dia, hurmmm memang i'olls tak lepas dah nokk. Rembes sangat tau body he'olls tu. Grrr

Q : Ombak Rindu? Motif u'olls nak rembes dengan laki orang tu buat apa nokk? Puh leaseee. Not my taste occay body yang mantap gitu. Mak fefeeling lagi dengan body kerempeng macam El tu. (Yang ni mak tipu je. Nak menunjukkan yang Mak tak bergegar jiwa raga pun nengok si Harun Ajiz)

Z : Ekekeke. El? I'olls duduk satu bilik dengan dia pun belum tentu lagi i'olls rembes dengan he'olls. Belum tentu I'olls nak bergetar jiwa raga occay.

Opss. El, tu bukan mak yang cakap occay. Tu kawan mak yang berani mati sangat lahar kan u'olls. Ampunnn!!

Beberapa minggu lepas.

K = Kawan mak yang selalu rasa dia hot tapi muka elok sikit je dari betis mak yang berbulu ni.
Q = Mak yang macam biasa hot, comel, dan sangat mengghairahkan. Hahaha. *Kantoi suara jantan

K : Hei puaka, Mari la join i'olls dengan ponen-ponen yang lain berghairah dengan Harun Ajiz tgok citer Ombak Rindu ni.

Q : I'olls bukan apa nok. I'olls malas lah nak tengok cerita lucah gitu. Habis ilmu I'olls keluar nanti. Hikhikhik. Nak-nak nanti tertiba pula i'olls mimpi basah dengan Harun Ajiz kan. Choi sangat occay.

K : Amboiii. Sedap je kau nok nak berghairah dengan he'olls. Over my dead body dulu. He's moinnee occay.

Haaa. Nampak tak u'olls semua. Betapa mak tak suka nye dengan cerita lucah murahan gitu? Gigih sampai berpeluh ketiak mak sebarkan dakyah kat bff mak jangan tengok cerita tu. Mencik tau tengok cerita typikal tayang-tayang body semua. Walaupun mak ni kadang-kadang berfikiran warna kuning, tapi mak sebolehnya nak tengok cerita yang mendidik mak jadi manusia yang lagi baik dari ponen-ponen kat luar tu.

Tapi kenapa? Setelah berpenat lelah sebarkan dakyah boikot cerita Ombak Gersang tu, tup-tup..

Mak jumpa pulak DVD Ombak Gersang dekat rumah mak ni. Choi sangat siapa yang pergi beli tu. Mak tak kisah kalau DVD cetak rompak. Sekali ori punya DVD occay. DVD original!

Mak sentap giler babi ni.

Sekarang u'olls bagitahu mak nak buat apa dengan DVD ni?

Campak dalam lubang jamban?
Campak dalam lubang kubur?
Ke bakor je terus?

Panas pulak tengok muka Harun Ajiz dengan Lisa Surikayu lama-lama.

Thursday, January 12, 2012

Kata-kata pengarang

Blog Mangkuk Tingkat Berhayun ni bertujuan untuk meningkatkan mutu perapuan kaum kerabat blogger, supaya budaya merapu-rapu ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian serta menjamin kesejahteraan bumi tercinta ini.


Blog MTB ini ditulis 5 blogger yang kepakaran mereka bukanlah pada bidang masakan Perancis mahupun pakar  menimbang bola takraw, apatah lagi kepakaran membawa bola ping pong dalam sudu. Tapi mereka pakar dalam segala jenis bidang merapu dan kerjaya mereka mungkin juga akan merapu jika mereka berhenti merapu.


Blog ni tak mengejar pageview, tak mengejar duit nuffnang yang setiap tahun naik seposen, apatah lagi mengejar follower. Bagi kami kejar benda-benda ni semua langsung tak bermanfaat, lebih baik kami kejar anak dara Haji Rahman yang dalam facebook profilenya jelas tertera status 'Single'.


Oh ye, sesiapa rasa mereka cukup hebat dalam merapu dan mahu menceburkan diri dalam blog tak seberapa ni, saya buka application secara mudah. Bukan mudah.my, tapi just bagitau kat komen atau shoutbox atau mana-mana tempat yang kami boleh baca. Yang penting jangan jadi bahalol sangat pergi tulis atas kertas, masukkan dalam botol lepas tu campak kat laut dengan harapan botol itu hanyut sampai pada kami.


Itu saje. Sekian terima kasih.




Chief Editor,
Hasan Nawawi.

Hasan Nawawi sang pencinta sejati

    Hasan Nawawi mempunyai satu prinsip untuk memlilih calon kekasih hatinya. Gadis itu mestilah menerima dirinya yang loser secara semulajadi itu. Paling kurang pun, bila Hasan Nawawi hantar sms gadis itu mesti balas. Kalau sepuluh kali sms tak balas, even poke difacebook pun tak dibalas, itu bermakna gadis itu memang tak hingin dengan beliau.


Hasan Nawawi buka handphone. Dihantar sms "Hai" kepada semua 200 nombor gadis-gadis dalam handphonenya. Gadis takde rupa seperti Joyah, Maimunah, dan Hasmidah juga turut dihantar sms itu sebagai backup, kerana paling kurang kalau takde reply dari gadis-gadis comel pun dia masih ada gadis-gadis kurang comel balas. Itu dapat menyelamatkan Hasan Nawawi dari kecewa keterlaluan.


Selesai hantar sms. Dia letak handphone diatas meja. Dia tinggal handphone dia bilik dan keluar beriadah kerana baginya lebih seronok jika sms-sms gadis itu dihimpun sekaligus baru dibaca.



5 jam kemudian dia balik bilik. Handphonenya dicapai bagi memeriksa berapa ratuskah reply yang beliau dapat, supaya Hasan Nawawi dapat memilih calon isterinya antara ratusan gadis itu. Hasan Nawawi merenung handphone itu dalam-dalam.












Tiada satu pun sms.


Kutu-kutu Berjaya Era Najib

Hi u'olls... Apa khabar hari ni? It such a beautiful day khenn, tapi of course la untuk orang-orang yang tengah bercuti je. Yang tengah ada kelas, ada final, ada meeting, ada appointment, ada kelas memandu, hari ni mungkin hari malang u'olls khenn? Hahahaha. *oppss, keluar pulak suara jantan mak.

Hari ni mak ingat nak kupas isu-isu pasal ponen la. Eyh tak-tak. Silap. Mak ingat nak kupas isu pasal kutu-kutu dekat Malaysia ni yang makin mencanak naik bagai cendawan tumbuh lepas tsunami. Haaa, tengok title pun very the meletops khenn? Tapi Mak nak ingatkan u'ollss, even Mak ada mention nama Najib (PM u'ollss tu la) tak bermakna Najib tu kutu yang berjaya okeh? Tak bermakna juga dia tak pernah jadi kutu masa dia muda-muda dulu. Erkk.

Hari ni Mak nak cerita dekat anak-anak hekan mak ni, jenis-jenis kutu yang ada dekat tanah air kita ni. Hei, tunggu apa lagi? Pergi ambek kertas dengan pen. Ambooii. Ingat mak nak cerita bedtime stori ke. Mak tengah buat lecture pasal kutu ni tau. Cukup bulan nanti mak kasi test. Siapa tak boleh jawab, mak gagalkan sorang-sorang.

1. Kutu King a.k.a Kuki

Haaa.. Meletops jah nickname beliau. Ada sipi-sipi nak mencarut gitu. Kuki ni  boleh dikatakan sebagai ketua dalam satu-satu kumpulan kutu. Beliau ni bertanggungjawab meng-organize aktiviti menyundal bagi kutu-kutu sundal. Choii! Silap pulak. Tu aktiviti ponen. Mak sebenarnya confuse nokk ponen dengan kutu ni. Sebab dua-dua kelab mak ahli aktif. Tahun depan mak nak bertanding jadi presiden. Vote for mak okkkk?!

Tugas kuki sebenarnya menghasut anak-anak buah untuk melepak tanpa arah tujuan gitu. Boleh dikenalpasti dengan hanya melihat berapa banyak gelas minuman yang dia order, dan berapa banyak putung rokok yang dia hisap. Makin banyak makin tinggi pengaruhnya. Oh, juga boleh dilihat berapa tebal buku hutangnya dengan tokeh kedai. Tebal buku hutang yee, bukan tebal bulu kaki. Hihihi.

2. Kutu Berbini a.k.a Kubi

Cenderung untuk mengajak bini/awek/kekasih gelap/kekasih terang/stok geli-geli/ dan yang sewaktu dengannya lepak satu meja dengan ahli-ahli kutu yang lain. Jenis ni selalu disalahanggap sebagai kutu babi. Tapi kadang-kadang selalu jugak digelar sebagai babi punya kutu atas kepoyoan beliau bergeli-geli di khalayak ramai bersama babi punya kutu punya pasangan.

3. Bini Kutu a.k.a Biku

Pasangan kepada Kubi. Mak estimate 3/10 dari biku-biku di Malaysia ni jenis muka ketat bajet pakwe dia paling hensem dan susah betul nak get long dengan kutu-kutu yang lain dengan jelingan yang menghina golongan kutu tak perasan ke yang balak dia pun sama kutu? Derrr, tak kuasa mak nokk nak layan perangai diva meletops kau tu. Nak mendiva pergi tumah tumpangan ok, bukan dekat mapley. Tak sesuai.

4. Kutu Bola a.k.a Kubo

Ahli kutu yang berperanan sebagai biskut chipsmore. Kejap ada kejap takde. Kerap ada apabila hanya ada  match bola yang ditayang di mapley. Tu pun sebab astro dekat rumah dah kena potong. Tak pun gaduh dengan bini berebut nak tengok drama melayu. Yang lagi dasat u'olls, gaduh dengan anak nak tengok hagemaru, fukuchan, shin chan, atromen dan macam-macam lagi. Lecture mak dulu cakap, Kubo ni jenis kutu yang paling alim sekali antara kutu-kutu yang lain. Mana tak nya, 24 jam dok ingat kubo je. Ingat mati kekdahnya. Haaa, kau ader?

5. Kutu Junior a.k.a Kuju

Last sekali, Kuju. Kuju ni faveret mak u'ollss. Selalu yang baru nak join aktiviti-aktiviti mengutu muka jambu-jambu gitu.. I loiikkee. Kalau dapat dekat mak sorang, confirm mak sekolahkan dia kaw-kaw punya. Hihihi, malu pulak nak cerita lebih-lebih.




Okeh anak-anak hekan sekelian. Sampai sini je kuliah mak hari ni. Esok sampai minggu depan kelas mak cancel tau. Mak nak pergi mengutu dengan kuju-kuju mak. Malam pulak, mak nak pergi memponen kan diri mak. Hahahah. *Eh, keluar lagi suara jantan mak ni.


ponen = pondan
mapley = mamak

Wednesday, January 11, 2012

Ayat Samyvellu yang kelakar sepanjang zaman

(Entry copy paste ehsan facebook roomate aku)


Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.


1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai" 

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar" 

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"


Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"



Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...