Sunday, January 1, 2012

Entri Tahun Baru : Khas untuk semua pembaca blog mangkuk

Assalamualaikum. 

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua para pembaca blog Mangkuk Tingkat Yang Berhayun. Blog ini baru ditubuhkan beberapa bulan yang lalu dan kini sudah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Buktinya, baru-baru ini sebuah akhbar tempatan telah menyiarkan artikel tentang blog ini. Akhbar tersebut memuji betapa menariknya blog ini. Mereka juga menyifatkan entri-entri yang dikeluarkan di blog ini sebagai sesuatu yang kelakar dan sesuai untuk semua peringkat umur. Kalau tak silap kami, artikel tu keluar minggu lepas, jadi kalau nak beli mungkin dah habis. So, korang boleh baca akhbar tu secara online. Oh, lupa pula nak bagitau, akhbar tu adalah The New Straits Times versi Tamil. Nanti korang cari ye. kahkahkahkah!!

Apa-apa pun, kepada semua pembaca blog ini samada yang setia ataupun tak berapa nak setia, jutaan terima kasih kami ucapkan. Teruskan menyokong blog ini. Sokongan para pembaca amatlah kami hargai. Azam kami untuk tahun ini, adalah semoga blog ini akan terus berkembang pesat dan seterusya menjadi salah satu penyumbang utama dalam ekonomi negara. Untuk yang taktau, blog ini ada 5 orang penulis. El, Cik Ungu, Niki Razali, Peah Glemer dan Aqiim.

Akhir kata dari kami, semoga azam korang untuk tahun baru nie akan tercapai. Kalau ada azam-azam tahun lepas yang masih tak tercapai lagi, silalah capaikan ok? Selamat Tahun Baru!!!

Dari kiri : Cik ungu, Peah Glemer, Niki Razali, El, Aqiim

4 comments:

El said...

asal karyun tu semua muka coklat doh? haha

Niki Razali said...

asal aku dah mcm hindu ha? kaler pink lak tu?

eewwww

Aqiim said...

korang nak lawa2, pergi lukis sendiri~
penat tau tak aku lukis?!
grrrrr~

hahaha :P

El said...

oke fine. aku lukis sendiri. tapi kau jangan menyesal. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...